Wednesday, March 31, 2010

first exam punya cerita..

Maaf kerana post kali ini lebih bersifat peribadi dan ayatnya lebih santai..Jadi, jika kalian berhajatkan sesuatu, saya kira secara rendah dirinya, tidak perlulah kalian peruntukkan waktu untuk membaca post ini..

Alhamdulillah tepat jam 1.15 petang bumi Jordan tadi, saya telah selesai menamatkan peperiksaan pertama bagi sem ini yang telah bermula sejak 20 Mac yang lalu. Sengaja post kali ini saya mahu berkongsi tentangnya, tak salahkan?

20 Mac 2010- English.

Kelas tafaqquh Ustaz Mahdi pada hari jumaat itu kami 'ponteng'..atas alasan hari sabtu keesokkannya akan menempuh exam yang pertama. Rasa menyesal dan bersalah tidak hadir banyak (tak patut..) kerana kami telah dimaklumkan bahawa ada pengisian yang ditunggu-tunggu pada esok harinya iaitu hari Sabtu oleh pakcik Syed dan Makcik Ju yang datang jauh dari Malaysia. (baca sahabat bagi sesiapa yang berkenaan).

Sebenarnya makcik dan pakcik dari Syria dan cuma singgah 2 hari di bumi Urdun ini.

Awalnya kami merencana untuk pergi selepas selesai imtihan tetapi akhirnya saya berjaya memujuk Asma' untuk pergi awal seperti yang telah dijanjikan iaitu jam 7 pagi. Ikut perancangan jika program berterusan lama, kami akan keluar awal. Tetapi susunan Allah itu lebih cantik. Program hanya berjalan ringkas dan kami berjaya mendengar pengisian yang sangat berharga hingga habis..

Balik semula kepada tajuk English exam..

Sejujurnya saya tidak tahu menjawab menggunakan komputer kerana ini adalah kali pertama saya mengambil madah berujiankan komputer. he..

Dengan penuh 'confident', saya menjawab satu persatu dan setiap kali selesai menjawab soalan yang diberi, punat 'finish' terus ditekan tanpa menyemak semula jawapan atas alasan 'let me answer it first, then I will check it..'

But unfortunately, after finishing the third level, the mark appeared itself.

It blurred me a minute. O my God.. My eyes kept starring the screen, unbelieving what had occurred. Looking around, the other students were still making decision in choosing the best one.

Knowing nothing to do, I glanced to kak 'Adnin who just sitting beside me. "nak buat apa ni?"

"Boleh keluar dah.." She just whispered.

Allah izin..tak boleh nak buat apa dah..senyum je la..

Actually, He wants let me learned a lesson, jangan confident sangat..tengok, kan dah tak boleh nak check dulu sebelum hantar..huhu..

24 Mac 2010-Madkhal atTasyri'

Saya sedikit semangat untuk menghadapi imtihan tasyri' . Nak tau kenapa? Sebab Dr. Fakri Abu Sofea adalah seorang tok wan yang comel!

Walaupun syarahnya selalu tidak kena dengan tajuk silibus buku, tetapi saya terhibur mendengarnya kerana beliau suka menggayakan cerita bersama mimik muka yang penuh 'expression'..

Ada satu soalan yang Allah izin memang pasti saya jawab salah..(",) Dr. minta maudhu' Usul Fiqh, saya jawab Aqsamu Usul Fiqh.. ketika menjawab imtihan, sejujurnya memang saya 'confuse' dengan soalan tu. Selesai muhadarah, kak Nadia tunjukkan jawapan sebenar..Ya Allah, rupa-rupanya bahagian kecik dekat belakang-belakang tajuk..Yang menghiburkan sedikit, kak Nadia pun jawab salah juga..hehe

One more lesson, be more aware even for the smallest one!

28 Mac 2010-Madkhal asSunnah

he..ini memang subjek killer bagi saya. Semenjak mula muhadarah sehingga ke hari peperiksaan, saya memang tidak faham apa yang Dr. Hawariyy syarahkan cuma sebahagian kecil sahaja. Subjek ini memang saya cuma belajar sendiri dan berbincang dengan sahabat-sahabat.

he..ini lagi satu pengajaran.

Awal muhadarah ketika baru memasuki sem 2, Dr ada sebut tentang satu buku yang 'boleh membantu kamu dalam memahami madah ini'..

I thought, it's only a revision book so I kept it away..

Last-last, soalan periksa ada yang keluar dari buku tu..Jenuh 'menggoreng' jawapan. Dan ada sebahagiannya saya 'kukus' dan 'bakar'. he..Rasa macam nak kunyah pun ada.

Mula-mula, confuse juga. Mana la Dr. ni ambil soalan sebab boleh dikatakan dah khatam bahagian yang masuk periksa (is it true?) lepas habis exam, tanya Pipah. "la..Dr. ambik dari buku kecik tu..ana pun tak hafal..hehe"

Memang tarbiyah dari Allah..

Yang menakutkan, muhadarah hadis yang seterusnya iaitu hari Selasa, Dr. ada sebut tentang kertas exam. Beberapa pelajar arab dapat '0'! Ya Allah, it really caught my breath away..

Dr. nampak kecewa dan bertanya sebabnya. "soalan susah". Jawab beberapa orang pelajar arab.

Menunggu kalau-kalau Dr. nak sebut, "baik, saya bagi kamu peperiksaan lain"..(tak ada nyer..)

"kamu patut tengok ikhwanul Maliziyin..mereka sangat cemerlang. Mereka cuba juga jawab walaupun tak faham soalan. Mereka cuba bagi jawapan yang betul walaupun tak sesuai dengan soalan yang diminta.."

Saya menahan ketawa. Terkena..

"kamu tahu, ikhwanul Maliziyyin ada yang dapat 18, ada yang dapat 17 (dari 20).."

Subhanallah..mantapnya pelajar tu. Kalau 18, it means..he or she got the highest mark! Sebab sebelum tu, Dr. ada sebut, paling tinggi hanya 18.

More and more lessons I got biiznillah..

29 Mac 2010-Seerah anNabawiyyah

Bersemangat juga nak jawab exam ni, sebab sangat-sangat suka subjek seerah.. Tetapi yang sedikit menyukarkannya adalah dari sudut bahasa..(",)

insyaAllah, I had tried my best..sekarang masanya untuk Tawakkal selepas usaha..

31 Mac 2010-Qawaid Lughawiyah Fi Usul Fiqh 2

Subjek yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah selesai menjawab dengan tulisan pen memenuhi kertas..hehe..(jawapannya insyaAllah ada tapi entah betul entah tidak)

Soalan-soalannya, sukar digambar dengan perkataan..Apa-apapun, semoga Allah mudahkan dan lapangkan Dr. Zainuddin ketika beliau menanda kertas supaya beliau mudah memberi markah tambahan..hehe

Sungguh. Menjalani kehidupan dengan kaca mata nilaian iman membuatkan kita selalu nampak bahawa keseluruhan kehidupan kita adalah tarbiyah dari Allah..sama ada secara jelas atau tersembunyi..

May Allah guides me each seconds in my life..

*Terima kasih atas hadiah-hadiah, kad dan ucapan-ucapan doa dari sahabat-sahabat di Malaysia dan di Jordan..Semoga Allah sayang kita semua, insyaAllah..

*Terharu dengan birthday party simple yang dibuat oleh housemates dengan sponsor Wani JPA..Siap ada iringan lagu 'selamat hari lahir' dari kumpulan saujana dan lagu-lagu sahabat lain (tak ingat tajuk..)..tersentuh dengan selingan sajak nukilan Asma' (sasterawati rumah kami)..
Inni Uhibbukunna lillah..semoga ikatan atas dasar akidah ini berkekalan dan menjadi pemberat timbangan kebaikan di akhirat nanti, insyaAllah..

*Lagi seorang teman ajak keluar dinner malam ni, hadiah birthday katanya..(",)

Monday, March 29, 2010

1991-2010


19 tahun sudah saya meminjam tubuh, meggerakkannya, menjaganya, menggunakannya dan semestinya pinjaman ini akan dipulangkan. Bila? Rahsia yang cuma sang Pencipta tahu. Mungkin tinggal setahun atau sebulan atau sehari atau bila-bila masa sahaja lagi..

Message dari ibu saya terima semalam.

"Selamat melangkah ke umur yang makin mendekati tarikh kematian..Kalau umur kita diikat macam berkas kayu api, cabut satu lagi bermakna makin sikit nak habis, mungkin tinggal sebatang @ dua sahaja lagi, cuma kita saja yang tak tahu..Tetapi hakikatnya bilangan itu telah ada..Bersihkan hati wahai anak, ikhlas untuk Allah.."

Jazakillahukhairan katsira umi kerana tak pernah tertinggal peranan seorang ibu iaitu menuntun tangan anaknya agar selalu kembali pada Allah.

Sungguh. Sudah 19 tahun saya diamanahkan untuk menjadi hamba. Sudah 19 tahun saya dinilai dari setiap segi untuk dihitung. Sudah 19 tahun saya berhutang dengan manusia-manusia yang bertanggungjawab dalam tempoh kehidupan saya.

19 tahun sudah tubuh saya hidup. Bagaimana pula dengan umur hati dan iman? Ditolak tempoh sebelum baligh, ditolak fasa nakal dan 'jahiliyyah', ditolak itu dan ini, saya kira baru beberapa tahun hati dan rasa kepatuhan saya hidup.

Jika dipanggil pulang, apa yang bisa saya bawa sebagai mahar untuk kekal di syurga? Apa yang bisa saya bayar untuk menjauhi neraka?

Sungguh. Saya sudah tewas teruk dengan Usamah Bin Zaid r.a..Dia memimpin angkatan melawan Rom di usia 18 tahun. Dan saya sudah melepasinya tanpa apa-apa perubahan.

Mengenang kembali 19 tahun pinjaman nyawa, terlalu banyak susunan Allah yang semuanya tidak pernah sekalipun sia-sia. Satu-satu Allah atur yang jika dilihat dari kaca mata iman, sangat cantik dan unik. Sungguh. Saya belajar banyak dari kehidupan..

Mahu tahu apa impian saya untuk ulang tahun kali ini?

Saya mahu belajar untuk matang dalam tingkah laku dan fikiran.

Tapi..housemate saya kata, "Hasna' macam budak-budakla..seronok, ceria..". aiseh..macam mana ni? (",)

Apa-apa pun saya mesti belajar untuk matang juga. Sebab mukmin itu tidak punya masa untuk bermain-main. Walaupun payah, susah, buntu dan segala macam lagi cubaan, tapi saya mesti tuju itu. Semoga Allah mudahkan..ameen.

Memandangan post ini lebih bersifat peribadi, lalu saya mahu menggunakannya sebagai medium untuk memohon kemaafan kepada semua pihak yang pernah terlibat dalam kehidupan saya secara langsung atau tidak langsung. Mohon dimaafkan kerana saya masih manusia yang belajar untuk mengenal kehidupan yang luas dan sangat msutahil untuk tidak memalit kesilapan dalam tingkah laku, bicara dan lain-lain.

Semoga Allah melapangkan kalian..

*Hadiah saya buat ibu, cukuplah dengan mempersiapkan diri saya agar Allah menerima doa saya sebagai anak yang soleh dan dengan doa itu, ibu menikmati keenakkan kehidupan yang abadi di sana..kerana apakah ada nikmat lebih besar dari berehat di atas dipan empuk yang terjuntai buah-buahan untuk dipetik mudah di firdaus nanti?

*Untuk bang bair, kak yam dan Taha, minta maaf untuk semua kesilapan dan terima kasih kerana selalu menyayangi hasna' walaupun hasna' nakal macam mana pun hehe (",).. Untuk bang bair, terima kasih kerana mengantikan ayah dalam mendidik hasna'. Untuk kak yam, terima kasih kerana selalu bersama mak dalam membentuk. Kepada Taha, terima kasih kerana bersabar punyai kakak yang tak rupa macam kakak sangat..(",) Apa-apapun, semoga Allah menyatukan kita sekeluarga yang sama di akhirat nanti, insyaAllah..

Dan seperti biasa, doakan saya teman agar selalu tsabat di atas jalan ini..

*29 Mac 2011, 20 tahun? Alamak..


Thursday, March 25, 2010

Remaja mukmin luar biasa = mahal nilainya..


kadang-kadang saya kira, anak-anak Palestin jauh lebih dewasa daripada saya..

Kisah Mus'ab Bin Umair yang unik saya selak lagi buat sekalian kalinya. Kali ini dalam subjek Seerah Nabawiyah yang mengambil kitab Fiqh Seerah karya sheikh Sa'id Ramadhan alButthi sebagai bahan pembelajaran...

Kalian kenal bukan dengan Mus'ab Bin Umair?

Sahabat yang menerima Islam di awal keremajaannya saat dia hidup dalam kemewahan. Haruman pewanginya tidak ada yang menyamai. Pakaian mahal melambangkan dia dari keluarga yang mewah. Sekali pandang, sudah mafhum benar bahawa dia zuriat kesayangan.

Namun, sekali dia menerima Islam sebagai cara Islam, seluruh kehidupannya cuma untuk Allah. Segala keelokan dunia itu langsung ditolak tepi..

Saat awal perjalanan Dakwah, Mus'ab turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah s.a.w.. Dengan rela hati dan yakin, dia menerima siksaan kaum Quraisy. Jubah lembut diganti sarung pakaian kepayahan dan penyiksaan.

Ketika itu, dia masih pemuda..

Selesai perjanjian aqabah 1 yang termeterai, Mus'ab dihantar sebgagai duta yang akan mengajar kaum Ansar membaca alQur'an dan mengajar segala sesuatu tentang Islam.. Sehingga dia digelar "Muqri' alMadinah" iaitu pembaca Madinah.

Dalam tugasnya itu, dia pernah diserang oleh orang musyrik, mengangkat tombak mengancam jwanya tetapi tidak ada apa yang dilakukan oleh Mus'ab untuk mempertahankan dirinya hanya cuma membaca beberapa potong ayat Allah serta menyebut beberapa hukum dalam Islam. Lantas seteru yang menyinga itu lemah meletakkan senjatanya dan terus mengikuti kuliah pembelajaran Islam yang disampaikan Mus'ab.

Ada riwayat yang menyebut, hampir setiap pintu rumah di bumi Yathrib itu diketuk agar sinar kesejahteraan itu bisa masuk dan mewarnai kehidupan mereka.

Ketika itu, dia masih pemuda..

Bukti cintanya pada Allah dan Rasul berterusan sehingga ke denyutan nadi terakhir. Allah memilih pemuda unik ini untuk syahid semasa perang Uhud. Saya kira, Allah terlalu merinduinya kerana itu dijemput awal agar segera dapat diganjarkan kenikmatan.

Dengan pakaian yang sehelai di tubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutupi 'aurat jenazahnya. Jika ditutup di bahagian kepala maka kakinya akan terjuntai keluar dan jika ditarik ke kakinya maka kepalanya pula akan terdedah..

Akhirnya, sahabat-sahabat menceritakan kepada Rasulullah s.a.w.. Lantas Rasulullah menangis, teringat betapa dia sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya dahulu.. Rasulullah bersabda:"Litupilah bahagian kepalanya dengan baju labuhnya dan tutuplah dua kakinya dengan daun kayu izkhur".

Sungguh. Dia juga melalui zaman pemuda sama dengan saya. Namun, bagaimana cara dia melaluinya sangat berbeza dengan cara saya melaluinya sekarang.

Mengapa payah?

Sungguh. Remaja mukmin luar biasa = mahal nilainya dalam pandangan Allah.. Tidakkah kita mahu raih itu?

Doakan saya teman..

Wednesday, March 24, 2010

Remaja itu susah..

Saya masih di alam remaja. Masih bertatih di dunia yang bergelojak. Dunia yang indah serba serbi. Dunia yang enak dan mempersonakan.

Mahu tahu apa bukti Allah ciptakan tempoh ini tempoh ujian?

"Antara golongan yang dijamin syurga kelak ialah pemuda-pemuda yang ketika hidupnya (berusaha) membesar dan dewasa dalam suasana beriman"

Sungguh. Menjadi pemuda yang berjiwa bersih dalam hidupan dunia hari ini amat mencekik jiwa. Perit. Pedih. Selalu sahaja mencarik hati yang cuma sampan membelah ombak ganas.

Hati ini diuji.. Kenapa rasa itu hadir dalam saat genting ini?

Saat seharusnya jiwa dipenuhi doa untuk alQuds yang meniti hari. Saat seharusnya minda sibuk menghadam setiap huruf kitab. Saat seharusnya diri laju merencana. Namun, rasa itu membuatkan semua itu berjalan dalam hambar..

Wahai Pencipta rasa dan fatrah ini, bersihkanlah..lapangkanlah.. kukuhkanlah..

Telah Engkau ciptakan kami bersama rasa itu maka, bantu kami Ya Allah agar bisa meniti hari tanpa rasa itu mengganggu..

Sungguh. Punya rasa itu bukan satu kesalahan tetapi membiarkan rasa itu mengganggu cintamu padaNya adalah satu kesalahan..

Doakan saya teman..

*dua subjek telah berlalu..subjek killer sedang menuju..huhu..

*Allah selalu menguji..sekilas wajahnya mencelarukan..

Friday, March 19, 2010

Mereka berlari, kita terus lena..


Mengapa kalian tidak membela kemuliaan kami?

Akhir-akhir ini, saya menyelak khabar berita dari bumi alQuds yang cuma tinggal di sebelah sisi saya saban hari.

Cemas. Berdebar. Risau. Kondisi kiblat pertama mukmin itu kini benar-benar parah. Dikepung dan disiat bersama injak kasut hina bangsa laknatullah itu hampir 10 hari lebih.

Dan jelas bersuluh, pakatan jahat mereka dalam usaha merobohkan alAqsa. Sungguh. Tempat menghubungkan antara bumi dan langit itu cuma menghitung hari untuk rebah dan menjadi saksi betapa sungguh dia cuma si tua tanpa nilai di mata masyarakat Islam hari ini.

Kita tahu dalam seerah Rasullullah s.a.w. yang kita laung di jalanan betapa kita cintakan baginda saban tahun setiap hari maulidul Rasul, bahawa alAqsa memainkan peranan dalam kisah awal ketauhidan dan penilaian keyakinan ummat generasi pertama.

Pertama, alAqsa merupakan kiblat pertama muslim sebelum peristiwa pemakbulan doa Rasulullah agar dialih ke Ka'abah.

Kedua, alAqsa merupakan tompokan bumi yang disucikan dan tempat yang menghubungkan antara dunia bumi dan kerajaan langit sewaktu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Tahu mengapa Allah memilih bangunan itu untuk menjadi istimewa?

Kerana Allah mahu dia menjadi kayu ukur kesempurnaan akidah dan kesensitivian manusia-manusia yang gah mengaku muslim.

Saidina Umar r.a. pernah bilang suatu ketika dulu,"Jika mahu mengukur kekuatan kaum muslimin pada ketika itu, lihat pada tangan siapa alQuds dikuasai.."

Sungguh. Allah mahu lihat bukti cinta kita padaNya, pada RasulNya dan pada sejarah permulaan deen (cara hidup) yang mengeluarkan kita dari kehinaan dunia.

Apakah kita benar sedar?

Dan hari ini diisytiharkan oleh ulama' sebagai hari perlawanan sedunia. Pemuda-pemuda Palestina juga turut bangkit menentang.

" Pemuda-pemuda Palestina di Tebing Barat yang mengambil nama 'Pemuda Tebing Barat'menyerukan kepada semua warga Palestina di wilayah jajahan 1948 dan warga Al-Quds untuk melakukan jihad global hari ini Jumat (19/3) dan terlibat dalam aksi murka dan membela tempat suci yang akan berlangsung dari masjid-masjid Tepi Barat.

Dengan menamakan "Pemuda Tepi Barat" dalam pernyataannya hari ini Kamis (18/3) yang salinannya di terima Infopalestina meminta kepada semua warga Al-Quds dan sekitarnya untuk pergi ke masjid Al-Aqsha. "Siapa yang tidak mampu shalat ke tempat paling dekat maka bisa dilakukan di Kota Lama dan tidak hanya cukup bentrokan dengan Israel di pinggiran-pinggiran kota." Tegas mereka." –info palestina-

Sungguh. Mereka bangun melawan mempertahankan kemuliaan alQuds. Namun kita?

Jangan sampai alQuds berkecai baru mahu melolong saling menyalahkan. Jangan sampai hikayat Haikal Sulaiman menjadi realiti baru mahu menangis hiba.

Wahai diri, malulah kamu dengan mereka. Kamu mengaku sama muslim dengan mereka. Kamu mengaku meng'illah'kan Allah sama dengan mereka. Kamu mengaku bercita-citakan syurga sama dengan mereka.

Tetapi mereka tegar meraih dengan darah. Mereka gigih membentengi alAqsa dengan dada-dada mereka. Mereka kukuh meski dunia buta menghina dengan penuh fitnah. Mereka laju meski saudara muslim sendiri yang berlumba membinasakan mereka.

Apakah kamu benar mengerti?

Sungguh. Apa yang bisa kita lakukan sebagai manusia yang tidak bisa menempelak dunia ?

Pertama, teruskan berdoa. Lakukan solat hajat agar Allah, pemilik Baitul Muqaddasah dan bumi semuanya menyelamatkan alQuds daripada rancangan kuffar.

Doa senjata mukmin. Doa bukti hati kita bersama mereka. Doa bukti cinta kita kepada ummah.

Kedua, teruskan usaha memboikot. Jangan sesekali terlepas pandang dan menganggap usaha itu cuma kecil dan remeh.

Jika kita melakukan dosa kepada Allah, Allah itu Maha Luas pengampunanNya. Namun apa yang bisa kita tebus jika melakukan dosa pembunuhan terhadap saudara kita?

Ketiga, sampaikan khabar rintihan alQuds pada manusia-manusia yang hampit dengan anda. Ingat, keutamaan alQuds bukan Cuma pada bangsa Palestina, tetapi pada mana-mana manusia yang menggelar dirinya muslim betuhankan Allah.

Dr Zainuddin, pensyarah Qawaid Lughahwiyah fil usul Fiqh 2 saya ada berkongsi hadis yang mungkin dalam kalangan kita sudah lali diperdengarkan.

"Jika seseorang itu tidak memikirkan hal saudara muslimnya yang lain, maka dia bukan dari golongan itu"

Sungguh. Bagi Allah sang Maha Pencipta, keruntuhan alQuds tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada keagunganNya. Namun kita yang diamanahkan, apakah yang bisa kita jawab di hari perhitungan nanti?

Mungkin ada yang berfikir, "ah, tidak mengapa. Mustahil alQuds akan dirobohkan kerana itukan masjid. Rumah Allah, mestilah Allah lindung macam cerita Abrahah dulu.."

Baik. Kalian tahu mengapa saat itu Allah melindungi ka'abah?

Kerana ketika itu ka'abah dikelilingi oleh manusia-manusia jahil yang tidak bertuhankan Allah. Lalu Allah lah yang bisa melindunginya.

Namun, situasi kini berbeza. Berapa bilionkah muslim yang mengelilingi Palestina? Berapa jutakah jema'ah haji yang saban tahun menziarahi Mekah dan Madinah yang cuma selatan sejengkal dari alQuds?

Kerana itu alQuds menjadi kayu ukur kekuatan jiwa dan akidah muslim.

Sampai kapan kita mahu benar sedar?

Sehingga alQuds lenyap dan berdiri megahnya Haikal Sulaiman kah?

Yahudi dengan kebiadapannya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini seratus peratus. Kerana mereka sememangnya kuffur dan dilaknat. Tetapi lihat kita. Kita yang mengaku meyakini kehebatan Islam ini yang patut dipersalahkan. Mengapa tidak bangkit membantu?

Semoga Allah tidak meletakkan kita jauh.

Doakan saya teman..

*Gaza diserang lagi. Butakah kita?

*Saya selalu terfikir, takut-takut syurga nanti tertutup kerana sudah penuh dengan mereka. Tidakkah kamu takut sama?

*maaf ayar sedikit tidak teratur kerana mengejar masa. Doakan imtihan bermula 20hb ini dan tamat 31hb, insyaAllah..


Wednesday, March 17, 2010

Pinjam-(pulang x ujian) = hamba..


ujian hadir bersama cintaNya..

Saya sengaja menolak tepi sebentar kitab-kitab yang jenuh ditatap setiap hari bagi menghadapi peperiksaan pertama sem kali ini agar bisa jari jemari ini mencoretkan sedikit bicara buat diri saya khusunya..

Entah, hari-hari yang dilalui akhir-akhir ini menenggelamkan saya dari fitrah kehambaan. Sungguh. Perjalanan kehidupan tidak berubah, tetap belajar, tetap bermu'amalah, tetap merencana cuma tanpa bersamanya syu'ur bahawa semua itu punya garis panduan untuk diganjar. Semua itu punya piawaian..

Ibadah dan ketaatan seakan-akan cuma suatu penyusunan hidup yang telah teratur. Seakan telah tertulis sebagai jadual harian.. meniti hari-hari yang tampak konsisten zahirnya namun jika diselak dalam, hati ini jerih untuk tunduk sebagai hamba yang faqir..

Dan beberapa hari yang lalu, Allah mengizinkan kembali hati ini untuk kembali hidup dengan khabar musibah yang menimpa..Ayah teman kemalangan parah, pelajar muda meninggalakan dunia dan yang paling hampir, dua sahabat sefikrah diizinkan Allah menempuh ujian berat..

Sungguh. Siapa cinta pada kepedihan?

Jika dilihat dari mata manusia yang cuma dicipta, rasa sakit saat ujian itu membalut. Rasa perit untuk terus hidup. Rasa rendah untuk terus bangkit.

Namun..bukankah kita cuma hamba yang sedang dinilai?

"Apakah kamu mengira kamu akan dimasukkan ke syurga sedangkan kamu masih belum diuji?"

Ujian bukti Allah cintakan kita.

Ujian bukti Allah tidak mahu melepaskan kita jauh.

Ujian bukti Allah megah mengkhabarkan,"aku selalu mendengar kamu"

Ujian bukti Allah gembira berkata,"aku sengaja mahu melihat kamu istimewa"

Sungguh. Ujian itu kelat dan perit menusuk. Namun, apakah ada balasan yang lebih istimewa selain pandangan ihsan Allah?

Saya selalu takut saat menempuh tempoh yang lapang tanpa kepayahan. Terasa bagai tanpa kepedulian Allah untuk membantu saya merapatiNya. Terasa seakan Dia sudah tidak enak untuk mengusap rintihan..

Pernah ada sahabat yang bertanya kepada Saidina Ali, "mengapa kamu menangis sedemikian rupa wahai Ali?". Jawab Ali dengan rembesan air matanya, "Aku tidak diuji Allah sudah lebih 3 hari. Aku sangat takut andai Allah telah meletak aku jauh..".

Lalu saya titipkan bicara buat kalian yang sedang dipandang penuh istimewa oleh sang Pencipta, rebutlah peluang itu.

Cuma Dia satu-satunya paling mengerti luluh jantungmu. Hanya Dia satu-satunya yang bisa tahu ngongoian hati kamu tanpa perlu meluahkannya keluar..

Tika diuji adalah saat hijab kamu dengan Allah terbuka luas. Sungguh. Apakah ada detik lain yang lebih indah melainkan detik itu?

Saya berkongsi bersama housemate dalam perjalanan ke kelas tambahan semalam.

"Kita lihat seakan-akan dia penuh kasihan diuji. Kita lihat dia dengan penuh simpati. Tetapi kita lupa untuk simpati pada diri kita yang tidak diuji ini..

Dia diuji perit. Tapi kalau dia redha, Allah akan bersihkan semuanya seakan-akan dia masih baru hidup. Apakah punya ganjaran yang lebih membahagiakan selain Allah bersihkan kita?

Tetapi kita yang Allah terus biarkan ni lebih bahaya..sepatutnya kita yang perlu disimpati.."

Sungguh. Pinjaman, pulangan dan ujian menambahkan lagi keyakinan, bahawa kita cuma hamba. Setiap nadi dalam genggaman Allah. Namun, mengapa payah mahu selalu sedar?

Wahai hati, takutlah kamu saat tanpa keperitan hidup..Kerana kesenangan itu melalaikan.

Doakan saya teman..

*alQuds meniti detik..sampai kapan kita mahu lena?

Sunday, March 14, 2010

Doakan...


kereta yang dipandu Afdholur..

Doakan kesejahteraan 2 orang sahabat se-batch saya yang kini salah seorangnya agak kritikal.
Afdholur Rahman Bin Che Ani dan Muhammad Suhaib Bin Shafie pulang dari membeli barang (gula-gula persegaran untuk peserta kem PEWARIS anjuran HALUAN MALAYSIA) dan terbabas pagi tadi jam Malaysia.

Kereta tersebut dipandu oleh Afdholur yang merupakan ketua fasilitator kem tersebut.

Mata kiri Suhaib terpaksa dibedah akibat pecah dan tidak dapat berfungsi lagi.

Semoga Allah melapangkan mereka dan mengahadiahkan ketenangan di hati mereka dalam menerima penyusunan Allah.

Saturday, March 13, 2010

bisakah Dia kita cinta selalu?


indahnya menjadi si kecil yang selalu bersih..

Khamis yang lalu, halaqah cinta kami menganjurkan iftar jama'ie bagi ahli sakan Yarmouk. Awal perancangan, agak ragu-ragu memikirkan, apakah bisa berjalan elok? Kami hanya sempat memutuskan ketika malam program qiyamullaih minggu lalu..

Namun penyusunan Allah Maha Cantik..

Walaupun sedikit kelam kabut dengan ketibaan bahan-bahan yang agak lambat, namun segalanya bisa teratur dengan bantuan Allah..

Ramai sahabat-sahabat yang hadir walaupun tidak mencapai angka penuh ahli sakan. Sahabat-sahabat yang tinggal di luar turut sama memenuhi jemputan. 4 ekor ayam yang dimasak habis semuanya..Alhamdulillah..

Selesai menjamu makanan berat, diadakan pengisian dengan penceramah jemputan khas iaitu kak Arikah, timbalan Presidan MMY dan saya sendiri sebagai pengerusi majlis pada malam yang santai itu..

Tajuk yang dipilih ialah 'Kepentingan hubungan dengan Allah dalam kehidupan hamba Rabbani'.

Kenapa ya saya senang memilih tajuk ini?

Selalu pengisian yang dihadiri, lebih kepada tajuk luaran seperti 'mencintai Rasullullah' , 'akhlak' dan lain-lain tanpa masyarakat belum bisa memahami mengapa semua itu penting dan bagaimana semua itu bisa subur mekar dalam kehidupan..

Sebagai kesimpulan malam itu, saya berkongsi..

"mengapa hubungan dengan Allah ini penting? kerana itu yang dinilai Allah.. kerana itu yang menentukan kondisi hati kita.. hubungan dengan Allah ini, cuma kita dan Allah yang bisa tahu."

Saya tambah kemudian..

"Saat kita membaca kisah sahabat-sahabat, kisah Rabiatul Adawiyah (sebelum itu ada yang berkongsi tentangnya), kita akan rasa betapa jauh berbezanya kita dengan mereka, kita akan rasa lemah, kita akan rasa tak layaknya, namun ketahuilah, dalam kondisi hari ini, mukmin tidak dinilai kekuatan hatinya jika dia duduk cuma di dalam hutan atau gua, tetapi mukmin yang bisa memelihara keelokan hatinya saat dia dikelilingi oleh jutaan masyarakat yang teruk.. Allah pilih kita tercampak dalam zaman ini dalam suasana mayarakat yang dahsyat hari ini, dalam masyarakat yang cintakan dunia, dalam masyarakat yang memilih suka-suka namun, Allah pilih hati-hati kita untuk menjauhi semua itu, untuk memilih hidup yang berbeza tidakkah Allah pandang itu?"
Saya lihat wajah-wajah mereka yang bersih. Sungguh. Saya cinta mereka..

"Jika dilihat daripada pandangan biasa, sudah tentu kita senang melihat orang yang ber'dating' di luar suka untuk merasai itu sama, namun dengan pandangan iman, kita tolak itu, Tidakkah Allah pandang? Apakah Allah itu zalim dengan menciptakan kita mencintai dunia namun Dia gariskan panduan yang menghalang? Apakah Allah itu zalim?" "Tidak sama sekali, kerana dengan kepayahan kita itu yang Allah pandang untuk Dia mencintai kita.."

"Lalu kerana itu,
kita perlu 'izzah dengan pemilihan Allah ini..
Memang kita akan selalu jatuh
namun itu fitrah penciptaan kita
dan untuk meraih cinta Allah itu la
menyebabkan kita harus selalu bangkit"



Saya lihat wajah satu persatu mengangguk..Ya Allah..kuatkan kami..Saya mahu mereka faham, betapa pemilihan mereka untuk hidup begini tidak sia-sia..Saya mahu mereka sedar bahawa Allah itu sangat mencintai mereka. Saya mahu mereka yakin bahawa pemilihan mereka adalah pemilhan yang tepat dan mereka perlu 'izzah dengan itu.

Di akhir titipan,

"kalau di MATRI dulu, kami selalu saling mengingatkan meskipun antara jiran sebelah meja, 'jaga HDA..'
'jangan lupa HDA'
nak tau apa tu?
Hubungan Dengan Allah.."

Saya lihat mereka terseyum dan mula saling membisik, "HDA..HDA..HDA".

Maaf saya hanya bisa berkongsi sebahagian sahaja perkongsian malam itu. Dan mungkin penyusunan ayat saya malam itu sedikit berbeza dengan apa yang ditulis..

Hari yang berikutnya, saya dan beberapa ahli sakan yang lain mengikuti kursus Perubatan Islam di Mu'tah. Ketika kami menunggu teman yang lain bersiap, kak Hafizah, senior setahun saya membuka bicara, sambungan pengisian semalam..

"Hasna', cerita robot awak sangat terkesan. Akak masih ingat sampai sekarang. Sebelum tidur tadi teringat, pastu time bangun tadi pun teringat lagi..Sebab ada relate dengan kehidupan akak.."

Alhamdulillah..Saya cuma senyum. Dalam hati "Wahai kak Hafizah, bukan sahaja relate dengan kehidupan akak, tetapi kehidupan hasna' dan kehidupan semua muslim yang menyedarinya"

(kisah robot yang pernah saya kongsikan dalam post 'Allah pandang itu')

Sungguh. Allah selalu mencintai kita..namun, bisakah kita mencintai Allah selalu?

Doakan saya teman..

Sunday, March 7, 2010

Dia tidak pernah sepi..


Di atas bumi ini darah sheikh Ahmad Yassin telah ditumpahkan..

Saya telah berjanji untuk tidak menulis apa-apa buat sementara waktu sehingga peperiksaan menjengah..namun saya kira saya mesti berkongsi kisah 'dia' yang tidak pernah sepi..

Sungguh. Kisah Palestin yang cuma tinggal di sebelah saya, yang cuma atas sejangkal dua kota suci kiblat tumpuan muslim sedunia dan tempat bersemadinya tubuh agung baginda tercinta..

Namun, apakah kita benar serius?

Palestin terjajah bererti lompang yang mencacatkan akidah muslimin sedunia belum pernah terubat..

Tidak perlu menunding jari jauh. Sekadar lihat kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat terdekat , apakah telah benar prihatin?

5 Mac yang lalu, cuma kelmarin berlaku, alQuds diinjak lagi dengan biadap oleh zionis laknatullah.. Mengotori lantai dengan kasut jijik mereka, mencemarkan halaman dengan lelehan darah saudara-saudara muslim kita dan memecah udara dengan pekikan suara buruk dan hina mereka..namun, apakah kita peduli?

Mereka bangsa Palestin..kerahkan darah, air mata dan keringat untuk membayar syurga terindah..Mereka garap kepedihan dan derita menjadi sebatian kehidupan sehari-hari.. Kita?

Saya yang cuma selitkan doa seusai solah buat mereka, yang cuma belajar untuk tidak membantu musuh dengan sedikit boikot, yang cuma sedikit fobia melihat kereta mercedes kerana akan terimbau kembali saudara saya dilenyek berulang kali, yang cuma sekadar berkata sepatah dua perkongsian tentang Palestin.. Apakah bisa mengimpikan untuk meraih anugerah tak ternilai yang sama?

Bukankah itu layak digelar tidak sedarkan diri?

Sungguh. Saya mencemburui mereka. Mereka lahir dalam kematangan. Mereka membesar dalam keseriusan. Mereka dewasa dalam kebijaksaan. Saya? Baru bertatih untuk memakai semua itu..

Ibu selalu mengingatkan:"Allah cinta pada pemuda yang tidak punya sifat keanak-anakkan.."..

Sungguh. Sampai kapan saya dapat hidup sebagai remaja mukmin yang matang? Saya mahu itu. Agar saya bisa selalu sedar bahawa dunia harus diislahkan..

Doakan saya teman..


Rangkaian Penistaan terhadap Masjid Ibrahimi

[ 28/02/2010 - 03:53 ]



Khusus-Infopalestina: -Tanggal 25 Pebruari adalah bertepatan dengan 16 tahun pembantaian di Masjid Ibrahimi di kota Khalil (Hebron), selatan Tepi Barat. Pembantaian yang dilakukan seorang pemukim Yahudi yang menelan korban 29 Palestina gugur dan puluhan lainnya luka-luka.

Pembantaian itu bukanlah yang pertama dan terakhir yang menodai masjid tersebut. Seorang peneliti Palestina telah mencatat ada lebih dari 660 kali penodaan sejak tahun 1967 (sejarah masjid awal dijajaha) hingga akhir 2000. Ditambah ratusan kali penodaan sering berulang sejak tahun 2000. Peneliti Palestina, Muhammad Deyab Abu Saleh, menjelaskan macam-macam pelecehan dan penodaan seperti pembunuhan, penghinaan, pemukulan, pengumpatan, menghina nama Tuhan dan Islam, mengganggu orang sholat, bahkan dilarang sholat, meletakkan bahan-bahan kimia di air minum, di pintu, di jendela dan sajadah.

Terkait serangkaian penindasan yang dialami Masjid Ibrahimi, peneliti dan pengarang buku "Khalil, kota Arab Islami" ini meringkasnya dalam beberapa hal. Diantarannya; dijadikan tempat menyanyi, berdansa, kemaksiatan, khitan, memasukkan anjing, merubah tanda bangunan dan membuat portal di tempat masuk masjid. Ditambah lagi membagi dua dan merubah sebagian tempat di masjid menjadi sinagog Yahudi. Meletakkan kamera pemantau, kamera mata-mata dan alat penyadap di pojok-pojok masjid.

Penindasan Berulang Terjadi

Penindasan yang paling terkenal dan pertama kali dilakukan adalah tanggal 8 Juni 1967, menurut peneliti Palestina itu, karena ketika menjajah kota Khalil, Israel langsung menduduki Masjid Ibrahimi. Dengan paksa mereka masuk masjid diikuti petinggi rahib Yahudi dan mengibarkan bendera Zionis Israel di atas masjid lalu melarang umat Islam sholat didalamnya. Ia menambahkan, penindasan dan penodaan terhadap Masjid Ibrahimi itu terus berlangsung hingga penggrebekan. Aksi-aksi penindasan yang paling populer adalah sebagai berikut:

- 18 Desember 1967: penjajah Israel memasukkan lemari kayu yang didalamnya ada Kitab Taurat ke dalam masjid.

- 11 Oktober 1968: tangga yang menuju ke masjid dirobohkan dan menghancurkan sumur bersejarah yang bersebelahan dengan pagar masjid.

- 31 Oktober 1968: petinggi militer di Khalil memerintahkan kepala wakaf dan arsif untuk mencaplok Ya'qubiyah (bagian dari masjid) dan menjadikannya sebagai tempat ibadah orang Yahudi.

- 2 November 1976: 15 pemukim Yahudi masuk ke masjid dan merobek mushaf Al-Qur'an serta menginjak-injaknya. Di dalam masjid, mereka sempat tinggal sampai beberapa jam.

- 13 Januari 1977: seorang serdadu Israel berdiri di belakang jama'ah sholat Zuhur dan melempar bahan seperti cabe sehingga jama'ah sesak napas dan pilek.

- 13 Mei 1987: serdadu Israel yang berada di masjid mencelah nama Rasulullah SAW saat kumandang azan dan mengancam dengan pembunuhan jika dilanjutkan.

- 13 Oktober 1987: Penguasa kota memerintahkan kepala arsif untuk memasang alat-alat elektronik di tiga pintu masuk utama masjid, memasang kamera televisi dan pintu otomatis.

- 18 September 1991: pemukim Yahudi melemparkan kursi ke arah jama'ah sholat Ashar, mengobrak-abrik portal besi lalu masuk ke masjid dengan sepatu dan sandal mereka. Kemudian memukuli orang-orang tua dan lemah.

Hari Pembantaian

- 25 Pebruari 1994: pemukim Yahudi bernama Baroch Goldstein merangsek masuk masjid saat jama'ah tengah melaksanakan reka'at kedua di sholat Subuh. Kemudian ia langsung melepaskan tembakan dan bom membantai 29 warga Palestina. Kemudian terjadi bentrokan di luar masjid yang mengakibatkan sekitar 30 warga Palestina gugur syahid. Setelah itu komisi penyidikan memutuskan membagi masjid menjadi dua dan merubah sebagian besar tempat masjid menjadi sinagog.

- 15 Agustus 1994: pihak penjajah Zionis Israel memasang 14 kamera terbaru, 58 lampu sorot dan alat peringatan baru.

- 13 Pebruari 1995: pihak penjajah Zionis Israel membangun ruangan permanen untuk polisi dan dua kamar ganti untuk militer di taman masjid.

- 10 Juni 1996: militer Zionis Israel memasang alat penghitung di pintu-pintu otomatis untuk menghitung jumlah jema'ah sholat.

- 31 Januari 1998: pemukim Yahudi menumpahkan air panas ke dua kepala penjaga masjid.

- 21 Pebruari 2010: pemerintah Zionis Israel memutuskan memasukkan Masjid Ibrahimi dalam daftar situs-situs peninggalan Yahudi dan menyiapkan dana sebesar US$ 1,6 juta untuk merenovasinya. #

Saturday, March 6, 2010

COMRADE..

Today we got a special day. A day with special cares from hundred of doctors..

Actually this week is M&M week, which combines both of different professionals, science-stream community and religion-stream community.. M&M comes from MMJ (Majlis Mahasiswa JUST) and MMY (Majlis Mahasiswa Yarmouk). It will be held from 5 to 10 Mac 2010.

So, there will be some profit activities planned to be served for us, PERMAI community..here I share it with you:

5 Mac - COMRADE : Career Talk (MEP5)

6 Mac - COMRADE : Mini Clinic

6 Mac (malam) - "Scientific Miracles of Human Body & Its System" (PMK)

7 Mac - i-WAH : Menilai Nur Kasih

8 Mac - COMRADE : First Aid Drill

9 Mac - i-WAH : Andai Kau Milikku

10 Mac - Malam Kemuncak M&M 2010

And today is the primary one that have been waited most..Mini Clinic provided us some free medical and dental check up. There were also some health talks and there were all about healthy meal, balanced diet, breast cancer and many more.

I tested my blood pressure and thanks God it was normal, about 90-60.. Commonly in Malaysia, I got low blood pressure, merely about 70-50.. While I took my medical check up for my application, the doctor was quite mad and she nearly disallowed me to fly oversea..(",)

Then I tested my blood group and glucose. Sadly, mine was B+. I wished to be in O+ group same as my dad, my big bro and my sis. Huhu.. Doubtless, most of mum's criteria embed in my blood.. That why mum always says, "most of my unwanted behavior clearly appear in your actions.."

Nge..(",)

I got some precious words from balanced diet talk. Let me share them with you..

"Kenapa kita nak kurus? Adakah semata-mata untuk cantik? Untuk menarik? Kita kurus untuk sihat..Kenapa penting untuk sihat? Jika kita lihat 10 ciri muawasafat Tarbiyah, ada trtulis tubuh badan yang sihat. Sebab itulah yang menyebabkan kita perlu sihat.."

I'm totally agree with her. We shall maintaining our health not just to be perfect but to gain a healthy life . How can we be a good muslim and help to rise up Islam back while we ourselves can't even help to move our body?

The messager pbuh had once said.." : 'Muslim yang sihat lebih disukai Allah berbanding muslim yang dhoif (lemah) tetapi kedua-duanya ada kebaikan"

So my dear friends, let us try to be a well strong muslimah..

'lembut bukan bermaksud lemah'..reminding myself…

Erm..,my first exam will start on 20 March so, may be I will stop posting for a while to let me focusing in my study..




the target mark not included the mark given by doctors in classes..insyaAllah..


may Allah helps me to let mum proud of me..may Allah helps me to let ummah gain something from me..ameen..

please pray for me friends..

Thursday, March 4, 2010

Me vs boys? 2

there will never feel alone when Allah is there..

insyaAllah I will continue my writing about our last discussion..

Why do I not having any boyfriend?

I think, this question is one of the famous questions will be asked for muslim or muslimah now a day whose are same with me, not having any friends from the other side gender.

Boyfriend has two meanings. The first one is our classmates or may be our neighborhood friends or may be something like that. And the other one is who is someone special to us..

Let us discuss one by one.

The first one is boyfriend in the true meaning of friend..

Erm..

First and foremost, we shall look for the reasons, for what we have to befriend with him. I myself, associated with my classmates for some important cases. We discussed and shared our opinions when needed. And it happened only in some emergency cases and surely must be aware by His guidelines..

Why it seem so difficult and awkward to deal with man?

The answer is, nope ..

Firstly, we must know well that Islam is not a prison which will firmly tight us off from having funs and enjoys in our life..

Islam itself was called as a peace. So if we follow its guidelines, the peace will embedded in our living souls for sure ..insyaAllah..

For me, having boys as your friends is much related to your own principals.. My principals, even my friends just expressing me "eh, kenal nampak ".. (for those who is unwell known and may be impossible to be known).. personally, it will be as the worse incident that made me mostly embarrassed.

As we already knew, Saidatina Aisyah, ummul mukminin r.a.h. said, "Solehah women covered herself to be unknown by the strangers and covered herself to know strangers.."

So my dearest friends, let us try together to be what has been told by Ummul Mukminin r.a.h. ..insyaAllah..

But it doesn't means we shall cut off any relations with boys..Surely, it is impossible for us to avoid from connecting with them as well as we live now a day in the modern wide world..

So, let us make up a good relation with them aware by His guidelines..

Okey, next discussion..

Boyfriend in the meaning of special one..

What about your opinions guys..do you prefer first-hand car or second-hand one?

For me, I will surely choose the first-hand one as I will be the first one drive it, right?

So, let me ask you,

Who will do you gonna to choose..the first-hand boy or the second-hand one?

The one who has already gave his love to another girls before, who has already touched another girls before, who has already expressed the words " I love you, honey" to another girls before, who has already spent his pocket money to buy some gifts to another girls before you as his true wife or the one who is purely free from that and you are the one who feel his love?

I myself, surely will choose the second one. The one who will give me his worthful love that not been given to another girls yet.

So my dearest friends, to gain the best one, we ourselves shall be the best one first. To gain the pure one, we ourselves shall purify our own first. Is that true?

For the last, I pleased to share you our God's word, who created us from nothing and then He gave us life not to be wasted but for us to fulfill the great mission..MARDHATILLAH and the last..His JANNAH..

What's the word?

"لا تقربوا الزنا"


Okey friends, I have to go now..My mum has already warned me "mak tengok kamu macam tak belajar ja.." Even it was quite impossible..How can my mum peering me while I am far away from her? Hehehe..But surely, with her deeply 'naluri ibu' she can know that I am truly quite lazy now..hehe..na'uzubillah minzalik..

Pray for me friends..