Sedang belajar untuk periksa hari ini, perasan ada seorang teman share satu link bersama keratan ayat yang menarik perhatian.
Tekan.
Satu artikel panjang yang menyentuh.
artikel penuh: Keindahan Itu Dingin.
Diam.
Jujur. Rasa sesuatu.
Perlahan-lahan menjelma bayangan lelaki-lelaki baik dan tidak baik yang ada di sekeliling.
Semoga Allah kuatkan dan sentiasa bersama.
nota kaki:
-dalam realiti, saat ini baru saya tahu bezanya lelaki yang pernah melalui proses tarbiyah dan lelaki yang tidak.
Sekalipun dia telah terjatuh, dia akan berusaha bangkit dan mengubat luka-luka itu. Dan mengambil waktu untuk bersembunyi dalam tempoh rawatan tersebut kerana dia tahu waktu yang belum tepat membuatkan luka-luka itu muncul.
p/s: mak, akhirnya hasna' faham kenapa mak sentiasa tanamkan ketsiqahan pada sahabat. Kerana mereka sentiasa berusaha menjaga diri dan hati mereka sekaligus menjaga diri dan hati kita sebenarnya.
-sembang-sembang dengan teman jauh di Mesir dan meminta pandangannya berkenaan isu penerimaan dalam pemilihan ini. Teringat ayat pedihnya, saat saya ungkapkan betapa susahnya memilih jawapan untuk menolak pertanyaan-pertanyaan mereka sehingga kadang-kadang saya rasa bagai mahu memberi jawapan yang baik-baik sahaja akhirnya.
"mengecewakan pendidik-pendidik dan ummat Islam kerana tidak membina Baitul Dakwah yang sebenar lebih perlu dipandang serius daripada mengecewakan perasaan jiwa"
-apa-apapun pilihan bonda adalah yang paling utama.
-ok. fokus belajar. doakan saya ya. ^^.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.