Monday, November 14, 2011

Cerita Bonda di Jordan 1

*ditulis untuk tatapan kakak dan abang.

Kenangan 5 Nov 2011: Ketibaan Yang Ditunggu.

Teringat semasa sedang memulakan taklimat bagi nuqaba' kemasukan pelajar baru untuk slot resolusi API (Akses Pemikiran Islam) anjuran bersama MPPMJ dan PERMAI, tiba-tiba telefon berbunyi kuat dan muncul nombor yang tidak dikenali.

"hasna'..! mak ni..kamu mana?"

"hah? Mak?.. mak dah sampai ke?"

@_@. Bagai nak luruh jantung.

"mak dah sampai lama dah aih".

"la..bukan pukul 4 ke?"

"tak la..pukul 11 lebih tadi sampai dah..sekarang dah keluar dari immigration".

"Mak, mak tunggu sana ya. Hasna' baru nak bertolak ni".

"lagi berapa jam?"

"dalam 1 jam lebih ke-2 jam..".

Langsung jadi kelam kabut. Sebak, terkejut, gembira dan terharu bercampur. Terlalu teruja mendengar suara bonda di bumi Jordan mungkin.

Tinggalkan majlis taklimat tanpa sempat memaklumkan kepada ketua dan hanya sempat meminta bantaun timb. pengarah API untuk menyambung tugasan. Tekejar melefon sahabat yang sudi membantu untuk urusan pengambilan bonda, Alhamdulillah mereka baru selesai urusan menyewa.

Terus gerak.

Setelah melalui perjalanan yang penuh cabaran (perlu dirahsiakan), akhirnya tiba di Queen Alia Airport dan rasa bagai dalam mimpi melihat bonda dan adik sedang duduk menunggu.


bonda dan adik di luar Queen Alia Airport.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Rupa-rupanya, tiket yang bonda terima berlaku perubahan maklumat dengan message yang bonda hantar sebelum ini. ^^#.

Kenangan 6 Nov 2011: Hari 'Eid Adha.

Membawa bonda dan adik menunaikan solat 'eid di Masjid Jami'ah Yarmouk. Hanya menunggu di bahagian simpanan kasut dan bonda masuk ke dalam. Alhamdulillah datang awal dan berjaya memberi ruang tempat solat yang selesa untuk bonda.

Teringat tahun lepas, tiba sedikit lewat, langsung terpaksa berhimpit di belakang.

Khutbah yang disampaikan oleh khatib (tidak tahu siapa sebab hanya kenal suara Syeikh Ma'mun) sangat membuatkan jiwa jadi sebak. Antara point yang diulang-ulang ialah:

"Pengorbanan adalah perkara terpenting dalam kehidupan".

Sesuai dengan tema PINTAR bagi bulan November iaitu:

"ADHA: pengorbanan menjadi muslim mukmin"

Tiba-tiba rasa lucu kerana terlupa mengajar bonda perkataan terpenting pagi itu iaitu 'tadhiyah (pengorbanan)' kerana khatib asyik mengulang-ulangnya. Terfikir, jika bonda tahu makna perkataan tersebut, sekurang-kurangnya bonda boleh memahami perkara penting yang disampaikan.

Kemudian bergerak ke rumah teman-teman, senior-senior dan kakak-kakak mutazawwijin (isteri ustaz-ustaz pHD).

raya pertama, di hadapan rumah Athiroh

Sekitar 8 buah rumah juga berjaya dipenuhi undangan. Alhamdulillah.

Sebak saat ada yang mengucapkan tahniah pada bonda kerana memiliki 'anak' seperti ini. Terfikir dalam. Apakah benar telah menjadi 'anak' yang membahagiakan?

Semoga Allah terus menguatkan untuk istiqamah di atas jalan ini sekali gus membuatkan bonda benar-benar bertuah di padang mahsyar nanti insya-Allah.

Kenangan 7 Nov 2011: Bertolak Keluar Irbid.

Pagi itu, bermula perjalanan penjelajahan kami.

bonda di lorong masuk rumah.

Bersambung..

Nota kaki:

-tulis sikit-sikit, terpaksa mencuri waktu.

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.