Saturday, November 5, 2011

martial art.


Antara yang saya rindui dalam kesibukan hari ini ialah kelas Tae Kwan Do.

Sebenarnya tidak sibuk mana, tetapi lemah dari sudut penyusunan waktu sehingga menyebabkan terpaksa ponteng dan berlatih sendiri (kalau pun berlatih -.-)


Teringat ketika ziarah Q baru-baru ini, cikgu Din ada menimbulkan satu persoalan.
"Kenapa unit latihan ketenteraan hanya ditubuhkan pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. di bawah kelolaan panglima Khalid alWalid?"

...

"Kerana selama ini, semua sahabat-sahabat mahir dalam seni peperangan. Mereka dididik dan membesar untuk menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah dan berani.."

Setuju.

Muslim dan galakan mempelajari Martial Art.

Antara yang membuatkan saya sangat mengagumi keperibadian sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ialah jiwa pahlawan dalam kelembutan syakhsiah mereka.

Kita kenal bukan dengan Saidina Abu Bakr asSiddiq ra dan Saidina Uthman ra?

Mereka antara figure yang terkenal dengan hikmah dan kesantunan peribadi. Sangat lembut dan pengasih. Tetapi jangan lupa, mereka juga yang berada di barisan hadapan dalam siri peperangan-peperangan di awal sejarah Islam meski tidak sehebat dan semasyhur panglima Abu Ubaidah alJarrah, Saidina Umar alFarouq, Ikrimah Ibnu Abu Jahal, Baraq Bin Malik alAnsari dan lain-lain.

Sejarah Badar Penuh Ibrah.

Antara seerah yang sangat dekat di hati saya ialah seerah penyusunan Allah dalam peperangan Badar alKubra.

Banyak. Sangat. Malah terlalu banyak ibrah yang dapat kita kaji dan gali.

Cuma di sini, hanya hajat untuk mencungkil sedikit.

Perancangan awal: Bukan untuk berperang, sekadar mengambil kembali harta muslimin muhajirin yang dirampas oleh kaum musyrik Quraisy.

Namun ketika dalam perjalanan dan hampir sampai ke destinasi iaitu kawasan di mana sebelum ini dimaklumkan adalah lokasi laluan dagangan kaum Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufyan berada, tiba-tiba mereka mendapat khabar bahawa kumpulan dagangan tersebut telah tiada dan diganti oleh rombongan ketenteraan Quraisy yang sedang bertolak dari tanah Mekah.
(kerana perancangan mereka untuk mengambil harta milik mereka diketahui oleh Abu Sufyan dan beliau meminta bantuan pemimpin Quraisy).

Maka saat itu berlaku perbincangan dan akhirnya diputuskan bahawa mereka akan berhadapan dengan gerombolan ketenteraan kuffar itu.

Imaginasi Yang Mengagumkan.

Saya cuba berimaginasi. Dan itu memang tabiat saya pada setiap kali menyelak seerah dan sejarah. Agar meresap syu3ur yang mampu menitiskan (malah melelehkan) air mata.

Imaginasi situasi mereka.

Bertolak dalam keadaan mind setting untuk HANYA mengambil atau istilah kasarnya merampas kembali hak mereka yang telah dirampas dan dirompak oleh kaum Qurasiy. Lantaran mereka meninggalkan tanah tumpah darah mereka dalam keadaan sehelai sepinggang, meninggalkan segala harta dan tanah di bumi sana.

Jika saya dalam situasi itu, apa yang terfikir oleh saya, hanyalah akan berlaku pergelutan-pergelutan kecil dan semestinya saya tidak akan membawa apa-apa senjata berat. Jika diizinkan Allah, pihak musuh dapat diplomasi secara baik, maka pastinya semua akan berjalan secara aman.

Jujur. Saya pasti akan berasa sangat terkejut jika apa yang saya imaginasikan di awal waktu bertolak dari rumah tadi berubah 180 darjah. Langsung bertukar kepada penglibatan saya dalam peperangan..!

Kerana saya tahu perang itu bukan seperti bermain Counter Strike di dalam komputer. Tetapi berperang itu adalah berhadapan dengan musuh dan menjadi penentu hidup dan mati..!

Berbalik Kepada Situasi Para Sahabat.

Apa respons para sahabat ketika ditanya oleh baginda s.a.w. berkenaan perubahan perancangan tersebut?

"Kami sedia bersama kamu wahai Rasulullah s.a.w".

SubhanAllah.
Jawapan yang lahir dari manusia-manusia ajaib.

Jawapan Itu Natijah Persediaan.

Benar. Mustahil manusia biasa mampu melahirkan jawapan seperti itu melainkan mereka telah melalui suatu proses persediaan yang panjang dan terancang.

1) Proses KeIMANan (Tarbiyah Imaniyyah).
Saya kira, proses ini sudah dikupas banyak. Jadi, kita melihat kepada point atau proses kedua iaitu:

2)Proses seni Pertahanan Diri dan Ketenteraan (Tarbiyah Jasmaniyah).
Mustahil seseorang yang lemah, lembik, tidak tahu bertarung apatah lagi mengangkat senjata mamapu mengeluarkan jawapan setegas dan seyakin jawapan para sahabat ra terdahulu.

Benar bukan?

Justeru, bermakna mereka telah mempunyai cukup ilmu pertahanan diri untuk berhadapan dengan musuh lebih-lebih lagi diceritakan dalam seerah bahawa saat mereka bertarung di dalam Badar alKubra itu, sebahagian besarnya hanya mempunyai pelepah-pelepah tamar yang sempat dicapai selepas keputusan diputuskan.

Allahuakbar.

Sejarah Hitam Natijah Masyarakat Muslim Yang Lembik.

Dalam mengkaji kehebatan dan kegagahan sahabat-sahabat ra zaman kegemilangan Islam, teringat juga pernah ditemukan dengan beberapa fakta yang menyedihkan ketika zaman kejatuhan Islam sekitar zaman khilafah Abbasiyah yang diserang tentera Mongul dan juga ulangan peristiwa yang sama semasa kisah duka penyembelihan beramai-ramai saudara muslim di Bosnia.

Tercatat kisah yang memecahkan hati iaitu pemuda-pemuda yang sanggup berbaris untuk diselembelih hidup-hidup. Allahu akbar. T_T.

Malah ditulis dari kisah benar penceritaan semula mangsa penyembelihan Bosnia yang selamat, ketika hendak disembelih, pemuda-pemuda itu hanya menurut perintah dan membaringkan diri sendiri tanpa sebarang bantahan apatah lagi tindak balas lawan..!

Tidak terbayang air mata yang membanjiri ketika itu. Pedih membaca catatan benar tentang saudara di sana. Langsung imaginasi yang sama datang jika Allah menguji kita di tanah air. Na3uzubillah min zalik.

Penutup: Martial Art.

Saya ada perancangan. Mungkin bagi orang lain, perancangan saya agak lucu dan aneh. Tetapi abaikan.

Perancangan untuk menyediakan satu bilik khas bagi latihan martial art buat anak-anak. Lucukah perancangan ini?

Kerana saya mahukan anak-anak membesar bukan dengan tayangan media mahupun permainan-permainan games yang tidak berfaedah tetapi dengan latihan dan kesedaran realiti bahawa mereka diperlukan oleh ummah suatu hari nanti insyaAllah.




boleh cuba-cuba berlatih menggunakan video ini. Tetapi jika tidak biasa, baik jangan. Nanti tergeliat badan kerana sebelum memulakan latihan, perlu warming up dengan beberapa langkah yang agak dahsyat dan meletihkan. (sebab tu liat nak pergi latihan..he he)

nota kaki:
-sebab itu antara salah satu ciri bonus ialah pandai martial art. Senang berlatih nanti.

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.