Kenangan 7 Nov 2011: Jelajah Amman.
Bertolak jam 6.30 pagi dari bumi Irbid.
Ashabul Kahfi.
Destinasi pertama kami ialah Gua Ashabul Kahfi.
Kisah 7 pemuda (ada khilaf dalam bilangan) yang beriman kepada Allah dalam situasi pemerintahan yang menolak akidah tauhid. Mereka telah mencapai bukti keimanan tertinggi iaitu dengan mengisytiharkan keimanan mereka di hadapan thaghut yang zalim.
Teringat kisah Ashabul Kahfi yang tidak jemu diulang tayang di rumah. Malah setiap kali menonton perjalanan kisah itu, air mata pasti akan mengalir. Sebak melihat kekuatan yang maha dahsyat yang menolak mereka untuk berani dan kuat sedemikian rupa. Tidak lain dan tidak bukan, kekuatan mereka itu adalah kekuatan yang lahir dari iman yang jelas. Faham dan yakin secara maksimum.
adik di hadapan pintu gua
di hadapan tugu peringatan.
Namun Allah izin, pintu gua masih belum dibuka. Jadi, kami hanya berjalan di sekitar kawasan.
Kemudian, terus bergerak ke Roman Colosseum di celah bandar Amman. Sebelum itu sempat bersarapan di restoran Kaherah.
Roman Colosseum.
Tidak pasti sejarah yang tersirat di dalam binaan ini. Sekadar tahu bahawa ini merupakan colosseum terbesar di Jordan.
laluan masuk colosseum
berehat sebentar
Dan bonda telah mencatat sejarah tersendiri dengan mendaki sehingga ke tangga tertinggi. ^^.
Sambil semangat bonda mengingatkan," mak kan pernah panjat Great Wall di China..".
Comel.
Kemudian kami bergerak ke Amman Citadel.
Amman Citadel.
di hadapan pintu masuk.
Amman Citadel ini dikenali sebagai pusat pemerintahan Philadelphia (nama lama Amman). Dan dikatakan bahawa di sinilah tempat terjadinya peristiwa pemuda Kahfi mengisytiharkan keislaman mereka.
Menyusuri lorong-lorong dan bongkah-bongkah membuatkan imaginasi itu hadir. Mengimaginasikan keadaan seperti apa yang digambarkan dalam kisah layar Ashabul Kahfi.
Sebak.
Binaan kerajaan Umayyah.
Roman Colosseum dari sudut pandangan Amman Citadel.
Tidak sempat membawa bonda meng'explore' semua kerana perlu bergerak ke Laut Mati.
Mount Nebo.
Mount Nebo terletak berhampiran dengan Laut Mati dan di sana merupakan antara tanah suci bagi penganut kristianiti kerana di katakan di sana merupakan tempat persemadian Nabi Allah Musa a.s.
Dan Mount Nebo, kami ada kisah tersendiri. ^^.
Kesilapan mengambil lorong di permulaan jalan mengizinkan kami melalui jalan yang sangat panjang dan mencabar. (kejadian dalam perjalanan dirahsiakan -_-#).
Jujur. Sangat menarik ekspedisi kami tersebut. Melalui lereng-lereng bukit yang sunyi tanpa kepastian penghujungnya. Jauh dan meragukan.
Namun Alhamdulillah, tiba juga akhirnya dengan selamat.
Di sana, kelihatannya ramai pengunjung-pengunjung dari penganut agama Kristian. Khusyuk mereka mendengar penjelasan pemandu pelancong.
Kemudian bergerak ke bibir bukit yang menghadap tanah terjajah Palestin atau dikenali dahulunya sebagai Jerusalam. Mengambil angin yang ditiup dari bumi sana membuatkan jiwa jadi retak. Lantas tangan memegang rahim dan menyebut berulang-ulang buat bakal penghuninya nanti, "wahai anak, di sana tanah kita yang perlu kita ambil semula. Dan kamu wahai anak akan menjadi salah seorang pembebasnya insya-Allah".
Tidak sempat air menitik kerana segan dengan muroqib.
Ada salah seorang dari kami menyoal, "apa la ibrah yang kita dapat di sini?".
Saya diam. Kerana saya peroleh banyak Allah izin.
Antaranya:
1)ibrah perjalanan:
Pemilihan jalan itu sangat penting. Meski semua jalan menuju ke destinasi yang sama, tetapi tidak semua menjadi jalan yang benar untuk dipilih sebagai jalan ke destinasi tersebut.
Lantaran itu dalam melalui proses tarbiyah yang terancang dan tersusun, kita memerlukan ketelitian yang maksimum dalam memilih bersama thoifah mana untuk kita bernaung. Agar perjalanan yang bakal dilalui adalah perjalanan yang tidak lari dari syara' walau seinci.
Nampak mungkin mudah kesilapannya, hanya tersilap memilih lorong pertama yang jaraknya hanya sekitar 100 meter lebih dari lorong sebenar, tetapi natijahnya besar.
Saya terkesan kerana saat ini Allah izinkan saya bermu3amalah dengan pelbagai J dan masing-masing pasti menegakkan kebenaran masing-masing. Ada yang secara keras, ada pula yang secara halus tetapi tidak berhikmah dan sebagainya.
Lantas saya mula memahami betapa urgensinya pemilihan secara teliti dan berhati-hati itu.
Ok. Kalau mahu diceritakan tentang itu, habis beberapa post pun tidak terhenti.^^#.
2) ibrah ketsiqahan.
Ok. Ini masuk bab lain.
Dalam melalui satu perjalanan bersama kumpulan, perkara terpenting yang perlu ada adalah kepercayaan.
Lantaran itu kita perlu sentiasa bersama sahabat-sahabat yang baik dan yang beriman (memiliki iman) kerana hanya itu asas sebuah keyakinan dalam tindak tanduknya.
Dan juga kerana itu pemilihan ketua (mas'ul) merupakan suatu perkara terpenting lantaran ketsiqahan kepada mas'ul itu sangat perlu dalam amal Islami. Namun, bukanlah bermaksud ketsiqahan secara melulu. Apa-apa mesti balik kepada syara' dan insya-Allah semestinya orang yang dipilih itu memenuhi tuntutan syara'.
3) ibrah tempat.
Jujur, Mount Nebo tidak punya apa-apa yang istimewa sebenarnya. Tetapi saya terkesan satu.
Terkesan melihat betapa mereka menjaga tanah sejarah mereka (kalau benar itu tempat pulangnya Nabi Musa a.s. bermakna berkait juga dengan seerah kita). Meski tinggalan di situ tidak banyak, tetapi mereka tetap menghayatinya.
Sungguh. Melihat tanah Palestin di bibir bukit mampu membangkitkan syu3ur apatah lagi saat mengimaginasikan situasi Nabi Musa a.s. menatap dengan penuh harap untuk berpijak di bumi Jerusalam sana.
Pasti debaran dan rasa rindunya terlalu tinggi. Namun Allah tidak mengizinkan baginda untuk membuka kota itu yang hanya semopat dibuka oleh anak muridnya yang dikatakan bernama Nabi Yusha a.s. (makam ada di bumi Jordan).
Terpukul sebenarnya. Lantaran teringat kisah bonda perihal cerita di tanah Haram. Bagaimana umat Islam sendiri tidak menghargai seerah baginda s.a.w.
Rumah kekasih yang dirindui s.a.w. ketika bersama Saidatina Khadijah dirobohkan dan diganti dengan kompleks tandas. Allah..
Masjid Hurairah dirobohkan. Apatah lagi tinggalan-tinggalkan seerah yang lain.
Menangis hati. Betapa mereka membunuh penghayatan seerah itu sekali gus sebenarnya membunuh roh keimanan itu sendiri.
Teringat cikgu AB selalu menekankan urgensi mendalami seerah,
"daie jangan berbicara tentang dakwah jika tidak menyelami kepedihan seerah baginda s.a.w."
Sungguh. Mungkin itu ibrah terbesar yang saya peroleh di Mount Nebo.
Laut Mati.
Hajat awal untuk turut serta mandi bersama bonda dan adik tetapi dipendamkan saat melihat betapa ramai pengunjung yang datang.
ada gaya guna kamera DSLR tak abang? ^^.
Sangat comel melihat bonda belajar berenang. Bonda yang sangat fobia dengan air tetap fobia meski air itu tidak akan menenggelamkan dengan izin Allah.
bonda dan adik.
mask asli ciptaan Allah.
akhirnya..setelah memupuk keberanian pada bonda..
Kemudian bertolak ke Mu'tah selepas malam gelap.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.