Wednesday, April 14, 2010

Baitul Muslim bermula dengan apa?


Remaja itu usianya harus dipenuhkan bukan dipenuhi..

Pernah ada seorang pelajar lelaki menghantar doa ini kepada saya melalui pesanan sms yang sehingga kini saya tidak tahu motif sebenar tindakannya.

BISMILLAH...

YA ALLAH, JIKA AKU JATUH CINTA, CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU.

YA MUHAIMIN, JIKA AKU JATUH HATI, IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT PADAMU, AGAR TIDAK TERJATUH DALAM JURANG CINTA NAFSU.

YA RABBANA, JIKA AKU JATUH HATI, JAGALAH HATIKU PADANYA, AGAR TIDAK BERPALING DARIPADA HATIMU. YA RABBUL 'IZZATI, JIKA AKU RINDU, RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALANMU. YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU, JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU. YA ALLAH, JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIHMU, JANGAN BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADAMU. YA ALLAH, JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIHMU, JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADAMU. AMIN YA RABBAAL 'ALAMIN...

Walaupun tidak pasti tujuan pelajar tersebut namun saya kira doa ini cukup cantik untuk dititipkan dalam pengharapan kita sebagai hamba kepada sang Maha Mendengar.

Sungguh. Bukankah cuma Allah yang Maha Mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita?

Seperti biasa, titipan dalam blog ini khususnya untuk diri saya dan sebagai pengkongsian untuk kalian sahabat-sahabat yang sama-sama sedang meningkat dewasa.

Kita selalu gusar dengan siapa akan kita nikahi dan semestinya kita impikan yang terbaik buat diri dan iman kita namun persoalannya, jika kita impikan pasangan yang beriman dan mosleh lalu tidakkah kita terfikir bahawa dia juga mengimpikan pasangan yang beriman dan mosleh untuk menguatkannya?

Jika kita mahukan yang BAIK untuk kita, dia juga pasti mahukan yang BAIK untuk dirinya. Jika kita mahukan tongkat sebagai sokongan, dia juga mahukan tongkat sebagai sokongan.

Lalu teman, bukankah lebih baik saat ini kita memperbaiki diri dan tahap kefahaman kita tentang Islam berbanding sibuk memikirkan dengan siapa pasangan kita di masa hadapan?

Bukankah lebih baik jika saat ini kita membina kekuatan diri dan menyibukkan waktu dengan sesuatu yang memberi manfaat kepada Islam berbanding memendam rasa sehingga terluka?

Seerah kehidupan Rasulllah s.a.w. saya selak lagi untuk kesekian kalinya. Dan kali ini mengenai 'ghazwatul Uhud' (Perang Uhud).

Dalam banyak-banyak rentetan peristiwa yang menyayat dan membuatkan saya terfikir panjang, ada satu kisah yang hajat untuk saya kongsikan bersama kalian iaitu kisah 2 orang sahabat muda yang cuma baru berusia tidak lebih 15 tahun bersungguh mahu mengikuti peperangan.

Awalnya Rasulullah tidak membenarkan kerana masih terlalu muda. Namun lekas, Rafi' tegaskan bahawa beliau handal dalam melontar lembing hingga diizinkan Rasullullah untuk turut serta. Samrah yang cemburu dan berhajat sama, memberitahu, "Saya pernah mengalahkan Rafi' ketika kami bergusti!". Dan Samrah turut dizinkan sama.

Penting untuk kita sedar bahawa peperangan beerti bukan permainan!

Sungguh. Hanya mukmin ajaib yang mencintai pertemuan dengan Tuhannya dan itulah mereka berdua, Rafi' Bin Khadij dan Samrah Bin Jundub.

Ketika Dr. Samirah Thohir bersyarah tentang peristiwa ini, beliau menyoal kami, "bagaimanakah remaja hari ini? Dipenuhi hiburan, muzik dan segalanya"

Saya terfikir.

Ya, bagaimana masyarakat di zaman Rasulullah s.a.w.? Bukankah mereka digelar generasi alQur'an yang hebat? Dan pastinya masyarakat yang baik lahir dari keluarga yang sejahtera.

Persoalannya, bagaimanakah mereka membentuk keluarga-keluarga yang sejahtera itu? Apakah ketika usia mudanya dipenuhi dengan angan-angan dan sibuk mencari pasangan yang soleh dan solehah untuk membina Baitul Dakwah?

Lihatlah contoh kecil daripada jutaan bintang yang seharusnya menjadi rujukan kita hari ini. Mereka tidak pernah memikirkan tentang jodoh mahupun kriteria-kriteria pasangan. Apa yang mereka fokuskan adalah pembentukan diri, rohani, aqli dan jasmani. Soal apa yang mereka beratkan ialah kesejahteraan ISLAM dan IMAN.

Natijahnya, Allah hadiahkan mereka pasangan yang sama-sama cemerlangan dunia dan akhirat.

Lalu, tidakkah kita mahu raih itu, teman?

Semoga Allah hadiahkan kita hati yang bersih untuk terus menjadi hamba Rabbani.

Saya terfikir lagi.

Apakah dengan hati yang masih berbolak balik ini, saya bisa membantu ummah yang kian tenggelam?

Doakan saya teman agar selalu tsabat..

*imtihan thani bermula 17hb ini sehingga 28hb April insyaAllah..mohon didoakan agar dipermudahkan Allah..

No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.