Wednesday, April 28, 2010

Koreksi diri


Alhamdulillah, imtihan thani telah selesai. Paper seerah anNabaweeyah telah diperolehi tadi. Agak kecewa dengan keputusan yang jatuh. Gara-gara tidak memahami soalan dengan baik, Dr. Samirah Thahir meluahkan kekecewaannya pada kami, semua pelajar tidak kira arab dan Malaysia lantaran masing-masing merudum pada peperiksaan kali ini.

Sungguh. Saya sangat kecewa dengan diri sendiri.

Teringat ketika di MATRI, murabbi-murabbi selalu bercerita, bahawa muslim yang berada dalam Tarbiyah hebat. Cemerlang akademik, cemerlang akhlak dan cemerlang dalam hidup.

Janji Allah yang pasti:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya Dia akan membantumu dan mengukuhkan kedudukanmu" (Muhammad: 7)

Muslim hebat dengan Tarbiyah bukan berlaku tiba-tiba atau kebetulan. Bukan dengan bantuan Allah yang jatuh dari langit.

Tetapi Tarbiyah itu yang menggerakkan dia untuk hebat. Sekali dia yakin dengan ganjaran Allah, pasti dia akan melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh.

Ya. Usaha yang maksima dengan keyakinan penuh pada Allah hasil daripada proses Tarbiyahlah yang melahirkan muslim mukmin yang hebat.

Lalu saya terfikir. Mengapa saya masih merangkak?

Dan saya jumpa jawapannya.

Kerana proses itu belum cukup kuat dalam menolak saya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. Dan itulah yang dinamakan TAWWAZUN; keseimbangan dalam setiap urusan kehidupan.

Dan pastinya, muslim TIDAK BOLEH BEGITU.

Kerana muslim yang meletakkan Allah sebagai matlamat utamanya tidak akan sesekali memandang remeh dalam urusannya.

"Muslim yang baik adalah muslim yang tersusun urusannya"

Sungguh. Tidak ada masa untuk bermain lagi.

Muslim bermakna kamu memikul tanggungjawab. Tanggungjawab untuk bersungguh menjadi muslim yang terbaik. Dan itulah yang melahirkan muslim hebat yang cemerlang.

Doakan saya teman.

*Palestin. Hari demi hari menyaksikan kebiadapan munafiq dan yahudi. Persoalannya, apakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang biadap atau kalangan muslim yang sedar bahawa dia bersaudara?

Hentikan sumbangan anda kepada dunia yang membunuh. Bisakah anda senang kerana malas mencari pilihan lain dan membiarkan saudara muslim di bantai hasil wang tersebut?

Lifeline4Gaza

*Maaf kepada yang menanti post tentang Unversity Yarmouk. Saya masih mencari 'mood' untuk menulisnya.

1 comment:

  1. terima kasih ats perkongsian...attawazun fil dunnia wal akhirat..seimbang dalm setiap urusan kehidupan.. seimbang juga al jasad,al akl dan ar ruh..semua ini memerlukan tarbiyah yg syumul dan tawazun...

    ReplyDelete

mohon pandangan.