Semoga Allah selalu memudahkan.
Sungguh. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dari Allah sang pemilik kehidupan.
Sekadar berkongsi beberapa keping gambar yang diambil semasa memenuhi jemputan majlis jemputan pertunangan abang cikgu 'Adalah, cikgu markaz lughah kami pada sem lalu yang diadakan di kota Jarash, Sabtu yang lalu.
perjalanan pergi..
subhanallah..
Semasa tiba di dewan berlangsungnya acara, kami terpisah dua. Tetamu lelaki dijemput ke bahagian dewan 'ground floor' manakala tetamu perempuan di tingkat bawah.
Ketika meneruni anak tangga, seorang wanita memakai 'gown' malam berwarna biru muda melambai sambil tersenyum.
"Cikgu 'Adalah!" Sungguh. Kami semua terkejut besar.
Di dalam dewan, rata-rata anak gadis berpakaian sama. Kerana itu kawasan lelaki dan perempuan diasingkan. Cikgu 'Adalah sempat berpesan, dilarang mengambil gambar. Tapi memandangkan kami ini adalah pelajar 'Malaysia' yang gemar mengambil gambar, banyak juga yang sempat di'snap' tetapi semuanya hanya gambar-gambar kami di dalam dewan.
Ketika meneruni anak tangga, seorang wanita memakai 'gown' malam berwarna biru muda melambai sambil tersenyum.
"Cikgu 'Adalah!" Sungguh. Kami semua terkejut besar.
Di dalam dewan, rata-rata anak gadis berpakaian sama. Kerana itu kawasan lelaki dan perempuan diasingkan. Cikgu 'Adalah sempat berpesan, dilarang mengambil gambar. Tapi memandangkan kami ini adalah pelajar 'Malaysia' yang gemar mengambil gambar, banyak juga yang sempat di'snap' tetapi semuanya hanya gambar-gambar kami di dalam dewan.
jangan main-main, kalah majlis perkahwinan di Malaysia..
(saya tangkap curi sambil gaya berjalan..tak tahan betul..(",))
Lagu rancak dipasang kuat. Muncul anak-anak gadis menari di hadapan pentas. Kami yang melihat cuma tersenyum sambil merengek bisik, terganggu dengan muzik yang terlampau membingit telinga.(saya tangkap curi sambil gaya berjalan..tak tahan betul..(",))
Lama menunggu. Sempat menunaikan solat asar dalam keadaan yang penuh terganggu dengan lagu arab. Sangat merunsingkan. Anak-anak gadis keluarga pasangan tunang masih ligat menari.
Berapa waktu kemudian, mereka-mereka yang berpakaian 'gown' malam tiba-tiba melarikan diri di balik langsir yang memisahkan bahagian tandas dan tempat solat kami tadi. Dan mereka keluar semula dengan jubah-jubah dan tudung seperti pakaian mereka di luar. Yang tetap berpakaian gown cuma ahli keluarga di sebelah lelaki.
Muzik selawat dendangan Sami Yusuf muncul diiringi pasangan tunang. Pengantin (tak pasti nak panggil apa) lelaki berpakain kot hitam manakala 'pengantin' perempuan berpakaian 'gown' malam berwarna merah terang dihiasi jambakan bunga ros merah di bahagian atas.
Kami mendapat tahu oleh kawan-kawan arab bahawa tunang di sini bermaksud kahwin. Kerana itu jika mereka mendapat tahu dalam kalangan kami yang bertunang mereka akan bertanya, "mana suami kamu?". Cuma mereka tidak dibenarkan tinggal sekali sehingga majlis perkahwinan sebenar diadakan.
Kesahihannya masih kurang jelas kerana mengikut adat arab jahiliyyah (yang kadang-kadang masih banyak diamalkan), pertunangan membolehkan lelaki melihat hampir keseluruhan tubuh wanita tersebut. Jadi, tidak pasti sama ada mereka ini di pihak yang benar atau salah..WaAllahu'alam.
Tradisi kenduri di sini juga berbeza berbanding di Malaysia. Kami cuma dihidang halawiyyat dan minuman tin bergas. Alhamdulillah, kami sudah 'arif dan sudah memenuhkan perut di rumah masing-masing. Cuma terdapat beberapa orang sahabat yang terpaksa menahan lapar..
Kami pulang petang dan tiba di sakan ketika azan maghrib hampir berkumandang..Kata Asma', "cukuplah sekali ni ja kita pergi kenduri orang arab.."
Sungguh. Di majlis itu, semua wajah ketawa gembira. Menari bergaya. Dan hidangan seperti biasa, air pepsi yang tidak boleh berpisah dengan mereka.
Persoalannya, apakah Palestin ada dalam hati ketika itu?
"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyukai apa-apa yang ada padanya, ada pada saudaranya.."
halawiyyat yang dihidang..
haha..
ReplyDeleteitu perkara biasa~
k.izzah pon pnah g first tyme masa first year.
tros mls nk g dah.
lalala~
oh ye pertunangan bg org arab=khitbah
yg bermksud, diorg dah buat akad nikah sgala sume.
kire sume halal lah bg lelaki tu snanye.
cume adat je yg x bg dok sama sblum buat majlis kawin.
baca kat blog ustaz hasrizal.
ada beliau terang pnjg lebar.
x igt entry tjuk ape.
all da bez for ur imti7an..!!~
hehe, memang pun..tak mboh dahla pi lepas ni..
ReplyDeleteic..patutla kawan arab cakap macam tu..
syukran katsira ya kakak yang dapat deanlist..semoga 'badi' (apa ntah namanya) tu dapat sikit2 dekat saya (",)
aslmlkum ya ukht!
ReplyDeletema'at taufiq wannajah fil imtihan.
salam mujahadah slaloo..
-sfms92-
wlkslm adikku..
ReplyDeletesyukran atas titipan doanya ya..
uhibbuki fillah..
aha... same culture nya ngan arab syria... huhu.. alhamdulillah.. act, the same thing i was thinking when i heard about this culture..
ReplyDeletehow far the tears of ummah bare in our mind when we were all tighten by the happiness of the haflah.... honestly... I hate it... wallahua'lam...
my haflah.. better pasang lagu palestine + tazkirah dari bgi girls nari nari sampai lupe diri....though only among girls only...
wallahua'lam..
p/s: apapun jgn terlalu berlebihan atau melewakan... i-allah....
betul2..
ReplyDeletenanti kak yam punya wedding, kita bagi masyarakat rasa haflah mukmin sikit..
(hu..wedding kak yam tak leh balik!)