Selesai menjawab kertas seerah Nabaweeyah pagi tadi. Alhamdulillah..Semalam menduduki second exam untuk kertas madkhalla ila sunnah.
^_^
Alhamdulillah, Dr. 'Audhah Hawariyy cuma mengambil soalan dari buku mustholah Hadis, tidak termasuk kitab manhaj anNaqdu fi 'ulum alHadis seperti first exam yang lalu.
Kata Dr.,"Saya berusaha membantu kamu melalui soalan ini"
Barakallahufika ya Dr! Allah ma'ik..
Walaupun tinggal lagi 1 madah yang sangat-sangat-sangat mengerikan iaitu Qawaid Lughawiyah fi Usul Fiqh 2 pada hari Rabu ini jam 12-2.30 petang, sengaja saya mahu berkongsi dengan kalian tentang cerita kurang 2 minggu fatrah imtihan yang telah saya lalui baru-baru ini.
Sungguh.
Fatrah imtihan thani kali ini ada keunikan yang disusun Allah.
Ya. Imtihan kali ini imtihan pertama yang saya menangis ketika belajar. Sangat tertekan. Takut. Hafalan bait-bait arab yang masih kucar-kacir dalam otak membuatkan saya menghafal sambil menangis sungguh-sungguh. Namun Alhamdulillah, Allah menghantar kakak untuk menyapa melalui skype. Meredakan sedikit ketegangan.
Sungguh. Imtihan ini adalah imtihan pertama saya berasa kacau dan gemuruh. Meredah UPSR, PMR dan SPM tidak menyamai meredah imtihan di alam university lebih-lebih lagi apabila anda tahu bahawa anda perlu meng 'out put'kan di atas kertas kalimah-kalimah yang sekadar anda hafal kerana jika 'mereka' hilang, anda tidak mampu menulisnya! (sebab bahasa arab…)
^_^
Semoga Allah selalu memudahkan..ameen..
Dan ketika melalui fatrah genting ini juga, saya telah menerima 2 kunjungan berharga dan 1 berita gembira!
Kunjungan pertama ialah pelajar-pelajar medic tahun 3 dari USIM. Bukan itu yang menyeronokkan sebenarnya tetapi dalam ramai-ramai itu ada 4 orang sahibah (termasuk sepupu saya, kak Ummu Aiman Bt. Huzaidi dan best friend saya dari kecil, kak Safiyah Bt. Ahmad Yusuf) yang turut bertandang sepanjang 2 minggu itu bermula 9-24 Mei. Dan itulah yang menyegarkan ruh saya biiznillah!
Mereka sibuk setiap hari dan jenuh mencari waktu untuk disusun bersama. Alhamdulillah, kami diberi kesempatan oleh Allah untuk duduk sejenak dalam rangka meningkatkan kembali kefahaman dan kesedaran sebagai seorang muslim mukmin.
Meski sekejap. Sekitar 1 jam cuma, tetapi kami sahibah Irbid telah mendapat suatu kekuatan yang bernilai.
Sungguh. Saya rindukan bicara seperti itu.
Dan kak Safiyah serta kak Ummu berkesempatan menziarahi teratak kami di hujung bumi Yarmouk ini. Sangat seronok menikmati makan malam sambil berkongsi cerita.
Sungguh. Allah menghantar mereka sebagai air buat hati yang kering merindui kalimahNya.
Kunjungan kedua ialah kunjungan Ustaz Abdul Hadi dan Pakcik Sabaruddin. Anda boleh mengiikuti cerita selanjutnya dalam website Hilal.
Meski Ustaz penat tetapi ustaz tetap kuat dengan bantuan Allah untuk selalu 'eveready' (perkataan lazim Ustaz Hadi) dan dengan bantuan Allah itu, kami berpeluang mebina kembali Iman yang tidak ada jaminan untuk selalu istiqamah.
Saya terima sangat banyak malam itu, meski tajuk yang disampaikan telah berulang kali saya hadam di bumi MATRI dulu. Ya, tentang Qadiyah Islamiyah yang sering kali dilupakan.
Sungguh. Malam itu adalah malam kekuatan.
Saya berhajat berkongsikan dengan anda bicara Ustaz yang membuatkan hati tersentak dan air terbit di bibir mata.
"Dalam melaksanakan amal Islami, perkara penting ialah menjaga syara'. Dan HATI JUGA MESTI TUNDUK MENJAGA SYARA'."
Benar. Hikmah orang tua perlu bersama dalam semangat yang muda bak kata Mustafa Masyhur.
Kadang-kadang kita laju merencana, tetapi terselit bersamanya pengharapan dunia. Lebih-lebih lagi pertarungan nafsu dan iman yang tidak pernah sekali diam terutama di dalam tempoh kematangan ini. Lalu kerana itu, perlu bersamanya orang bijaksana yang sudah awal melihat dunia untuk membetulkan kembali daripada tergelincir dari landasan nilaian Allah.
Ustaz ada berkongsi tentang Tarbiyah Dzatiyah. "Ni ha yang hasna' duk sebut selalu", bisik Asma' di sebelah. Saya cuma senyum. Sungguh. Tajuk itu selalu saya kongsi dengan mereka sehingga tersalah menyebut 'Qiraah dzatiyah' kepada 'tarbiyah dzatiyah'!
Kerana Tarbiyah Dzatiyah adalah kekuatan seorang mukmin saat tinggal sendirian.
Berita gembira buat kami dan bukan untuk anda ^_^ ialah, Alhamdulillah kami telah menemui rumah yang besar dan selesa untuk diimarahkan dengan majlis ilmu, insyaAllah..Doakan semoga Allah mudahkan setiap urusan..
*imtihan qawaid kali ini, Dr. maklumkan tadi, objektif..saya diselubungi keanehan. I'rab guna a,b,c dan d? Dan menambah gerun, pasti lagi susah menambah markah! Salah memilih bermakna memang salah jawapannya!
*Doakan saya teman..
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.