Saya baru sahaja 'skype' bersama ibu sebentar tadi. Internet tidak elok. Suara tersekat-sekat. Wajah ibu juga tidak muncul. Cuma wajah saya yang tiba di screen sana.
Rasanya sudah lama saya tidak tatap ibu. Semenjak internet tidak baik akhir-akhir ini. Rindu menebal untuk melihat senyumannya..
Tadi saya dan ibu berbincang tentang urusan walimah kakak yang sebenarnya lambat lagi akan berlangsung tetapi atas beberapa sebab yang utama, urusan itu perlu diperhalusi sebelum saya pulang ke Malaysia bulan Jun ini.
Post kali ini bukan walimah kakak yang hajat saya coretkankan. Tetapi suatu perkara yang PENTING dalam hidup seorang anak untuk dititik beratkan.
Entah. Selesai 'skype' dengan ibu, saya dihimpit sebak. Banyak perkara yang berlegar ketika itu. Air mata saya tahan keras agar tidak jatuh namun ada juga yang tewas.
Ya. Saya terfikir akan kehebatan seorang ibu.
Tidak perlu rasanya saya menulis satu persatu pengorbanan yang telah dihadiahkan buat anak dalam kepayahan sepanjang seseorang wanita itu bergelar ibu.
Banyak. Sangat banyak. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang memandang akhirat anaknya PALING UTAMA.
Sungguh. Kepayahan mereka berlipat kali ganda besarnya.
Ketelitian mereka di usia remaja dan saat mencari pasangan berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Penyusunan mereka dalam mendewasakan anak berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Kerisauan mereka terhadap kesejahteraan anak berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Kesabaran mereka dalam mendidik anak berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Ketabahan mereka menghadapi mehnah kehidupan berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Paling penting, kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap anak berkali-kali ganda berbanding ibu-ibu biasa.
Mengapa saya bicara sedemikian?
Seorang muslimah yang yakin akan Islam sebagai jalan hidup pasti berusaha menjaga dirinya dari fitnah dunia agar zuriat yang dilahirkan turut sama terlindung dari jahiliyyah. Dan semestinya dia berhati-hati dalam memilih pasangan agar baitul Dakwah yang terbentuk tidak punya asas yang goyah dan batu-bata yang terpilih tidak ada yang rapuh. Semuanya bermatlamatkan semoga BD itu bisa menjadi teduhan dari terikan mentari jahiliyyah yang perit.
Berbanding remaja-remaja biasa yang mudah mencari pasangan, sekadar menepati cita rasa sendiri. Bukankah pengorbanannya sudah berkali ganda berbanding ibu biasa?
Selepas mendapat anak, proses tarbiyah anak-anaknya dipastikan benar-benar menepati proses yang telah dijalankan Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat banginda. Direncana segalanya semenjak mendapat khabar penghamilan pertama. Disusun bahan-bahan pendidikan islami secara manual. Keletihan tidak terlintas hanya kerana cita-cita melihat anak-anaknya dewasa dalam keyakinan Islam secara syumul dan kamil.
Dipilih sistem pendidikan yang terbaik untuk iman anak-anaknya walaupun manusia lain mengejar dunia.
Sedangkan ibu-ibu biasa selesa berenang mengikut arus masyarakat tanpa bersusah payah memikirkan soal didikan iman dan akhlak anak-anak mereka.
Bukankah itu sudah berganda-ganda bezanya?
Anak-anak yang meningkat usianya bersama dunia yang berlari seiring. Ibu-ibu muslimah itu jenuh memikirkan keselamatan iman anak-anaknya. Kerisauan terhadap akhirat mereka membuatkan dia tidak mampu berdiam diri. Dia merangka strategi sama agar proses Tarbiyah Islamiyah anak-anaknya punya stamina cukup bagi melawan jolokan luat yang ganas.
Ibu-ibu biasa yang kita lihat, apakah ada kerisauan lain selain keselamatan luaran anak-anaknya?
Bukankah itu berganda-ganda lagi perbezaannya?
Dalam menuntut anak-anak agar selalu kembali kepada titik perhambaan pasti tidak lari dari ujian. Anak-anak yang tidak memahami lazimnya akan membentak dan meletakkan ibu-ibu muslimah itu sebagai ibu-ibu yang mengongkong dan tidak memahami. Namun, pernahkah mereka kecewa dan berputus asa?
Dipegang tangan anaknya lagi dan ditarik agar jauh dari manusia-manusia yang akan terjun ke neraka. Bukan sedikit air mata yang dimengalir. Bukan sekali hatinya hancur kerana anak kerap mengulangi. Bukan sedikit titipan doa diadukan kepada sang Maha Mendengar. Namun ibu-ibu muslimah itu sabar meredah.
Apakah sama keperitan yang terpaksa mereka bayar dengan ibu-ibu biasa yang lain?
Ujian anak-anak tidak pernah berhenti. Ujian kehidupan juga datang bertandang bukti Allah mencintai mereka. Satu persatu ditelan kerana dia yakin bahawa ujian hadir bersamanya ihsan.
Bukankah orang beriman itu ujiannya lebih berat?
Masih lagi ibu-ibu biasa tertinggal jauh.
Paling penting, cinta dan kasih sayang ibu-ibu muslimah tidak ternilai terhadap anak-anak mereka kerana cinta yang TERMAHAL ialah cinta yang bisa MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB NERAKA dan MEMIMPIN MANUSIA KEPADA KENIKMATAN SYURGA.
Lalu, bukankah ibu-ibu biasa tidak dapat menandingi itu?
Saya menulis untuk diri saya sebenarnya.
Sungguh. Semenjak ditiup roh di alam rahim sehingga hari ini, kita memerah seorang ibu sehabisnya.
Setelah segala kepayahan fizikal kita kerah, kita pinta dia memahami kita dan memenuhi cita rasa hajat kita.
Persoalannya, bila pulak agaknya kita mahu memahami ibu?
Ya. Kita kerah tenaganya dari kecil hingga dewasa. Kecil dengan caranya. Di alam persekolahan dengan caranya. Di alam pengajian tinggi dengan caranya. Baru selesai pengajian, melangkah pula ke alam rumahtangga. Tinggal berjauhan bersama tanggungjawab besar yang lain. Namun kita terus mengerah dengan timbunan masalah yang dikongsikan bersamanya membuatkan ibu terus menerus perlu memikirkan masalah kehidupan kita.
Lalu, kapan kita bisa melapangkannya?
Kapan bisa kita selami bicara hatinya pula?
Sungguh. Seorang ibu bisa membesarkan 10 orang anak namun BELUM PASTI 10 orang anak itu bisa menjaga dan bersama ibu di saat ibu memerlukan..
Air mata saya tahan keras.
Apakah saya telah melapangkan ibu?
Sungguh.
Apakah saya telah mendapat redha ibu?
"Ya Allah, kuatkan diri ini agar selalu bisa menjadi anak yang mendamaikan. Bantu aku Ya Allah agar bisa selalu membahagiakan ibu di dunia dan di akhirat.."
* Satu cita-cita saya, biar ibu saya lapangkannya dulu sebagai anak yang solehah sebelum saya perlu menyerahkan sepenuh ketaatan kepada suami. Semoga Allah makbulkan itu, insyaAllah..
Subhanallah!
ReplyDeletesubhaanallah subhaanallah subhaanallah
ReplyDeletesebak jugak ni T.T
terima kasih kerana menzahirkan apa yang di hati ini
terfikir ingin berbicara tentang ini, tapi tak punya waktu
Allah...
kami sayang ibu-ibu itu,
bantuin ibu-ibu itu ya Allah
thx a lot for da post!
ReplyDeletemmg sgt betul...
=)
Allah, ummi.. sememangnya layaklah syurga di bawak telapak kakimu~
ReplyDeleteSebak membaca...
ReplyDeleteMoga Allah berkatimu
to atif; betul, maha suci Allah yang telah mengadakan kejadian yang penuh kasih-sayang..
ReplyDeleteto kak nawar; insyaAllah, setiap anak-anak yang sedar pasti akan merasai sama..
semoga Allah selalu melapangkan ibu-ibu muslimah khusunya ibu-ibu kita!
to fida yo; you're welcome..mmg betul pun ^_^
to kak huda sani; mmg betul. bukan adil di sisi Islam itu adalah meletakkn sesuatu hak kpd yg berhak?
lalu, mmg berhak seorang ibu muslimah itu mendapat anugerah sedemikian..insyaAllah..
to kak sya; hasna' menulis pun sambil menangis ^_^
Allah yubarik fiki ya ukhti..