Akhawat dibahagikan kepada 6 kumpulan dan saya disenaraikan dalam kumpulan oren atau 'Tigger' yang diketuai oleh kak Syafiqah 'santun'. (saya tidak pasti mengapa beliau digelar begitu).
Alhamdulillah, sejujurnya saya dapat banyak dari sukan ini meski tampak cuma main-main dan suka-suka.
Ya, kami membina ukhuwah dalam suasana santai dan ceria. Sebelum ini, mungkin cuma berkomunikasi dalam suasana ilmiah. Bersua cuma dalam program-program PERMAI seperti forum, ceramah, tazkirah dan lain-lain. Tetapi kali ini, kami bersama dalam rangka untuk menceriakan keadaan. Pastilah keadaannya sangat 'ceria'..(",)
Bersama senior-senior mencurahkan idea bagi mempelbagaikan persembahan membuatkan kami sangat susah untuk menahan ketawa. Kadang-kadang tak sangka beberapa orang senior yang tak dijangka mampu memikirkan idea sekreatif dan selucu tersebut.
Sungguh. Ta'aruf itu penting dalam membina ukhuwah..
Semoga Allah merahmati setiap usaha kita untuk merealisasikan bahawa sukan itu ibadah jika benar pada jalannya..insyaAllah.
Kali ini saya sengaja me'volunteer'kan diri untuk menyertai acara lumba lari bagi 4x100 meter dan 200 meter.
Sejujurnya saya tergolong daripada golongan yang tidak suka bersukan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana acara sepanjang persekolahan rendah dan menengah kecuali ketika di tahun 5, ketika saya masih di Sekolah Kebangsaan Pengkalan, Ipoh, Perak. Saya terpilih mewakili rumah sukan dalam acara 100 meter, 4x100meter dan 400meter (tetapi cram di tengah jalan..he..).
Berbanding kakak yang aktif bersukan dan bersenam, saya memang berbeza..(",)
Memandangkan tidak punya stamina yang cukup akibat malas bersenam (he..) dan cuma berlatih pada pagi tersebut, dalam acara 200 meter, awal larian saya di tempat kedua namun kaki tergeliat di tengah perjalanan acara trek dan peserta lain melepasi mudah.
Di situ saya mendapat pengajaran yang banyak walaupun tewas. (tapi tak dapat last) . Mahu tahu apa hikmah yang saya petik?
Dalam menjalani kehidupan, kita bukan cuma perlukan semangat yang tinggi seperti kemampuan pecutan laju TETAPI kita sangat memerlukan bersamanya stamina yang kuat iaitu bekalan IMAN DAN TAQWA untuk konsisten dalam bergerak laju.
Sungguh. Semangat sahaja tidak mampu bertahan lama tanpa ada kefahaman yang jelas untuk mengistiqamahkan kita dalam keadaan waktu yang panjang dan payah.
Dan dari situ juga saya mendapat pengajaran lagi.
SUPER tahun depan, mesti berlatih betul-betul! Jangan hari ini nak bertanding, hari ini baru warming up!
InsyaAllah, semoga Allah mudahkan.
Di sini, saya kongsi beberapa keping gambar sepanjang acara sukan tersebut.
'Tigger' simple kami
ahli rumah oren yang sentiasa bersemangat..
bersiap untuk perbarisan..
perbarisan rumah oren yang kucar-kacir tetapi dapat nombor 2, Alhamdulillah..(",)
bersama kak Izzah (bergaya sekejap dengan Kauthar punya 'sunglasses')
suasana dalam dewan yang hingar bingar..
stadium Yarmouk, Dato' Duta di atas sekali..
ketika majlis penutup
ketika majlis penutup
muncul kotak misteri..
muncul 'sesuatu'...
persembahan yang tak difahami tujuannya...
bergambar bersama sebahagian ahli rumah oren sebelum berpisah..
Alhamdulillah, dapat nombor 3 untuk keseluruhan akhawat..
Alhamdulillah, dapat nombor 3 untuk keseluruhan akhawat..
*Di Selvit, Tebing Barat semalam, pemukim yahudi laknatullah menyerang penduduk Islam. Salah seorang daripada mereka sengaja melanggar anak Palestin, Bara' Hisyam Syirbati yang cuma 7 tahun sehingga dia terpaksa dirawat di hospital. Tentera zionis turut membantu dengan tembakan dan gas pemedih mata..
Di mana kita ketika itu?
Di mana kita ketika itu?
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.