Friday, July 27, 2012

My Sweetest Queen.

Saya tidak merasakan keluarga saya adalah yang paling terbaik seluruh alam. Lantaran jutaan lagi keluarga-keluarga muslim dalam lipatan seerah dan sejarah yang mewarnai dunia Islam. Tetapi pada saya, keluarga saya adalah yang terbaik, hadiah dari Allah untuk pentarbiyahan kehidupan saya selama ini.

Memiliki seorang ayah, seorang bonda, seorang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki benar-benar menjadi warna yang mencorak siapa saya hari ini.


kakak, adik, bonda, ayah, abang dan saya.
Saya rindu waktu kita bersama. =')


abang, minta maaf sebab tutup muka abang sekali. 
Dalam gambar ni, i was quite mess. :D

Membesar dalam fatrah keluarga yang pelbagai peristiwa, masam, manis, masin, kelat dan tawar membuatkan saya melihat kenangan semalam dengan senyuman dan tangisan.

Sungguh. Saya rindu semuanya. 

Dan kini, kami semakin dewasa dan membesar. Meninggalkan kisah semalam terlipat kemas dalam kotak memori sambil melangkah menyusuri cerita hari esok.


gambar potret eidfitri 2010

Meski kami meniti hari-hari baru, namun tiada pernah pentarbiyahan madrasah pertama kami terhenti.

Bonda, dengan penuh cinta terus menerus menghembus doa dari jauh, terus menerus memimpin andai kami terjatuh, memujuk andai kami tersungkur, menyuluh andai kami terkeliru, paling penting, menegur andai kami cuai melulu.

Bonda: Belahan Jiwa yang Tiada Galang Ganti.


bersama bonda dan adik pada 'eidadha 2011 di Jordan.

Bonda, murabbi pertama semenjak detik kami mula bernafas di muka bumi. Qudwah hasanah semenjak kami mula belajar melihat dunia. Guru yang tidak pernah jemu mengajar kami membaca huruf alQuran dan buku bahasa. Juga peneman malam sebelum kami terlena bersama kisah seerah yang diceritakan penuh warna sehingga membenih dalam hati kami kecintaan kepada junjungan baginda s.a.w. serta para sahabatnya.

Bukan sedikit air mata yang mengalir sepanjang tumbesaran kami, anak-anak yang punya pelbagai ragam dan karenah. Bukan sedikit idea hukuman yang perlu dicari. Bukan sedikit kekreatifan aktiviti yang perlu disusun bagi mengisi waktu-waktu kami. Bukan sedikit debar jantung yang mengiringi sepanjang bonda melihat kami tumbuh dewasa dalam zaman jahiliyyah yang membunuh.

Jujur. Apabila melihat pada diri, saya sendiri berasa penat jika saya menjadi ibu yang perlu bersabar dengan segala macam perangai yang ada pada saya. Serius.

Bonda: Ya Allah, Kebaikan Ini, Tangan Itulah dengan IzinMu yang Mencoraknya!

Jika dalam diri ada kebaikan yang memberi manfaat, maka ketahuilah bahawa segala kebaikan yang ada hari ini ada saham besar bonda dalam pembentukannya.

Bonda yang tidak jemu melentur. Bonda yang tidak jemu menegur. Bonda yang tidak jemu mengetuk. Bonda yang tidak jemu mengukir. Bonda yang tidak jemu membakar. Dan segala usaha bonda dalam membaiki kekurangan yang ada.

Pada saya, keunikan bonda ialah, meski bonda bukanlah pendorong potensi yang nyata, tetapi bonda lebih merupakan penampal lubang-lubang yang ada dalam kami membina potensi tersebut. Dan pada saya, penampal itu adalah lebih sangat diperlukan oleh manusia, bukan?

Terima kasih bonda. =')

Penutup: Semoga 51 Tahun Berlalu Dalam Rahmah dan Barakah.


 "doakan mak sempat tengok hasna' kawin.." antara message balas bonda.
er..

51 tahun.

Pinjaman waktu Allah untuk bonda tidak diketahui sampai bila. Mungkin 52 tahun, mungkin 60 tahun, mungkin 70 tahun dan mungkin cuma 51 tahun. Segala kemungkinan yang perlu saya bersedia menghadapinya.

Tidak kira apa-apa sekalipun, paling penting selagi mana saya bernafas dan selagi mana bonda bernafas, saya sungguh-sungguh berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk bonda.

Anak yang mampu membahagiakan, anak yang mampu melapangkan, anak yang mampu menenangkan, anak yang mampu berkhidmat ketika bonda memerlukan, paling penting, anak yang mampu menghadiahkan bonda ganjaran terbaik di syurga nanti dengan amal solehnya insyaAllah.

Kerana saya tahu, sekalipun bagaimana saya berusaha, mustahil mampu membayar segala kebaikan dan pengorbanan yang telah bonda curahkan buat kami anak-anaknya. Lantaran jerih perih seorang ibu, hanya ampunan dan redha Allah yang selayaknya menjadi ganjaran.

Mak, Hasna' sayang mak, dan semoga Allah lebih-lebih menyayangi mak berlipat kali ganda insyaAllah..=')


nota kaki:
-lumrah anak perempuan apabila memasuki alam perkahwinan, maka dirinya perlu terikat dengan suami dan keluarga.

Satu sahaja doa saya, saya mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami dan sebagai hadiah, saya mahu dia menjadi anak yang terbaik untuk bonda saya. Deal?

-Antara catatan buat bonda:
Ayat-ayat Cinta Bonda
Post hadiah sempena ulang tahun bonda yang ke 49 tahun:
Terima Kasih Allah, kerana masih mengidupkannya.

-bonda selalu menyebut, harapannya untuk diberi kesempatan melihat saya berwalimah.
iAllah, hasna' doakan mak sempat bersama dengan 9 orang anak hasna'. :D

2 comments:

  1. Bagi saya juga keluarga saya yang terbaik, saya juga berusaha untuk menjadi anak yang terbaik,
    masing2 punya cara tersendiri, sama ada terlihat atau tidak, jauh di sudut hati saya, mak dan abah saya lah yg terbaik dalam hidup saya, tarbiyah mak dan abah saya mengajar saya mghadapi hidup , kesusahan hidup sangat mengajar saya erti hidup, saya rindu kehidupan susah saya yang dulu, sekarang juga kami orang sederhana, emak pinjam duit tajaan saya nak repair kereta, :'), saya sayang mak dan abah saya, saya suka tolong mereka, sama2 merasa susah mmbuatkan saya terasa sangat manis akan kejayaan, walau saya tak mnzahir di mana2 akan perasaan sayang saya kpada mereka. we know that we love each other. mak saya jugak dah tua, saya xnk mak pergi , saya syg sangat2 mak. Mak saya wanita tabah dlm diam, xsapa tahu, mk saya juga slalu nangis time pas solat, saya xtau dia nangis pe, mak sgt tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah beritahu pada mak abah awak yg awak sayang mereka?

      iAllah dgn mnjadi anak yg trbaik adalah ssuatu yg mmpu mmbahagiakan mereka di dunia. apatah lagi jika kamu brusaha mnjadi hamba Allah yg soleh, iAllah mnghadiahkan mak ayah dgn syurga hasil doa anak yg soleh adalah hadiah yg selayaknya utk mereka..

      =)

      Delete

mohon pandangan.