Thursday, July 12, 2012

Dia Tetap Manusia

Tahun ini warga PERMAI dihiburkan dengan banyak jemputan kahwin. Itu belum dikira teman-teman di Malaysia. Gen 14 MATRI sahaja sudah punya tambahan 2 wakil untuk 2012.


=)


Barakallahulakum jami3an iAllah.


Tersedar bahawa saya sekarang sedang menjangkau usia dewasa yang mana masing-masing sedang berada dalam peralihan fasa kehidupan. Fasa yang menuntut kematangan dan tanggungjawab. Bukan lagi fasa tidur ramai-ramai malam cuti di aspuri sambil membuka pelbagai cerita dan bukan lagi fasa main masak-masak dalam tamrin sekolah.


Baitul Muslim: Antara Dua Makhluk Berbeza.


Jujur. Antara perkara yang menakutkan saya apabila menyebut berkenaan perihal BM ialah gambaran keadaan untuk saya tinggal serumah dan hidup bersama seorang makhluk yang sama sekali asing dalam kehidupan selama ini.


Asing dari segi latar belakang keluarga, asing dari segi cara berfikir, asing dari segi perangai dan tabiat, asing dari segi cara tumbesaran, asing dari segi hobi dan minat, asing dari segi cara pemakanan serta asing dari  semua segi. Malah psychology jantina juga pastilah sangat asing kerana seorang makhluk adalah wanita dan seorang makhluk lagi adalah lelaki.


Dan keterasingan inilah yang membuatkan setiap pasangan akan mengambil masa yang panjang untuk belajar saling menerima dan menyesuaikan diri.


Jangan pernah terkejut jika anda pernah bersembang dengan pasangan yang telah lama berkahwin tetapi tetap akan meluahkan rungutan,


"makcik tak pernah faham macam manala cara lelaki ni fikir..pening makcik dengan pakcik ni.."


"Orang perempuan ni susah..cerewet dan rumit!"


Serius, saya membesar dengan luahan-luahan seperti itu hasil persekitaran dan perbualan dengan mereka. ^^'. Dan jujurnya itu menjadi antara faktor yang menakutkan saya. haha.


Barakah vs Psychology Manusia.


Tidak dinafikan suatu zaman dahulu iaitu zaman ayah-ayah dan ibu-ibu kita, banyak antara mereka menerima proses memilih untuk memulakan fasa ini dengan perkahwinan yang disusun oleh pihak-pihak tertentu seperti persatuan Mahasiswa Islam atau mana-mana persatuan Islam yang lain. Ditambah dengan bahan-bahan yang ditanam berkenaan Baitul Muslim dan Baitul Dakwah yang disemarakkan, maka fasa ini dimulai dengan penuh semangat dan berapi-api.


Namun setelah bertahun-tahun bersama, (setakat yang saya sembang-sembang dengan makcik-makcik dan anak-anak mereka. Bukan semua.) statement, " -- tak pernah cintakan suami -- melakukan semuanya selama ini hanya kerana ibadah.." dan alasan suami untuk mencari isteri baru kerana "perkahwinan dulu tiada cinta." semakin banyak.


Malah ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam) sendiri pernah menulis dalam bukunya berkenaan fenomena penceraian dalam kalangan pendakwah (daie) hari ini yang semakin bertambah. Dan menurut Ustaz, fenomena ini adalah yang lebih menakutkan kerana Baitul Muslim yang seharusnya menyelamatkan ummah pula banyak yang tenggelam


Antara punca besar yang disebut oleh Ustaz ialah:


"suami isteri pejuang (daie) selalu terlupa bahawa pasangan mereka masing-masing adalah manusia".


Benar. Isu yang diketengahkan ialah teori BM dan BD vs fitrah psychology manusia.


Kesilapan Yang Menjadi Peluang Perosak.




Jujurnya, tidak dinafikan saya membesar dengan buku-buku yang menekankan berkenaan 'Baitul Dakwah' yang didasari atas matlamat untuk DnT semata. Hidup mesti bermatlamatkan akhirat. Perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan kerja-kerja Islam. Hanya itu. Titik. Malah bukan sedikit yang langsung tidak pernah menyentuh berkenaan fitrah kasih sayang, suami mukmin yang pengasih itu bagaimana, isteri mukminah yang setia itu bagaimana, memahami tabiat jantina pasangan itu bagaimana dan sebagainya. 


Mungkin tidak salah. 


Tetapi jangan sampai matlamat khilafah itu membunuh fitrah manusia yang Allah ciptakan untuk menenangkan jiwa. Jangan sampai matlamat syurga akhirat menghapuskan syurga dunia yang Allah hadiahkan.


Hal yang sama diakui oleh pengasas ILM (Islamic Learning Material) yang merupakan antara website Islam yang menjadi rujukan hari ini:

"In preparing to write this article, I visited several other Muslim websites to read what the scholars there had to say about love. I was hoping to find some good stories of love and mercy between the Prophet (peace be upon him) and his wives.

Unfortunately, I was disappointed. Most of what I found on these sites were rants against love and compassion. They mostly said the only valid love is the love between the slave and Allah. Some even said a husband is to be blamed for falling in love with his wife.

Allah has blessed me with a little (very little) Islamic knowledge, and I am in no position to dispute what these scholars say when it comes to Islam. However, their concept of love is very old-fashioned, dry, and narrow.

Perhaps this type of thinking works in other cultures where the men are supposed to be stoic and unfeeling towards their wives and the women are supposed to be subservient, quiet, niqaab-clad baby machines. 

But that’s not gonna fly with Muslims in the West. Most Muslims are going to be turned off by this type of thinking and will try to figure things out on their own. My goal in this series of posts, Inshallah, is to prevent that."


Islam sebenarnya telah lama mengangkat fitrah ini namun dibenam oleh ummatnya sendiri. 

Bukankah dalam alQur'an sendiri telah banyak menceritakan kaedah-kaedah kasih sayang dalam rumahtangga mengikut acuan yang diciptakan Allah? Malah jika diteliti, guideline seorang suami itu bersesuaian dengan fitrah wanita dan begitu juga guideline seorang isteri yang sesuai dengan fitrah seorang lelaki.


Bukankah itu bermakna Islam adalah deen yang pertama mengajar psychology manusia sebelum muncul John Gray, OSHO,  serta penulis-penulis barat yang lain?

          

When the first time I watched this, tears running down my cheeks. =')
Mukmin yang sebenar ialah yang hebat dan kuat di medan jihad serta 
yang juga lemah lembut dan mencintai isterinya.

Dia Tetap Manusia Selamanya.

Dalam kehidupan rumahtangga itu perlu ada dua. Rohani dan Psychology. Bab rohani mungkin boleh dirujuk dari kitab-kitab fikrah yang telah banyak menyentuh perihal ciri-ciri Baitul Dakwah seperti melazimi solat berjemaah, halaqah alQuran bersama, tazkirah mingguan dan lain-lain.


Dan perkara ini mungkin selalu kita dengar dan pelajari.


Namun jangan pernah lupa bab psychology yang membezakan kita dari malaikat. Paling penting yang membuatkan kita mampu melihat betapa perbezaan yang kita rasakan sebagai suatu jurang yang menjarakkan sebenarnya adalah suatu hadiah untuk kita saling melengkapi.



antara petikan buku Men From Mars Women From Venus


Malah memahami psychology membuatkan kita memahami bahawa manusia itu ada sifat-sifatnya mengikut waktu-waktu tertentu.


Ada waktu isteri itu mampu menjadi ibu yang matang, mendengar keluhan suami dengan penuh setia dan memberi resolusi yang baik. Ada waktu isteri itu menjadi kakak yang mungkin bersikap 'mahu membentuk' dengan leterannya. Ada waktu isteri itu menjadi adik yang mungkin bersikap keanak-anakan dan suami perlu sabar melayaninya . Malah jangan lupa bahawa isteri itu tetap seorang wanita yang ada rajuk emosinya.  Dan pastilah isteri itu tetap adalah isteri yang mahu seorang suami yang memberi perhatian kepadanya.


Begitu juga suami. Ada waktu dia mampu menjadi ayah untuk menjadi tempat isteri mengadu. Ada waktu dia mampu menjadi abang yang menjadi tempat isteri berpaut dengan rasa penuh selamat. Ada waktu dia juga menjadi anak-anak yang mungkin mahu disuap dan bermanja. Dan dia juga merupakan seorang lelaki yang ada waktu bersendiri dan berkabung di dalam 'gua'nya. Dan pastilah suami itu adalah suami yang mahu kesetiaan dan kepercayaan isteri menjadi miliknya tunggal.




Simple tips for husbands who haven't a clue =)

Apabila kita memahami itu maka, kita akan selalu sedar bahawa makhluk yang kita kahwini itu adalah manusia dan manusia itu akan tetap menjadi manusia selama-lamanya.


Justeru apabila kita menikahi manusia, maka jangan pernah mengharapkan sesuatu yang sempurna. Maka menjadi suatu amanah untuk kita saling menyempurnakan.


=)




videos which are both for me worth to be listened.


Penutup: Kebahagiaan Yang Menjadi Penolak.

Isu rumahtangga ini secara kebiasaannya akan memiliki 2 sisi pandang, terutama bagi anak-anak muda yang belum berumahtangga. Ada kelompok yang akan memandangnya sebagai suatu topik yang mengganggu kerja-kerja Islam. Maka isu ini akan dicantas sehabisnya. Manakala ada kelompok yang lain, yang terlalu gemar membualkannya dalam konteks yang kosong sehingga larut dengan khayalan dongeng.

Pada saya, berjalan di jalan antara keduanya adalah yang terbaik. Membincangkan isu persediaan ke dalam alam rumahtangga ini secara serius mengenai "konsep kehidupan rumahtangga yang bagaimana yang mahu kita corakkan dan apakah persediaan kita ke arah itu?"

Isu ini bukan isu yang remeh kerana fokus, kesungguhan, tenaga dan masa malah wang kita akan banyak diperuntukkan untuk isu ini dalam keadaan banyak lagi kerja-kerja DnT yang perlu kita selesaikan.

Maka jika Allah izin rumahtangga kita bahagia, tenang dalam keadaan setiap pasangan saling memahami, saling mencintai, saling menghargai, dan saling membantu, bukankah keseluruhan diri, jiwa dan fokus kita dapat diserahkan untuk amal Islami? Malah anak-anak yang terdidik dalam suasana penuh cinta ini akan tumbuh subur yang mudah dilentur.

Begitu pula sebaliknya. Jika kehidupan seharian diisi dengan pergaduhan, salah faham, rajukan, isteri mengadu suami tidak memahami, suami pula merungut isteri menyalahkannya apabila rumahtangga tidak bahagia, anak-anak membesar dengan satu fobia dan tekanan, wang diperuntukkan banyak untuk Syarikat Penasihat Rumahtangga dan sebagainya, bukankah itu sesuatu yang meletihkan?


Maka pilihan itu di tangan kita.


Paling penting, berkahwinlah apabila anda berasa cukup untuk memberi, bukan berkahwin untuk anda mengisi kekosongan hidup. Lantaran, kekosongan dalam jiwa kita tidak akan mampu diisi kecuali oleh diri kita sendiri maka, mustahillah manusia lain mampu mengisinya. Jika tidak, anda akan terus menerus hidup dalam keadaan merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Serius! 




nota kaki:


-saya belum berkahwin dan tidak ada pengalaman. Ini hanya tulisan untuk diri saya sendiri agar membuat persediaan sebelum masuk ke dalam alam makhluk asing tersebut.


Maka, bukan semua perkara boleh diguna pakai.


-Alhamdulillah. Suatu lagi masalah telah selesai. =') Semoga Allah hadiahkan kamu yang lebih baik.

-One more video for those who're now in preparation mode. 





2 comments:

  1. penulisan yang informatif.terima kasih.

    kelak,jika hasna' dah jadi orang besar,boleh kumpul artikel-artikel dan bukukan "sebelum aku bernikah" :p

    *komen ini tak perlu publish pun xpa

    ReplyDelete

mohon pandangan.