Friday, July 20, 2012

Burma dan Realiti Kita.

Sejak akhir-akhir ini, berita penderitaan saudara-saudara kita di Myammar begitu luas tersebar. Beberapa perkataan baru yang selama ini tidak pernah diambil tahu, mula muncul dalam akhbar dan penulisan. Rohingya, Arakan, Rakhine dan lain-lain mula disebut.


Berita melaporkan, pada bulan ini sahaja telah 20 ribu orang saudara muslim kita dibunuh. 


Pasti.


Kita mengutuk kekejaman mereka. Kita menyebarkan gambar-gambar pembunuhan yang dilakukan ke atas saudara kita. Kita menghentam kuasa pentadbiran ketenteraan Burma di atas kezaliman tersebut. Kita tidak mampu menerima akhbar-akhbar di Myammar yang terus menerus menyemarakkan sentimen perkauman dan ketidak iktirafan kerakyatan penduduk Rohingya. Malah kita hairan dengan Suu Kyi, ikon keamanan dunia kerana tidak melakukan apa-apa terhadap penindasan ke atas penduduk bumi sempadan antara Myammar dan Bangladesh itu.


Benar. Siapa mungkin mampu menerima segala kekerasan yang tidak berperikemanusiaan tersebut bukan?


Sejarah Bumi Merah Myammar.




Myammar mula diperintah oleh junta tentera pada tahun 1962 dan pada 1988 berlaku peralihan kuasa dan dipimpin oleh SPDC, sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pemulihan Undang-Undang dan Ketenteraman Negara (SLORC).


Dan baru-baru ini iaitu pada 30 Mac 2011, junta tentera di bawah Jeneral Kanan Than Shwe, yang merupakan Pengerusi SPDC semenjak tahun 1992 membubarkan kuasa autoritinya dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Presiden Myammar, Thein Sein yang juga merupakan sekutu rapatnya. (Utusan: Junta Tentera Myammar dibubar)


Sepanjang 50 tahun Myammar berada di bawah pemerintahan tentera, selama itulah bumi itu sentiasa berdarah.


Dikenali sebagai Rice Bowl of Asia sebelumnya namun terus bertukar menjadi antara negara yang paling teruk pembangunan ekonomi dengan hanya peningkatan purata tahunan 2.9%. (Economy of Burma)


Khidmat telekomunikasi disekat. Malah seorang Scandinavian consul, James Leander Nichols dibunuh semata beliau memiliki mesin fax tanpa kebenaran kerajaan junta.


Sektor pendidikan yang lembab dan tertutup mengakibatkan hampir 3 dari 10 orang kanak-kanak tidak mampu ke sekolah dan hanya 40% pelajar yang berjaya melepasi pendidikan rendah. (Human Rights)


Apatah lagi dari sudut kezaliman dan penindasan yang berlaku kepada seluruh rakyat Myammar.


Pada tahun 1998 sahaja, seramai 1200 orang tahanan politik berada dalam penjara dalam kondisi yang teruk dan kebanyakan mereka terbunuh kesan penyiksaan.


Antara petikan yang dipetik dari laman web CFOB: Testimonies of Refugees:


"On January 22, 2000, a patrol of 50-60 SPDC troops from IB246, together with 14 civilian porters, led by Capt. Aung Moe cam to the farm where a man and his two children were threshing rice, surrounded and arrested them. The villagers were two males aged 40 and 11 years named Lunt Ti and Zaai Lu respectively and one woman named Naang Ser, aged 18. The troops tied up the villagers, separated them to different places and interrogated them, beating and torturing them all the while. The two males were beaten to death during interrogation, but Naang Ser was repeatedly raped before eventually also being beaten to death..."



"At least ten persons from every village has to work until the reconstruction of the pagoda is finished. Now, at the time of the interview, November 15, 1999, we have been working on the pagoda for two weeks and we have completed about only one fourth of the work. We carry stones from Tio river which is two miles a way from the pagoda. We place the stones in a row around the pagoda and fill it with soil.
The villagers are not paid for their labour. They have to carry their own food and tools. The family who could not work had to pay Kyat 1,500 to the army. Every day we start work at 7:30 AM and stop at 4 PM. The villagers who came late were punished by the soldiers. They had to do a hundred sit ups. ...
The army knows very well that we all are farmers and that November is harvest time. They forced us to build the pagoda at the busiest time of the year without allowing us any time to work for ourselves. Because of excessive forced labour and constant military harassment, many people from our area have fled to..." 

petikan catatan CFOB : Refugees.


Malah laporan dari Shan Womens Actions Network (SWAN) dan the Shan Human Rights Foundation (SHRF) pada May 2002 menunjukkan betapa penduduk wanita menjadi target tentera untuk dirogol dan diperkosa. (Women in Burma)



menitik air mata melihat seorang ayah perlu merayu untuk diselamatkan.
Dia merayubukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak kecilnya yang tidak berdosa.

Maka, apakah yang mampu kita harapkan dari sebuah kerajaan yang menzalimi rakuatnya sendiri untuk berhenti dari membunuh saudara muslim kita yang langsung tidak diiktiraf sebagai rakyat?

Penindasan Kerakyatan dan Bangsa.

Masalah yang berlaku terhadap saudara kita di Myammar yang paling utama ialah tidak diiktiraf kerakyatan semenjak Undang-Undang dan Operasi Keselamatan Nasaka pada tahun 1982 digubal .

Sedangkan Dr. Jacques P. Leider yang pernah bertugas dalam Pusat Kajian Sejarah dan Tradisi di Ranggon dalam temuramah bersama The Irrawaddy: History Behind Arakan State Conflict, mengatakan bahawa, masyarakat muslim telah wujud semenjak abad ke 15 dan berlaku peningkatan pada abad ke 17 kesan pemerintahan raja-raja Rakhine yang membawa masuk bangsa Bangladesh.

Kesan penggubalan ini, maka penghapusan etnik Rohingya dilakukan secara meluas. Hak-hak ke atas mereka langsung dicabut sehingga ada catatan yang menyebut bahawa mereka hanya punya tiga pilihan:

1)Tetap tinggal di Myammar dengan persediaan untuk dibunuh.
2)Belajar ke laut dengan persediaan untuk lemas.
3)Menumpang di mana-mana negara yang sudi menerima mereka sebagai pelarian.




“Rohingya people who are born in Myanmar don’t have rights,” 
“Even a bird has rights. A bird can build a nest, give birth, bring food to their children and raise them until they are ready to fly. 
We don’t have basic rights like this.”

Kemuncak penderitaan mereka adalah apabila akhbar melaporkan berkenaan tuduhan beberapa orang muslim Rohingya merogol dan membunuh seorang gadis Budha Rakhien walaupun sebenarnya sumber siasatan masih belum dilakukan.

Suara masyarakat muslim tidak didengari kerana mereka tidak diberi saluran bersuara sama ada dalam media cetak mahupun elekronik. Lantas, bagaimana mungkin mereka yang cuma 4% berbanding 90% penganut Buddha mampu menidakkan tuduhan tersebut?

Kesan kebencian yang dipendam lama akibat ditanam dalam silibus masyarakat bahawa kaum Rohingya adalah pendatang haram yang hina, maka meledaklah tindak balas dari masyarakat Buddha terhadap saudara muslim.


Tidak dapat dibayangkan jika mereka abang saya.

Maka berlakulah pembunuhan seperti apa yang kita saksikan hari ini. Dan semakin dahsyat apabila negara-negara jiran menutup pintu daripada menerima mereka. 

“Since we don’t have nationality in Burma, we can’t live in peace. In Burma they say we are from Bangladesh. When we come to Bangladesh, they say we are from Burma. People view us as if we don’t exist,” luah pelarian Rohingya (Rohingya: Exiled To Nowhere.) yang menunjukkan betapa negara Islam sendiri menolak kehadiran mereka.

Walaupun saya bersetuju dengan tindakan mengutuk kerajaan Myammar atas pembunuhan tersebut, tetapi apabila mengkaji sejarah mereka yang tidak menghiraukan rakyat sendiri, maka pada saya sangat mustahil untuk mereka rasa bersalah terhadap pembantaian pendatang haram.

Yang tinggal ialah, negara-negara yang 'mengaku' Islam mesti bertindak dengan membuka peluang untuk masyarakat muslim yang dibuang negera ini menjadi sebahagian daripada rakyat mereka. Bersama membantu dan bukan sekadar mengharapkan Bangladesh yang telah dihuni oleh 400 ribu pelarian Rohingya ditambah dalam keadaan krisis ekonomi yang teruk oleh negara miskin tersebut.


Kerana hanya itulah resolusi yang ada.


Persoalan: Bukankah Kita Juga Terdidik Dengan Isu Perkauman?


ini wajah anak-anak kita.

Kita sedih dengan apa yang telah berlaku. Kecewa dan marah.

Namun tanpa sedar sebenarnya kita juga terdidik dan mendidik akar yang membawa kepada natijah seperti itu.

"melayu mesti perintah. Jangan benarkan kaum cina dan india."

"kalau orang cina naik, matilah kita semua.."

"orang cina dengan india ini dah la pendatang, tak sedar diri.."

"daulatkan ketuanan melayu!".

Biasakan kita mendengar kata-kata seperti ini? =)

Jujurnya semenjak kecil saya tidak pernah bersetuju dengan istilah bangsa. Bukan kerana nenek saya seorang cina dan datuk saya berdarah bugis (di sebelah ayah), tetapi kerana saya tidak pernah melihat isu bangsa sebagai suatu isu yang matang untuk diketengahkan.

Apatah lagi untuk terlibat dalam pemikiran perjuangan bangsa melayu sekalipun cuba diIslamikkan. 

Kerana apa?

Kerana seperti mana kita tidak mahu dianak-tirikan begitu juga kita jangan menganak-tirikan.

Kita marah apabila bangsa lain meminta hak mereka selaku rakyat yang sama-sama membangunkan Malaysia, kita kecam dengan kata-kata bahawa mereka pendatang dan kita adalah bumiputra yang istimewa.

Kita berprasangka dengan mereka dengan segala sangkaan yang sangat buruk. Malah kita yang menjadi pihak yang membina jurang dalam kerjasama.Teringat pengalaman menyertai BTN yang sangat keji bagi saya dalam menanam kebencian.

Sungguh.

Jika kita sendiri berkelakuan sedemikian, mengapa perlu marah kepada negara yang tidak menerima pendatang muslim sebagai bangsa yang diiktiraf?

Penutup: Keadilan Islam Milik Semua.

Pilihanraya di Malaysia semakin hampir. Dan lazimnya sentimental perkauman ini akan semakin digembar gemburkan bagi mengelak berlaku peralihan kuasa.

Saya tidak menyokong kerajaan dan tidaklah juga pendokong ideologi pembangkang, tetapi saya akan memilih pemerintah yang bersikap adil kepada semua.

Bukan sekadar adil untuk masyarakat muslim Malaysia, tetapi mampu menjadi contoh dan bukti keadilan Islam kepada masyarakat yang belum muslim.

Selagi mana mereka adalah 'zimmi', selagi itu mereka berhak ke atas kepercayaan dan penghormatan dari kita. 

Semoga Allah pelihara.



nota kaki:

-antara catatan kezaliman ke atas masyarakat Muslim Myammar:

Mysterious silence of global community, Muslim world on killings in Burma

-Ramadhan Mubarak untuk semua. =)
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya insyaAllah.
*sedih kerana telah 2 kali solat Tarawikh saya masih belum dapat bersama menunaikannya. ='(*
-minta maaf untuk semua kerana deactivate fb dan membuka fb baru. Semoga pilihan ini membantu saya untuk lebih fokus dan matang mencipta kehidupan pada masa hadapan insyaAllah.



2 comments:

  1. Semoga ukhti menulis dan memberi perhatian lebih kepada masalah Rohingya ini, karena kita adalah tetangga dekat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah..cumanya sukar dlm mndapatkn mtlmt.

      Allah izin, saudara2 kita Myammar mmerlukn sokongan media massa yg berani masuk dn mmbuat liputan dari sana. sprti yg pernah dilakukan oleh mujahidin di Chechnya dan Afghanistan smasa menentang Russia.

      Delete

mohon pandangan.