Wednesday, March 23, 2011

Ayat-ayat cinta dari bonda..

bonda dan abang.
orang cakap, macam abang dengan adik..

Malam semalam, ketika mata hampir terpejam selepas menyiapkan bedah buku usul 20 sekitar jam 1 pagi lebih,

handphone berlagu tanda ada message masuk.

"My Ummi". Hati langsung sebak.
Yakin bonda mengirim ayat-ayat cinta dari jauh buat anaknya yang sedang berendam air mata.

"Salam Hasna', lama sungguh tak dengaq suara..maaf banyak-banyak kerana mak terlalu sibuk. Hari tu hal kenduri, ni hal sekolah pulak..penyakitpun bertimpa-timpa..Baru baik gastrik ni kena migrain pulak.

Apa-apapun, namamu tidak pernah lekang dalam doa tulus mak kepada Allah swt..Mak tak dapat bantu Hasna'. Hanya Dia. Mohonlah kepadanya dengan doa nabi Adam a.s. dan Hawa, doa nabi Yunus a.s., doa nabi Ayub a.s...dengan penuh rasa rendah hati dan hina dina di sisiNya.. Sebagai hamba yang berdosa yang mahu kembali kepadaNya..insyaAllah, doamu akan didengari di a3rash sana, oleh Allah swt dan para malaikat di sekelilingNya.

Jika suci hatimu, bersih niatmu keranaNya semata-mata dalam menuntut ilmu itu, insyaAllah, mak yakin Allah swt sesekali tidak akan membiarkanmu terlantar keseorangan kerana janjiNya adalah benar.."Dan kewajipan Kamilah menolong hamba-hamba Kami yang beriman.."

Bersihkan hati dan niatmu di samping usaha yang max hingga kau layak mendapat pertolongan yang dijanjikan itu..jika kau telah ditolongNya, apakah masih ada halangan yang merentangimu wahai anak sayangku?


Berbaik sangkalah dengan Rabbmu..Dia hanya mahu menggenggam hatimu agar tidak lari menjauhiNya. Dia mngasihimu dan suka mendengar rayuanmu padaNya sebelum Dia menunaikannya..
Segalanya mudah jika dipermudahkan olehNya.

Tinggalkan sifat-sifat mazmumah jika masih ada bersarang dalam hatimu agar terbuka hijab yang membatasi hatimu dengan ilmu milikNya. Mak yakin Hasna' boleh.."


Saya menangis. Maha suci Allah yang melahirkan aku dari rahim ibu mukminah. Yang tidak pernah sama sekali melupakan kami anak-anaknya untuk kembali kepada ketaatan kepada Allah dalam apa-apa kegentingan sekalipun.

Saya menangis sehingga tertidur. Terlajak bangun jam 4 pagi bermakna terlepas sunat sebelum azan subuh. Mata bengkak. T_T.

..

Tengah hari tadi, sedang tela3ah kitab-kitab muhadarah di maktabah, teringat tidak sempat menjawab message bonda semalam.

Menulis dengan air mata yang mengalir deras. Pelajar arab di meja hadapan melihat hairan.

"Salam wbt mak, maaf..tak dapat nak bercakap dengan mak buat masa ini. Takut menangis..

Doakan hasna' terus kuat ya mak. Semoga hasna' sentiasa dalam usaha membersihkan hati dan amal dalam rangka menjadi hamba Allah dan pelajar muslim yang terbaik dalam nilaian Allah.

Doa dan dorongan positif mak sudah cukup untuk buat hasna' membina semula keyakinan diri.
Bersyukur sangat kerana lahir dalam keluarga tarbiyah yang tidak pernah negative meskipun hasna' selalu tidak mampu lakukan yang terbaik.."

Terus mengesat air mata. Sebelum jawapan bonda tiba.

"Hasna' sayang..., usaha tugas kita, kejayaan milikNya.. mak tidak meletak beban atas bahu hasna' untuk beri banyak A(score)..

Yang penting, hasna' menguasai ilmu/ menghayati ilmu/ dapat menyampaikan ilmu/ membentuk diri dengan ilmu yang benar dan sohih..
insyaAllah, hasna' boleh..

Cuma kena betul-betul fokus, kalau terlalu berat kena kurangkan sikit tanggungjawab. Letak priority yang betul. Tidak semua kita boleh buat dalam satu masa..u get one, u lose one..itulah kehidupan.

Yang paling mak takut ialah ada sesuatu dalam hatimu yang menjadi sebab lambatnya datang pertolongan Allah. Na3uzubillah..
Begitu jugalah mak selalu muhasabah diri mak. Takut-takut ada dosa mak yang menghalang pertolongan Allah..Tidak rugi jika kita selalu check hati kita, kerana hatilah tempat nilaian Allah yang pertama.

Salam rindu dari mak.."

SubhanAllah. Alhamdulillah..Tidak terungkap kata-kata saat ayat-ayat cinta bonda ditatap dengan mata basah.

Ya Allah, cintai bonda sepertimana bonda mengajar kami untuk selalu mencintaiMu. Jagalah bonda sepertimana bonda selalu mendidik kami untuk selalu berjaga-jaga dalam memenuhi ketaatan kepadaMu.

Sungguh. Kuatkan aku ya Allah, agar sentiasa menjadi hambaMu yang terbaik. Semoga dengan itu, bonda perolehi ganjaran dalam setiap kebaikan yang aku lakukan..T_T.

nota kaki:
*Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhmdulillah. Tadi peroleh keputusan yang menguatkan lagi keyakina bahawa Allah itu tidak pernah mensia-siakan..T_T.
*berkongsi message ni sebab nak simpan ayat-ayat cinta bonda.

*menunggu waktu yang kuat. Baru nak telefon mak..

8 comments:

  1. sungguh!!
    air mata terasa ingin mengalir deras.
    moga Allah sentiasa memberi kekuatan.
    Amin.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.
    Jazakillah khairan hasna' atas perkongsian ini.

    Turut sebak dan mengalir air mata membacanya. Bagai pesanan daripada ibu sendiri.

    Moga kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh dalam menguasai ilmu di bidang masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Beruntung sesiapa yang mempunyai, memiliki dan dianugerahi bonda mukminah yang sentiasa menghubungkan jiwa anak-anaknya dengan Allah SWT. Mendidik hati seluruh ahli-ahlinya untuk sentiasa beriman, bergantung, berserah dan pasrah kepada setiap ketetapan Allah SWT.

    Alhamdulillah, abang ali sangat mengagumi bonda Hasna' ini. Alhamdulillah, turut merasainya sekarang.

    Semoga terus kuat, tabah dan gagah mengharungi samudera kehidupan.

    BroHamzah

    ReplyDelete
  4. subhanallah, bait-bait cinta ibu hasna' sangat-sangat menyetuh hati.

    (turut menangis T_T)

    ReplyDelete
  5. kak hasna'.saya yang membaca turut menangis
    nasihat ibu/emak/ummi
    tak perlu panjang,ringkas dan pendek sudah cukup membuatkan hati ini meruntun sayu

    semoga kite terus kuat biar berjauh dr mereka =)

    ReplyDelete
  6. kak hasna', mga kkuatn dn ktbahn m'jd bnteng drimu sntiasa..d0a ibu sgt b'mkna..b'untunglh anda dgnnya :)

    ReplyDelete
  7. sangat menyentuh hati... T_T Allah, moga dirahmati Hasna' sekeluarga..

    (Junior Kak Maryam)
    Ema

    ReplyDelete
  8. subhanallah..beruntungnya dapat bonda yang sentiasa memberi nota/bicara cinta pada anaknya..

    ReplyDelete

mohon pandangan.