"Saya faham sikit-sikit je..", tambah adik itu lagi sambil senyum-senyum.
......
Kita akan menghayati sesuatu perkara apabila kita mampu memahaminya. Kita mampu meresapinya apabila kita menghargai keistimewaannya.
Tersentuh apabila faham. Dan menjiwai apabila sedar kita membutuhkannya.
Begitulah solah.
Para mujahideen mampu bernafas dengan solah kerana mereka yakin Allah itu dekat dan kemenangan mustahil tiba tanpa ada Allah bersama mereka.
Sedangkan kita terlupa bahawa kita juga dalam pertempuran yang sama dahsyatnya malah lebih berbahaya. Iaitu pertempuran hawa nafsu dan jahiliyyah.
T_T
Begini solah mereka. Bagaimana pula solah kita?
Apabila hati kotor, maka solah juga akan dilalui dengan sangat hambar dan kosong. Terasa bagai cuma berdiri, rukuk, sujud dan duduk. Mata mengeras dari merembeskan sebarang basahan yang mampu mencuci pandangan yang dicemari habuk jahiliyyah hari-hari.
Terasa bagai tubuh kita kaku bersama ruh yang mati. Sedangkan solah itu umpama sayap yang menerbangkan jiwa ke langit ke tujuh malah melepasi lebih dari itu. Solah yang bersih, benar dan sejahtera adalah solah yang menjadikan hati kita umpama kabus yang terangkat ringan.
Sungguh. Solah itu yang kita perlu. Sangat Perlu.
nota kaki:
-malu dengan diri sendiri yang cuma mampu menangis kerana tidak mampu menangis.
-iAllah 12hb akan berangkat pulang dan tiba di Malaysia 13hb. menghitung hari peperiksaan yang masih berbaki pada tarikh 6hb dan 9hb.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.