Saturday, July 7, 2012

Suria di Syria.


Dia adik kita.

Tahukah kita apa permintaannya?

"Berhentilah (janganlah) membunuh kami dengan cara penyembelihan.
Saya merayu, bunuhlah kami dengan pistol.."

Fahamikah kita apa permintaannya?

Dia tidak bodoh untuk meminta dibunuh.

Tetapi dia telah matang untuk menilai betapa hinanya nilai mereka dan rendahnya harga darah mereka untuk dilempar bangkai setelah disembelih sambil disaksikan dunia.

Dia telah matang untuk sedar bahawa mereka adalah satu-satunya makhluk yang hidup di atas muka bumi ini, kerana itu saat mereka menjerit ketakutan melihat bilahan pisau yang meleleh darah syahid sahabat mereka, mereka menjerit dalam keadaan sedar bahawa seluruh makhluk selain mereka di bumi itu adalah makhluk pekak seperti pokok, gunung, sungai, batu dan pasir.

Lantas mereka tahu betapapun kuat jeritan mereka, memang mustahil untuk ada manusia lain yang datang membantu. Kerana seluruh makhluk yang ada adalah pekak, bisu, buta dan kaku.

Lantas mereka tahu yang tinggal untuk mereka berusaha ialah merayu kepada pembunuh yang buas itu untuk tidak menyembelih mereka kerana mengelupur bersama buakan darah yang tepercik itu sangat pedih dan seksa. Lalu mereka merayu agar dikurangkan siat-siat daging mereka itu kepada pembunuhan menggunakan peluru yang apabila tembus ke dalam dada melepasi jantung yang berdenyut, maka seluruhnya akan terus menjadi hitam tanpa perlu merasai azab yang dahsyat.

Suria Di Syria: Semoga Ada Doa Kita Dalam Pengharapan Mereka.



Kita mungkin tidak mampu terbang melangkau awan atau menyusup mencelah duri benteng sempadan untuk bersama mereka. Kita mungkin tidak sekuat itu dan kita mungkin tidak semampu itu.

Namun sepotong doa sentiasa mampu kita sebut untuk mereka. 

Yakinlah keadilan yang benar itu tetap akan menang tidak kira sama ada kita mahu berada bersama mereka atau tidak. Tidak kiralah sama ada kita prihatin terhadap mereka atau tidak.

Allah itu ada, bukan?

Penutup: Kita dan Mereka.


Kita menangis melihat mereka berkecai tubuh. Kita menangis melihat anak-anak kecil yang hancur. Kita menangis melihat ibu-ibu yang dipotong tubuh selepas dirogol. Kita menangis melihat ayah-ayah yang dibungkus di dalam plastik hitam selepas dibakar rentung hidup-hidup.

Namun sebenarnya kita terlupa bahawa tangisan itu yang paling perlu untuk kita menangis terhadap diri kita sendiri. Menangis terhadap kemaksiatan dan dosa-dosa kita yang membuatkan mereka diuji sedemikian rupa. Menangis kerana hitamnya hati kita membuatkan kita hanya mampu melihat gambar-gambar siksaan mereka tanpa mampu melakukan apa-apa.

Semoga doa dari kita yang berdosa ini Allah terima atas ihsanNya terhadap mereka.



nota kaki:

-doa untuk semua yang dizalimi tidak kira di Myammar, Palestin, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.

-esok akan bermula first exam:
8 July: Fiqh Muamalat II
10 July: Aqad Zawwaj.
11 July: Firaq Zawwaj.

Firaq zawwaj adalah berkaitan penceraian thalaq, khuluq, fasakh, nafkah, 3iddah dan lain-lain. Serius sangat rumit, susah, terperinci, pening dan renyah. 

Dari situ saya melihat betapa pernikahan itu dimudahkan kerana manusia dicipta untuk bahagia dengan kasih sayang tetapi penceraian itu dirumitkan kerana Allah mahu manusia memilihnya hanya setelah tamat segala usaha pembaik pulih hubungan yang lain.

second exam pula pada:
16 July: Fiqh Muamalat II
18 July: Aqad Zawwaj.
19 July: Firaq Zawwaj.

Risiko exam dekat-dekat ini ialah tempoh untuk doktor mengajar adalah singkat dan bakinya adalah pembacaan sendiri. Sigh.





1 comment:

  1. Ya Allah, semoga tipu daya dan kedhaliman yang menimpa sebagian umat ini menjadi wasilah yang mendekatkan kepada kami kepada apa yang Engkau janjikan kepada kami dan senantiasa menjadi pelipur lara di antara duka dan kekalahan kami, tegakknya dien ini di semua tempat yang ada timur dan baratnya.

    ReplyDelete

mohon pandangan.