Thursday, December 30, 2010

Kuat itu dari proses yang panjang.

Kehambaan itu perlu serius

Angin di luar sejuk. Bermakna saya di dalam rumah hampir beku. Menggigil selalu. Syita' yang awalnya pening-pening kini menjadi syita' yang sebenar. Suhu menunjukkan 6 celcius. Masih belum cukup maksimum bagi turunnya salji di hadapan rumah.

Sudah lama saya tidak menulis secara konsisten. Ikut hati, sentiasa berhajat. Namun selalunya setelah beberapa huruf ditekan, tangan langsung memadam.

Kerana bagi saya, menulis ini memerlukan jiwa dan perasaan bersama. Kerana kita bukan mahu menulis biasa-biasa. Kita mahu biar penulisan ini menjadi penyentuh jiwa. Jiwa sendiri sepenuhnya dan jiwa-jiwa lain yang turut sama mencari.

Ada sahabat bertanya," Bagaimana kamu kuat untuk bergerak?".

Sungguh. Itu soalan yang sangat mendalam untuk dijawab. Apatah lagi bagi saya yang masih perlu digandakan lagi peningkatannya. Jujur. Saya masih belum cukup kuat dan masih banyak yang perlu ditampung sana-sini.

Namun biar saya jawab dengan kekuatan yang Allah hadiahkan dan semoga kekuatan itu menjadi darah daging kehidupan saya insyaAllah.

Kebencian itu melahirkan Cinta.

Perkara yang paling penting sebagai penolak kita adalah kebencian kepada jahiliyyah. Benci dengan penuh maksima.

Dan saya membenci jahiliyyah. Kerana sejujurnya saya pernah berada dalam longkang-longkang jahiliyyah dan merasai betapa pahitnya berada jauh dengan Allah.Perlu diingat, jahiliyyah itu bukan sahaja sistem yang besar tetapi juga keperibadian dan tingkah laku yang tidak mengambil iman sebagai tunjang.

Membesar dalam rahim Tarbiyah tidak bermakna kita terus diberi hidayah. Saya teringat semenjak kecil, saya merupakan anak yang nakal berbeza dengan kakak. Ibu selalu menangis dengan tingkah saya yang suka menjawab dan kuat memberontak.

Pernah ketika saya berusia 6 tahun, ibu sambil berlinangan air mata meminta saya untuk memilih mana-mana makcik yang saya kenal dan sayang untuk menggantikan ibu. Dan saya mula berfikir," Teruk sangatkah aku sehingga ibu bertindak begitu?". Malah sehingga kini, permintaan itu masih tergiang-giang.

Teringat ketika darjah 4 selepas dimarahi ibu, saya menangis sungguh-sungguh dengan Allah. Takut seandainya Allah menolak saya lantaran kemarahan ibu Sungguh. Ketika itu saya tahu akan kelemahan yang ada tetapi tidak cukup kuat untuk melawannya.

Saya cuba dan terus mencuba. Bukan sesuatu yang mudah. Ketika berusia 12 tahun, jiwa saya semakin hebat bertarung. Antara Allah dengan keseronokan remaja. Dan selalunya saya jatuh. Tetapi doa itu sentiasa ada. Doa semoga saya tidak dikembalikan sebelum saya benar-benar menjadi hamba.

Noktah paling penting yang merubah langsung kehidupan saya ialah selepas kematian ayah. Tetapi bukan berlaku secara serta merta. Masa yang panjang. Air mata yang banyak. Kepedihan yang menggigit.

Apa kekuatan saya untuk terus setia? Hanya semangat yang bersungguh untuk menjadi hamba yang luar biasa. Bersamanya ibu yang tidak pernah lelah membentuk serta kakak yang tidak pernah putus menjadi inspirasi.

Saya bina perlahan-lahan fitrah keimanan dalam diri.Yakin sepenuhnya kepada Allah. Berhajatkan secara maksima syurga Allah. Takut kepada pengakhiran yang akan mencampakkan diri ke neraka. Tingkatkan bacaan ilmiah. Dampingi dengan manusia-manusia yang soleh. Banyakkan berfikir sesuatu yang besar. Dan semua itu tidak dapat dibentuk melainkan dengan Tarbiyah Islamiyah Kamilah.

Bak kata-kata Mustafa Masyhur:
"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah".

Dan kini, kebencian kepada jahiliyyah itu semakin kuat setiap kali teringat betapa payahnya saya untuk lari dari kepompong itu. Benarlah, kita tidak mampu melihat kejernihan Islam selagi belum mengikis habis jahiliyyah yang ada dalam diri kita.

Umpama ulat sampah yang setia di tong-tong sampah. Jika ditanya ketika itu, busukkah sampah itu? Pasti dijawab tidak. Tetapi apabila kita keluarkan dia dan mencuci bersih serta meletakkan wangian di tubuh ulat sampah itu kemudian menyoal kembali. "Adakah sampah itu busuk?". Pasti ulat akan menjawab ya.

Seperti itu juga fitrah manusia. Mustahil dia akan membenci sesuatu yang dia sedang bergelumang di dalamnya. Melainkan dia tekad untuk keluar dan membersihkan dirinya dari daki-daki kekotoran itu. Selepas itu, pasti dia akan benci untuk kembali ke sana.

Saya akan menangis setiap kali mengingat semula betapa susunan Allah yang mengizinkan saya untuk melalui kepayahan dalam usaha mencintaiNya. Tidak seperti manusia-manusia yang baik semenjak di usia kecil.

Saya akan menangis setiap kali lintasan "jika Allah menarik kembali hidayah ini", kerana saya pernah melalui suatu tempoh yang sangat gelap dan penuh kekacauan.

Saya akan menangis setiap kali saya menerima kata-kata syukur ibu "atas anugerah Allah Hasna' sebagai anak mak dan ayah penyejuk mata dan jiwa" kerana saya tahu betapa mahalnya harga untuk saya mendapat kata-kata redha itu.

Sungguh. Kebencian kepada jahiliyyah yang menghitam membuatkan saya mencintai Tarbiyah atau proses keimanan kepada Allah ini.

Tidak ada jaminan dalam keimanan.

Kenikmatan Iman dan Islam yang kita miliki hari ini sama sekali tidak punya jaminan untuk kekal. Allah pemiliknya bila-bila masa mampu menarik kembali dan membiarkan kita dalam kesesatan (na'uzubillah min zalik).

Namun kita ada harapan. Iaitu dengan berada dalam suatu proses pendidikan yang panjang dan berterusan. Proses pendidikan yang sistematik dan lengkap. Dan semua itu hanya bisa diperolehi dengan Tarbiyah Islamiyah yang diaplikasikan seumpama dengan madrasah Tarbiyah Rasulullah s.a.w.

Kita bergerak bukan untuk manusia lain. Tetapi kita perlu bergerak kerana melihat urgensinya Tarbiyah dalam pembinaan keperibadian muslim. Kita melihat urgensinya Tarbiyah dalam menjaga kebersihan hubungan kita dengan Allah dalam kondisi jahiliyyah yang maha dahsyat sedang berombak di luar sana.

Kita soleh hari ini belum tentu kita soleh hari esok. Namun insyaAllah, selagi mana kita tekad untuk duduk dalam proses ini sehingga ke akhir hayat, Allah akan selalu bersama.

Syurga itu mahal.

Saya tidak mengaku bahawa saya telah cukup beriman kerana manusia itu tidak pernah kuat untuk istiqamah. Tetapi dengan proses keimanan ini, akan selalu membuatkan kita bangun semula.

Syurga Allah itu mahal. Lalu maharnya juga pasti mahal. Mustahil kita mampu memilikinya dengan usaha yang kecil, bukan?

Doakan semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus hidup dalam pemerhatian luar biasa dari Allah, insyaAllah.

Wallahua'lam.

*Imtihan nihaie semakin menghitung. 3-13 January.
*Berkongsi dalam rangka untuk memberitahu;"semua manusia mampu berubah daripada tidak baik menjadi baik malah dari baik menjadi lebih baik. Hanya perlu anjakan daripada dalam dirinya sendiri dan proses Tarbiyah yang berterusan".

Wednesday, December 22, 2010

Nama itu kekuatan.



cintai murabbi kami ya Allah sepertimana beliau mengajar kami untuk mencintaiMu..

Ketika bergerak merencana, jauh dari bumi sana, bumi barakah awal permulaan. Ustaz selalu terbayang dalam fikiran. Selalu air mata menitik. Merasai beratnya kerja DnT yang pernah terpikul di bahu ustaz.

Saat ketikanya saya memahami apa itu Dakwah dan menangis takut terpinggir dari bibir Tabiyah, saat itu saya memahami gerak kerja dan pandangan masa depan ustaz yang jauh. Saya mula memahami himmah dan hikmah yang terpamer dalam perancangan yang dilihat orang sebagai lambat dan mustahil itu.

Saya jadi rindu.

Penyerlah kebaikan.

Ketika saya dilahirkan, Ummi Halimaton (isteri ustaz) menelefon dari jauh. Bertanyakan khabar ibu dan perihal saya. Ummi bertanya kemudian: "ada nama tak lagi?"
"belum", jawab ibu langsung.
"Nanti 3 hari lagi kak Mah telefon semula, insyaAllah..". Jawapan ummi membungakan hati ibu.

3 hari kemudian,
"pah, ustaz pilih nama Nurul Hasna'.."
Nama yang baru. Tidak pernah didengar sebelum itu. Ibu bertanya, "maksudnya apa ya?"
"cahaya penyerlah kebaikan".
"ejaannya ha, sin, nun alif dan hamzah".
"Bukan hasanah atau husna" Tambah ummi.
"kata ustaz, dia lebih daripada husna atau hasanah"

(ayat yang disusun sendiri berdasarkan cerita ibu)

nama itu kekuatan.

Saya membesar dengan nama itu. Semenjak dulu, jenuh menjawab pertanyaan, "apa ya maksud nama tu?". Dan setiap kali itu saya akan menjawab penyerlah kebaikan secara bersahaja tanpa nampak apa-apa.

Namun tanpa saya sedar, sesungguhnya susunan Allah itu Maha cantik. Membesar dengan nama itu seolah-olah doa kekuatan untuk saya menjadi muslim mukmin terbaik. Bergerak ke arah piawaian mukmin mosleh rabbani.

Dan kini, saya tahu, ustaz menghadiahkan nama yang baik ini bersamanya amanah untuk saya menyerlahkan kebaikan Islam itu sendiri. Agar saya terus tergolong dalam mereka yang bekerja, insyaAllah..

Penyambung rantai-rantai itu

Semoga Allah menguatkan saya untuk terus mencintaiNya dan menyerahkan sepenuh jiwa dan tenaga kepada jalan yang panjang ini. Tidak ada jaminan keistiqamahan kita melainkan hanya jaminan cinta Allah. Justeru, hanya kepada Allah, sepenuhnya pengaduan dan kebergantungan kita agar terus kekal dalam keimanan, insyaAllah..


MATRI bukan ma'sum. Apabila sudah hilang pelajar-pelajar dan guru-guru yang ikhlas serta terhapusnya proses Tarbiyah syumuliyyah itu, maka tidak mustahil MATRI akan menjadi sekolah biasa yang melahirkan manusia-manusia biasa -cikgu AB-. (na'uzubillah min zalik)

*maksud nama saya ada dua. Lagi satu, boleh tengok kamus.
*menjawab pertanyaan bagi yang bertanya maksud nama saya.
*Imtihan niha'ie 3 Jan: France dan Ulum Quran. 5 Jan: Fiqh Mu'amalat. 11 Jan: Aqidah. 12 Jan: Fiqh Ibadah. 13 Jan: Asasiyah fi Tarbiyah.

Saturday, December 11, 2010

proses kendiri.

Iman itu wajib membezakan kita dengan manusia yang tidak beriman.


Di balik segala 1001 perkara yang saya dapat di bumi Jordan ini atau khususnya belajar jauh di luar ini, yang paling mahal saya kira ialah kefahaman dan penghadaman secara realiti Tarbiyah Dzatiyah atau maksudnya proses pendidikan secara kendiri.

Tidak dapat diyakini kecuali bagi mereka yang faham.

TDZ ini sejujurnya bukan sesuatu yang boleh diceritakan dan dicanang-canang tetapi merupakan aplikasi yang menuntut natijah. Dan aplikasinya sudah tentu bukan kecil dan ringan tetapi memerah sepenuh kefahaman dan kesedaran sejauh mana kita meletakkan kepentingan proses Tarbiyah Islamiyah Harakiyah dalam kehidupan.

TDZ tidak dapat digerakkan bagi mereka yang berjiwa kecil. Dan pasti juga tidak terdorong oleh mereka yang masih melihat makhluk lain sebagai kekuatan. Selagi kita mengambil manusia lain sebagai pautan untuk mencari jalan pulang, selagi itu kita akan selalu menyalahkan.

Tarbiyah itu melahirkan murabbi.

Kerana apa Tarbiyah Islamiyah itu bukan untuk mereka yang cepat kalah? Kerana Tarbiyah itu wajib melahirkan jiwa murabbi. Jiwa yang bergerak. Yang melihat urgensi IMAN dalam dirinya dan melihat urgensi IMAN kepada manusia-manusia lain.

Yang mampu membina kekuatan diri, rohaninya, aqlinya dan jasmaninya secara kendiri malah dalam masanya sama mampu membentuk kekuatan manusia-manusia yang bersama dalam kehidupannya.

Muslim yang bergerak dan melihat jelas akan kepentingan dia bergerak. Yang faham dan sedar bahawa dia bergerak bukan kerana keadaan meminta dia bergerak. Yang bisa bergerak dalam kondisi keseorangan mahupun dalam kelompok yang ramai.

Muslim yang tidak akan sesekali berdiam diri kerana sedar akan Jahiliyyah yang laju merancang. Lantas dia tidak pantas untuk berehat dan turut menyusun strategi.

Itu adalah natijah Tarbiyah.

Dan dalam melalui proses itu, kita memerlukan 3 perkara:
1)manhaj Rabbani (sistem syara' susunan Allah; alQur'an dan sunnah)
2)Murabbi Mithali (pendidik dan pembentuk yang dapat memberi contoh)
3)biah solehah (suasana yang membina iman)

Perkara 1 adalah perkara wajib secara langsung dalam proses Tarbiyah. Tanpa perkara 1 maka proses itu akan berlaku secara songsang, maka wujudlah kepincangan.

Perkara 2 dan 3 yang sama pentingnya namun boleh berubah mengikut keadaan dan itulah yang dinamakan Tarbiyah Dzatiyah.

Asasnya perlu ada tetapi aplikasinya berbeza

Asas bagi 2 perkara ini mesti ada. Tetapi perlaksanaan dalam sehari-hari itu yang berbeza.

Perkara 2 iaitu murabbi mithali mesti ada untuk kita memahami Islam secara benar. Dan kerana itu Rasulullah s.a.w diutuskan kepada para sahabat sebagai pendidik dan rujukan.

Namun tidak akan selama-lamanya ada MM itu. Kerana itu TDZ mendidik bahawa Murabbi terbaik adalah Allah yang akan sentiasa bersama tanpa pernah tiada.

Begitu juga perkara 3 iaitu biah solehah. Dalam membina keyakinan dan kefahaman Islam, kita memang memerlukan tapak semaian yang dapat menjadi tempat perlindungan daripada pancaran terik Jahiliyyah, ibarat anak pokok yang baru ditanam. Menjadi satu kemestian bagi si penanam untuk menjaga elok anak pokok tersebut agar tumbuh segar membesar.

Namun tidak selama-lamanya ada BS itu, kerana kita akan meneroka dunia jauh. Dan pastinya bukan semua masyarakat yang kita tinggal punya kesedaran akan urgensi iman malah masih banyak yang tidak mengerti apa itu Islam. Kerana itu TDZ mendidik bahawa biah itu perlu dibentuk oleh pagar-pagar iman. Kerana pagar-pagar itu akan sentiasa bersama tanpa pernah tiada.

Kekuatan dari Seerah.

1. Kisah pemuda kahfi.
(
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka (Sang Pencipta), dan Kami berikan kepada mereka tambahan pimpinan (iman, taqwa, ketetapan hati dan sebagainya). Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri, lalu mereka berkata; Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyerutuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.)[13-14 ;18]

Mereka itu pemuda bangsawan Rom. Hidup dalam lingkungan manusia-manusia yang buta bertuhan. Tanpa suasana yang membentuk keimanan. Yang ada hanya mereka bertujuh.

Nmaun mereka memiliki keimanan tertinggi, iaitu keimanan yang melonjak sehingga mereka dirasuk kekuatan untuk bangun mengisytiharkan keimanan di hadapan qaisar Rom yang mengaku tuhan!

Tidak ada lain melainkan mereka telah melalui suatu proses Tarbiyah Dzatiyah secara maksimum.

2. Kisah Mus'ab Bin Umair.

Mus'ab yang dikenali sebagai anak kaya Makkah. Punya haruman unik dan teristimewa, tidak dimilik oleh sesiapa di bumi Haram itu. Jubah-jubah sutera yang labuh lambang kemegahan kabilah.

Tetapi selepas menerima Allah sebagai Illah, langsung dibuang semua dari dalam hidupnya. Malah dia dihantar ke Yathrib (Madinah ketika itu) sebagai duta untuk dibacakan kepada penduduk di sana ayat-ayat Allah. Sebagai pengajar deen Allah.

Perlu diingat ketika itu, beliau baru beberapa tahun menganut akidah tauhid ini dan Yathrib semestinya tidak dihuni oleh Muslimiin.

Namun TDZ menguatkan Mus'ab untuk membina kekuatan untuk membentuk kekuatan manusia-manusia lain sehingga tidak ada satu rumah pun yang tidak diketuk. Malah dia pernah dihentak ke dinding dan dihunus pendang semata untuk menyekat, namun apabila dia mengambil Allah sebagai kekuatan, smeua itu dipandang enteng.

TDZ telah membentuk Mus'ab menjadi muslim mukmin yang bukan sahaja soleh untuk dirinya tetapi mampu bergerak untuk mensolehkan seluruh masyarakat Madinah alMunawwarah. SubhanAllah..

Konklusinya.

TDZ ganjarannya syurga. Oleh itu maharnya mahal. Tidak banyak yang ditagih sebenarnya. Hanya MUJAHADAH.

MUJAHADAH.

Dan MUJAHADAH.

Kita akan nampak urgensinya TDZ hanya apabila kita nampak urgensinya untuk kita menjaga iman kita dan urgensinya kkita bergerak menjaga iman manusia-manusia di sekeliling kita.


p/s:
*menulis sepenuhnya untuk diri sendiri yang semakin hari semakin lemah TDZnya. Buktinya ialah kemalasan dalam pelajaran..Ya Allah jauhkan aku dari menjadi fitnah kepada Islam.
*maaf kerana mensawangkan blog ini. Sibuk mungkin dijadikan alasan? Doakan semoga saya bisa pandai menyusun hidup.
*banyak sahabat-sahabat pujuk untuk ikut berjaulah. insyaAllah tekad tak ke mana cuti winter ni. Akibat result yang banyak merudum sem ni..-_-"

Friday, November 19, 2010

Saya rindu ayah.

Entah. Semenjak mendengar semula lagu ini di facebook, hati ini bagai tercarik-carik. Sengaja memutar berulang kali, menemani detik pentela'ahan kitab untuk 2 lagi paper first exams sebelum seconds exams menyambung.

Dan setiap kali itu, air mata pasti deras mengalir. Kerana lagu ini ada sesuatu yang sangat dalam dalam hidup ini.

Ketika ayah masih ada. Ketika ayah masih sempat untuk mengusap rambut saya. Ketika ayah masih ada untuk membelai dan memujuk.

Teringat satu kisah sehingga membawa kepada pertelingkahan besar. Saya hanya mampu menangis. Dan malam itu, sebelum mak dan ayah kembali ke Ipoh, saya berjaga sehingga lewat bersama lelehan air mata di bilik kecil di rumah Perlis.

Membuat kad besar bersama lukisan sebuah keluarga. Ada ayah dan mak di tengah-tengah sofa. Dan dikelilingi abang, kakak, saya dan adik. Saya lakar dan warna dengan penuh cinta. Bersama lagu ini sebagai peneman.

Lelehan air mata bersulam doa, semoga keluarga saya tetap bersama sehingga ke akhirnya. Saya tidak mahu ada perpisahan. Kerana perpisahan itu perit. Tambahan bagi kanak-kanak yang baru berusia 13 tahun ketika itu.

Namun, susunan Allah lebih mengetahui. Allah ambil ayah..pada tahun yang sama.

Dan kini, setelah 6 tahun saya cuba membina kematangan diri, sejujurnya tidak dapat dinafikan, saya rindu ayah. Sangat rindu. Rindu pada setiap saat waktu itu. Meski waktu itu jauh berbeza dengan waktu ini, saya tetap amat merinduinya.

Semoga Allah kuatkan saya dalam menjadi pemuda mukmin sebagai hadiah buat ayah. Semoga setiap kebaikan saya di dunia hari ini, menjadi ganjaran kebaikan buat ayah yang tidak putus-putus...insyaAllah..






*lagu untukmu yang tersayang..
*gambar-gambar jelajah Dimasyq, boleh dilihat di facebook saya; hasna' hazni.

Monday, November 15, 2010

Jelajah Dimasyq 1

dari kiri; Syida, saya, Aliyah, kak Sarah, kak Nadiah, abang Pozie dan Yaqzan aka Koje..

*post tertangguh.Maaf..

Alhamdulillah, jam +-4.30pm tadi telah selamat tiba di hadapan Bayt Abu Ubaidah alJarrah setelah 4 hari 3 malam bersafar di bumi Dimasyq.

Selesai berkemas barang-barang yang dibawa dan sedikit barang yang dibeli, mula bersiap untuk rewang 'open house' esok. ^_^

Sungguh. Jaulah tarbawi ini sangat dirindui. Jaulah bersama keluarga besar iaiatu abang Fauzi Akmal (abang pozie) kak Nadiah (isteri abang pozie) , Rasyidah (roomate), kak Sarah (geng tersayang), Yaqzan aka Koje (ketua saya dalam biro Tarbiyah) dan Aliyah (junior first year).

Sebenarnya, tidak dirancang langsung aktiviti ini kerana hajat untuk tidak mengusik duit simpanan program cuti bulan 1 ke ke S**** (insyaAllah..). Namun, setelah puas dipujuk oleh abang Pozie dan Syida, saya pun mengalah..^_^.
Jumaat 12 Nov 2010

Kami bertolak dari rumah abang Pozi sekitar menghampiri jam 1 lebih akibat kelewatan kak Sarah dan Yaqzan yang sampai lambat. 2 teksi telah ditempah.

Bergerak ke Border Jordan-Syria penuh berdebar akibat ditakutkan dengan cerita-cerita orang akan bahaya yang menanti di situ. Alhamdulillah lepas dengan selamat cuma tersangkut lama akibat kesilapan teknikal. Aliyah masih belum mendapat iqamah (visa) jadi perlu menggunakan passport. Dan Allah izin, pegawai di border tersebut mendapati tarikh passport telah mati (walaupun hakikatnya belum lagi) dan perlu membayar sejumlah wang sebagai denda.

Bertolak keluar dari kastam Syria jam 3.45 petang dan terus bergerak ke Dimasyq setelah bertukar kenderaan dari teksi ke van. Selamat tiba di bumi Damsyiq jam 5.11 malam. Air tejun yang cantik menyambut kami yang 'jakun' akibat melihat meriahnya air di bumi Syam ini berbanding Jordan yang gersang.

Kemudian, kami menunggu tourist guide yang telah dijanjikan bersebelahan tugu Salahuddin alAyyubi. Duduk-duduk sambil menangkap gambar dalam kondisi perut yang 'berlagu'. Hampir +20 minit menunggu, Alun, orang yang ditunggu-tunggu pun tiba bersama seorang lagi sahabatnya.

Kami terus dibawa ke Hotel Mahabbah, tempat penginapan kami selama 3 malam di bumi Syam itu. Saya, Syida, kak Sarah dan Aliyah, 1 bilik. Abang Pozie dan Kak Nadiah 1 bilik. Dan Koje selaku orang bujang bersendirian dalam 1 bilik.

Selepas solat dan bersiap, kami keluar semula dalam jam 8 malam untuk mengisi perut. Melihat fenomena aneh teksi di Syria yang perlu dirunding harganya sebelum naik, rasa kelakar dan geram kerana memakan masa yang panjang.

Setelah berjaya mendapat teksi dalam harga yang baik, kami pun bergerak ke mat'am dan selamat tiba di mat'am hadratul Maut yang merupakan restoran ala Yaman. Alun menempah menu nasi mandi dan kami menikmatinya secara bertalam dan duduk bersila beralaskan bantal.

Menikmati saat makan malam yang lucu bersama sebelum bergerak pulang. Tiba di Hotel Mahabbah, kami bertaaruf ringkas sebelum merancang aktiviti esok. Selesai semua, Yaqzan dan Aliyah naik ke atas untuk berehat dan kami yang berbaki berhajat untuk berjalan-jalan di Suuq Hamidiy.

SubhanAllah..sangat cantik. Kagum dengan binaan kerajaan Islam suatu ketika dulu. Deretan panjang kedai-kedai bersama bumbung tinggi membuatkan saya teringat kepada lokasi Masjid Jamek di Kula Lumpur..^_^

Sampai di hadapan pintu gerbang Jami'ah Umawiy, kami singgah di warung air jus yang menjual air delima dan blueberry (air tuut). Awalnya hanya membeli 1 air tuut untuk mencuba, akibat sedap, kami membeli setiap seorang satu..^_^ (sangat sedap..)

Sabtu 13 Nov 2010

Bersiap untuk program hari ini..^_^

insyaAllah, hari ini adalah hari menziarahi makam-makam yang terdapat di sekitar Dimasyq. Bermula dengan sarapan nasi lemak yang ditempah dari mat'am maliziya, kami bergerak keluar menuju ke Bab Soghir.

Bab Soghir ini tersimpannya tubuh-tubuh mulia ahli Bayt dan sahabat Rasylullah s.a.w.

Dari jauh kami sudah nampak kelompok besar orang berpakaian hitam.

"Tu orang-orang Sy***."kata abang Pozi yang telah memaklumkan pada kami tentang kondisi makam-makam tersebut.

Sememangnya ketika kami bercuti di Syria, mereka yang bermazhab Syiah datang untuk melaksanakan ibadah seakan-akan haji di sini memandangkan di bumi Dimasyq ini terdapat banyak makam-makam besar yang dimuliakan mereka.

Dan untuk masuk ke dalam kawasan itu, kami perlu bersesak-sesak dengan geng gagak hitam bak kata kak Sarah. Di hadapan pintu makam Saidatina Sukainah binti Hussein yang merupakan makam paling berhadapan dengan main gate, penuh. Kami hanya terpaksa duduk di tepi pintu makam sebelum disekat oleh pembaca syair Perang Karbala yang berkerumun di hadapan kami. Lekas-lekas bergerak keluar menuju ke kawasan perkuburan lain melalui pintu kecil di sebelah kanan.

Kemudian kami bergerak ke makam Saidatina Fatimah alSughra Binti Hussein . Alhamdulillah berkesempatan masuk ke dalam bangunan yang mempunyai 2 tingkat. Tingkat pertama, terletaknya replika dan di bawah tanah terletaknya makam sebenar.

Selesai sahaja kami keluar, geng-geng Sy*** yang bergerak dari makam Sukainah sampai. Alhamdulillah tak berhimpit.

Makam seterusnya ialah makam yang tak diingati namanya. Hanya singgah sebelum bergerak ke makam Abdullah Bin Ja'afar iaitu suami kepada Zainab alKubra binti Ali r.a. Kemudian bergerak ke makam Saidina Bilal Bin Rabah yang merupakan mu'adziin Rasulullah s.a.w.. Mereka menangis dan mengelilingi makam sambil mengusap permukaan binaan tugu makam dan menyapu di seluruh wajah.

Melihat fenomena Syiah ini, langsung saya teringat pengalaman ketika sempat diizinkan Allah untuk menziarahi bumi Iran sekitar tahun 2003. Semenjak pulang dari ziarah itu saya suka mengkaji setiap perkara berkaitan Syi'ah termasuklah sejarah kemunculannya, penyelewangan seerahnya, kesesatan sumber dalilnya, pengagungan 12 imamnya, keta'suban terhadap sheikh-sheikhnya, tektik penularan ajarannya dalam kalangan masyarakat hari ini dan segala macam yang Allah izin sempat untuk saya tela'ah dan hadam.

Dan Alhamdulillah daripada semua peluang itu Allah izin saya dapat berkongsi sesuatu kepada orang-orang di sekeliling terutama ketika jaulah tarbawi ini.

Sungguh. Pesan saya, baca, kaji, hayati dan hadam seerah bermula daripada seerah Rasullah s.a.w, seerah sohabiyyah secara terperinci, seerah khulafa' arRasyidiin dan seerah setiap khilafah Islamiyah termasuklah Fatamiyyah.

Baik. Kembali semula kepada cerita jaulah. Kemudian kami bergerak ke makam seterusnya iaitu makam Khlaifah Muawiyyah r.a yang dipagari ketat bersama mangga besar. Terdapat kesan hancur di dinding-dinding dan bau hancing. Di dalam bangunan, kami lihat dari lubang celahan gerigi, makam sahabat Rasulullah s.a.w. itu hampir hancur dirosakkan.

Tiada penjagaan sekalipun penghormatan. Kata Alun, kerajaan Syria terpaksa menutup makam ini kerana jika tidak, mungkin makam ini sudah lama hancur lumat dan dihina sehabisnya oleh kaum Syiah yang datang. Ketika kami berdiri di situ, kumpulan Syiah tadi hanya lalu bersebelahan dalam jarak yang jauh seolah-olah ingin langsung menjauhi makam tersebut.

Rasa sebak melihat sahabat yang pernah suatu ketika dulu duduk bersama Rasulullah diperlakukan sedemikian rupa. Siapalah kita untuk membencinya? Celakalah jika mereka di atas bumi ini mengutuknya sedangkan dia di bawah sana menikmati ganjaran amal soleh. Kerana siapapun Muawiyah, dia tetap sahabat Rasulullah yang mencintai baginda sepenuh hati. Malah kita yang tidak mengetahui situasi sebenar ketika kegentingan itu berlaku, yang tidak mengetahui sebenar-benarnya akan 'miscommunication' yang telah terjadi antara 2 sahabat Rasulullah tidak layak untuk meletakkan kesalahan pada mana-mana pihak.

Sungguh. Saya akui, setiap kali menyelak seerah perjalanan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w saya akan senang menangis. Kerana saya dapat menjiwai dan merasai betapa pedihnya jiwa setiap sahabat-sahabat baginda yang hanya hidup seperti separuh nyawa akibat kehilangan kekasih tercinta. Mereka yang mencintai baginda sepenuh hati bagai hilang akal saat Allah mengambil pinjamanNya semula.

Namun, sedikit demi sedikit mereka kembalikan kekuatan iman dengan meletakkan bahawa Allah tidak pernah mati. Mereka didik diri untuk berdikari walaupun itu perit. Ditambah dengan pemberontakan kaum murtad dan munafiq.

Bayangkan saat itu mereka terpaksa menghadapi 2 situasi. Situasi rindu yang memedihkan dan situasi genting yang menyakitkan. Hanya Allah sebagai kekuatan.

Ketika itu, dalam situasi yang masih tidak tenteram, berlaku banyak salah faham yang normal bagi manusia biasa. Tetapi akibat campur tangan luar maka berlakulah perselisihan yang besar.

Segalanya bermula ketika pemerintahan khilafah Saidina Uthman bin Affan walaupun hati-hati busuk itu telah muncul semenjak hari kewafatan Rasullah s.a.w. dan segelintirnya semenjak baginda masih hidup lagi.

Jika ditelusuri dari kitab Khilafah dan Pemerintahan tulisan alMaududi, beliau menceritakan bahawa ketika Saidina Utsman memegang tampuk pemerintah, beliau sudah berusia 80tahun. Dan beliau memang dikenali sebagai seorang yang terlalu lemah lembut dan penyayang. (Boleh rujuk semula seerah keperibadian beliau)

Saat itu, beliau yang sangat mengasihi telah menerima huluran tangan kaum keluarganya untuk membantu dalam pemerintahan. Justeru, majoriti pembantu dan penasihatnya terdiri dalam kalangan Bani Sufiyyan. Ketika itu, ada segelintir sahabat yang menegur tetapi sebagai seorang yang sangat baik beliau tetap berfikiran positif. Begitu juga kita jika berada dalam situasi beliau yang tidak pernah terfikir akan kemungkinan negatif yang akan berlaku.

Dan kesalahannya ialah, penasihat dan pembantunya hanya memaklumkan hal-hal yang baik-baik sahaja dan menyembunyikan kelemahan dan kesilapan yang telah berlaku dalam pemerintahan itu.

Lama-kelamaan terjadilah pemberontakan dari kelompok yang tidak berpuas hati sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, Saidina Ali r.a. melantik dirinya bagi mengelak kemudharatan daripada berlanjutan. Dan Muawiyyah r.a yang merupakan keluarga Saidina Uthman mengambil tindakan untuk menuntut bela atas kesyahidan beliau. Muawiyyah meminta agar Saidina Ali lekas-lekas menyiasat kematian Saidina Uthman dan menjatuhkan hukuman ke atas pembunuh. Namun situasi ketika itu yang huru hara menuntut Saidina Ali r.a agar lebih fokus kepada menyelesaikan isu pemberontakan dan mengemaskinikan sistem pemerintahan.

Justeru berlakulah salah faham di situ. Dan bagi pihak Saidina Ali r.a. dan Muawwiyah r.a., tiada sesiapa yang bersalah melainkan situasi genting yang membolehkan wujudnya mulut-mulut jahat yang membakar.

Baik. Kisah selanjutnya mengenai Yazed dan Saidina Hussein akan disambung kemudian jika dizinkan Allah.

Kemudian, kami pun bergerak ke makam seterusnya iaitu makam Abdullah Bin Zainal Abidiin Bin Hussein Bin Ali r.a. Tidak lama selepas itu, kami berjalan ke makam 'Ra'isul Syuhadaa' Karbala' iaitu kepala-kepala syuhadaa' Karbala.

Ketika kami masuk ke kawasan makam, kelompok Syiah telah mendahului dan berkumpul di hadapan pintu. Dan ada yang telah memenuhi ruang makam. Sementara menunggu, kami mengambil peluang melihat tempat yang dikatakan sebagai tempat pembasuhan kepala-kepala tersebut.

Dan mereka memulakan dengan syair-syair mendayu menceritakan kesedihan Saidina Hussein dalam bahasa Parsi (hanya faham bila dia sebut arab-arab sikit dan ada sebut Hussien).

Kami mencelah masuk ke dalam makam ketika orang lenggang dan sempat melihat 16 bekas yang berbalut kain hijau yang dikatakan sebagai tempat tersimpannya kepala-kepala syuhada' yang sempat dibawa ke Damsyik dari Karbala bersama-sama tawanan perang yang lain.

Hanya beberapa minit selepas itu, kelompok yang sedia menunggu di luar masuk sambil membaca kuat ayat-ayat semangat dalam bahasa Parsi sambil menumbuk dada kuat. Mereka meneglilingi makam kepala tersebut seperti tawaf dan terus menumbuk-numbuk dada diketuai oleh seorang sheikh yang berserban ala syiah.

Saya hanya mengikuti sebentar dan keluar ketika mereka berhenti dan duduk seakan-akan bertafakkur sambil sheikh tersebut terus melaung-laung dan terhinjut-hinjut.

Malas melihat kesesatan mereka, kami pun keluar mencari makanan. Sebelum itu, kami singgah di makam Ummu Habibah dan Ummu Salamah iaitu 2 orang isteri baginda s.a.w.. Yang lucu, terselit di makam Ummu Salamah sekeping nota kecil yang tertulis; "Ya Saidati, tolong doakan aku dimurahkan rezeki..". Saya ketawa sebaik keluar..

Kemudian kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu masjid Umawiy yang mana di dalamnya terletak kepala nabi Allah Yahya a.s. dan kepala Hussein Bin Ali yang telah dibawa menghadap Yazed Bin Muawiyyah.

Kami solat jama' ta'khir. Ketika doa, air mata tidak tertahan daripada mengalir. Rasa benar lemahnya diri berbanding kaum muslim terdahulu. Mereka telah mengangkat islam sehingga bisa memayungi dunia. Seluruh semesta sejahtera dalam pemerintahannya. Makhluk-makluk bisa menumpang selamat. Tetapi kini nikmat itu telah ditarik sebagai ibrah.

Dan saya yang masih lemah, yang masih bertatih untuk membina diri agar bisa menjadi salah seorang yang mengangkat kembali harga diri Islam itu. Dan kerana itu, semoga Allah menguatkan saya. Semoga Allah membantu saya untuk terus menjadi remaja mukmin luar biasa..insyaAllah.

Selesai semua, kami berjalan mengelilingi masjid, melihat tempat bersemadinya kepala nabi Yahya a.s. di dalam ruang solat. Berdekatan dengannya ialah tempat pembaptisan kaum kristian suatu ketika dulu. (kisah lanjut boleh klik 'masjid umawiy'). Yang pelik, kelompok syiah ini walaupun mengaku muslim tetapi turut menyapu-nyapu bekas 'telaga' itu dan meraup tangan di wajah .

Kemudian kami bergerak keluar sedikit dan memasuki ruang besar di sebelah kanan. Di situ merupakan tempat kepala Hussein bin Ali dikebumikan. Di bahagian dinding batu yang mengelilingi makam itu terdapat satu bentuk 4 segi yang direka untuk kelompok syiah memasukkan kepala demi mengambil berkat. Sangat aneh melihat kesesatan itu. Bunyi sendu dan ratapan sambil menyapu dinding-dinding makam.

Nampak sungguh mereka meletakkan sesuatu sebagai penghubung dalam keyakinan mereka.

Seterusnya kami bergerak menuju makam Sultan Salahuddeen alAyyubi yang cuma bersebelahan dengan masjid Umawiy.

Saya tahan air mata dari jatuh lantaran segan tetapi ada juga yang menitik. Sungguh. Saya tidak percaya bahawa saya telah menapak hampir dengan tubuh pahlawan Islam yang agung. Terasa lemah seluruh badan. Terasa berat amanah di bahu. Langsung saya memegang rahim sambil berdoa sunguh, semoga dari rahim ini lahirnya Salahudden alAyyubi kedua. insyaAllah. insyaAllah. insyaAllah.

Dan ketika itu saya tahu bahawa untuk menjadi ibu Salahudden bukan mudah tetapi tidak boleh mengalah daripada berharap.

Ketika keluar, sengaja bertanya kepada keluarga rombongan,"Salahuddeen meninggal sebab apa?"

"er..kena racun?"
"kena tikam" dan macam-macam jawapan lain. Hanya senyum.
"Salahudden meninggal sebab demam panas kesan sakit di peha. Diakan serahkan seluruh kehidupannya untuk jihad dan majoriti waktunya di atas kuda. Jadi geseran antara peha dan kuda menghasilkan sakit macam kanser yang merebak. Dan membawa kepada demam panas sehingga meragut nyawa beliau".

"wa..kita ada tourist guide kedua.."celah Yaqzan yang saya panggil ayah..^_^

Kemudian kami meredah lorong-lorong sebelum sampai di makam Ruqayyah Binti Hussein yang sangat menakjubkan. Ketika kami tiba, segerombolan besar syi'ah tengah meratap di tepi makam sambil menyapu-nyapu gerigi emas makam.

Terdapat khilaf yang besar mengenai sama ada Ruqayyah binti Hussein ini adalah orang yang sama dengan Sukainah Binti Hussein. Jika menurut rujukan sirah sumber sunni (tak ingat anma tajuk), Sukainah adalah anak sulung perempuan yang telah menjadi remaja ketika peristiwa Karbala. Dan beliau telah menyaksikan sendiri pembunuhan ke atas ayahnya. Kisah paling masyhur ialah, kisah di mana beliau mimpi akan kematian ayahnya dan menangis namun dipujuk oleh Hussein bin Ali r.a. dengan kata-kata;

"Simpanlah air matamu untuk esok..". Dan esok itulah berlakunya peristiwa berdarah tersebut. (boleh rujuk lain kisah ini sebab saya pun dah lama tak baca semula)

Saya cuba mencari kesohehan dari sumber-sumber syi'ah tetapi tidak berjaya menemui yang paling rojih (jelas). Apa-apapun, siapapun beliau, itu tidak menjadi masalah tetapi masalahnya ialah kesesatan yang dahsyat itu. Sungguh. Sangat mengerikan.

Kami pun keluar menunaikan misi yang tertangguh iaitu mencari makanan. Alhamdulillah, singgah membeli syawarma di gerai sebelah laluan lorong sebelum makan di tepi longkang besar. ^_^ berhadapan masjid di mana bersemadinya tubuh sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Darda' r.a..

Sekali lagi saya menyoal keluarga rombongan;
"hadis apa yang terkenal dari Abu Darda'?"
"tak ingat.."

"Hadis, ijlis bina nu'man sa'ah la~..". Sungguh. Hadis itu terlalu mendalam dan dekat dengan saya. Kerana hadis itu memberi dorongan motivasi untuk saya menggerakkan sesuatu yang bermanfaat kepada iman, insyaAllah...

Sebelum mu'adzzin sempat iqamah, kami telah keluar megejar masa menuju ke makam Abu Hurairah r.a. di celah kedai di dalam Suuq Hamidiy. Agak terperanjat kerana tidak menyangka di velah-celahan kedai baju dan alatan kemas itu tersimpan tubuh mulia perwai yang banyak menyimpan hadis demi rujukan kita ummat akhir zaman.

SubhanAllah. Terasa janggal dan terharu kerana dapat berada hampir dengan manusia-manusia hebat di zaman kegemilangan Islam. Semoga semua itu menjadi kekuatan untuk saya membina diri menjadi generasi rabbani yang dagang, insyaAllah..

Kaki mula lenguh-lenguh. Kak Nadiah, abang Pozi, Yaqzan dan Aliyah berhajat rehat di hotel. Saya, kak Sarah dan Syidah tetap meneruskan misi penjelajahan Suuq Hamidiy kami. ^_^ (panjang ceritanya~tak payah tulis kut)

Malam itu, seperti yang dijanjikan kami berkumpul pada jam 8 malam di hadapan hotel bagi meneruskan penerokaan bumi Dimasyq. Terpaksa menaiki 2 teksi ke restoran.

Allah izin, kami ber5 (saya, syida, kak Srah, Aliyah dan Yaqzan) mendapat pemandu yang awalnya disangka baik dan berkenderaan menggunakan meter (ingat macam dekat Jordan). Ramah dan suka bersembang. Tetapi ketika turun, meter menunjukkan 93 lera tetapi pakcik tu minta 200 lera!

"eh, bukan tulis kat meter tu 100 lera je ke?"
"memang la, tapi 100 lera untuk saya hantar kamu dan lagi 100 lera untuk saya balik.."jawab pakcik dengan muka tanpa rasa bersalah.

Ya Allah, geramnya. Kak Sarah sudah mula bising-bising (dalam BM). Tetapi Yaqzan selaku muraqib malas untuk bertekak panjang hanya membayar baki 100 lera yang diminta.

Dan Allah izin, pakcik tu tersalah tempat menurunkan kami. Terpaksalah berjalan jauh mencari kedai yang dijanjikan. Sepanjang jaaln kak Sarah mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap arab Syria..Saya hanya ketawa.

Selesai makan malam, kami berangkat menaiki teksi ke Jabal Qousiun yang dikatakan dapat melihat seluruh Dimasyq dari puncak bukit tersebut. Seronok duduk-duduk bersembang dengan keluarga rombongan sambil menikmati panaorama malam yang dihiasi jutaan lampu bandar Damsyiq.

Diselang seli dengan jenaka dan buli-membuli. Saya benar-benar merasakan bahawa saya bersama keluarga besar. Sungguh. Saya sayang kalian kerana Allah dan semoga kita sama-sama dapat sayang Allah, insyaAllah..

Tiba di hadapan pintu hotel jam 12 malam lebih. Mengikut ajakan abang Pozie untuk sama-sama menikmati air buah-buahan di kedai berhadapan bangunan hotel.

Ahad 14 Nov 2010

Pagi yang ceria. Siap untuk menawan Jabal Arbaiin. Alun membawa sarapan nasi goreng sedap dari mat'am Maliziya.

Kemudian kami bertolak menggunakan servis ke kaki bukit Jabal Arbaiin sebelum menaiki pick up ke tengah bukit.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Duduk di belakang kenderaan yang bergerak secara senget. Terasa bagai hampir-hampir terjatuh. Walaupun loya, tetapi sangat seronok.

Dan ekspedisi bermula saat kaki mula menapak di bibir tangga yang tersangatlah tinggi. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan biru (kak sarah dan Aliyah), kumpulan hitam (saya dan Syida tetapi Yaqzan nak menyibuk sekali) serta kumpulan mutazawwijan (kak nadia dan abang Pozie). Kumpulan dibahagi berdasarkan warna baju..^_^

Dan akhirnya, saya yang menang..^_^

Jabal Arba'iin ini merupakan tempat berlakunya pembunuhan pertama di dunia iaitu kisah pembunuhan Habil yang lakukan oleh saudaranya Qabil.

Di dalam gua itu, terdapat rekahan berbentuk jelas mulut terbuka dan lidah. Dikatakan bahawa
mulut itu adalah jeritan bukit yang terlampau terkejut akibat melihat pembunuhan pertama.

Dan nama jabal arba'iin ini diambil daripada 40 orang wali Allah yang pernah diriwayatkan oleh Rasullulah s.a.w dalam hadis hassan mafhumnya "dalam setiap zaman, telah Allah tetapkan 40 orang wali (orang soleh) yang berselerak di seluruh dunia".

Kisah selanjutnya, akan saya kongsikan jika Allah izin saya menemui sumber soheh berkenaan faktor pemberian nama tersebut, insyaAllah.

Sempat berbual panjang dengan 'ammu penjaga bukit itu yang sangat baik. Selepas azan Zohor, kami turun ke bawah menuju ke Jami'ah anNur. Kaki seakan terlonggar skru..^_^ Sempat berehat-rehat di dalam masjid selepas solat jama' taqdim.

Kemudian menikmati jamuan tengah hari di mat'am Maliziya sebelum bergerak ke muzium yang tak ingat nama.

Muzium yang suatu ketika dulu merupakan madrasah lama. Duduk-duduk sambil melihat-lihat cenderahati seakan khazanah lama.

Selepas asar, kami bersiap untuk memijak kawasan pekat Syiah iaitu Makam Zainab alKubra. Menempuh pelbagai rintangan dan cabaran yang hampir membantutkan usaha kami ke sana.

Namun Alhamdulillah berjaya juga kami tiba bersama pesanan macam-macam dari abang Pozie..
Masing-masing sudah cuak. ^_^

Masuk sahaja ke dalam pintu gerbang masjid Zainab itu, terasa bagai gahnya menyamai masjid-masjid besar untuk ummat Islam. Luas. Di tengah-tengahnya makam Zainab alKubra Binti Ali r.a. dan dikeliling bangunan itu di penuhi geng-geng gagak hitam bak kata kak Sarah lagi.

Saya, Syida, kak sarah dan Aliyah mengambil keputusan untuk masuk melihat sendiri dan kami terpaksa merempuh. SubhanaAllah, seni bina di dalamnya sangat menakjubkan. Dan kesesatan di dalamnya juga sangat memelikkan. Meraung-raung sambil mengusap-ngusap gerigi emas. Ada yang hampir-hampir atau mungkin dah menjilat. Sebahagian besar menangis-nangis raung seakan-akan orang gila. Di tepi pintu masuk makam ada kaunter untuk air sebagai permohonan doa.

Lekas-lekas kami keluar kerana tidak tahan terhimpit di dalam. he~ memang menakutkan. Kata abang Pozi, kita tunggu sampai aza isyak. Sementara itu saya ke tandas dan sekali lagi SubhanAllah..sistem tandas yang startegik dan kemas seakan-akan ini adalah tempat tumpuan paling penting bagi mereka. Tetapi melihat kepada kehadiran yang memenuhi, memang tidak hairan jika dikatakan mereka menunaikan haji di sini.

Selepas azan isyak, kami bergerak pulang tetapi tidak terus ke hotel Mahabbah. Memandangkan malam itu adalah yang terakhir kami di Dimasyq, sengaja mengambil masa panjang di suuq Hamidiy..^_^

Isnin 15 Nov 2010

Pagi yang sayu. Berkemas untuk bertolak pulang. Memnadangkan kami diminta untuk berkumpul jam 11 pagi, waktu yang masih berbaki kami ambil sebagai peluang untuk bersiar buat kali terakhir.

Sempat memasuki makam Salahuddin alAyyubi buat kali kedua. Tetap doa yang sama sambil memagang rahim yang sama. Kuatkan ya Allah..

Sempat memijak lagi lantai Masjid Umawiy sebelum berangkat pulang. Entah mengapa, berpisah dnegan bumi Dimasyq ini membuatkan hati ini tercarik. Mungkin kerana khazanah sejarah Islamnya yang agung membuatkan diri ini melewati lorong-lorong bagai terasa berada dalam pemerintahan Islam walapun hakikatnya jauh berbeza. Sekadar seni binanya sahaja.

Sungguh. Semoga safar tarbawi ini dapat memberi kekuatan kepada jiwa.insyaAllah..

*maaf post agak kelam kabut kerana asyik tertanggguh. Bnayak tuntutan tugasan lain yang mencemburui.. *fokus kembali belajar. 2 paper masih belum tamat. Then sambung dengan second exams terus..Ya Allah lapangkan..
*Sejarah yang diselewengkan oleh Syiah.
*gambar-gambar akan di upload kemudian, insyaAllah..

Wednesday, November 10, 2010

ADHA = pengorbanan..

kepekaan terhadap isu PALESTIN juga adalah ADHA.

Sebelum apa-apa, baik saya maklumkan dahulu bahawa post ini adalah khusus untuk sahabat saya Atiqah kerana beliau meminta saya untuk menulis sesuatu berkaitan ADHA.^_^

Saya tidak pasti untuk bermula daripada mana kerana saya bukan penulis yang baik. Sekadar pandai menulis cerita yang dilalui hari-hari.

ADHA.

Ketika kecil, sejujurnya saya tidak memahami apa sebenarnya erti eid adha selain daripada melihat lembu disembelih. Saya yang selalu hanya menyorok di belakang ibu kadang-kadang akan menangis sedih mendengar suara lembu berdengus sebelum diam tetap. Melihat baju pakcik yang memegang pisau terpercik darah sambil tangannya mula melonggarkan tali yang terikat di kaki lembu.

Dan juga yang saya tahu, hanya keseronokan cuti sekolah. Namun perasaan tidak semeriah eid fitri yang akan mendapat duit raya setiap kali bertandang ke rumah orang. Ya, ketika itu saya menyambut eid adha tanpa seseronok menyambut eid fitri kerana saya lihat masyarakat sekeliling sebegitu. Pergi sembahyang raya. Melihat lembu disembelih. Makan-makan di jamuan raya. Habis.

ADHA bagi seorang muslim.

Teringat saudara Hilal pernah berkongsi, (lebih kurang ayatnya)

"Allah jadikan eid adha selepas eid fitri adalah kerana ketika kita berjaya menamatkan Ramadhan dengan sempurna maka kita akan diijazahkan TAQWA. Dan adha (pengorbanan) yang dituntut ketika eid adha itu adalah bukti TAQWA yang berjaya diraih"

Sungguh.

RAMADHAN->eid FITRI->eid ADHA.

saling berkaitan rapat.

Ramadhan madrasah TAQWA. 1 syawal melahirkan graduan mukmin yang kembali kepada FITRAH. Manakala 10 Zulhijjah menuntut erti KORBAN.

Tanpa FITRAH yang membuahkan TAQWA, kita tidak mampu MENGORBANKAN apa-apa daripada diri kita.

Kisah Nabi Ibrahim.

Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismal a.s. selalu diceritakan menjelangnya eid adha. Kisah nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya selepas mendapat wahyu daripada Allah s.w.t melalui mimpi. Namun diganti dengan qibas. Justeru, kita pun menyambutnya dengan aktiviti penyembelihan korban.

Hanya itu sahajakah?

Sungguh,. Dalam seerah Cinta itu tersimpan hikmah yang sangat agung untuk kita telusuri sebagai muhasabah.

1.
Saya punya seorang ibu. Bagi saya dia adalah segalanya kerana padanya kami adalah segalanya. Ibu yang membesar semenjak usia 1 tahun sebagai si kecil yatim belajar untuk menjadi ibu tanpa pernah merasai belaian seorang ibu. Hebat bukan?

Allah izin, kami 4 beradik berjaya membaca abjad dan alQuran semenjak di usia 4-5 tahun tanpa ke tadika. Diajar mengenal Allah dan cintaNya dalam usrah keluarga. Ditanam cinta dan rindu kepada Rasul serta para sahabat dalam kisah-kisah penuh semangat dan gaya sebelum kami terlena.

Ibu setia menghasilkan buku-buku gambar yang dilukis sendiri atau yang digunting dari bahan-bahan luar semata-mata untuk memberi kami modul bacaan terbaik. Diletaknya syarat hafalan ayat-ayat pendek sebelum memberi kami peluang untuk melihat rancangan'cartoon' kesukaan.

Dipilihnya didikan terbaik semata-mata untuk memastikan kami mendapat tapak semaian Iman terbaik. Semuanya dilakukan tanpa jemu. Sekalipun ketika kami sudah menginjak dewasa.

Dan semua itu BUKTI bahawa sayangnya ibu kepada kami. SAYANG yang teramat kepada setiap anak-anaknya.

Persoalannya, bukankah Hajar isteri Ibrahim a.s. juga seorang ibu? Tidakkah dia juga memiliki rasa SAYANG yang teramat kepada Ismail a.s. anaknya?

Lalu, perkara apakah yang merasuk jiwanya sehingga dia tegar membiarkan anaknya untuk dibawa keluar dari rumah dengan pengetahuan bahawa itu adalah tatapan terakhirnya?

Tidak ada lain melainkan kerana dadanya telah penuh dengan TAQWA yang meyebabkan dia hanya melihat Allah dalam setiap susunan. Jiwanya hidup dalam fitrah. Maka lahirlah makna ADHA.

2.
Saya ada ayah yang cuma sempat bersama dalam tempoh 13 tahun. Walaupun sekejap, tetapi saya sangat tahu dan yakin bahawa ayah TERLALU menyayangi kami, anak-anaknya.

Teringat ayah selalu menyebut kepada kami,"ayah nak anak-anak ayah menjadi muslim yang lebih baik daripada ayah". Hanya itu. Dan sentiasa itu.

Walaupun ayah sentiasa sibuk, tetapi saya tahu ayah selalu mencuri waktu untuk kami. Hanya semata kerana ayah sayangkan kami, anak-anaknya.

Lalu, bukan Nabi Ibrahim juga seorang ayah?

Ayah seperti mana ayah yang suka membelai dan menyikat rambut saya. Ayah yang seperti mana ayah yang cuba meluangkan masa bersama kami dalam kesibukannya. Ayah yang seperti mana ayah yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya..

Namun, kuasa apakah yang menggerak tangannya untuk memegang tubuh anaknya dalam kondisi di tangan kanannya pisau yang siap bersedia?

Tidak ada melainkan kerana FITRAH imannya yang meletakkan kecintaan kepada Allah mengatasi segala.

TAQWA yang melahirkan natijah CINTA Allah yang maha dahsyat itulah yang melahirkan manusia-manusia yang dahsyat.

3.
Nabi Ismail merupakan pemuda di awal usia ketika itu. Mungkin seperti saya. Seperti kalian, sahabat-sahabat..

Yang punya cita-cita dan impian masa depan. Yang baru meneroka dunia. Yang baru belajar mengenal hidup.

Namun sekali dia mendapat tahu bahawa dia perlu berkorban nyawa untuk Penciptanya, langsung diucapkan hanya satu,

"laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu wahai ayah.."

Kita lihat dalam kehidupan kita.

Saya senang untuk melihat dalam skop kehidupan sehari-hari. Sungguh. Kita senang mengaku muslim dan berjiwa hamba. Senang untuk berkata, "aku telah berkorban untuk itu dan untuk ini".

Namun benarkah kita telah berkorban untuk sebenar-benar korban?

Sebagai ayah dan ibu, benarkah kita telah sebenar-benar berkorban? Benarkah telah kita peruntukkan seluruh masa untuk tarbiyatul aulad anak-anak kita? Benarkah telah kita sediakan sebuah suasana Islami untuk tumbesaran anak-anak?

Benarkah telah kita rencanakan susunan sistem pendidikan Islam secara terancang untuk anak-anak kita? Benarkah telah kita usaha memperbaiki diri untuk menunjukkan contoh terbaik peribadi seorang muslim sebagai panduan anak-anak?

Pernahkan kita beriltizam untuk menjadikan baitul muslim sebagai pengeluar produk-produk Islam?

Buat anak-anak seperti saya, benarkah kita telah berkorban? Benarkah kita telah menjadi hamba Allah yang soleh sebagai hadiah untuk kedua ibu bapa kita? Benarkah kita telah betul-betul memuliakan ibu bapa kita dengan sepatutnya seperti yang Allah kehendaki?

Benarkah telah kita tunaikan semua haq-haq ibu bapa kita? Benarkah telah kita bahagiakan mereka sehingga mereka merasakan jauh di sudut hati betapa beharganya kita lahir di dunia ini?

Kerana bagi saya, ADHA yang sebenar MESTI membawa makna sebenar..
ADHA yang menuju pengakhiran bersama iaitu cinta Allah dan syurgaNya. Pengorbanan yang dikerahkan semata untuk menyediakan korban terbaik untuk sang Maha Pencipta.

Bersusah payah mempersiapkan diri untuk Syurga, pernahkah kita nampak itu?

ADHA terbesar ialah mati dalam kemuliaan di jalanNya. Namun semua itu tidak akan bermula tanpa TAQWA yang lahir dari jiwa hamba yang FITRAH.

Lalu teman, apakah matlamat akhir kita?

Jika SYURGA tertinggi itu ialah destinasi, maka persiapkan diri untuk sentiasa berada dalam FITRAH sehingga boleh membentuk TAQWA sekaligus membuatkan kita sentiasa bersiap untuk KORBANkan apa-apa daripada diri kita semata-mata untuk mendpaat nilaian dari Allah, sang Pencipta dan Penghitung kita.

Ingatlah wahai diri, ADHA sebnar tidak dapat dilaksanakan tanpa kefahaman yang jelas mengapa perlu kita berkorban.

*ditulis sepenuhnya untuk diri agar selalu beringat bahawa menjadi muslim mukmin mosleh rabbani juga adalah ADHA.
*hajat untuk memohon maaf daripada semua andai ada ketelanjuran kata dan tindakan selama ini. Sayang antum dan semoga kita mendapat syang Allah..^_^

Monday, November 8, 2010

cerita sem 2


SubhanaAllah..comelnya baby..Tiba-tiba terfikir, bila la nak dapat anak saudara ni..
(Maaf, tidak berkait langsung dengan post)

Alhamdulillah, selesai menjawab Fiqh Mu'amalat sebentar tadi. Kembali menulis selepas bersawang selama seminggu. ^_^

sambung cerita buat tatapan bonda.

i.Madkhal Akidah

Sem ini saya mengambil madah akidah bersama doktorah comel kesayangan saya iaitu doktorah Sameerah Thohir. Sangat baik dan sangat prihatin.

Dan Alhamdulillah telah selamat menjalani imtihannya pada hari Ahad lepas. Sangat sedih kerana tidak dapat menjawab dengan baik lantaran terlupa tajuk-tajuk yang masuk. (Tertinggal tajuk belakang..he~) Dan juga berlaku pertukaran dalil akibat dalil-dalil yang banyak. Sangat sedih..T_T

Selesai menjawab, langsung saya berjumpa doktorah dan memujuk,"Doktorah kalau saya dapat bawah 15, saya nak jawab periksa lain boleh tak doktorah?".

insyaAllah, hikmah Allah untuk saya lebih bersungguh. Allah mahu mentarbiyah saya agar jangan-confident-ambil-dengan-doktorah-boleh skor. Betul. Sebab sejujurnya saya telah meng'list'kan subjek akidah sebagai subjek sampingan untuk ditela'ah memandangkan mahu fokus subjek lain.

Semoga Allah membantu saya untuk menjadi pelajar muslim yang bersistematik.ameen..

Teringat kisah baru-baru ini yang saya-akan-ketawa-bila-ingat-balik.

Seminggu yang lalu, migrain ibu kembali teruk. Ditambah dengan ketiadaan air. Kangar dibanjiri. Jalan ditutup. Lalu ibu tidak dapat keluar ke hospital.

Saya di sini yang jauh, terasa bagai hati dicarik-carik. Melihat ibu di kaca skype sambil air mata mengalir. Sungguh. Pedih hati melihat ibu bertarung keseorangan. Mujur alhamdulillah, punya sahabat sahibah yang banyak membantu. Syukran katsira atas pertolongan antum.

Dan ibu (yang sudah sentiasa dalam ingatan) kembali memenuhi minda. Masakan tidak, sunyi ibu bermakna kesunyian itu juga menemani diri ini. Sakit ibu bermakna tubuh ini juga dalam kesakitan.

Dan kisah yang-lucu itu terjadi khamis lalu. Dalam kelas doktorah, saya yang-memang-senang-terlelap (hadeih~), terlelap. Dan doktorah perasan.

Habis kelas, saya temani kak Fizah berjumpa doktorah untuk bertanya beberapa soalan dan dalam perjalanan ke bilik doktorah saya berkongsi perasaan sedih dengannya, tentang ibu.

Ketika kami mengambil tempat di dalam bilik doktorah, beliau menegur.

"Hasna' .....^_^...... Kenapa kamu tidur dalam kelas?"
"Kamu ada masalah ke?"

Tanpa tersedar, saya langsung menangis. Menangis depan doktorah!

"Mak saya sakit, doktorah.."

"Jangan nangis...mak kamu sakit apa?" Pujuk doktorah lembut sambil bangun menghulurkan tisu.

Dan bermulalah kisah penceritaan ibu tinggal keseorangan. Adik-beradik lain belajar jauh-jauh. Ayah dah meninggal. Kisah saya memang asyik teringat ibu. Dan sebagainya.

Dan doktorah terus memujuk. (panjang dan banyak. Saya hanya tulis yang saya ingat sahaja)

"insyaAllah, kamu pelajar yang bermusafir..doa kamu sentiasa makbul. Allah ada untuk menjaga mama.. "

"Kamu nak telefon mama kamu?",tanya doktorah sambil menghulurkan handphonenya. "Eh, tak apa doktorah..insyaAllah saya selalu telefon mak saya guna internet.."

"insyaAllah saya akan doa,"Semoga mama Hasna' sihat..permudahkanlah dia, Ya Allah"..Kamu jangan sedih-sedih lagi ya. Kalau ada apa-apa, datang jumpa saya".

Sangat terharu..Selepas habis sembang-sembang, kami pun keluar. Doktorah sempat berpesan,"Ahad ni datang jumpa saya semula maklumkan perkembangan mama kamu"

Kak Fizah senyum-senyum ketika kami menuruni anak tangga. "Kamu ni kelakar la hasna', doktorah tanya kenapa kamu tidur..yang kamu pergi nangis tu kenapa?".

Saya yang masih mengelap air mata, tiba-tiba rasa 'malunya..'..-_-" he~

boleh masuk karangan peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.

2. Fiqh Mu'amaalat

Teringat Dr. Solah Syara' yang mengajar penuh kesabaran walaupun arab bising tanpa rasa hormat dan kami yang akan selalu 'blur-blur' setiap kali habis kelas.

Doktor sangat ihtiram dengan pelajar Malaysia sehingga pernah beliau memanggil kami 'mama'. Mengikut kak iffah, orang arab kalau dia suka baby yang comel tu, dia akan acah, "mama..mama". Jadi kami bersepakat mentafsirkan bahawa maksud doktor seperti maksud kebiasaan arab tersebut..^_^

Saya sangat mengagumi doktor walaupun sejujurnya saya tidak faham dalam muhadharah akibat 'ammi doktor yang terlampau pekat seperti orang kedah mendengar 'kecek kelate' saya kira. Suara yang perlahan tetapi sentiasa tersenyum membuatkan saya sentiasa rasa bersalah jika terlelap (duduk menghadap doktor).

Sejujurnya, insyaAllah, Fiqh Mu'amaalat adalah antara subjek yang saya sangat suka..^_^ Semoga Allah mudahkan..

Soalan periksa tadi..-_-" Sangat-sangat tidak menjangkau pemikiran. Hanya 4 soalan dan doktor menyediakan ruang yang panjang! Bak kata kak Aisyah selepas sahaja keluar dari dewan, "nanti kelas kita jumpa doktor..cerita-cerita dekat doktor kata soalan susah..". *wink*

Apa-apapun semoga Allah hadiahkan natijah terbaik yang tidak semestinya terbaik deegan markah yang cemerlang TETAPI terbaik sebagai sesuatu yang membuatkan saya akan selalu kembali kepadaNya.

Jika markah yang tinggi itu terbaik untuk saya sentiasa bersyukur, Alhamdulillah..Dan jika sedikit rendah berbanding biasa itu terbaik untuk melipat gandakan usaha, Alhamdulillah..

Kerana tidak ada sesuatu yang SIA-SIA . Sesungguhnya seluruh kehidupan adalah tarbiyah. Cuma di tangan kita pilihan untuk mengambilnya sebagai kebaikan untuk Iman atau hanya melihatnya sebagai musibah untuk berduka.

*Maaf post agak terlebih santai kerana mahu santai sebentar daripada keseriusan kerja. Sekali sekala santai, seronok juga ya? ^_^
*Amanah semakin berat. Semoga tidak berlaku keciciran dalam segenap segi. Buat diri, ingatlah, mas'uliyyah datang bersamanya penjelasan HDA.
*Tadi semua ahli Bayt Abu Ubaidah jalan-jalan di Arabella Mall. Ambil angin malam sambil dibelanja orang-yang-baru-masuk-gaji..^_^.
*insyaAllah, kembali serius sebaik sahaja habis menulis post ini..

Wednesday, October 27, 2010

cerita sem 1


jalan itu masih jauh..

*Post kali ini lebih berbentuk santai. Saya nak cerita tentang karenah madah-madah saya untuk sem ini buat tatapan ibu yang tidak dapat saya ceritakan dalam skype..^_^

i.

Alhamdulillah, tadi sudah selesai menjawab madah kedua untuk first exam kali ini. Semalam, madah Mufahim Asasiyah fi tarbiyah sangat-sangatlah menguji minda dan emosi. Walaupun imtihan madah ini, doktor menyediakan soalan objektif, namun soalan yang disediakan memang-saya-nak-minta-ulang-periksa. Dalam hati, hanya doa semoga Allah melembutkan hati doktor sehingga beliau lapang untuk mengabaikan peletakkan jawapan yang bukan pada tempatnya..(sounds possible..)

cerita dalam kelas.

Bermula dari kelas pertama sehingga malam sebelum peperiksaan, saya tidak faham dan berminat dengan subjek ini. Dalam kelas, subjek ini adalah satu daripada 2 subjek (1 lagi, fiqh Mu'amalah, Dr. Solah Syara') yang saya senang terhangguk walaupun 2 subjek inilah saya berpeluang untuk duduk di hadapan sekali..(adeh~teruknya). Pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah meletakkan minyak cap kapak sampai meleleh air mata..-_-"

Namun, alhamdulillah, ketika mentelaah pada malam peperiksaan, hati mula terdetik untuk kusyuk dalam menyelami nota-nota doktor dan kitabnya sehingga saya mula berminat..^_^

Subjek ini menceritakan tentang sistem pendidikan Jordan yang dibahagi kepada 2 jenis iaitu sebelum rombakan 1988 dan selepas rombakan. Kami belajar tentang matlamat, silibus, perlaksanaan dan permasalahan yang ada dalam sistem pendidikan Hashimate Kingdom ini.

Belajar tentang sistem ini memang memb*****kan tetapi membuatkan saya tahu mengapa mereka, bangsa arab terlalu bangga dengan kemuliaan mereka. Sistem yang ada ini telah mendidik mereka daripada kecil akan kebanggaan menjadi bangsa arab dan kemuliaan dengan budaya arab. Langsung dengan itu, lahirlah bangsa yang punya bangga diri yang terlampau sehingga boleh memakan diri sendiri.

Walaupun bukan semua bersikap begitu tetapi majoritinya. Hanya sebilangan kecil yang memang suka menyelongkar dunia, tahu dan pandai menghargai bangsa-bangsa lain di bumi ini.

Sungguh. Islam tidak pernah berdiri atas nama bangsa. TETAPI atas AKIDAH . Selagi mereka muslim,mereka adalah saudara. Tidak pernah Islam memisahkan antara bangsa, budaya apatah lagi NEGARA.

Selagi kita menekankan hal bangsa, bermakna selagi itu IMAN kita belum benar penjelasannya.

Intabeh ya wahai sahabat..:) Oh ya, terlupa untuk maklumkan, saya ambil kelas ini bersama kak Adnin dan Nafeesa. Purata 3:90 kut..

ii.

Hari ini exam subjek France yang-dari-dulu-abang-dan-kakak-suruh-ambil. ^_^. Alhamdulillah, selamat dijawab dengan sebaik mungkin. Sekarang tinggal tawakkal dan doa.

cerita dalam kelas.

Subjek ini adalah subjek yang saya paling semangat untuk belajar. Sentiasa semangat untuk ke kelas. Dan sentiasa semangat untuk muraja'ah kembali.

Doktorah yang mengajar walaupun bertutur dalam 'ammi yang sangat pekat sehingga-saya-ingat-ammi-beliau-seperti-perancis sangat baik dan prihatin kepada saya selaku satu-satunya pelajar Malaysia di situ.

Teringat di awal muhadharah, saya jumpa doktorah untuk memohon kepada beliau agar dipertuturkan arab fushah di dalam kelas.

Jawab beliau sambil tersenyum," saya rasa awak lagi pandai fushah. Saya memang tak pandai fushah. Sem lepas, ada juga pelajar Malaysia ambil dengan saya tetapi dia insihab (gugur madah) sebab tak faham apa yang saya cakap..Tak apa, kalau ada apa-apa, awak tanya saya selepas kelas, ok?"

Ketika saya maklumkan kepada ibu tentang jawapan doktorah itu, ibu jawab sambil ketawa,"doktor tu hint suruh kamu insihab juga la tu.." huhu..

ammi vs fushah.

Beberapa hari kemudian, doktorah maklumkan dalam kelas tentang permintaan saya dan satu kelas ketawa. Tampak seperti menyakitkan. Tetapi doktorah mengambil berat akan hal itu.

Pernah di dalam kelas yang berikutnya, masa dihabiskan selama hampir 1 jam hanya sahaja membincangkan permasalahan 'ammi. Doktorah begitu bersungguh untuk mempelajari fushah . Kata beliau yang membuatkan saya terlampau terharu,

"Saya cikgu. Tugas saya memahamkan pelajar. Tetapi dia (saya) tak faham. Mana boleh macam ni..Saya kena berusaha mencari ikhtiar". Dan sekarang doktorah menggunakan medium english setiap kali saya berjumpa dengan beliau. Lalu, masalah ammi tetap tidak terselesai..-_-"

insyaAllah, lagi karenah 4 subjek akan menyusul kemudian seiring peperiksaannya.
madkhal akidah: 31 Oktober.
fiqh Mu'amalat: 8 November.
Fiqh Ibadaat: 21 November.
Ulum Quran: 23 November.

Doakan ya semoga dipermudahkan..

*Cerita tentang simposium nuqaba' dan Liqo' Mahabbah hajat untuk dikongsikan bersama..he~ tapi kurun ke berapa pula la ya?^-^
*Semoga tarbiyah dzatiyah seiring amanah mas'uliyyah, ameen...
*simpan duit, jalan-jalan~insyaAllah..

Friday, October 15, 2010

kuat wahai sahabat..


mereka itu lebih dahsyat diuji..

Sudah lama saya hajat untuk menulis semula. Tetapi bila tangan baru menaip, langsung ada urusan lain dan akhirnya idea untuk menulis langsung hilang. Beberapa kali cuba tetapi tidak berjaya. Semoga kali ini berjaya insyaAllah..^_^

Alhamdulillah, perkembangan di sini baik-baik sahaja di bawah susunan Allah. Walaupun langit masih selalu basah tetapi tubuh sudah tidak terkena terlempiasnya lagi. Sudah pandai membawa payung atau sekali sekala memakai raincoat untuk mengelak lencun. (kiasan bahasa..)

Semalam sempat berkongsi dalam halaqah rumah (Bayt Abu Ubaidah alJarrah) tentang sabar dan solat sebagai bekalan memandangkan semua ahli rumah sedang bertarung dengan masalah-masalah peribadi dan masalah rumah itu sendiri..(air, elekrik,sohib,etc).

2 macam manusia

Dalam dunia ini ada 2 kelompok manusia. Golongan yang pertama adalah manusia yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak sunyi daripada ujian. Manusia-mansuia ini akan keluh kesah apabila ditimpa maslaah dan menyombong apabila senang dan selesa.
"Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesesuahan, dia mengeluh. Dan apabila dia mendaat kebaikan (kesenangan) dia jadi kikir" (alMa'arij:19-20)

Kelompok kedua pula ialah manusia yang meyakini janji Allah bahawa hidup ini adalah ujian.
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu. Siapa dalam kalangan kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia maha perkasa lagi Maha pengampun" (alMulk:2)
Mereka ini akan berlatih bersabar tika diuji dan berlatih bersyukur jika lega atau senang.

Siapa kelompok kedua?

Mereka ini adalah manusia-manusia yang benar beriman. Mereka redha kepada Allah yang sengaja menciptanya untuk diuji kerana dia yakin Allah pasti tidak akan mempersia-siakannya, insyaAllah.
"Aku telah redha Allah sebagai Rabbku, islam deenku dan Muhammad s.a.w Nabiku".

Redha itu adalah sampai ke tahap kita langsung merasakan bahawa tidak ada sedikitpun kekuatan walaupun sekelumit milik kita. Semuanya milik Allah dan kita serahkan segala susunan dan kehidupan kepada Allah tanpa ada rasa terzalimi walau sedikitpun.

Tujuan ujian itu lebih PENTING daripada ujian itu sendiri

Ibu selalu berkongsi tentang kisah yang ditulis oleh seorang IM (tak ingat nama).

Pernah suatu hari sahabat IM ini menziarahi IHAB ketika beliau masih hidup. Di rumah tersebut, sahabat itu berminat untuk melihat-lihat atau meminjam buku tulisan imam alJauzi (kalau tak silap) yang bertajuk manisnya Iman. Namun saat itu, IHAB menegah lembut sambil membilang, "belum masanya lagi kamu membaca ini".

Setelah kesyahidan IHAB, seluruh ahli IM ditangkap, diseksa dan ada yang dibunuh termasuk sahabat IM tersebut. Mereka benar-benar menempuh suatu tempoh ujian yang tersanagt berat lantas menguatkan hubungan mereka dengan Allah yang lebih dahsyat keagunganNya berbanding thaghut-thaghut yang zalim itu.

Selepas dibebaskan, sahabat IM itu berkesempatan untuk mentela'ah kitab 'manisnya iman' yang suatu ketika dulu dihajatinya.

Imam alJauzi menulis dalam buku itu, Allah akan menguji hamba yang dicintaiNya secara betimpa-timpa. Satu demi satu. Sehingga hamba itu hilang arah dan tidak berdaya. Tidak menemui jalan keluar mahupun cahaya untuk dia melihat. Langsung kembali dan sujud serendah-rendahnya kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan.

Saat itu dia merasakan tiada kekuatan melainkan Allah. Tiada tempat mengadu melainkan Allah. Tiada tempat bergantung melainkan Allah. Tiada tempat berharap melainkan Allah. Tiada tempat untuk diletakkan harapan melainkan Allah. Hanya Allah. Cuma Allah.

Dan ketika itulah, Allah berlari menenangkan dan mencampakkan ketenangan yang maha dahsyat dalam hatinya sehingga sirnalah segala kekusutan dan kekalutan. Dan ketika itu baru dia akan sedar betapa MANISNYA IMAN yang dimiliki.

Dan sahabat itu sedar akan benarnya tindakan IHAB menegahnya suatu ketika dulu. Kerana IMAN tidak dapat dirasai keMANISannya melainkan ketika kita benar-banar merasai terlalu dekatnya Allah melebih dekatnya urat nadi saat menempuh ujian yang tertanggung sesak di bahu.

Pelbagai jenis ujian keimanan

Ujian keimanan termasuklah ujian untuk mentaati Allah s.w.t, ujian untuk memerangi hawa nafsu, ujian untuk menghindari maksiat dan ujian untuk kembali kepada fitrah iman dan islam.

Bertahan ketika diuji dinamakan SABAR.. apakah yang mebguatkan sabar?

Solat mencari pertolongan

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda"Wahai Bilal, aku tenang dengan solat.."

Sungguh. Ketika diuji, menangislah dalam solat dan sujud yang lama kerana Allah itu Maha mendengar. Malah bukankah Dia sendiri yang menyusun perkara-perkara itu berlaku?

Yakinlah dengan sabda Rasullah s.a.w, "sesiapa yang dikehendaki Allah kebaikan atas dirinya maka dia akan diuji".

Maka, berbahagialah tika anda diuji, sahabat!

*akhir-akhir ini selalu menjadi tempat orang menceritakan masalah. Alhamdulillah Allah hadiahkan persediaan sebelum ini.
*diuji dengan kerja-kerja yang semakin bertambah. Amanah dalam majlis mahasiswa Yarmouk menunggu untuk digerakkan!

*simposium nuqaba' PINTAR PERMAI ditunda ke minggu hadapan. ajk program boleh berehat sebentar..
*halaqah sahibah sedikit terbantut akibat kesuntukan masa. Ya Allah kuatkan kami agar tidak berlaku keciciran..

Wednesday, October 6, 2010

Susah itu kehidupan.


Belajar jauh-jauh bagi saya tidak ada apa-apa keistimewaan. Malah memenatkan kadang-kadang. Meletihkan dan merunsingkan.

Tetapi sungguh. Kematangan benar-benar terbina. Keyakinan diri benar-benar meresap. Pengharapan kepada Allah sangat kuat. Malah air mata terlalu murah untuk lemah mengadu. Jiwa semakin tabah. Kemahiran komunikasi semakin baik. Pembaikian diri sentiasa berlangsung. Dan cinta tanah air semakin melambung..T_T.

"Apakah kamu mengira kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji?"
Tanggungjawab dan amanah semakin menimbun. Ditambah kefahaman untuk membawa seluruhnya kepada pengabdian kepada Allah membuatkan kerja-kerja semakin berat. Lantas untuk itu hubungan dengan Allah MESTI sentiasa dijaga agar unsur-unsur dunia tidak menjadi virus yang memisahkan rahmat dan cinta Allah dalam hati.

Persediaan dari Allah.

Teringat ketika malam saya hampir-hampir ditinggalkan penerbangan lantaran silap melihat tarikh tiket.

Tiket yang tertera 16 September tetapi pada jam 1.30 pagi membuatkan otak meng'set'kan hanya 16 september semenjak daripada hari tiket diterima di tangan.

15 September tersebut masih sempat berjalan dengan kakak ke Masjid Jami' mencari barang 'konon'nya untuk dibawa pulang esok. Sempat menziarahi kak Sya dan pulang petang. Ibu, abang dan adik yang terpaksa bergegas ke Ipoh 14 Sept atas sedikit urusan baru selamat tiba beberapa jam sebelum kami.

Pulang ke rumah nenek di Wangsa Maju setelah kepenatan 'melilau' membuatkan kami berehat sebentar tanpa sempat makan malam bersama.

Selepas azan maghrib, sekitar jam 8 malam dan kami masih belum sempat menunaikan solat, tiba-tiba adik naik ke bilik.

"mak, bukan tiket kak hasna' malam ni ke?"

Dub. Jantung mula bergerak lebih pantas berbanding normal.

"Eh bukan malam esok ke?" Jawab mak dengan muka 'cuak'. Saya diam.

"Baik tengok tiket..". Kakak yang terbaring mengahadap laptop lanats mengambil tiket dan..

"16 September ni 1.30 pagi. Maknanya kena check-in pukul 10 malam!".

Ya Allah..Langsing jadi lemah. Alhamdulillah semua beg telah siap dipacking cuma perlu ditambah sedikit barang.

Terkejar-kejar mandi dan bersiap. Kelam kabut bilik tetapi masih tanpa di bawah pengetahuan nenek. Alhamdulillah makcik niza memujuk,

"tak apa..normal kalau orang travel salah tengok tiket.." huhu..

Apibal semua siap untuk bertolak, baru saya bergerak ke bilik nenek untuk salam dan apa lagi..kena berleter dengan 'bekas pesaing Ketua Wanita UMNO Malaysia dan pengerusi seumur UMNO cawangan'. ^-^. Lekas-lekas melarikan diri.

Dalam kereta saya hanya menangis dan berzikir. Rasa benar-benar lemah dan tiada kekuatan cuma datang dari Allah.

"laillaha illa anta, subhanakainni kuntum minnal dzolimiin.." (doa nabi Yunus ketika di dalam perut ikan) saya ulang-ulang dan ulang.

"La yukallifullah hunafsan illa wus'aha, .." (surah alBaqarah dalam ma'thurat) terus saya sebut dengan linangan air mata deras.

Allah izin, malam itu adalah malam terakhir cuti dan esok bermula semula kerja dan sebilangan besra sekolah-sekolah lantas jalan di Kula Lumpur langsung berderet kereta memanjang. Untuk satu jarak yang jauh kami terpaksa bergerak perlahan.

Alhamdulillah ketika masuk ke highway menuju KLIA, jalan kembali lapang.

Sujud itu tanda kehambaan.

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA kurang sedikit daripada waktu check-in.

Ketika solat di surau KLIA, saat mengangkat takbir terus wajah banjir. Bermula "wajjahtu wajhilalillazi.." saya menangis sungguh-sungguh. Alhamdulillah bersama pengertian stiap kalimah dalam solat yang difahami, saya benar-benar rasa seperti seorang bayi yang tiada daya kekuatan.

Selesai solat, langsung sujud syukur dan tidak putus-putus membaca doa pemohonan ampun nabi Yunus saat baginda tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

Rasa benar Allah mahu membersihkan saya sebelum kembali 'jihad' di bumi isra' ini. Allah mahu membersihkan saya daripada dosa-dosa yang telah dilakukan sepanang cuti. Allah mahu membersihkan saya dari kelalaian dan ketidak penitian berat terhadap masalah ummat ketika cuti. Allah mahu membersihkan saya daripada kesenangan yang membuatkan saya semakin jauh dengan Allah. Allah mahu membersihkan saya daripada pengharapan manusia dan kembali meletakkan keyakinan dan pengharapan HANYA kepada DIA.

Dan dengan sujud itu, saya bina kekuatan semula.

Hikmah Allah itu tersingkap.

Saat berpijak di bumi Urdun semula setelah merempuh pelbagai kesukaran, saya langsung sedar bahawa kerja semakin bertambah. Tanggungjawab dan amanah Islam semakin bertimbun. Ditambah menjadi ketua rumah kepada sebuah rumah yang dimiliki oleh sohib arab (nak maksudkan sohib arab dan sohib melayu tu berbeza sangat-sangat) .Lantas saya perlu kuat untuk membina kekuatan yang lain.

Dan kini saya namapak dengan jelas, hikmah Allah membersihkan saya sebelum tiba ke sini semula. Agar saya kuat dengan kekuatan Allah bukan kuat dengan pautan manusia yang juga perlu dikuat..

Doakan saya teman..