Friday, November 19, 2010

Saya rindu ayah.

Entah. Semenjak mendengar semula lagu ini di facebook, hati ini bagai tercarik-carik. Sengaja memutar berulang kali, menemani detik pentela'ahan kitab untuk 2 lagi paper first exams sebelum seconds exams menyambung.

Dan setiap kali itu, air mata pasti deras mengalir. Kerana lagu ini ada sesuatu yang sangat dalam dalam hidup ini.

Ketika ayah masih ada. Ketika ayah masih sempat untuk mengusap rambut saya. Ketika ayah masih ada untuk membelai dan memujuk.

Teringat satu kisah sehingga membawa kepada pertelingkahan besar. Saya hanya mampu menangis. Dan malam itu, sebelum mak dan ayah kembali ke Ipoh, saya berjaga sehingga lewat bersama lelehan air mata di bilik kecil di rumah Perlis.

Membuat kad besar bersama lukisan sebuah keluarga. Ada ayah dan mak di tengah-tengah sofa. Dan dikelilingi abang, kakak, saya dan adik. Saya lakar dan warna dengan penuh cinta. Bersama lagu ini sebagai peneman.

Lelehan air mata bersulam doa, semoga keluarga saya tetap bersama sehingga ke akhirnya. Saya tidak mahu ada perpisahan. Kerana perpisahan itu perit. Tambahan bagi kanak-kanak yang baru berusia 13 tahun ketika itu.

Namun, susunan Allah lebih mengetahui. Allah ambil ayah..pada tahun yang sama.

Dan kini, setelah 6 tahun saya cuba membina kematangan diri, sejujurnya tidak dapat dinafikan, saya rindu ayah. Sangat rindu. Rindu pada setiap saat waktu itu. Meski waktu itu jauh berbeza dengan waktu ini, saya tetap amat merinduinya.

Semoga Allah kuatkan saya dalam menjadi pemuda mukmin sebagai hadiah buat ayah. Semoga setiap kebaikan saya di dunia hari ini, menjadi ganjaran kebaikan buat ayah yang tidak putus-putus...insyaAllah..






*lagu untukmu yang tersayang..
*gambar-gambar jelajah Dimasyq, boleh dilihat di facebook saya; hasna' hazni.

5 comments:

  1. assalamualaikum wat sahibahkuu yang tersayang...
    ya..saat2 kesedihan mu ketika itu ku ada di sisi saat kau mngadu sgala yg terjadi...masih ingt dlm kereta masa bang bai nk antor kita pi mana ntah, masa tu F1, bukak lagu ni, pastu ang pon kalut laa..hah tisya,dgar lagu ni, lagu ni kmi sdeh..n ang pon cter laa dsbalik llgu nih..huhu..xkn lupa..smua masalah ang cter kat aq n aq xkn lupa sampai bila..
    do take care sahabatkuu..jaga diri elok2,ingt Allah slalu...miss u dear..

    ReplyDelete
  2. wlklm w.b.t..
    syukran katsira ya habibati..anti shbt ana yg sntiasa bersama dlm melewati stiap tahap tumbesaran dn kematangan ana..^_^

    betul tak?

    doakn ana sahabat..uhibbukifillah..

    ReplyDelete
  3. uhibbukifillah aidhan..
    [hakikatnya dlm tumbesaran itu ku lbih tggi darimu wpun mu lbih lidi darikuu..lalala~]

    ReplyDelete
  4. Setiap yang dilalui pasti Allah janjikan nikmatNya.
    Kalian sekeluarga telah mampu mengharunginya.
    Kini bagaikan terhampar hasil penat jerih impian mak ayah.

    ReplyDelete
  5. miz: syukran katsira akak..insyaAllah..smga kami mnjadi anak2 yg mmbhagiakn ibu dn ayah di dunia lbih2 lagi di akhirat dgn gnjaran syurga, iAllah..
    doakn kami ya akak..

    ReplyDelete

mohon pandangan.