Wednesday, December 22, 2010

Nama itu kekuatan.



cintai murabbi kami ya Allah sepertimana beliau mengajar kami untuk mencintaiMu..

Ketika bergerak merencana, jauh dari bumi sana, bumi barakah awal permulaan. Ustaz selalu terbayang dalam fikiran. Selalu air mata menitik. Merasai beratnya kerja DnT yang pernah terpikul di bahu ustaz.

Saat ketikanya saya memahami apa itu Dakwah dan menangis takut terpinggir dari bibir Tabiyah, saat itu saya memahami gerak kerja dan pandangan masa depan ustaz yang jauh. Saya mula memahami himmah dan hikmah yang terpamer dalam perancangan yang dilihat orang sebagai lambat dan mustahil itu.

Saya jadi rindu.

Penyerlah kebaikan.

Ketika saya dilahirkan, Ummi Halimaton (isteri ustaz) menelefon dari jauh. Bertanyakan khabar ibu dan perihal saya. Ummi bertanya kemudian: "ada nama tak lagi?"
"belum", jawab ibu langsung.
"Nanti 3 hari lagi kak Mah telefon semula, insyaAllah..". Jawapan ummi membungakan hati ibu.

3 hari kemudian,
"pah, ustaz pilih nama Nurul Hasna'.."
Nama yang baru. Tidak pernah didengar sebelum itu. Ibu bertanya, "maksudnya apa ya?"
"cahaya penyerlah kebaikan".
"ejaannya ha, sin, nun alif dan hamzah".
"Bukan hasanah atau husna" Tambah ummi.
"kata ustaz, dia lebih daripada husna atau hasanah"

(ayat yang disusun sendiri berdasarkan cerita ibu)

nama itu kekuatan.

Saya membesar dengan nama itu. Semenjak dulu, jenuh menjawab pertanyaan, "apa ya maksud nama tu?". Dan setiap kali itu saya akan menjawab penyerlah kebaikan secara bersahaja tanpa nampak apa-apa.

Namun tanpa saya sedar, sesungguhnya susunan Allah itu Maha cantik. Membesar dengan nama itu seolah-olah doa kekuatan untuk saya menjadi muslim mukmin terbaik. Bergerak ke arah piawaian mukmin mosleh rabbani.

Dan kini, saya tahu, ustaz menghadiahkan nama yang baik ini bersamanya amanah untuk saya menyerlahkan kebaikan Islam itu sendiri. Agar saya terus tergolong dalam mereka yang bekerja, insyaAllah..

Penyambung rantai-rantai itu

Semoga Allah menguatkan saya untuk terus mencintaiNya dan menyerahkan sepenuh jiwa dan tenaga kepada jalan yang panjang ini. Tidak ada jaminan keistiqamahan kita melainkan hanya jaminan cinta Allah. Justeru, hanya kepada Allah, sepenuhnya pengaduan dan kebergantungan kita agar terus kekal dalam keimanan, insyaAllah..


MATRI bukan ma'sum. Apabila sudah hilang pelajar-pelajar dan guru-guru yang ikhlas serta terhapusnya proses Tarbiyah syumuliyyah itu, maka tidak mustahil MATRI akan menjadi sekolah biasa yang melahirkan manusia-manusia biasa -cikgu AB-. (na'uzubillah min zalik)

*maksud nama saya ada dua. Lagi satu, boleh tengok kamus.
*menjawab pertanyaan bagi yang bertanya maksud nama saya.
*Imtihan niha'ie 3 Jan: France dan Ulum Quran. 5 Jan: Fiqh Mu'amalat. 11 Jan: Aqidah. 12 Jan: Fiqh Ibadah. 13 Jan: Asasiyah fi Tarbiyah.

2 comments:

  1. Apabila sudah hilang pelajar-pelajar dan guru-guru yang ikhlas serta terhapusnya proses Tarbiyah syumuliyyah itu, maka tidak mustahil sekolah2 kita akan menjadi sekolah biasa yang melahirkan manusia-manusia biasa

    sangat-sangat bimbang tentang itu..
    rindu ustaz dan ummi, walaupu tak punya kesempatan untuk bertemu secara dekat

    ReplyDelete
  2. betul.
    Kita lah penentu sama ada proses itu dapat bertahan atau tidak bergantung kepada setakat mana usaha kita untuk mempertahankannya.

    insyaAllah, semoga kita dapat bersama mereka di syurga nanti.
    ^_^

    ReplyDelete

mohon pandangan.