Dewan University alBayt, Mafraq
Mungkin ada yang tersedak ketika membaca tajuk ini. Atau ada yang tersenyum. Paling tidak, mempamerkan wajah pelik. Atau segelintir yang akan berbisik "Apa pulak Hasna' ni.."
Sungguh. Ini bukan apa-apa. Sekadar persoalan yang dibawa daripada forum yang saya hadiri sehari suntuk tadi di Universiti alBayt, Mafraq.
Tahukah kalian, apa tajuk yang dibincangkan? "Ketika cinta bertasbih.."
Forum ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Kedah bersama Majlis Pelajar Pulau Pinang Jordan dan Ikatan Mahasiswa Anak Perlis.
Sejujurnya, saya tertarik dengan pengisian yang telah disampaikan oleh 2 orang ahli panel yang hebat-hebat. Mereka adalah Dr. Aiman Rosli, pelajar medic tahun 4 Jordan University of Science and Technology (JUST) serta Dr. Atif yang juga merupakan pelajar JUST. Mereka masing-masing sudah beristeri dan Dr. Aiman sudah mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel.
Dari kiri: moderator; Abdullah Sua'dy, Dr. Atif dan Dr. Aiman.
peserta-peserta daripada kalangan akhawat
Asiah, anak Dr. Aiman. (yang dukung dia tu bukan zaujah Dr., sekadar nanny
Forum dibahagikan kepada beberapa pusingan dan terdapat beberapa soalan yang mana menurut moderator forum, soalan-soalan tersebut telah dikutip daripada blog-blog yang membincangkan tajuk tersebut.
Antara soalan yang telah diutarakan ialah:
- Cinta menurut kacamata Islam.
- Jalan untuk mencari jodoh menurut syara'.
- Bagaimanakah dalam satu masa kita merasai kemanisan hubbul minAllah dan hubbul minNass.
- Pro dan Kontra perkahwinan semasa belajar.
- Bagaimanakah kondisi sepanjang fatrah (tempoh) pertunangan?
- Persediaan rohani, jasmani dan fikrah untuk perkahwinan semasa belajar.
Meskipun cepat atau lambat, kita perlu tanam dalam hati-hati kita untuk membina baitul muslim atau lebih molek, baitul Dakwah yang insyaAllah bakal melahirkan anak-anak seterusnya membentuk satu masyarakat yang faham, yakin dan sedar bahawa dia perlu membawa Islam kembali dalam kehidupan dunia. Kita tidak boleh lari dari itu.
Sungguh. Sepanjang saya mengikuti forum tersebut, saya teringat kata-kata murabbi saya di MATRI, Sir RB:
"Jika kita tidak mampu merobohkan jahiliyyah itu sekaligus maka kita mesti menoreh jahiliyyah itu agar membentuk luka-luka besar sehingga membawa kepada keruntuhannya"
Justeru, dalam kondisi kita yang tidak seberapa ini maka kita harus punya azam dan keinginan untuk membentuk usrah muntijah. Usrah yang boleh melahirkan jiwa-jiwa mukmin dan mosleh yang insyaAllah bakal meng'islah masyarakat. Yang insyaAllah dengan anak-anak tersebut merupakan senjata atau alat-alat untuk menoreh sebanyak-banyaknya luka di tubuh jahiliyyah.
Mengapa tidak? Jahiliyyah laju merancang untuk membaham Islam maka kita juga harus merancang untuk mencincang mereka. Dan kita tidak boleh sendirian. Sebetulnya, mustahil dengan berseorangan. Kita perlu perancangan rapi dan teliti serta tandzim yang lestari bersama penggerak-penggerak rancangan tersebut. Bukankah begitu?
Maaf banyak-banyak kerana saya tidak dapat berkongsi mengenai pengisiannya kerana saya kira terlalu panjang untuk dihuraikan dalam satu post ringkas.
Mengapa tidak? Jahiliyyah laju merancang untuk membaham Islam maka kita juga harus merancang untuk mencincang mereka. Dan kita tidak boleh sendirian. Sebetulnya, mustahil dengan berseorangan. Kita perlu perancangan rapi dan teliti serta tandzim yang lestari bersama penggerak-penggerak rancangan tersebut. Bukankah begitu?
Maaf banyak-banyak kerana saya tidak dapat berkongsi mengenai pengisiannya kerana saya kira terlalu panjang untuk dihuraikan dalam satu post ringkas.
wakil MSD (Malaysian Student Department) yang hadir
Namun ketahuilah teman, yakinilah sunguh-sungguh dengan kecantikan Islam. Sungguh. Yang halal itulah yang membahagiakan. Jika anda rasa anda perlu untuk bernikah, bernikahlah kerana itu baik untuk Deen anda. (benarkah ini Hasna'?)
Saya yang selama ini mememandang aneh soal perkahwinan semasa belajar, mula merangkak untuk faham bahawa Allah lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya. Ya, saya sendiri sedar. Lebih-lebih lagi bagi pelajar-pelajar yang duduk jauh di bumi asing ini. Sama ada di Timur atau di Barat. Yang tercampak jauh bersama sejuta cabaran yang perlu diredah...
Dan ingatlah, baitul Muslim itu bermula dengan apa? Bermula dari kita sendiri kemudian dengan siapa yang bakal kita cintai.
Doakan saya teman..
Saya yang selama ini mememandang aneh soal perkahwinan semasa belajar, mula merangkak untuk faham bahawa Allah lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya. Ya, saya sendiri sedar. Lebih-lebih lagi bagi pelajar-pelajar yang duduk jauh di bumi asing ini. Sama ada di Timur atau di Barat. Yang tercampak jauh bersama sejuta cabaran yang perlu diredah...
Dan ingatlah, baitul Muslim itu bermula dengan apa? Bermula dari kita sendiri kemudian dengan siapa yang bakal kita cintai.
Doakan saya teman..
hahaha apa kes plak kalau mak ayah tak bagi??? padahal kalau ikut wajib feqah mmg dah wajib?? ana buntu bila orang tanya soalan ni.. leh tolong jawab dak??
ReplyDeleteTadi ada disebut juga tentang masalah tersebut.Kena proses secara lembut mak dan ayah tu. Tapi kena tengok kondisi juga, kalau benar mak dan ayah tu nampak kita masih tak matang, mungkin betul dan kitalah yang kena belajar untuk tunjukkan bahawa kita dah matang dan mampu untuk pikul tanggungjawab. Sebab kadang2 tu, mak dan ayah lebih faham situasi anak-anak dia.
ReplyDeleteKalau memang kita dah bersedia, dan kita yakin yang iA kita mampu pikul tanggungjawab dan sedar mengapa kita perlu bernikah, bukan sekadar untuk nafsu semata maka perlu secara perlahan-lahan pujuk mak dan ayah.. Guna orang ketiga atau kalau tak boleh juga, belajarlah untuk bersabar.
Dr. Aiman pesan, belajar untuk bercinta selepas kita yakin dalam tempoh tertentu kita dapat menghalalkan cinta tersebut. Contoh, kita target kita akan kawin tahun depan, dan iA mak dan ayah membenarkan, baru ketika itu kita belajar untuk mencari cinta..
Bukannya bercinta asal jumpa orang yang kita suka..
Wallahua'lam..ana pun bukannya pakar dalam bidang ni..sekadar berkongsi ja..
abes la...
ReplyDeletejap gi kak yam lak kena gi Urdun sebab ade orang nikah kat sane..
hihi.. :-p
anyway.. sokong ape yg pakcik2 mude itu bgi pendapat.. apapun..
jangan putus Doa dengan ALLAH swt utk yg TERBAIK..
kadang2 kite rase kite wajib nikah.. tpi.. Allah tangguhkannya..
mungkin ALLAH tahu kite perlu tingkatkan lagi diri..dari beberapa aspek yg tak selesai..
maka..
teruslah berusaha dan berdoa..
:-D
wallahua'lam...
p/s: yg penting, jgn langkau akak! paling kurang.. wat serentak... ngeh ngeh. (selingan semata2)