2012.
Filem yang sibuk diperkatakan oleh banyak orang.
Dan saya telah diizinkan Allah untuk menontonnya secara online. Hati saya tergerak kerana mendengar komen bahawa filem itu menyangkal kehebatan dan kekuasaan Allah yang merajai hari pembalasan.
Sungguh. Dasar musuh Islam meracuni minda ummah.
Sepanjang menontonnya sehingga selesai, apa yang boleh saya tekankan di sini ialah mereka yang mereka filem itu berhajat benar untuk melawan susunan Allah. Mereka fikir mereka sudah cukup hebat untuk menidakkan aturan Allah. Mereka angkuh untuk mendepani janji Allah yang pasti.
Bermula dengan angka 2012.
Apakah pernah Allah membicarakan akan waktu hari kebangkitan itu? Sedangkan Rasullullah s.a.w. sendiripun tidak pernah dikhabarkan tentangnya. Dan ketika kaum Quraisy sibuk mengejek apabila Rasullullah tidak dapat menjawab pertanyaan mereka tentang bilakah datangnya hari kiamat itu, lalu Allah turunkan pujukan dari langit mengatakan bahawa, "tugas kamu hanya menyampaikan wahyu. Urusan kapan datangnya hari kiamat adalah di tanganKu.."
Sungguh. Perhatikan sekeliling anda dan ambil pedulilah. Kerana isu ini adalah isu akidah.
Kemudian sepanjang penceritaannya, digambarkan bahawa mereka tidak meyakini akan tibanya hari kiamat. Mereka cuba saling menenangkan antara satu sama lain bahawa mereka akan selamat. Mereka tidak meyakini akan adanya hari kebangkitan semula selepas semuanya dimatikan.
Dan di penghujung cerita, digambarkan bahawa manusia bijak untuk melawan kuasa Pencipta. Mereka bina sebuah bahtera besar seakan-akan bahtera nabi Nuh a.s. dan haiwan-haiwan dimasukkan berpasang-pasangan serta manusia terpilih daripada pelbagai kaum dan agama. Dan akhirnya, yang ada di dalam bahtera itu semuanya selamat daripada (kononnya) kiamat itu.
Bukankah itu satu cerita yang sengaja untuk menunjukkan betapa bongkak dan angkuhnya mereka?
Sejujurnya, jika dilihat daripada kaca mata seni perfileman, 2012 memang sebuah filem yang sangat menarik, dramatik, suspens, jalan cerita yang mendebarkan, klimaks yang mencabut jantung, penambahan unsur komputer yang nyata dan 1001 lagi pujian yang layak diberikan kepada produksi.
TETAPI KITA BINCANG SOAL AKIDAH. KITA BINCANG TENTANG RANCANGAN LICIK KUFFAR YANG BENCI KEPADA ISLAM. KITA BINCANG TENTANG KEANGKUHAN DAN KEBIADAPAN MEREKA YANG CUBA MELAWAN KUASA ALLAH.
KITA BINCANG TENTANG ITU.
Bukan tentang kepandaian mereka melahirkan karya yang cantik.
Justeru teman. Mereka laju bergerak. Kita bagaimana? (saya tanya pada diri)
Justeru teman. Mereka laju bergerak. Kita bagaimana? (saya tanya pada diri)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.