Sunday, December 27, 2009

Impian yang menggunung..


Semalam saya berbual panjang dengan seorang teman akrab semenjak awal menjejak kaki ke bumi wakafan MATRI. Nakal sekali. Makan sekali. Tidur sekali. Basuh baju sekali. Bergaduh sekali. Belajar sekali. Dan semuanya sekali. Bersama-sama.

Jarak kami jauh. 9 jam perjalanan kapal terbang. Waktu kami berbeza. Jordan 6 jam lewat dari sana. Tetapi saya rasa kami dekat. Saya rasa kami bersebelahan cuma.

Bersembang dengan Aisyah pasti tidak dapat lari daripada membincangkan isu Baitul Dakwah. Saya selesa berkongsi dengannya. Dia turut mesra berbincang dengan saya. Sahabat baik.

Kami berbual menerusi taipan di kaca screen. Menggunakan ym sebagai wadah komunikasi.

Saya kongsi bersama dia mengenai cita-cita saya yang tinggi melangit. Saya mahu melahirkan anak sehebat Sultan Muhammad alFateh. Saya mahu membesarkan anak sehebat Salahuddin alAyyubi. Saya mahu mendidik anak sehebat Toriq Bin Ziyad.

Lalu untuk itu, saya yang mesti bekerja keras mulai sekarang. Saya harus selalu menetapi piawaian dan meneladani peribadi ibu kepada manusia-manusia hebat itu. Saya yang mesti fokus dan tegas dalam menuntun hati agar selalu bersih dengan Allah.

Sangat payah. Sangat susah. Sangat lelah. Namun untuk itu baru saya dapat melahirkan zuriat pembebas Palestina. Baru saya dapat mendidik anak pengangkat kembali kemuliaan Islam.

Saya tidak layak untuk itu. Saya tidak mampu. Tetapi biarlah anak-anak saya mampu. Biarlah zuriat saya layak untuk itu. Sungguh. Hanya itu cita-cita saya.

Saya kongsi lagi,mengenai kisah ibu Sultan Muhammad alFateh yang disampaikan oleh khatib Jumaat di masjid Jam'iah Yarmouk suatu ketika dulu. Semenjak dalam kandungan,
ibu beliau akan membawa anaknya yang masih belum wujud itu keluar dari istana, mengadap Kota Konstatinople, merasai angin jauh kota itu.

Setiap hari. Saya ulang. Setiap hari. Setiap hari ibu hebat itu akan membawa anaknya semenjak kecil sehingga menjadi kanak-kanak mumayyiz yang matang.

Beliau akan memagang tangan dan berkata:

"Di sana adalah kota Konstatinople. Rasulullah bersabda, Kota Konstatinople akan dibuka oleh Panglima sebaik-baik panglima dan tentera sebaik-baik tentera."

"DAN ENGKAU ADALAH ORANG ITU"

Tanpa jemu. Tanpa putus asa. Tanpa tertinggal. Setiap hari beliau akan melakukan hal yang sama. Sungguh. Akhirnya hal itu menjadi nyata.

Lalu untuk itu, saya mesti bersihkan diri dulu. Bersih dari kemaksiatan hati, akal dan pancaindera.. Saya harus selalu bersih daripada kekotoran dan daki-daki kefasiqan.. Saya mesti. Namun, cukup kuatkah saya?

Cukup tegarkah saya?
Cukup kukuhkah iman saya untuk selalu istiqamah?

Doakan saya teman..iA, saya turut mendoakan kalian agar sama-sama kita bisa membina keperibadian seperti apa yang Allah mahu..




1 comment:

  1. huuuu~thanks syg...aq terharu sgt ni...
    ang ni cm tw2 jaa aq nk wat post cmni jugak..tgk2 ang publish dlu..huu~xpe2...aq x kira...aq nk post jugak..

    ReplyDelete

mohon pandangan.