Friday, July 27, 2012

My Sweetest Queen.

Saya tidak merasakan keluarga saya adalah yang paling terbaik seluruh alam. Lantaran jutaan lagi keluarga-keluarga muslim dalam lipatan seerah dan sejarah yang mewarnai dunia Islam. Tetapi pada saya, keluarga saya adalah yang terbaik, hadiah dari Allah untuk pentarbiyahan kehidupan saya selama ini.

Memiliki seorang ayah, seorang bonda, seorang abang, seorang kakak dan seorang adik lelaki benar-benar menjadi warna yang mencorak siapa saya hari ini.


kakak, adik, bonda, ayah, abang dan saya.
Saya rindu waktu kita bersama. =')


abang, minta maaf sebab tutup muka abang sekali. 
Dalam gambar ni, i was quite mess. :D

Membesar dalam fatrah keluarga yang pelbagai peristiwa, masam, manis, masin, kelat dan tawar membuatkan saya melihat kenangan semalam dengan senyuman dan tangisan.

Sungguh. Saya rindu semuanya. 

Dan kini, kami semakin dewasa dan membesar. Meninggalkan kisah semalam terlipat kemas dalam kotak memori sambil melangkah menyusuri cerita hari esok.


gambar potret eidfitri 2010

Meski kami meniti hari-hari baru, namun tiada pernah pentarbiyahan madrasah pertama kami terhenti.

Bonda, dengan penuh cinta terus menerus menghembus doa dari jauh, terus menerus memimpin andai kami terjatuh, memujuk andai kami tersungkur, menyuluh andai kami terkeliru, paling penting, menegur andai kami cuai melulu.

Bonda: Belahan Jiwa yang Tiada Galang Ganti.


bersama bonda dan adik pada 'eidadha 2011 di Jordan.

Bonda, murabbi pertama semenjak detik kami mula bernafas di muka bumi. Qudwah hasanah semenjak kami mula belajar melihat dunia. Guru yang tidak pernah jemu mengajar kami membaca huruf alQuran dan buku bahasa. Juga peneman malam sebelum kami terlena bersama kisah seerah yang diceritakan penuh warna sehingga membenih dalam hati kami kecintaan kepada junjungan baginda s.a.w. serta para sahabatnya.

Bukan sedikit air mata yang mengalir sepanjang tumbesaran kami, anak-anak yang punya pelbagai ragam dan karenah. Bukan sedikit idea hukuman yang perlu dicari. Bukan sedikit kekreatifan aktiviti yang perlu disusun bagi mengisi waktu-waktu kami. Bukan sedikit debar jantung yang mengiringi sepanjang bonda melihat kami tumbuh dewasa dalam zaman jahiliyyah yang membunuh.

Jujur. Apabila melihat pada diri, saya sendiri berasa penat jika saya menjadi ibu yang perlu bersabar dengan segala macam perangai yang ada pada saya. Serius.

Bonda: Ya Allah, Kebaikan Ini, Tangan Itulah dengan IzinMu yang Mencoraknya!

Jika dalam diri ada kebaikan yang memberi manfaat, maka ketahuilah bahawa segala kebaikan yang ada hari ini ada saham besar bonda dalam pembentukannya.

Bonda yang tidak jemu melentur. Bonda yang tidak jemu menegur. Bonda yang tidak jemu mengetuk. Bonda yang tidak jemu mengukir. Bonda yang tidak jemu membakar. Dan segala usaha bonda dalam membaiki kekurangan yang ada.

Pada saya, keunikan bonda ialah, meski bonda bukanlah pendorong potensi yang nyata, tetapi bonda lebih merupakan penampal lubang-lubang yang ada dalam kami membina potensi tersebut. Dan pada saya, penampal itu adalah lebih sangat diperlukan oleh manusia, bukan?

Terima kasih bonda. =')

Penutup: Semoga 51 Tahun Berlalu Dalam Rahmah dan Barakah.


 "doakan mak sempat tengok hasna' kawin.." antara message balas bonda.
er..

51 tahun.

Pinjaman waktu Allah untuk bonda tidak diketahui sampai bila. Mungkin 52 tahun, mungkin 60 tahun, mungkin 70 tahun dan mungkin cuma 51 tahun. Segala kemungkinan yang perlu saya bersedia menghadapinya.

Tidak kira apa-apa sekalipun, paling penting selagi mana saya bernafas dan selagi mana bonda bernafas, saya sungguh-sungguh berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk bonda.

Anak yang mampu membahagiakan, anak yang mampu melapangkan, anak yang mampu menenangkan, anak yang mampu berkhidmat ketika bonda memerlukan, paling penting, anak yang mampu menghadiahkan bonda ganjaran terbaik di syurga nanti dengan amal solehnya insyaAllah.

Kerana saya tahu, sekalipun bagaimana saya berusaha, mustahil mampu membayar segala kebaikan dan pengorbanan yang telah bonda curahkan buat kami anak-anaknya. Lantaran jerih perih seorang ibu, hanya ampunan dan redha Allah yang selayaknya menjadi ganjaran.

Mak, Hasna' sayang mak, dan semoga Allah lebih-lebih menyayangi mak berlipat kali ganda insyaAllah..=')


nota kaki:
-lumrah anak perempuan apabila memasuki alam perkahwinan, maka dirinya perlu terikat dengan suami dan keluarga.

Satu sahaja doa saya, saya mahu menjadi isteri yang terbaik buat suami dan sebagai hadiah, saya mahu dia menjadi anak yang terbaik untuk bonda saya. Deal?

-Antara catatan buat bonda:
Ayat-ayat Cinta Bonda
Post hadiah sempena ulang tahun bonda yang ke 49 tahun:
Terima Kasih Allah, kerana masih mengidupkannya.

-bonda selalu menyebut, harapannya untuk diberi kesempatan melihat saya berwalimah.
iAllah, hasna' doakan mak sempat bersama dengan 9 orang anak hasna'. :D

Monday, July 23, 2012

.The Polygamy.


"menerima hukum poligami adalah ciri-ciri isteri solehah..", sebut seorang ustaz dalam ceramahnya.

"pada abang, sayang adalah isteri yang paling solehah dan terbaik! Tapi lagi solehah kalau sayang benarkan abang kawin lagi satu..he he", seorang suami mengusik isterinya. Isteri yang pada awalnya tersenyum, menarik muka.

"haih..macam mana ni nak jadi isteri solehah ni..sebut poligami je, mesti muncung..".

                .............

Apabila menulis berkenaan 'Wanita dan Islam', ada beberapa pembaca melabelkan saya sebagai seorang 'ustazah' yang menolak hukum poligami dan berbahaya jika berjaya mempengaruhi masyarakat.

Lucu.

Saya tidak pernah menolak hukum poligami. Serius. Kerana hukum itu tercatat dalam alQur'an yang menjadi sebahagian dari kata-kata Allah.

Saya menerimanya.

Tetapi yang cuba untuk diketengahkan ialah menghapuskan doktrin poligami yang mewarnai masyarakat Islam.

Penerimaan Poligami Mengangkat Isteri Solehah.


Selalu slogan ini dimainkan oleh beberapa pihak terutama para suami untuk mentarbiyah isteri-isteri mereka agar memudahkan lagi proses poligami yang menjadi idaman.

Tidak salah.

Benar tidak salah.

Cuma, saya ingin menyoal, jika dalam keperibadian ciri-ciri seorang mujahid yang turun ke medan syahid itu, kita memperbesar-besarkan sifat 'tidak memakan khinzir', apakah ciri tersebut salah?

Contoh apabila menyampaikan pengisian, seorang ulama' memberi pesan kepada seluruh kaum muslimiin yang mahu turun ke medan jihad,

"Wahai para mujahidiin, antara ciri-ciri seorang mujahid yang soleh ialah mereka yang tidak memakan khinzir.."

Tidak salah, bukan?

Tetapi ada kepincangan di situ. Mengapa perlu diperbesar-besarkan satu ciri dari jutaan ciri-ciri yang lebih besar dan lebih dekat dengan diri seperti ikhlas, sabar, bersungguh dan sebagainya?

Begitu jugalah dengan penerimaan poligami. Mengapa isu itu yang sangat ditekankan dalam masyarakat kita?

Mengapa tidak ditekankan berkenaan ciri seorang isteri yang solehah itu adalah mereka yang bertaqwa kepada Allah, yang berusaha membahagiakan dan memenuhi kebajikan suami secara maksima, yang bersungguh menjadi pendidik mithali buat anak-anak, yang menjaga rahsia rumahtangga dan sebagainya?

Apatah lagi dengan melabel isteri solehah adalah yang membenarkan suami berkahwin lain, bermakna, jika mereka yang rasa berat dan tidak sanggup dimadukan kerana takut tidak mampu menjadi isteri yang taat itu adalah isteri yang tidak solehah?

Baik. Jika begitu, bagaimana pula jika diletakkan ciri lelaki yang soleh itu adalah yang penuh solat 5 waktunya setiap hari tanpa pernah tertinggal sekalipun berjemaah di masjid. Agak-agak berapa keratlah yang benar-benar soleh dari jutaan lelaki muslim di seluruh dunia, bukan?

Hukum Asal Perkahwinan Dalam Islam Adalah Satu.

Banyak orang menggunakan ayat dari surah anNisa' ayat 3 untuk dijadikan hujah pensyariatan poligami.

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوافَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا 

".. maka nikahilah perempuan-perempuan yang kalian senangi, dua atau tiga atau empat. Bila kalian takut tidak bisa berbuat adil, maka nikahilah satu perempuan saja atau budak-budak kalian. Yang demikian itu lebih membuat kalian tidak berbuat zhalim."


Syarah Dr. Samirah 'Umari dalam subjek 'Aqad Zawwaj, bahawa ayat ini memang ayat pensyariatan poligami tetapi bukanlah ayat ini mengangkat poligami sebagai asas sebuah perkahwinan dalam Islam.


ini gambaran yang doktor ceritakan.

Kata doktor, ketika zaman jahiliyyah, para sahabat masing-masing memiliki isteri yang banyak. Malah saat ayat ini diturunkan, ada sahabat yang memiliki 10 orang isteri.

Maka ayat ini membenarkan para sahabat membuat pilihan dari jumlah isteri mereka, kepada sejumlah yang dihadkan iaitu paling maksima 4 orang.

Tanya doktor kepada kami di dalam kelas, "Kalau Allah hanya mensyariatkan seorang isteri, pasti susah untuk para sahabat ketika itu. Maka Allah yang Maha Tahu meringankan mereka.."

Dan Allah mengingatkan bahawa perkahwinan satu itu adalah lebih baik jika kita tahu tidak mampu berlaku adil. Dan itu adalah yang lebih menenangkan serta terhindar dari berlaku zalim.

Bukankah Islam itu deen yang teliti?

"Jangan banyak cakap. Poligami itu sunnah nabi la!".

Sunnah yang terbesar adalah Dakwah dan Tarbiyah. Telahkah kalian selesaikan wahai para suami?

Berdiri semasa tahajud sehingga lutut menjadi lebam, bukankah itu sunnah yang tercatat dalam seerah?

Berjihad di jalan Allah dengan bilahan pedang dan membawa kemenangan kepada Islam, bukankah itu kehidupan Rasulullah saw? Apakah pernah kalian menghirup debu medan jihad wahai para suami?

Lantas, mengapa tidak sunnah-sunnah BESAR itu yang kalian perjuangkan?

Syarat Untuk Tidak Berpoligami Semasa 'Aqad.

"Eh, boleh ke?"

Ramai yang hairan apabila saya berkongsi berkenaan perkara tersebut. Sedangkan bukan saya yang membuat hukum.

Walaupun menjadi perselisihan para fuqaha' namun Imam Hambali dan sejumlah ahli 'ilmi yang lain membenarkan diletakkan syarat dalam 'aqad dan perkara ini dirajihkan oleh jumhur ulama' dengan syarat:

1) Bukan dari apa yang telah disyariatkan, dan bukanlah dari yang dihalang syariat.
2) Tidak menafikan maksud aqad nikah.
Contoh: Tidak dibenarkan isteri membuat syarat larangan mensetubuhi dirinya.
3) Tidak berselisih dengan nas dari nas-nas syara'.
4) Membawa maslahah kepada salah seorang pasangan.
5) Tidak membabitkan pihak selain dari suami isteri.

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.:

وعنْ عُقبةَ بنِ عامرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قالَ: قالَ رسولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِنَّ أَحَقَّ الشُّرُوطِ أَنْ يُوَفَّى بِهِ مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الْفُرُوجَ)). مُتَّفَقٌ عليهِ 

Dan syarat ini WAJIB dipatuhi. Ulama' sepakat jika ada pihak yang melanggar maka pihak tersebut berdosa.

Syarat ini termasuklah syarat tidak mengeluarkan isteri dari negaranya, tidak menghalang isteri dari bekerja, dan sebagainya.

Jika suami melanggar perjanjian, maka hak ke atas isteri untuk menuntut fasakh dan isteri berhak ke atas hak-hak perkahwinan (nafkah, mahar tertunggak dan lain-lain)

Begitu juga para suami boleh meletakkan syarat seperti isteri mesti mengikuti bersama ke negara yang suami bekerja di dalamnya, isteri tidak boleh bekerja di luar rumah dan sebagainya.

Jika isteri melanggar perjanjian, maka suami boleh menuntut fasakh dan terangkat hak-hak isteri terhadap mahar tertunggak dan nafkah 3iddah.

Dan syarat ini mestilah ditulis.

Mengelak Mudharat Yang Lebih Besar.


Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri -Pak Cahyadi Takariawan-

Mengambil subjek Firaq Zawwaj dalam sem ini, atau dalam bahasa melayunya penceraian, kami belajar dari 10 jenis fasakh yang boleh dituntut dari hakim ialah 'permisahan tebusan'.

Fasakh ini membenarkan seorang isteri yang datang kepada hakim dengan bukti jelas bahawa dia tidak mampu meneruskan kehidupan bersama suaminya atau dia benci kepada suaminya dan dia takut seandainya tetap diteruskan, maka dia tidak mampu melaksanakan hukum Allah seperti taat, patuh, cinta dan sebagainya kerana kebencian tersebut, maka dibolehkan fasakh dengan syarat terangkat ke atasnya segala hak-hak perkahwinan dan telah dihantar hakim seorang wakil mahkamah (penasihat syariah kekeluargaan) yang dipercayai untuk membantu dalam membaik pulih hubungan suami isteri tersebut.

Jika tidak berjaya juga, maka hakim akan menghantar 2 orang wakil, seorang dari keluarga sebelah lelaki dan seorang dari keluarga isteri untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Tempoh yang diberikan ialah selama 30 hari. Jika tidak dapat diselesaikan juga, maka hakim akan menjatuhkan fasakh.

Pointnya di sini ialah, bukan menggalakkan penceraian tetapi melihat kepada keperluan persefahaman dan merai perasaan dalam kehidupan rumahtangga.

Realiti hari ini, para isteri dipaksa menerima poligami dalam keadaan mendera perasaan serta psychologynya. Maka bukankah itu boleh membawa kepada kebencian dan rasa memberontak sekaligus boleh membawa kepada penceraian.

Justeru, meletakkan syarat tidak berpoligami selagi isteri mampu memenuhi hak suami adalah salah satu dari penghalang kepada perkara yang membawa kemudharatan tersebut.

Sungguh. Memenuhi tanggungjawab dengan jaminan kesetiaan adalah lebih membahagiakan.

Penutup: The True Feminisme is, Make Men The Real Men.


lelaki hari ini. apakah?  @.@ *pengsan*

Mengkaji berkenaan isu feminisme yang melanda dunia membuatkan saya melihat banyak perkara yang menjadi faktor gelombang itu terjadi.

Antara faktornya ialah apabila lelaki yang menjadi lelaki itu tinggal sedikit.

Teringat kata-kata Ketua Helwi Raihana Nazri dalam Open Talk PERMAI baru-baru ini apabila ditimbulkan isu berkenaan kepimpinan wanita yang menjadi tanda kehancuran masyarakat,

"mungkin dari satu segi, apabila wanita menjadi pemimpin, maka akan membawa kehancuran kerana dikatakan wanita ini mudah bercampur emosi dan sebagainya.

Namun persoalan terbesar yang perlu timbul ialah, jika wanita yang perlu menjadi pemimpin, maka di MANAkah lelaki-lelaki dalam masyarakat itu? Bukankah itu bukti bahawa lelaki-lelaki dalam masyarakat tersebut telah hancur?"

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut 100%. Malah mungkin berganda lebih.
Kata-kata yang sangat baik.

Begitu juga dalam hal poligami ini.

Jika kita membaca catatan seerah para sahabat, tidak ada isu perselisihan faham berkenaan ta3adud isteri meski majoriti sahabat memiliki isteri lebih daripada satu.

Kerana apa?

Kerana para sahabat memiliki jati diri lelaki yang hebat. Mereka mampu menjadi suami yang terbaik dalam masa yang sama mereka adalah pembawa panji yang mengagumkan.


Mereka gagah di medan jihad. Mereka qudwah bersama syakhsiah yang soleh. Mereka ayah mithali tauladan anak-anak. Mereka sabar dan lembut terhadap isteri. Mereka keluar meredah debu padang pasir dalam masa yang sama apabila pulang ke rumah, mereka turut bersama isteri memasakkan makanan.

Jika lelaki seperti itu, pada saya pasti isteri mereka menyerahkan kepercayaan penuh dan ketaatan tanpa ragu malah tidak akan sedih jika sekalipun terpaksa berkongsi kasih.

Sungguh. Kita selalu sibuk mencanang poligami sebagai penyelesaian bagi lambakan wanita, tetapi persoalannya, apakah kita sibuk melihat lelaki-lelaki kita, apakah mereka benar-benar memenuhi ciri-ciri lelaki muslim yang mithali?

Itu point yang sedang saya ketengahkan.

Allahua'lam.



nota kaki:
*saya hadiahkan post ini untuk bakal suami saya yang saya kasih. Semoga pencerahan ini mampu membantu beliau melihat perjanjian yang bakal ditandatangani suatu hari nanti sebagai suatu perkara yang positif.

*terjumpa semula poster lama yang pernah dibaca. Membuatkan diri tersenyum bersama satu doa, "hoping i'll be a good one in my own kingdom insyaAllah.."



*Saya pernah menyimpan cita-cita untuk melahirkan 9 orang anak dan 7 darinya adalah lelaki. Mungkin kesan sedih melihat fenomena lelaki.

*isu sensitif. Saya harap, tidak adalah komen yang masuk ke dalam inbox. Lol.

Friday, July 20, 2012

Burma dan Realiti Kita.

Sejak akhir-akhir ini, berita penderitaan saudara-saudara kita di Myammar begitu luas tersebar. Beberapa perkataan baru yang selama ini tidak pernah diambil tahu, mula muncul dalam akhbar dan penulisan. Rohingya, Arakan, Rakhine dan lain-lain mula disebut.


Berita melaporkan, pada bulan ini sahaja telah 20 ribu orang saudara muslim kita dibunuh. 


Pasti.


Kita mengutuk kekejaman mereka. Kita menyebarkan gambar-gambar pembunuhan yang dilakukan ke atas saudara kita. Kita menghentam kuasa pentadbiran ketenteraan Burma di atas kezaliman tersebut. Kita tidak mampu menerima akhbar-akhbar di Myammar yang terus menerus menyemarakkan sentimen perkauman dan ketidak iktirafan kerakyatan penduduk Rohingya. Malah kita hairan dengan Suu Kyi, ikon keamanan dunia kerana tidak melakukan apa-apa terhadap penindasan ke atas penduduk bumi sempadan antara Myammar dan Bangladesh itu.


Benar. Siapa mungkin mampu menerima segala kekerasan yang tidak berperikemanusiaan tersebut bukan?


Sejarah Bumi Merah Myammar.




Myammar mula diperintah oleh junta tentera pada tahun 1962 dan pada 1988 berlaku peralihan kuasa dan dipimpin oleh SPDC, sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pemulihan Undang-Undang dan Ketenteraman Negara (SLORC).


Dan baru-baru ini iaitu pada 30 Mac 2011, junta tentera di bawah Jeneral Kanan Than Shwe, yang merupakan Pengerusi SPDC semenjak tahun 1992 membubarkan kuasa autoritinya dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Presiden Myammar, Thein Sein yang juga merupakan sekutu rapatnya. (Utusan: Junta Tentera Myammar dibubar)


Sepanjang 50 tahun Myammar berada di bawah pemerintahan tentera, selama itulah bumi itu sentiasa berdarah.


Dikenali sebagai Rice Bowl of Asia sebelumnya namun terus bertukar menjadi antara negara yang paling teruk pembangunan ekonomi dengan hanya peningkatan purata tahunan 2.9%. (Economy of Burma)


Khidmat telekomunikasi disekat. Malah seorang Scandinavian consul, James Leander Nichols dibunuh semata beliau memiliki mesin fax tanpa kebenaran kerajaan junta.


Sektor pendidikan yang lembab dan tertutup mengakibatkan hampir 3 dari 10 orang kanak-kanak tidak mampu ke sekolah dan hanya 40% pelajar yang berjaya melepasi pendidikan rendah. (Human Rights)


Apatah lagi dari sudut kezaliman dan penindasan yang berlaku kepada seluruh rakyat Myammar.


Pada tahun 1998 sahaja, seramai 1200 orang tahanan politik berada dalam penjara dalam kondisi yang teruk dan kebanyakan mereka terbunuh kesan penyiksaan.


Antara petikan yang dipetik dari laman web CFOB: Testimonies of Refugees:


"On January 22, 2000, a patrol of 50-60 SPDC troops from IB246, together with 14 civilian porters, led by Capt. Aung Moe cam to the farm where a man and his two children were threshing rice, surrounded and arrested them. The villagers were two males aged 40 and 11 years named Lunt Ti and Zaai Lu respectively and one woman named Naang Ser, aged 18. The troops tied up the villagers, separated them to different places and interrogated them, beating and torturing them all the while. The two males were beaten to death during interrogation, but Naang Ser was repeatedly raped before eventually also being beaten to death..."



"At least ten persons from every village has to work until the reconstruction of the pagoda is finished. Now, at the time of the interview, November 15, 1999, we have been working on the pagoda for two weeks and we have completed about only one fourth of the work. We carry stones from Tio river which is two miles a way from the pagoda. We place the stones in a row around the pagoda and fill it with soil.
The villagers are not paid for their labour. They have to carry their own food and tools. The family who could not work had to pay Kyat 1,500 to the army. Every day we start work at 7:30 AM and stop at 4 PM. The villagers who came late were punished by the soldiers. They had to do a hundred sit ups. ...
The army knows very well that we all are farmers and that November is harvest time. They forced us to build the pagoda at the busiest time of the year without allowing us any time to work for ourselves. Because of excessive forced labour and constant military harassment, many people from our area have fled to..." 

petikan catatan CFOB : Refugees.


Malah laporan dari Shan Womens Actions Network (SWAN) dan the Shan Human Rights Foundation (SHRF) pada May 2002 menunjukkan betapa penduduk wanita menjadi target tentera untuk dirogol dan diperkosa. (Women in Burma)



menitik air mata melihat seorang ayah perlu merayu untuk diselamatkan.
Dia merayubukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak kecilnya yang tidak berdosa.

Maka, apakah yang mampu kita harapkan dari sebuah kerajaan yang menzalimi rakuatnya sendiri untuk berhenti dari membunuh saudara muslim kita yang langsung tidak diiktiraf sebagai rakyat?

Penindasan Kerakyatan dan Bangsa.

Masalah yang berlaku terhadap saudara kita di Myammar yang paling utama ialah tidak diiktiraf kerakyatan semenjak Undang-Undang dan Operasi Keselamatan Nasaka pada tahun 1982 digubal .

Sedangkan Dr. Jacques P. Leider yang pernah bertugas dalam Pusat Kajian Sejarah dan Tradisi di Ranggon dalam temuramah bersama The Irrawaddy: History Behind Arakan State Conflict, mengatakan bahawa, masyarakat muslim telah wujud semenjak abad ke 15 dan berlaku peningkatan pada abad ke 17 kesan pemerintahan raja-raja Rakhine yang membawa masuk bangsa Bangladesh.

Kesan penggubalan ini, maka penghapusan etnik Rohingya dilakukan secara meluas. Hak-hak ke atas mereka langsung dicabut sehingga ada catatan yang menyebut bahawa mereka hanya punya tiga pilihan:

1)Tetap tinggal di Myammar dengan persediaan untuk dibunuh.
2)Belajar ke laut dengan persediaan untuk lemas.
3)Menumpang di mana-mana negara yang sudi menerima mereka sebagai pelarian.




“Rohingya people who are born in Myanmar don’t have rights,” 
“Even a bird has rights. A bird can build a nest, give birth, bring food to their children and raise them until they are ready to fly. 
We don’t have basic rights like this.”

Kemuncak penderitaan mereka adalah apabila akhbar melaporkan berkenaan tuduhan beberapa orang muslim Rohingya merogol dan membunuh seorang gadis Budha Rakhien walaupun sebenarnya sumber siasatan masih belum dilakukan.

Suara masyarakat muslim tidak didengari kerana mereka tidak diberi saluran bersuara sama ada dalam media cetak mahupun elekronik. Lantas, bagaimana mungkin mereka yang cuma 4% berbanding 90% penganut Buddha mampu menidakkan tuduhan tersebut?

Kesan kebencian yang dipendam lama akibat ditanam dalam silibus masyarakat bahawa kaum Rohingya adalah pendatang haram yang hina, maka meledaklah tindak balas dari masyarakat Buddha terhadap saudara muslim.


Tidak dapat dibayangkan jika mereka abang saya.

Maka berlakulah pembunuhan seperti apa yang kita saksikan hari ini. Dan semakin dahsyat apabila negara-negara jiran menutup pintu daripada menerima mereka. 

“Since we don’t have nationality in Burma, we can’t live in peace. In Burma they say we are from Bangladesh. When we come to Bangladesh, they say we are from Burma. People view us as if we don’t exist,” luah pelarian Rohingya (Rohingya: Exiled To Nowhere.) yang menunjukkan betapa negara Islam sendiri menolak kehadiran mereka.

Walaupun saya bersetuju dengan tindakan mengutuk kerajaan Myammar atas pembunuhan tersebut, tetapi apabila mengkaji sejarah mereka yang tidak menghiraukan rakyat sendiri, maka pada saya sangat mustahil untuk mereka rasa bersalah terhadap pembantaian pendatang haram.

Yang tinggal ialah, negara-negara yang 'mengaku' Islam mesti bertindak dengan membuka peluang untuk masyarakat muslim yang dibuang negera ini menjadi sebahagian daripada rakyat mereka. Bersama membantu dan bukan sekadar mengharapkan Bangladesh yang telah dihuni oleh 400 ribu pelarian Rohingya ditambah dalam keadaan krisis ekonomi yang teruk oleh negara miskin tersebut.


Kerana hanya itulah resolusi yang ada.


Persoalan: Bukankah Kita Juga Terdidik Dengan Isu Perkauman?


ini wajah anak-anak kita.

Kita sedih dengan apa yang telah berlaku. Kecewa dan marah.

Namun tanpa sedar sebenarnya kita juga terdidik dan mendidik akar yang membawa kepada natijah seperti itu.

"melayu mesti perintah. Jangan benarkan kaum cina dan india."

"kalau orang cina naik, matilah kita semua.."

"orang cina dengan india ini dah la pendatang, tak sedar diri.."

"daulatkan ketuanan melayu!".

Biasakan kita mendengar kata-kata seperti ini? =)

Jujurnya semenjak kecil saya tidak pernah bersetuju dengan istilah bangsa. Bukan kerana nenek saya seorang cina dan datuk saya berdarah bugis (di sebelah ayah), tetapi kerana saya tidak pernah melihat isu bangsa sebagai suatu isu yang matang untuk diketengahkan.

Apatah lagi untuk terlibat dalam pemikiran perjuangan bangsa melayu sekalipun cuba diIslamikkan. 

Kerana apa?

Kerana seperti mana kita tidak mahu dianak-tirikan begitu juga kita jangan menganak-tirikan.

Kita marah apabila bangsa lain meminta hak mereka selaku rakyat yang sama-sama membangunkan Malaysia, kita kecam dengan kata-kata bahawa mereka pendatang dan kita adalah bumiputra yang istimewa.

Kita berprasangka dengan mereka dengan segala sangkaan yang sangat buruk. Malah kita yang menjadi pihak yang membina jurang dalam kerjasama.Teringat pengalaman menyertai BTN yang sangat keji bagi saya dalam menanam kebencian.

Sungguh.

Jika kita sendiri berkelakuan sedemikian, mengapa perlu marah kepada negara yang tidak menerima pendatang muslim sebagai bangsa yang diiktiraf?

Penutup: Keadilan Islam Milik Semua.

Pilihanraya di Malaysia semakin hampir. Dan lazimnya sentimental perkauman ini akan semakin digembar gemburkan bagi mengelak berlaku peralihan kuasa.

Saya tidak menyokong kerajaan dan tidaklah juga pendokong ideologi pembangkang, tetapi saya akan memilih pemerintah yang bersikap adil kepada semua.

Bukan sekadar adil untuk masyarakat muslim Malaysia, tetapi mampu menjadi contoh dan bukti keadilan Islam kepada masyarakat yang belum muslim.

Selagi mana mereka adalah 'zimmi', selagi itu mereka berhak ke atas kepercayaan dan penghormatan dari kita. 

Semoga Allah pelihara.



nota kaki:

-antara catatan kezaliman ke atas masyarakat Muslim Myammar:

Mysterious silence of global community, Muslim world on killings in Burma

-Ramadhan Mubarak untuk semua. =)
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya insyaAllah.
*sedih kerana telah 2 kali solat Tarawikh saya masih belum dapat bersama menunaikannya. ='(*
-minta maaf untuk semua kerana deactivate fb dan membuka fb baru. Semoga pilihan ini membantu saya untuk lebih fokus dan matang mencipta kehidupan pada masa hadapan insyaAllah.



Saturday, July 14, 2012

Quoted III



"All human beings have three lives: 
public, private, and secret."



nota kaki:
-saya ada akaun blogger, facebook, twitter dan instagram.

Akaun blogger secara jujurnya walaupun awal penulisan dahulu adalah untuk saya sendiri, tetapi nampaknya hari ini sudah tidak boleh lagi. Maka setiap tulisan akan ditapis sebelum dipost, agar apa yang ditulis memberi manfaat kepada pembaca iAllah.

Begitu juga akaun facebook yang semestinya tiada privacy untuk bercerita hal peribadi. Malah bonda akan menegur jika ada apa-apa status mahupun tulisan di blog yang kelihatannya tidak bermanfaat. Teguran itu sangat bagus kerana membantu saya untuk memperbaiki peribadi agar tidak hanya hidup untuk diri sendiri.

Maka atas faktor itulah saya memprivatekan akaun twitter dan instagram sebagai wadah untuk saya yang tidak matang ini bersuka ria bercerita itu ini. Lol.

Justeru, saya memohon maaf kepada semua yang saya declinekan request mereka bagi kedua-dua akaun ini. Harap dapat dimaafkan dan menghormati privacy saya. Terima kasih.

-Serius jujurnya saya bersetuju dengan teguran dan pandangan mereka terhadap tabiat bekongsi cerita-cerita yang pelbagai buat tatapan umum. Lantaran ada cerita kategorinya ialah secret tetapi apabila kita menjadikannya public, maka tidak mustahil boleh membuatkan orang lain berasa jengkel dan memandang serong.

Memang kita punya hak untuk diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang menafikan. Namun perlulah kita memahami kategori-kategori cerita tersebut dalam kehidupan kita. Jika cerita tersebut merupakan private atau secret, seeloknya ceritakanlah dengan penuh suka ria seorang diri di akaun private yang seakan-akan diari kita. =)

Dan jika suatu hari saya tersilap, tolong ingatkan saya ya! 


Thursday, July 12, 2012

Dia Tetap Manusia

Tahun ini warga PERMAI dihiburkan dengan banyak jemputan kahwin. Itu belum dikira teman-teman di Malaysia. Gen 14 MATRI sahaja sudah punya tambahan 2 wakil untuk 2012.


=)


Barakallahulakum jami3an iAllah.


Tersedar bahawa saya sekarang sedang menjangkau usia dewasa yang mana masing-masing sedang berada dalam peralihan fasa kehidupan. Fasa yang menuntut kematangan dan tanggungjawab. Bukan lagi fasa tidur ramai-ramai malam cuti di aspuri sambil membuka pelbagai cerita dan bukan lagi fasa main masak-masak dalam tamrin sekolah.


Baitul Muslim: Antara Dua Makhluk Berbeza.


Jujur. Antara perkara yang menakutkan saya apabila menyebut berkenaan perihal BM ialah gambaran keadaan untuk saya tinggal serumah dan hidup bersama seorang makhluk yang sama sekali asing dalam kehidupan selama ini.


Asing dari segi latar belakang keluarga, asing dari segi cara berfikir, asing dari segi perangai dan tabiat, asing dari segi cara tumbesaran, asing dari segi hobi dan minat, asing dari segi cara pemakanan serta asing dari  semua segi. Malah psychology jantina juga pastilah sangat asing kerana seorang makhluk adalah wanita dan seorang makhluk lagi adalah lelaki.


Dan keterasingan inilah yang membuatkan setiap pasangan akan mengambil masa yang panjang untuk belajar saling menerima dan menyesuaikan diri.


Jangan pernah terkejut jika anda pernah bersembang dengan pasangan yang telah lama berkahwin tetapi tetap akan meluahkan rungutan,


"makcik tak pernah faham macam manala cara lelaki ni fikir..pening makcik dengan pakcik ni.."


"Orang perempuan ni susah..cerewet dan rumit!"


Serius, saya membesar dengan luahan-luahan seperti itu hasil persekitaran dan perbualan dengan mereka. ^^'. Dan jujurnya itu menjadi antara faktor yang menakutkan saya. haha.


Barakah vs Psychology Manusia.


Tidak dinafikan suatu zaman dahulu iaitu zaman ayah-ayah dan ibu-ibu kita, banyak antara mereka menerima proses memilih untuk memulakan fasa ini dengan perkahwinan yang disusun oleh pihak-pihak tertentu seperti persatuan Mahasiswa Islam atau mana-mana persatuan Islam yang lain. Ditambah dengan bahan-bahan yang ditanam berkenaan Baitul Muslim dan Baitul Dakwah yang disemarakkan, maka fasa ini dimulai dengan penuh semangat dan berapi-api.


Namun setelah bertahun-tahun bersama, (setakat yang saya sembang-sembang dengan makcik-makcik dan anak-anak mereka. Bukan semua.) statement, " -- tak pernah cintakan suami -- melakukan semuanya selama ini hanya kerana ibadah.." dan alasan suami untuk mencari isteri baru kerana "perkahwinan dulu tiada cinta." semakin banyak.


Malah ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam) sendiri pernah menulis dalam bukunya berkenaan fenomena penceraian dalam kalangan pendakwah (daie) hari ini yang semakin bertambah. Dan menurut Ustaz, fenomena ini adalah yang lebih menakutkan kerana Baitul Muslim yang seharusnya menyelamatkan ummah pula banyak yang tenggelam


Antara punca besar yang disebut oleh Ustaz ialah:


"suami isteri pejuang (daie) selalu terlupa bahawa pasangan mereka masing-masing adalah manusia".


Benar. Isu yang diketengahkan ialah teori BM dan BD vs fitrah psychology manusia.


Kesilapan Yang Menjadi Peluang Perosak.




Jujurnya, tidak dinafikan saya membesar dengan buku-buku yang menekankan berkenaan 'Baitul Dakwah' yang didasari atas matlamat untuk DnT semata. Hidup mesti bermatlamatkan akhirat. Perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat bagi meneruskan kerja-kerja Islam. Hanya itu. Titik. Malah bukan sedikit yang langsung tidak pernah menyentuh berkenaan fitrah kasih sayang, suami mukmin yang pengasih itu bagaimana, isteri mukminah yang setia itu bagaimana, memahami tabiat jantina pasangan itu bagaimana dan sebagainya. 


Mungkin tidak salah. 


Tetapi jangan sampai matlamat khilafah itu membunuh fitrah manusia yang Allah ciptakan untuk menenangkan jiwa. Jangan sampai matlamat syurga akhirat menghapuskan syurga dunia yang Allah hadiahkan.


Hal yang sama diakui oleh pengasas ILM (Islamic Learning Material) yang merupakan antara website Islam yang menjadi rujukan hari ini:

"In preparing to write this article, I visited several other Muslim websites to read what the scholars there had to say about love. I was hoping to find some good stories of love and mercy between the Prophet (peace be upon him) and his wives.

Unfortunately, I was disappointed. Most of what I found on these sites were rants against love and compassion. They mostly said the only valid love is the love between the slave and Allah. Some even said a husband is to be blamed for falling in love with his wife.

Allah has blessed me with a little (very little) Islamic knowledge, and I am in no position to dispute what these scholars say when it comes to Islam. However, their concept of love is very old-fashioned, dry, and narrow.

Perhaps this type of thinking works in other cultures where the men are supposed to be stoic and unfeeling towards their wives and the women are supposed to be subservient, quiet, niqaab-clad baby machines. 

But that’s not gonna fly with Muslims in the West. Most Muslims are going to be turned off by this type of thinking and will try to figure things out on their own. My goal in this series of posts, Inshallah, is to prevent that."


Islam sebenarnya telah lama mengangkat fitrah ini namun dibenam oleh ummatnya sendiri. 

Bukankah dalam alQur'an sendiri telah banyak menceritakan kaedah-kaedah kasih sayang dalam rumahtangga mengikut acuan yang diciptakan Allah? Malah jika diteliti, guideline seorang suami itu bersesuaian dengan fitrah wanita dan begitu juga guideline seorang isteri yang sesuai dengan fitrah seorang lelaki.


Bukankah itu bermakna Islam adalah deen yang pertama mengajar psychology manusia sebelum muncul John Gray, OSHO,  serta penulis-penulis barat yang lain?

          

When the first time I watched this, tears running down my cheeks. =')
Mukmin yang sebenar ialah yang hebat dan kuat di medan jihad serta 
yang juga lemah lembut dan mencintai isterinya.

Dia Tetap Manusia Selamanya.

Dalam kehidupan rumahtangga itu perlu ada dua. Rohani dan Psychology. Bab rohani mungkin boleh dirujuk dari kitab-kitab fikrah yang telah banyak menyentuh perihal ciri-ciri Baitul Dakwah seperti melazimi solat berjemaah, halaqah alQuran bersama, tazkirah mingguan dan lain-lain.


Dan perkara ini mungkin selalu kita dengar dan pelajari.


Namun jangan pernah lupa bab psychology yang membezakan kita dari malaikat. Paling penting yang membuatkan kita mampu melihat betapa perbezaan yang kita rasakan sebagai suatu jurang yang menjarakkan sebenarnya adalah suatu hadiah untuk kita saling melengkapi.



antara petikan buku Men From Mars Women From Venus


Malah memahami psychology membuatkan kita memahami bahawa manusia itu ada sifat-sifatnya mengikut waktu-waktu tertentu.


Ada waktu isteri itu mampu menjadi ibu yang matang, mendengar keluhan suami dengan penuh setia dan memberi resolusi yang baik. Ada waktu isteri itu menjadi kakak yang mungkin bersikap 'mahu membentuk' dengan leterannya. Ada waktu isteri itu menjadi adik yang mungkin bersikap keanak-anakan dan suami perlu sabar melayaninya . Malah jangan lupa bahawa isteri itu tetap seorang wanita yang ada rajuk emosinya.  Dan pastilah isteri itu tetap adalah isteri yang mahu seorang suami yang memberi perhatian kepadanya.


Begitu juga suami. Ada waktu dia mampu menjadi ayah untuk menjadi tempat isteri mengadu. Ada waktu dia mampu menjadi abang yang menjadi tempat isteri berpaut dengan rasa penuh selamat. Ada waktu dia juga menjadi anak-anak yang mungkin mahu disuap dan bermanja. Dan dia juga merupakan seorang lelaki yang ada waktu bersendiri dan berkabung di dalam 'gua'nya. Dan pastilah suami itu adalah suami yang mahu kesetiaan dan kepercayaan isteri menjadi miliknya tunggal.




Simple tips for husbands who haven't a clue =)

Apabila kita memahami itu maka, kita akan selalu sedar bahawa makhluk yang kita kahwini itu adalah manusia dan manusia itu akan tetap menjadi manusia selama-lamanya.


Justeru apabila kita menikahi manusia, maka jangan pernah mengharapkan sesuatu yang sempurna. Maka menjadi suatu amanah untuk kita saling menyempurnakan.


=)




videos which are both for me worth to be listened.


Penutup: Kebahagiaan Yang Menjadi Penolak.

Isu rumahtangga ini secara kebiasaannya akan memiliki 2 sisi pandang, terutama bagi anak-anak muda yang belum berumahtangga. Ada kelompok yang akan memandangnya sebagai suatu topik yang mengganggu kerja-kerja Islam. Maka isu ini akan dicantas sehabisnya. Manakala ada kelompok yang lain, yang terlalu gemar membualkannya dalam konteks yang kosong sehingga larut dengan khayalan dongeng.

Pada saya, berjalan di jalan antara keduanya adalah yang terbaik. Membincangkan isu persediaan ke dalam alam rumahtangga ini secara serius mengenai "konsep kehidupan rumahtangga yang bagaimana yang mahu kita corakkan dan apakah persediaan kita ke arah itu?"

Isu ini bukan isu yang remeh kerana fokus, kesungguhan, tenaga dan masa malah wang kita akan banyak diperuntukkan untuk isu ini dalam keadaan banyak lagi kerja-kerja DnT yang perlu kita selesaikan.

Maka jika Allah izin rumahtangga kita bahagia, tenang dalam keadaan setiap pasangan saling memahami, saling mencintai, saling menghargai, dan saling membantu, bukankah keseluruhan diri, jiwa dan fokus kita dapat diserahkan untuk amal Islami? Malah anak-anak yang terdidik dalam suasana penuh cinta ini akan tumbuh subur yang mudah dilentur.

Begitu pula sebaliknya. Jika kehidupan seharian diisi dengan pergaduhan, salah faham, rajukan, isteri mengadu suami tidak memahami, suami pula merungut isteri menyalahkannya apabila rumahtangga tidak bahagia, anak-anak membesar dengan satu fobia dan tekanan, wang diperuntukkan banyak untuk Syarikat Penasihat Rumahtangga dan sebagainya, bukankah itu sesuatu yang meletihkan?


Maka pilihan itu di tangan kita.


Paling penting, berkahwinlah apabila anda berasa cukup untuk memberi, bukan berkahwin untuk anda mengisi kekosongan hidup. Lantaran, kekosongan dalam jiwa kita tidak akan mampu diisi kecuali oleh diri kita sendiri maka, mustahillah manusia lain mampu mengisinya. Jika tidak, anda akan terus menerus hidup dalam keadaan merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Serius! 




nota kaki:


-saya belum berkahwin dan tidak ada pengalaman. Ini hanya tulisan untuk diri saya sendiri agar membuat persediaan sebelum masuk ke dalam alam makhluk asing tersebut.


Maka, bukan semua perkara boleh diguna pakai.


-Alhamdulillah. Suatu lagi masalah telah selesai. =') Semoga Allah hadiahkan kamu yang lebih baik.

-One more video for those who're now in preparation mode.