Sunday, October 25, 2009

Cukup sebulan..

Kelmarin, sudah cukup sebulan saya tinggal di bumi Ratu Rania ini..Dan cukup sebulan saya melihat kehidupan masyarakat arab serta cukup sebulan saya menghirup udara tinggalan medan Yarmouk..

Sebelum saya menjejakkan kaki di bumi urdun ini, selalu saja hasil tulisan Ustaz Hasrizal 'Rindu bau pohon tin' saya tela'ah dan saya hayati. Senang mencari dan menyelusuri pengalaman suka duka beliau di bumi yang mana saya pijak kini..

Dan ada tulisan beliau yang menceritakan bahawa di bumi ini ada positive dan negativenya. Ya, saya lihat jelas kini. Lebih-lebih lagi dalam kotak hitam jahiliyyahnya. Sakan kami ditembusi rancangan satelite ala-ala astro dan mempunyai lebih daripada 450 siaran. Ya, lebih daripada 450 siaran. Dan bermacam-macam rancangan yang memenuhi serta mewarnainya.

Kami (ahli sakan saya) memperuntukkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari peng'improve'an bahasa. Pada hari-hari tersebut kami akan menonton filem bagi meningkatkan kemahiran membaca dan mendengar. Kemahiran mendengar bagi cerita yang bertutur dalam bahasa arab dan kemahiran membaca bagi cerita yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Bukan itu yang ingin saya kongsikan sebenarnya. Apa yang hajat saya coretkan di sini ialah kecelaruan dalam pengisiannya. Majoriti siarannya berunsurkan hiburan dan cerita porno. Namun dalam itu, ada siaran yang mengalunkan bacaan alQur'an sepanjang hari dan ada rancangan yang berkisar tentang Masjidil Haram dan Masjil Nabawi sepanjang hari serta beberapa rancangan bicara ulama' sepanjang hari. Terdapat juga beberapa rancangan yang dikelolakan oleh golongan mazhab syia'ah.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, benarlah ini bumi anbiya' dan jangan lupa ini juga bumi umat yang durhaka pada nabi dan rasul mereka. Sungguh. Rasa sedih sebenarnya. Meskipun saya tinggal dekat benar dengan bumi Palestin, syu'ur itu tidak tampak di sini.. Di atas medan pertempuran para salafussoleh suatu ketika dulu..

Kelmarin, semasa sedang mencari siaran yang sesuai, Allah mengizinkan saya melihat satu fenomena yang memalukan. Satu fenomena bukti kejayaan zionis dalam memutuskan rasa keprihatinan terhadap penderitaan saudara-saudara di Palestin dengan hidangan kemaksiatan. Ya, itu salah satu daripada beribu yang saya saksikan.

Di atas pentas, seorang penyanyi wanita arab menyanyi sambil menari serta didampingi oleh penari-penari gelek berpakaian seksi. Dan siapa penontonnya? Ratusan lelaki arab yang semuanya berpakaian jubah serta serban tradisi putih. Mereka turut menari dan menyanyi. Seronok.

Jika fenomena itu saya lihat di Britain yang mana penontonnya berambut punk dan berwarna warni, saya tidak kisah sebenarnya. Itu memang natijah daripada gaya hidup yang menolak Allah. Tetapi fenomena ini saya saksikan di bumi anbiya' serta mereka itu berpakaian mengikut apa yang suatu ketika dulu Kekasih tercinta memakainya.. Mereka menggunakan bahasa yang sama dengan baginda dan wajah arab mungkin seiras..Tetapi, akhlak? na'uzubillah min zalik..

Berada di sini saya terjumpa segala jawapan yang selama ini saya cari..Mengapa Palestin masih belum merdeka? Kerana itu, CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.. Saya tidak kata siapa, tetapi pada diri saya sendiri.. Diri saya yang kian hilang syu'ur keprihatian saudara seislamnya.. Bagaimana tidak, tidak ada hebahan tetang khabar dari Palestin di sini, tidak ada bicara tentang Palestin di sini dan laman Palestin turut tidak boleh dijengah menerusi internet di sini (markaz lughah) kerana bilang sistem security, "terrorist and military". Di kaca-kaca televisyen, hanya hiburan yang mewarnai sehari-hari. Di syari' (jalan), manusia yang tidak merokok dianggap aneh dan hingga kini saya masih mencari pemuda-pemuda arab yang tidak ada putung rokok di celah jarinya. Minuman pepsi dan coca cola bagai hidangan air masak. Sehingga ada teman bicara, "Bila la nak mati depa ni, merokok pastu minum air gas macam air masak..". Sindiran yang ganas tapi itu yang benar.

Saya jadi malu. Hati ini nekad memilih Jordan kerana saya ingin berada hampir dengan alQuds, agar semangatnya lahir dan meresap dalam jiwa saya. Itu yang saya simpan dulu. Di Malaysia. Tetapi kini saya lihat, semakin lama saya di sini, semakin kurang pendengaran hati saya akan jeritan alQuds..

Doakan saya teman..

3 comments:

  1. Adikku.. kini kau tahu... apa yang kau perlu tahu... dan sungguh, masih banyak.. yg kita belum tahu, sehingga kita lalui sendiri..
    Adikku.. terimalah hakikat dunia ini sedang menuju kehancuran... lantas, kreatifkan fikiran, tingkat kan tenaga.. kuatkan jiwa.. untuk mencari celahan yang masih boleh kita manfaatkan.. dlam membina kembali Ummah ini..insya-allah..
    jangan sekali-kali putus asa.. kerana itu sifat orang tak beriman...
    teruskan.. teruskan..

    selamat berusaha lagi!

    wallahua'lam..wassalam.

    ReplyDelete
  2. Ada orang kata,bumi syam tu bumi berkat.nk buat baik sng,nk buat maksiat pun insya Allah dipermudah..

    ReplyDelete
  3. salam...
    Semuga iman semakin bertambah dengan melihat sendiri fenomena yg melanda masyarakat arab sekarang ini.
    Bukan saja di Jordan, ditanah suci Mekah al mukarrahmah sendiri pun telah di takluk oleh mereka, di bilik hotel para jemaah petik tv saja tengok apa nak tengok, kalau iman tak kuat hanggus belanja ribu-2 pergi umrah.
    Selagi mereka tak kembali kepada Al Quran dan sunnah, maka selagi itu pertolongan dari Allah swt tak akan datang.

    ReplyDelete

mohon pandangan.