Alhamdulillah..betapa penuh rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.a.w., pencipta dan penyusun kehidupan ini kerana setelah seminggu melalui kehidupan di bumi Urdun ini, akhirnya ketemu juga saya dengan internet!
Setibanya kaki menapak di bumi ashabul kahfi ini, sejuta perasaan menghimpit dan meronta-ronta untuk diluahkan sebagai perkongsian, tetapi apa kan daya setelah seminggu hari-hari yang penuh indah dan 'derita' itu berlalu baru hari ini berpeluang menatap kembali ruang siber yang sudah penuh bersawang. Dan sudah semestinya, semua kenangan yang ingin dikongsi itu turut 'ingat-ingat lupa'..
Sungguh. Di sini saya belajar banyak. Terlalu banyak. Mungkin sukar untuk saya berkongsi dalam post kali ini kerana saya hanya menumpang di rumah senior. Allah izin, sakan saya masih tidak boleh dimasuki internet atas sebab-sebab tertentu yang saya sendiri tidak tahu mengapa.
Doakan saya, sahabat..doakan saya..sungguh-ssungguh saya perlukan doakan kalian.. Kerana kadang-kadang terbit lintasan jahat, apakah benar jalan yang saya pilih ini? Terasa terlampau banyak yang perlu saya rempuh untuk meraih kemanisannya. Sungguh. Cukuplah Allah sebagai tempat ku mengadu dan berlindung..
salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah...hasna' dah selamat sampai,hati ini tertanya-tanya juga apa khabar org di sana? maklumlah tempatnya jauh.Semuga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup hasna' di rantau org.Sambutlah salam sayang dari kami sekeluarga utk hasna'.
salam ,
ReplyDeleteinsyAllah..
doa sy sentiasa brsma awk
(: