Thursday, September 17, 2009
solat terakhir..
Maaf kerana telah lama tidak mengemas kini post dalam blog ini..
Pagi tadi, saya, ibu dan adik menunaikan solat terakhir kami di masjid Syed Alwi, Kangar, Perlis sekaligus merupakan malam qiyam terakhir kami di sana..
Rasa sedih, rasa hiba dan rasa rindu untuk terus tidur dalam tubuh putih itu..Rasa ingin selalu berbuka puasa, baring-baring, qiyam seawal 2.30 pagi dan bersahur bersama makcik-makcik yang setia kami ketemu setiap malam..
Rasa ingin selamanya punya hati yang runtun dan pipi yang basah saat mendengar bacaan imam khas untuk solat malam..Rasa ingin selalu mendengar bacaan imam yang penuh penghayatan sehingga terbawa-bawa kepada mata yang bergenang..Sungguh. Cinta sang Pencipta sangat kuat di rumahNya..
InsyaAllah, petang nanti kami akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk beraya di rumah nenek. Kemudian pada hari raya pertama, iA kami akan bertolak ke Ipoh dan bermalam di sana. Menziarahi rumah kenangan, menziarahi ayah, dan menziarahi sahabat-sahabat lama di sana. Keesokannya iA kami akan bergerak ke Kedah, perkampungan ibu. Seterusnya bertolak pulang pada raya ketiga iA..Dan pagi raya keempat, kami akan berangkat ke Penang.
Doakan saya, sahabat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.