Wednesday, December 30, 2009
melahirkan anak itu amat payah..
Pasti ada yang aneh lagi bila menatap tajuk ini. Kenapala Hasna' sejak akhir-akhir ni suka pilih tajuk ni a? Saya tidak nafikan anggapan kalian.
Ya. Sejak akhir-akhir ini, saya suka berkongsi tajuk ini bersama teman-teman serumah. Hal ini kerana sudah banyak orang-orang di sekeliling menyuruh saya bernikah. Ibu, kakak, nenek dan rakan-rakan sekeliling.
"Balik ni, kawin sekali dengan kak yam ya.."
"Buat kenduri dengan kak yam senang.."
"Kalau Hasna' kawin, kita senang nak buat program.."
"Hasna' nikah dulu la nampaknya.."
Dan macam-macam lagi.
Sungguh. Sebenarnya saya hairan.
Umur saya masih muda. 18 tahun. Atau kalau mengikut kalendar hijrah, mencecah awal 19 tahun. Dan tingkah saya masih tidak jelas kematangan. Namun, saya mengaku, memang dalam hal-hal yang berkaitan Dakwah dan Tarbiyah, saya agak serius kerana hal itu memang memerlukan keseriusan dan bukan main-main. Tetapi itu tidak bermakna saya sudah cukup matang..
18 tahun. Usia muda dan kuat. Tidak seharusnya disibukkan dengan khayalan kosong. Dalam usia itu, Usamah Bin Zaid telah memimpin angkatan hebat Islam menentang Rom. Tetapi saya?
Saya masih tidak menyumbangkan apa-apa untuk Islam. Tidak ada apa-apa melainkan hanya secalit cuma. Atau hanya setitik berbanding 7 lautan luas.
Dan cita-cita saya besar. Saya mahu menjadi ibu kepada Muhammad al Fateh. Ibu kepada Salahuddeen. Dan ibu kepada Tariq Bin Ziyad.
Dan perjalanan saya masih mentah. Masih baru bermula. Dan masih terlalu lemah. Masih belum layak untuk itu. Masih banyak jahiliyyah yang berkarat. Masih banyak kemaksiatan yang bersarang elok.
Lalu untuk itu, saya mesti berusaha lebih. Saya yang harus mula dulu. Saya yang mesti bermujahadah melawan dunia sebelum mendidik anak merempuh keangkuhan kuffar. Dan paling penting, saya yang mesti dulu belajar untuk menjadi anak yang faham, patuh dan melapangkan ibunya sebelum saya berhajatkan anak yang sama untuk diri saya.
Sungguh. Melahirkan anak itu amat payah, apabila kita punya cita-cita besar. Tercapai atau tidak, itu di bawah aturan Allah.
Di sini, saya ingin berkongsi satu titipan dari seseorang yang banyak mengubah saya dalam melihat perjuangan dalam kaca mata sebenar.
"Ana harap Allah akan kekalkan kita di atas jalan DnT ini hingga akhir hayat sebab masih banyak lagi benda yang nak dilakukan untuk menolong agama Allah tambah pula kita nie diberi Allah kefahaman tetang Islam."
" ustz ******* ada pesan kat ana mengenai uzlah syu’uriyah tammah dalam masa kita nak menegakkan Islam supaya kita dapat melihat kejernihan Islam selepas kita mengikis semua jahiliyyah dalam diri kita."
Sungguh. Doakan saya teman semoga sentiasa istiqamah di atas jalan ini..
#5 Jan: periksa akhir markaz lughah
17Jan: periksa akhir kuliah.
Sunday, December 27, 2009
Impian yang menggunung..
Semalam saya berbual panjang dengan seorang teman akrab semenjak awal menjejak kaki ke bumi wakafan MATRI. Nakal sekali. Makan sekali. Tidur sekali. Basuh baju sekali. Bergaduh sekali. Belajar sekali. Dan semuanya sekali. Bersama-sama.
Jarak kami jauh. 9 jam perjalanan kapal terbang. Waktu kami berbeza. Jordan 6 jam lewat dari sana. Tetapi saya rasa kami dekat. Saya rasa kami bersebelahan cuma.
Bersembang dengan Aisyah pasti tidak dapat lari daripada membincangkan isu Baitul Dakwah. Saya selesa berkongsi dengannya. Dia turut mesra berbincang dengan saya. Sahabat baik.
Kami berbual menerusi taipan di kaca screen. Menggunakan ym sebagai wadah komunikasi.
Saya kongsi bersama dia mengenai cita-cita saya yang tinggi melangit. Saya mahu melahirkan anak sehebat Sultan Muhammad alFateh. Saya mahu membesarkan anak sehebat Salahuddin alAyyubi. Saya mahu mendidik anak sehebat Toriq Bin Ziyad.
Lalu untuk itu, saya yang mesti bekerja keras mulai sekarang. Saya harus selalu menetapi piawaian dan meneladani peribadi ibu kepada manusia-manusia hebat itu. Saya yang mesti fokus dan tegas dalam menuntun hati agar selalu bersih dengan Allah.
Sangat payah. Sangat susah. Sangat lelah. Namun untuk itu baru saya dapat melahirkan zuriat pembebas Palestina. Baru saya dapat mendidik anak pengangkat kembali kemuliaan Islam.
Saya tidak layak untuk itu. Saya tidak mampu. Tetapi biarlah anak-anak saya mampu. Biarlah zuriat saya layak untuk itu. Sungguh. Hanya itu cita-cita saya.
Saya kongsi lagi,mengenai kisah ibu Sultan Muhammad alFateh yang disampaikan oleh khatib Jumaat di masjid Jam'iah Yarmouk suatu ketika dulu. Semenjak dalam kandungan,
ibu beliau akan membawa anaknya yang masih belum wujud itu keluar dari istana, mengadap Kota Konstatinople, merasai angin jauh kota itu.
Setiap hari. Saya ulang. Setiap hari. Setiap hari ibu hebat itu akan membawa anaknya semenjak kecil sehingga menjadi kanak-kanak mumayyiz yang matang.
Beliau akan memagang tangan dan berkata:
"DAN ENGKAU ADALAH ORANG ITU"
Lalu untuk itu, saya mesti bersihkan diri dulu. Bersih dari kemaksiatan hati, akal dan pancaindera.. Saya harus selalu bersih daripada kekotoran dan daki-daki kefasiqan.. Saya mesti. Namun, cukup kuatkah saya?
Cukup tegarkah saya?
Cukup kukuhkah iman saya untuk selalu istiqamah?
Doakan saya teman..iA, saya turut mendoakan kalian agar sama-sama kita bisa membina keperibadian seperti apa yang Allah mahu..
Friday, December 25, 2009
poem yang mencubit hati..
Tadi saya berjalan sebentar di ruangan Pewaris.net. Santai sahaja.
Tetapi ada satu yang menarik minat. Satu yang mencuit. Satu yang menyental. Satu yang menyentak.
Puisi ringkas yang sesuai untuk saya. Saya yang baru mengenal dunia dapur. Puisi yang membakar lagi semangat saya untuk terus belajar. Belajar untuk menjadi 'ratu' di dapur. hehe..
Sungguh. Tidak kira anda siapa. Tidak kira anda sang pengatur. Tidak kira anda orang atasan. Tidak kira anda manusia koporat. Atau siapa-siapa pun anda. Suami anda tetap manusia yang perlu diisi perutnya. Ingat itu. (saya kata pada diri)
Doakan saya teman..
Thursday, December 24, 2009
Remaja itu Allah mahu..
Seperti biasa post ini untuk saya khususnya dan juga untuk kalian 'amnya..
Semalam, saya berbual panjang dengan ibu. Banyak kisah. Banyak cerita. Banyak teguran. Banyak nasihat. Banyak kekuatan. Banyak hikmah. Dan segalanya dapat saya simpan dalam kantong hati yang sudah lama kosong. Setiap butir bicara ibu umpama peluru yang menembaki tepat ke dada saya. Sungguh. Semuanya.
Sebenarnya saya rindu bicara itu. Saya rindu teguran itu. Saya rindu nasihat itu. Kerana sifat manusia harus selalu diperingat. Harus sentiasa dibentuk. Mesti selalu ditegur. Lebih-lebih bagi saya yang masih belum cukup matang untuk mengenal dunia. Yang masih muda untuk berdiri tanpa ada tongkat di sisi.
Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi bersama. Namun cukuplah dengan 2 saya kira.
1) Allah ciptakan ujian. Allah ciptakan kepayahan. Allah hidangkan kelelahan. Semua itu untuk membersihkan kita. Allah, Sang Pencipta lebih tahu jalan apa untuk membersihkan hati hambaNya. Jaga dan perbaiki hubungan dengan Allah dahulu. Jangan lihat pada masalah yang berlaku, jangan melihat pada manusia yang kita kira itu sebagai masalah, jangan lihat pada situasi yang kita kira itu menyesakkan Jangan lihat pada orang yang payah untuk kita ajak kepada kebaikan. TETAPI PADA HATI, PADA KEHIDUPAN DAN SETAKAT MANA HUBUNGAN SEMUA ITU DENGAN ALLAH.
Apakah sudah cukup bersih? Apakah sudah benar kita hadiahkan ibadah kita untuk Allah? Apakah sudah hati in selalu sujud, mengakui sifatnya yang sebenar-benarnya hanya HAMBA?
Titik paling penting ialah, apakah kita sudah cukup ikhlas dalam amal?
Bukan maksudnya, kita harus tinggalkan semua usaha kita selama ini untuk mengunci rumah, dan beramal serta menyediakan hati agar benar-benar iklhlas. Tetapi, dalam kita beramal, seharusnya semua itu lagi menguatkan hubungan hati dan rohani kita dengan Allah. FOLUSKAN DIRI ANDA DALAM MASA YANG SAMA, AJAKLAH..
2) Ibu berkongsi satu mafhum hadis. "Allah mencintai pemuda-pemuda yang tidak punya sifat keanak-anakkan."
Maksud hadis ini ialah, pemuda yang matang dan sudah faham tujuan penciptaannya pasti tidak punya waktu untuk minta dikasihi, minta difahami, minta dingongoikan, minta dilayani kerenah perasaannya dan semua yang berkaitan.
Tanya ibu: 'Umur berapa Usamah Bin Zaid menjadi panglima perang menetang kuasa Rom?"
Saya diam.
"18 tahun"
"Umur Hasna' sekarang ini"
"Apakah dia boleh memimpin angkatan tentera yang hebat jika dia bersifat keanak-anakkan? Jika dia selalu minta diberi perhatian, jika dia sellau minta difahami?"
Saat itu, saya rasa bagai masih belum bergerak keluar dari titik permulaan perjuangan. Saya rasa bagai tidak layak untuk melangkah ke syurga yang selalu diangan-angankan selama ini. Bagaimana mungkin sama jika mereka di hujung titik akhir Dakwah tapi kita belum lagi melangkah?
Tambah kakak,"apa yang awak lalui sekarang ini hanyalah di bibir-bibir dakwah. Belum lagi makna sebenar Dakwah."
Sungguh. Sebenarnya masih punya jutaan kelemahan yang ada dalam diri yang mesti dikikis untuk benar-benar saya mencapai tahap yang Allah hajatkan. Saya mesti ingat itu.
Semoga Allah membersihkan saya. Semoga Allah membantu saya untuk berada hampir denganNya.
Sungguh. Cita-cita saya besar, tetapi mampukah tercapai dengan segala kelemahan yang masih merantai kaki ini?
Doakan saya teman..Sungguh-sungguh..
Wednesday, December 16, 2009
Saya, Iman dan hati..
Sungguh. Saya punya banyak cerita sebenarnya untuk dikongsi. Tetapi entah kenapa, jari ini berat benar untuk menulis. Setiap kali cuba menyentuh kekunci papan, hati rasa hambar. Ya. Sepertimana yang pernah saya coretkan sebelum ini, saya tidak mampu menulis tanpa lahir dari hati. Kerana saya sedar bahawa saya menulis bukan untuk tatapan manusia sebenarnya tetapi untuk tatapan hati saya.
Sungguh. Setiap bait ini harus lahir dari bicara hati saya. Harus lahir dari kantung fikiran saya. Saya pegang itu. Kerana tujuan utama saya menulis blog ini adalah sebagai tempat untuk saya muhasabah diri kembali, sebagai tempat saya mencari air ketika haus, sebagai telaga ketika iman saya kontang dan sebagai dapur ketika saya lapar (",)..
Justeru, saya memohon maaf bagi pembaca yang hadir ketika mana saya tidak menulis. Semoga kalian mendapat manfaat.
Doakan saya teman. Semoga hati dan iman kita sama-sama sentiasa terjaga..Sungguh. Saya takut andai kenikmatan air mata, kemanisan khusyuk dan ketenangan hadirnya Allah dalam setiap urusan itu hilang.. Saya cukup takut itu.
*doakan saya imtihan kedua 24hb ni..hari tu punya imtihan tak dapat lagi keputusan.
*iA Sabtu ni saya pergi ke rumah Naheel bersama Hadeel dan Albab.
Friday, December 11, 2009
2012
2012.
Filem yang sibuk diperkatakan oleh banyak orang.
Dan saya telah diizinkan Allah untuk menontonnya secara online. Hati saya tergerak kerana mendengar komen bahawa filem itu menyangkal kehebatan dan kekuasaan Allah yang merajai hari pembalasan.
Sungguh. Dasar musuh Islam meracuni minda ummah.
Sepanjang menontonnya sehingga selesai, apa yang boleh saya tekankan di sini ialah mereka yang mereka filem itu berhajat benar untuk melawan susunan Allah. Mereka fikir mereka sudah cukup hebat untuk menidakkan aturan Allah. Mereka angkuh untuk mendepani janji Allah yang pasti.
Bermula dengan angka 2012.
Apakah pernah Allah membicarakan akan waktu hari kebangkitan itu? Sedangkan Rasullullah s.a.w. sendiripun tidak pernah dikhabarkan tentangnya. Dan ketika kaum Quraisy sibuk mengejek apabila Rasullullah tidak dapat menjawab pertanyaan mereka tentang bilakah datangnya hari kiamat itu, lalu Allah turunkan pujukan dari langit mengatakan bahawa, "tugas kamu hanya menyampaikan wahyu. Urusan kapan datangnya hari kiamat adalah di tanganKu.."
Sungguh. Perhatikan sekeliling anda dan ambil pedulilah. Kerana isu ini adalah isu akidah.
Kemudian sepanjang penceritaannya, digambarkan bahawa mereka tidak meyakini akan tibanya hari kiamat. Mereka cuba saling menenangkan antara satu sama lain bahawa mereka akan selamat. Mereka tidak meyakini akan adanya hari kebangkitan semula selepas semuanya dimatikan.
Dan di penghujung cerita, digambarkan bahawa manusia bijak untuk melawan kuasa Pencipta. Mereka bina sebuah bahtera besar seakan-akan bahtera nabi Nuh a.s. dan haiwan-haiwan dimasukkan berpasang-pasangan serta manusia terpilih daripada pelbagai kaum dan agama. Dan akhirnya, yang ada di dalam bahtera itu semuanya selamat daripada (kononnya) kiamat itu.
Bukankah itu satu cerita yang sengaja untuk menunjukkan betapa bongkak dan angkuhnya mereka?
Sejujurnya, jika dilihat daripada kaca mata seni perfileman, 2012 memang sebuah filem yang sangat menarik, dramatik, suspens, jalan cerita yang mendebarkan, klimaks yang mencabut jantung, penambahan unsur komputer yang nyata dan 1001 lagi pujian yang layak diberikan kepada produksi.
TETAPI KITA BINCANG SOAL AKIDAH. KITA BINCANG TENTANG RANCANGAN LICIK KUFFAR YANG BENCI KEPADA ISLAM. KITA BINCANG TENTANG KEANGKUHAN DAN KEBIADAPAN MEREKA YANG CUBA MELAWAN KUASA ALLAH.
KITA BINCANG TENTANG ITU.
Justeru teman. Mereka laju bergerak. Kita bagaimana? (saya tanya pada diri)
Palestin sentiasa ada..
Sejarawan Yahudi: Tidak Ada Namanya "Bangsa Yahudi" dalam Sejarah
[ 10/12/2009 - 01:08 ]
Yerusalem – Infopalestina: Sejarawan Yahudi, Shalomo Sand, dosen di University of Tel Aviv, menampik adanya jejak keberadaan apa yang disebut "Bangsa Yahudi" dalam sejarah. Dia menegaskan bahwa "Israel" terlahir atas perampasan tanah warga asli tahun 1948.
Hal tersebut dinyatakan Sand pada seminar yang diselenggarakan Selasa malam di Brussel, seperti dikutip kantor berita Franz Pers. Sand mengatakan kemungkinan bahwa orang-orang Hamas adalah keturunan Daud, jauh lebih mungkin daripada kemungkinan saya adalah anak cucunya. Dia menilai bahwa"bangsa Yahudi datang dari Alkitab; artinya itu adalah suatu hayalan yang diciptaan secara fantastis.
Dia menegaskan dirinya tidak dapat menemukan di perpustakaan kampus, yang berisi ribuan buku, satu buku pun tentang sejarah yang berbicara tentang sejarah Yahudi, atau apa yang disebut tawanan Yahudi dari Palestina.
Sand kembali menegaskan dalam bukunya "Bagaimana Bangsa Yahudi Diciptakan?" – yang menimbulkan keributan setelah diterbitkan – menyangkal keberadaan apa yang disebut bangsa Yahudi. Dia menilai itu hanyalah sebuah mitos yang dibangun di atasnya negara penjajah.
Sand mengatakan, negara (Israel) lahir karena perampasan tanah warga asli Palestina tahun 1948. Dia, "Saya bukan Zionis." (seto)
Kelmarin Allah telah mengizinkan lagi untuk saya menyaksikan penyiksaan ke atas saudara saya di Palestin sana. Pedih. Hati ini bagai dikoyak. Sungguh. Saya meraung melihat saudara saya sengaja dilenyek dengan kereta sebanyak 3 kali oleh rakyat Yahudi Laknatullah.
Saya bayangkan dia adalah abang yang sangat saya kasihi. Yang saya hajatkan kesejahteraan ke atasnya. Yang saya doakan kebahagiaan ke atasnya. Tetapi apa yang telah berlaku?
Mata ini masih terbayang melihat tubuhnya digilis. Bukan sekali tetapi 3 kali! Sengaja yahudi (semoga dia dan ahli keluarganya dilaknat Allah) itu mengundur keretanya semula dan melenyek tubuh yang telah terbaring lemah. Sebelum itu dia telah ditembak sebanyak enam kali!
Kejadian itu disaksikan oleh orang-orang yahudi dan juga beberapa tentera zionis (semoga Allah binasakan mereka semua) namun seperti mana busuknya hati si pemandu itu, samalah busuknya dengan hati-hati mereka semua. Sebelum itu, senang untuk saya maklumkan bahawa itu bukan berlaku 10 tahun atau setahun yang lalu tetapi cuma beberapa hari yang lalu.
Sungguh. Sampai kapan kita mahu biarkan Palestin menderita?
Duduk dan hidup di sini banyak membuka mata saya bahawa Islam tidak akan kembali mulia selagimana ummahnya tidak rasa mulia memiliki Islam.
Ya. Majoriti yang ada di bumi Jordan ini adalah berasal dari Palestin dan semestinya sebangsa dengan mereka. Namun apa yang nampak di sini, seolah-olah mereka dan Palestin itu ibarat antara 2 planet yang berjauhan. Ibarat antara 2 dimensi dunia. Seolah-olah mereka tuli, pekak dan dungu. Maaf. Saya menggunakan bahasa yang agak keras kerana saya kira memang layak untuk mereka.
Wajah. Sosok tubuh. Bahasa. Gaya pertuturan. Dan yang paling penting akidah yang sama sewajibnya mengukuhkan sikap persaudaraan dan keprihatinan yang tinggi terhadap saudara-saudara mereka di Palestin sana. Tetapi itu tidak berlaku sama sekali.
Ketahuilah teman bahawa isu Palestin bukan isu bermusim tetapi adalah isu akidah yang harus selalu menjalar dalam tubuh ummah setiap saat.
Semalam, saat saya menonton televisyen (siaran Hamas), dan dapat menyaksikan secara langsung satu majlis meraikan orang-orang cacat akibat peperangan dan mereka masing-masing dihadiahkan oleh kerajaan Hamas kerusi roda elektronik. Sangat tersentuh dan terharu dapat menyaksikan wajah ketua mujahidin Ismail Haniyeh secara langsung. Sungguh. Mereka adalah manusia terpilih.
Dan bukan itu yang ingin saya coretkan di sini. Apa yang hajat saya kongsikan ialah kata-kata Ismail Haniyeh yang telah mencarik jantung ini sehingga melahirkan air mata cemburu terhadap mereka. Sungguh-sungguh.
Kata Ismail Haniyeh lantang:
"أنتم مكرمون في كتاب الله. أنتم مكرمون في سيرة النبويّة"
Allah..Bukankah itu benar? Bukankah bangsa Palestina sedang mengulangi kembali sejarah yang pernah dilalui oleh sahabat-sahabat semasa zaman nubuwwah dahulu?
Wahai diri, apakah sudah cukup bantuan yang kamu hulurkan untuk kemulian Islam?
Apakah kamu yakin bahawa syurga itu masih punya ruang untuk dirimu sedangkan mereka itu beribu kali ganda lebih baik dan mulia daripada kamu? Apakah kamu fikir Allah akan pandang sama?
Saya mengajak diri ini dan teman yang turut sama saya hajatkan kebahagiaan diri kalian, semoga kita sama-sama membaiki diri agar kita turut tergolong dalam golongan yang beruntung itu.. Cemburulah dan berlumba-lumbalah untuk beramal dan berkorban demi kemuliaan Islam.
Ya Allah, semoga aku dan zuriatku nanti tergolong dalam golongan pembebas Palestina. Amen..
Tuesday, December 8, 2009
Allah pandang itu..
Saya titipkan coretan ini khusus untuk diri yang tampak semakin hari semakin luntur Tarbiyah Dzatiyahnya. Yang semakin hari, semakin senang dengan dunia. Yang semakin hari, semakin gembira mengintai indahnya alam remaja biasa.
Sungguh. Bagaimana mungkin jiwa mampu terbang merdeka ke angkasa jika kakinya terikat dengan rantai besi dunia?
Saya titipkan kalimah-kalimah ini buat hati yang selalu merintih akan payahnya merempuh arus lawan dunia. Kepada hati-hati yang bergeletar derita untuk terus hidup dalam suasana indahnya manusia biasa hirup. Buat jiwa-jiwa yang selalu menangis mengadu kepada Sang Pencipta akan betapa susahnya membendung jiwanya daripada condong kepada syahwat (kelazatan) dunia dalam kondisi manusia lain enak menikmatinya..
Saya utuskan bicara ini buat saya dan kalian yang sama-sama sedang menongkah kehidupan remaja..
Manusia tetap manusia. Manusia tidak akan selama-lamanya pernah menjadi malaikat yang tidak punya nafsu dan keinginan. Manusia tetap manusia yang diciptakan Allah punya kehajatan dan punya kecenderungan.
Tidak akan ada manusia yang boleh mengaku bahawa jiwanya putih daripada dunia. (melainkan salafussoleh, tabi' serta tabi'iin. Justeru, yang saya maksudkan di sini ialah manusia hari ini)
Tidak akan ada sama sekali. Lebih-lebih lagi saat kita baru melangkah di awal kehidupan dunia. Di awal kematangan umur..
Dan Allah sengaja menjadikan dalam usia ini wujud bermacam-macam kelazatan dan keenakan yang sememangnya memenuhi kehendak jiwa dan nafsu kita. Sungguh. Allah ciptakan jiwa kita ketika ini senang untuk bergelora dan bergelojak. Senang untuk turun dan naik bagai ombak ganas di lautan dalam. Allah sengaja tumbuhkan dalam hati agar cenderung kepada cinta dan perasaan. Allah sengaja suburkan dalam jiwa agar kita suka kepada sesuatu yang menyenangkan nafsu. Allah wujudkan dalam hati perasaan mudah tertarik dengan hiburan. Perasaan cintakan kehidupan khayalan yang angan-angan cuma..
Namun wahai diri,
Persoalannya, apakah Allah ciptakan semua itu dengan sia-sia?
Adakah Allah sengaja wujudkan semua itu dalam hati dan jiwa kita hanya sebagai suka-suka?
Atau apakah Allah sengaja menyusahkan kita dengan menggariskan pula batas-batas yang berlawanan dengan apa yang ada dalam jiwa kita?
Apakah semua itu sengaja untuk menyusahkan remaja mukmin yang faham dan yakin denganNya?
Apakah semua itu hanya untuk membiarkan kita rasa keseorangan dalam masyarakat yang rakus menari mengikut rentak dunia?
TIDAK WAHAI DIRI, TIDAK WAHAI TEMAN YANG SAMA KUHAJATKAN AGAR FAHAM BETAPA ALLAH ITU PENUH DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG..
ALLAH TIDAK AKAN BIARKAN KITA..
WAHAI REMAJA MUKMIN,
WAHAI PEMUDA MUKMIN,
WAHAI PEMUDA YANG HATINYA MENDERITA UNTUK TERUS HIDUP DALAM DUNIA KERANA TAKUT KEPADA ALLAH,
WAHAI JIWA YANG SELALU MERINTIH MENANGIS KERANA KEKHUATIRANNYA DARIPADA JATUH KE DALAM JURANG KEMAKSIATAN,
WAHAI HATI YANG PEDIH MEREMPUH DUNIA YANG BERLARI DARI ARUS LAWAN,
KETAHUILAH KALIAN,
ALLAH PANDANG ITU..
ALLAH PANDANG KALIAN..
ALLAH PANDANG JIWA-JIWA KALIAN..
ALLAH PANDANG HATI DAN AIR MATA KALIAN..
ALLAH PANDANG SUARA HATI KALIAN YANG MERINTIH ITU..
ALLAH DENGAR DAN MELIHAT SEMUANYA..
KITA TIDAK PERNAH BERSENDIRIAN..
ALLAH BERADA HAMPIR..
KETAHUILAH,
ANTARA 7 GOLONGAN YANG BAKAL DINAUNGI SYAFA'AT
KETIKA SEMUA MANUSIA MERAUNG KETAKUTAN,
KETIKA SEMUA MANUSIA BERHAJATKAN KEHIDUPAN KEDUA,
ADALAH PEMUDA-PEMUDA YANG (TEGAR BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN) HIDUPNYA SENTIASA MENTAATI ALLAH..
SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA PENCIPTA..
SENTIASA MENANGIS KERANA TAKUTKAN NERAKANYA..
BUKANKAH ITU BERITA GEMBIRA WAHAI HATI?
Allah sentiasa pandang akan kepayahan kita menuntun kembali nafsu yang berlari ke arah dunia. Sungguh. Allah sentiasa ada ketika air mata tumpah bukti hati yang menderita.
Saya selalu kongsi bersama adik-adik di MATRI, sama ada mereka adik halaqah atau pelajar-pelajar saya akan satu gambaran betapa Allah suka melihat pemuda-pemuda yang mengulangi taubatnya.
Saya ambil contoh gambaran robot yang diciptakan oleh seorang pereka. Pereka ini telah 'set'kan dalam program robot tersebut agar mencintai air. Tetapi apabila selesai proses penciptaan tersebut dan robot itu telah di'hidup'kan, pereka tersebut telah memberikan buku panduan yang memberi amaran keras agar robot tersebut menjauhi air. Robot tersebut tidak dibenarkan sama sekali menghampiri air lebih-lebih lagi bermain dengan air kerana itu akan merosakkan system tubuh badannya.
Apa yang akan terjadi pada robot tersebut? Seperti manusia yang telah diwujudkan rasa cinta kepada kelazatan dunia, robot ini akan menghampiri air saat dia terleka tetapi ketika dia tersentuh di permukaan air, dia teringat akan larangan tuannya, lantas dia terus berlari jauh dan lekas-lekas meminta ampun dengan penuh penyesalan. Namun kemudian, ketika dia terlupa kembali, dia akan mengulanginya dan selepas tersedar dia akan berlari jauh semula dan berulang meminta ampun daripada tuannya. Kerana apa dia selalu mengulangi kesalahannya? Kerana itu adalah apa yang disetkan dalam program penciptaannya.
Saya tanya kepada mereka. Apakah pandangan tuan tersebut kepada robotnya?
"comel la gaya robot tu.." ada sebahagian akan berkata demikian sambil ketawa terhibur. Saya senyum.(sebenarnya mereka maksudkan gaya penceritaan saya yang melakonkan watak robot tersebut)
"Kenapa comel?" Saya soal mereka kembali.
"Sebab dia duk lari minta maaf walaupun dia buat balik bila dia lupa."
"Lagi?" Sengaja saya suka mendengar suara mereka.
"tuan dia mesti suka sebab dia ikut cakap walaupun itu memang dia suka".
"Alhamdulillah, itula point yang kak Hasna' nak ceritakan dekat sini..".
Ya. Itulah maksud yang ingin saya sampaikan. Betapa Allah selalu mencintai hamba-hambaNya yang mengulangi taubat. Dan ingatlah, Allah lebih mencintai pemuda-pemuda yang mengulangi taubatnya.
Kerana apa? Kerana Allah ciptakan jiwa pemuda suka kepada syahwat tetap ada sebahagian yang berusaha keras untuk menolaknya. Lalu, tidakkah Allah pandang itu? Tidakkah Allah pandang kepayahan, kesuasahan dan pengorbanan yang telah pemuda tersebut bayar semata-mata berhajatkan syurga Allah?
"Islam itu bermula dagang (asing) dan akan berakhir dengan asing juga. Maka berbahagialah orang-orang yang terasing itu"
Doakan saya teman..
Sunday, December 6, 2009
Gambar rehlah..
Saya lupa untuk berkongsi bahawa sebahagian bangunan pertahanan ini telah dihancurkan oleh tentera Monggul semasa mereka menyerang kerajaan Islam suatu ketika dulu.
InsyaAllah, Islamkan gemilang kembali
Doakan saya teman, semoga tegar dan istiqamah di atas jalan ini..