"hasna' jarang cerita tentang ayah..", perasan teman-teman.
Dan apabila saya menyelak kembali tulisan-tulisan, diakui memang benar bahawa sangat tidak ada saya nukilkan kisah ayah. Mungkin ada cuma satu dua, tampal-tampal dalam beberapa coretan tetapi tidak sekhusus tulisan-tulisan saya buat belahan jiwa, bonda.
Tidak dinafikan mungkin atas faktor saya cuma sempat hidup bersama ayah selama 13 tahun dan jika dihitung dalam 13 tahun itu, mungkin sebenarnya berbaki cuma beberapa tahun akibat tuntutan kerjaya ayah.
Tidak banyak yang saya kenal ayah. Jujur. Tetapi semenjak akhir-akhir ini, sedikit demi sedikit saya kuis catatan hidup untuk menyelami perasaan ayah selama 44 tahun beliau sempat bernafas di atas muka bumi ini.
Dan itu membuatkan suatu perasaan halus muncul.
Ayah: Beberapa Perkara Yang Saya Cinta.
"Macam mana hasna' boleh terlalu suka dengan sejarah?".
"Macam mana hasna' boleh suka baca benda-benda fakta macam ni?"
"hasna' ni macam wikipedia la.."
Selalu orang bertanya perkara-perkara begini walaupun hakikatnya gambaran mereka itu hanyalah hyperbola. Lantaran banyak lagi orang lain yang lebih berganda wikipedianya.
Hobi Pembacaan Kajian, Fakta Dan Sejarah.
apabila kita terdidik melihat kengerian peperangan,
secara langsung membuatkan kita memahami situasi saudara yang sedang
berada dalam konflik itu.
Sungguh. Ayah yang saya kenal sangat mempengaruhi saya hari ini. Terutamanya dari sudut kecintaan kepada sejarah.
Teringat dahulu, kami membesar dengan filem-filem perang, tokoh, peristiwa sejarah dan dokumentari fakta. Kami akan tonton bersama dan ayah akan ceritakan serba sedikit catatan yang berlaku. Jika ada propaganda, ayah akan jelaskan agar kami tahu pihak mana yang benar. Dari effect lakon layar yang hidup itulah membuatkan kami semangat untuk membongkar buku-buku mencari kisah panjang.
Selain dari menjadi salah satu aktiviti keluarga yang sempat ayah luangkan bersama kami, aktiviti ini juga mendidik kami untuk menyelami suasana penting yang terlipat dalam catatan dunia.
Teringat antara movie yang pernah mewarnai hidup kami ketika kecil, The Patriot: Kisah rakyat Amerika bangkit menentang penjajahan British. Saving Private Ryan: Kisah seorang sarjan dan batalionnya dalam suasana Perang Dunia II. Full Metal Jacket: Kisah kesan Perang Vietnam kepada psychology tentera. Black Hawk Down: Kisah konflik di Somalia. Enemy At The Gate: Kisah perang antara Rusia dan German yang berlaku Stalingrad dan merupakan antara catatan penting dalam sejarah peperangan tersebut. Behind The Enemy Lines: Kisah pembongkaran pembunuhan beramai-ramai rakyat Bosnia.
Selebihnya saya dah lupa. ^^#.
the most incredible sharpshooter who I admire him most
-Barry Pepper (Private Daniel Jackson dalam Saving Private Ryan)-
*Kisah-kisah ini mewarnai kami di waktu malam manakala di waktu siang, hanya Teletubbies dan Magic English yang setia di kaca television. =) Pertembungan antara idea dewasa dan jiwa kanak-kanak.
Teringat perbualan bersama ayah sentiasa berisi fakta. Jarang atau mungkin tidak pernah saya mendengar ayah bercerita kosong merapu.
Malah ayah sangat ambil tahu tentang sesuatu kejadian. Teringat jika berlaku sesuatu peristiwa, maka ayah akan mencari segala catatan dan fakta yang berkaitan dengannya seperti semasa peristiwa perang Maluku-Ambon dan peristiwa DSAI pada 1998.
Penuh kertas-kertas print yang diambil dari catatan-catatan internet di library rumah. Berkotak. Tidak terkecuali buku-buku perundangan dan kehakiman malah buku laporan penuh siasatan juga ayah beli.
Dari situ saya belajar betapa apa itu 'cakna'.
Hobi Menghargai Tapak Sejarah.
Memandangkan waktu kami bersama ayah sangat kurang, maka setiap kali cuti sekolah kami akan 'dipaksa' mengikuti ayah out-station dan berperap di dalam hotel.
Namun ayah tetap akan mencuri waktu untuk membawa kami ke muzium di setiap tempat kami pergi. Malah pernah ayah bersungguh-sungguh membawa kami ke tapak-tapak archaeology semata untuk kami lihat dan merasai suasana lampau dan menghargainya.
Teringat ketika kami menziarahi rumah saudara di Kedah (saya tidak ingat tempat spesifik), dan ayah mendapat tahu di sekitar itu ada pintu gerbang yang pernah digunakan oleh Kesultanan Melayu Kedah, ayah sanggup mencari pusing-pusing pekan tersebut.
Dan akhirnya kami menemuinya. Hanya baki gerbang yang tertinggal dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang lain. "kenapa mereka tak jaga baik-baik..", keluh ayah. Kami yang masih kecil hanya merungut-rungut di belakang kerana terpaksa mengikutinya semata ke tempat yang kosong. ^^#.
Namun kesannya sangat besar. Setiap kali menyelak buku teks sejarah yang menceritakan sejarah-sejarah kerajaan lama di Tanah Melayu, kesan-kesan Kerajaan Islam Melayu, tinggalan-tinggalan sejarah penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun, maka akan terlintas, "dah pernah pergi tengok dan dah tahu sejarahnya yang besar..". =)
Determind dan Bersungguh.
Ayah yang saya kenal sangat fokus dan bermatlamat. Sekali ayah menyebut perancangannya, maka ayah memang akan fokus bekerja ke arah itu. Dan paling penting ayah tidak pernah berputus asa.
Mungkin di sudut kerjayanya, tidak perlu diceritakan kerana semua orang yang pernah bekerja bersama dan di bawahnya telah selalu memuji. Malah dalam kalangan 15 orang engineer dalam syarikat gergasi Taiko, hanya ayah seorang melayu (chinese-malay juga) dan menjadi antara kesayangan Tan Sri Lee. Menurut kawan ayah, memegang jawatan General Manager di usia 29 tahun dalam sebuah syarikat besar bangsa cina adalah sesuatu yang sangat-sangat jarang berlaku.
Dan ayah telah membuktikannya.
Tentang kesungguhan ini, ada satu kisah ayah yang membuatkan saya akan sebak setiap kali teringat semula.
Ayah mula mengenal alQur'an dalam zaman mahasiswa. Bertatih ayah belajar. Menulis huruf rumi di atas tulisan arab lantaran ayah tidak mampu membaca tulisan jawi. Belajar mendengar kaset-kaset bacaan alQur'an Imam-Imam Masjid Haramain dan mengikutinya rangkak-rangkak.
Sehinggalah ayah punya anak-anak dan menjadi imam kami. Meski tahu bacaannnya agak tidak lancar namun ayah telah berusaha. Sehingga ketika abang mula memasuki MATRI dan pulang dengan hafalan-hafalan serta bacaan yang baik, ayah senang bermakmumkan abang.
Apabila teringat semula, sangat jelas kegembiraan ayah apabila seorang demi seorang anaknya pulang dari MATRI dan menjadi lebih baik.
Dan saya tahu, ayah sentiasa bersungguh untuk belajar menjadi ayah yang baik meski ada jatuh bangunnya. Bukankah manusia itu tidak sepi dari kesilapan? Teringat ayat yang selalu ayah sebut,
"ayah nak anak-anak ayah menjadi muslim yang lebih baik dari ayah.."
Janji. Akan nurul kotakan harapan ayah insyaAllah.
Penutup: Saya Hanya Ada Seorang Ayah.
Meski siapapun ayah, ayah tetap ayah saya, datuk kepada anak-anak yang bakal lahir dari rahim ini. Semoga saya dikuatkan Allah untuk menjadi hambaNya yang bersih, anak yang solehah serta muslim yang bermanfaat agar mampu menghadiahkan ayah ganjaran syurga yang terbaik insyaAllah. Paling penting, semoga generasi demi generasi yang bakal lahir terus terdidik dalam didikan Iman dan Islam agar kebaikan ayah terus mengalir insyaAllah.
Dan Allah menggerakkan jari jemari ini untuk menulis, mungkin desakan dari hati yang jujurnya tidak dapat menipu, setelah 8 tahun berlalu bahawa saya rindu seorang lelaki untuk saya dan adik berlari ke muka pintu setiap kali menyambut kepulangannya dari pejabat dan memeluknya sambil menyanyikan lagu Magic English, "daddy, daddy, hello daddy..We love you !"
T_T
Orang beritahu, muka saya banyak ikut muka ayah.
Mungkin. Dan orang beritahu kalau anak perempuan ikut muka ayah, sejuk perut.
*angkat bakul*
nota kaki:
-3 post tentang ayah:
Entri Istimewa: Ayah I
Entri Istimewa: Ayah II
Saya rindu ayah.
-deactivate dari dunia FB buat sementara. Mencari kembali hati yang hilang. Harap tidak menyusahkan orang kerana baru 2 hari sudah ada yang bertanya, "hasna' deactive fb ke?".
-doakan exams 13hb, 17hb, 22hb dan 2 paper pada 23hb Mei.
-Minggu ini agak sedikit kabut dan mendung. Mungkin kesan homesick. Namun Allah hantar sapaan peringatan petang tadi, "Kita bukan milik kita, kita milik Allah..".
Langsung jadi diam. Bermakna memang selalu dan sentiasa perlu menjadi muslim yang produktif.
-Meeting pencerahan pendetailan pagi tadi bersama Timb Ketua Helwi dan Timb Pengerusi PINTAR yang baru membuatkan rasa sebak hadir.
Namun amanah masih tergalas sehingga tamat bulan 7 insyaAllah.
- personally, I donnot ask Him for a fine man to be my husband, but I do ask Him for a fine man to be a father of my kids, insyaAllah..
May He makes my du'a real, ameen.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.