"perempuan macam ni la..tahu memberontak sahaja. Ikut emosi. Tak ada akal. Agama pun kurang..Kan dah sesat".
Baik. Sebelum apa-apa, saya mahu bertanya dahulu,
"Revolusi Arab tercetus kerana apa? Rakyat bangkit kerana apa? Berlaku pergulingan kuasa kerajaan kerana apa?"
Jawapannya banyak tetapi merangkumi perkara yang sama. Ketidakadilan. Kezaliman. Penindasan. Ditekan. Hak dicabuli. Diskriminasi. Suara dibenamkan. Dan lain-lain.
Fitrah bukan?
Manusia akan bangkit memberontak apabila terasa diri dicengkam dan ditindas.
"Tetapi.., mengapa mesti memilih sekularisme?"
Baik.Saya mahu bertanya semula,
"Jika sebuah negara yang berlaku tunjuk rasa itu dibanteras secara kejam oleh pemerintah negara tersebut dan mereka menjerit melolong memanggil negara-negara lain untuk datang membantu, namun tidak ada seorang pun yang tampil, yang datang hanyalah NATO dan Amerika Syarikat. Dalam keadaan genting dibunuh sebegitu, apakah anda kira mereka akan menolak bantuan tersebut? ".
Begitu jugalah mereka. Ketika mereka membesar dalam keadaan wanita tertindas atas nama 'Islam' yang dirosakkan oleh muslim yang tidak mengamalkan Islam secara syumul dan sempurna, mereka berusaha mencari dan menyelongkar atas dasar menuntut keadilan. Namun terus ditekan dan dalam masa yang sama ideologi luar datang menghulurkan 'resolusi'.
filem wajib tonton untuk mengetahui bagaimana feminisme boleh terbentuk hasil golongan
agamawan yang zalim
(amaran: cerita ini mengandungi agenda yang tidak baik. Saya berlepas tangan jika anda menontonnya)
Maka, apakah kita mahu menyalahkan rakyat yang menerima 'bantuan' itu atau kita mahu menyalahkan negara-negara jiran yang membisu?
Sejarah Ringkas Feminisme Dan Islamic Feminisme .
lambang feminisme.
Sejarah feminisme bermula dengan 3 gelombang. Tercetus dari kalimah 'feminisme' pertama oleh Charles Fourier pada tahun 1837. Antara yang diperjuangkan ialah tuntutan hak perlindungan perempuan dari kekerasan rumah-tangga, gangguan seksual dan perkosaan, persamaan hak perempuan dalam bidang pekerjaan dan sebagainya. Sebahagian besar pemikir ideologi ini terdiri dari golongan wanita berpendidikan.
Selepas Perang Dunia I, para wanita lebih terdedah kepada keyakinan bahawa mereka mampu menjadi sebahagian daripada masyarakat apabila terlibat dalam sektor-sektor negara sepanjang ketiadaan sebahagian besar kaum lelaki yang pergi berperang dan terbunuh.
Gelombang kedua berlaku selepas Perang Dunia II di mana bermulanya kuasa ekonomi Kapitalisme yang merendah-rendahkan nilai wanita. Kesannya, wanita-wanita bangkit menentang kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu membantu dalam pentadbiran pengurusan negara, ekonomi, politik, agama dan rumahtangga.
Dan tercetus gelombang ketiga yang lebih bersifat global dan akhirnya sehingga ke hari ini sedang berlangsung gelombang keempat.
Sejarah lanjut, boleh rujuk History of Feminisme.
Islamic feminisme atau lebih gemar untuk saya sebut sebagai Secular Feminisme kerana Islam hakikatnya memuliakan wanita dan tidak ada apa yang perlu diubah dalam mana-mana bahagian di dalam Islam. Yang WAJIB diubah adalah mentaliti, sikap dan perlaksanaan muslim itu sendiri.
Kesan dari gelombang-gelombang feminisme barat ini, maka tersebarnya ideologi 'Islamic Feminisme' di negara-negara Timur Islam bermula sekitar abad ke 19 dan 20.
Bacaan lanjut berkenaan Islamic (Secular) Feminisme.
Punca Secular Feminisme.
Saya lihat isu feminisme ini berpunca dari 2 perkara yang berbeza. Sama ada dari ideologi logik akal yang mengarut atau dari perlaksanaan Islam yang salah oleh masyarakat muslim itu sendiri.
Punca pertama sememangnya ditolak dan perlu dibanteras kerana logik akal manusia jika tidak dihalang, maka akan menjadi cetusan pegangan yang porak peranda.
Itu lumrah. Idea yang difikirkan atas dasar nafsu bukan sahaja berlaku pada wanita tetapi juga pada lelaki.
Dr. Amina Wadud
Ideologi-ideologi merepek ini yang membawa kepada tafsiran-tafsiran ayat alQur'an yang jauh tersasar dan pertikaian terhadap hukum-hukum Allah.
Manakala punca kedua itu yang perlu kita teliti dan dalami permasalahan-permasalahannya agar dapat kita cari dan gali kerosakan untuk membuangnya habis, sekaligus mengembalikan masyarakat kepada fitrah Islam yang sebenar.
Jika kita tidak menyelamatkan punca kedua ini, maka punca pertama tadi yang akan datang menghulurkan 'bantuan'.
Irsyad Manji
Keadilan Islam Yang Tertimbus.
catatan sejarah Irsyad Manji
Tidak hairan dia menuntut 'keadilan'.
Tidak hairan dia menuntut 'keadilan'.
Banyak isu yang menjadi faktor wanita-wanita muslim ke hadapan menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap perlaksanaan sistem Islam (saya ulang, PERLAKSANAAN) dan mentaliti yang mendidik cara masyarakat berfikir.
Antara isu yang sangat perlu kita ubati dalam masyarakat muslim di seluruh dunia:
1) Isu Rumah tangga dan Keluarga.
Para suami selalu merasakan bahawa mereka ada kuasa Tuhan dalam keluarga. Memang tidak dinafikan ada dalil dari hadis Rasulullah s.a.w,
Namun MESTI kembali semula kepada syarat ketaatan isteri kepada suami tersebut. Adakah benar-benar suami itu layak atau tidak untuk ditaati.
Antara isu yang sangat perlu kita ubati dalam masyarakat muslim di seluruh dunia:
1) Isu Rumah tangga dan Keluarga.
Para suami selalu merasakan bahawa mereka ada kuasa Tuhan dalam keluarga. Memang tidak dinafikan ada dalil dari hadis Rasulullah s.a.w,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
Namun MESTI kembali semula kepada syarat ketaatan isteri kepada suami tersebut. Adakah benar-benar suami itu layak atau tidak untuk ditaati.
isu suami memukul isteri atas hujah Islam membenarkan.
dan ini jawapannya: Does a husband has the right to beat his wife?
isu tekanan paksaan seks yang dialami oleh banyak isteri.
dan ini jawapannya.
"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” (alFurqan: 74)
Perkahwinan itu asasnya bukan mewujudkan perhambaan tetapi menjadikan lelaki itu imam yang memimpin seluruh ahli keluarganya kepada TAQWA.
Mustahil seorang suami itu mampu membawa keluarganya untuk takut kepada Allah jika dia sendiri tidak takut kepada Allah dengan tidak memiliki akhlak muslim mukmin yang baik, bukan?
isu perkahwinan paksa oleh wali
sedangkan ada dalil Rasulullah s.a.w. membenarkan perkahwinan itu dibatalkan apabila wanita tidak bersetuju.
Islam mengangkat fitrah cinta dan kasih sayang. Apatah lagi cinta dalam pembinaan perjalanan sebuah keluarga. Lantaran itu hakikatnya perkahwinan bukan untuk membahagiakan lelaki semata, tetapi untuk melengkapi antara dua jiwa.
"God provides everyone out of His abundance, for God is resourceful, wise" (4:130)
isu wanita dizalimi tetapi takut meminta fasakh kerana masyarakat
memandang hina wanita yang meminta cerai
dan ini jawapannya: When the Wife is Unhappy With the Husband.
Sungguh. Islam itu agama fitrah yang memberi kebahagiaan di dunia, bukan sekadar agama jaminan kebahagiaan di syurga.
Teringat kata-kata Oprah Winfrey,
"Teach your son to be the husband you want to be with"
2) Isu Keadilan Sosial, Pendidikan dan Ekonomi.
Wanita itu manusia. Manusia itu punya akal dan suara. Akalnya perlu diisi manakala suaranya perlu didengari. Kemuliaan dalam pengadilan untuk manusia itu sama, tidak kira anda lelaki atau wanita.
Wanita ini ibu kepada 7 orang anak, selalu didera dengan teruk oleh suaminya. Tiada pembelaan.
Akibat tidak tertahan menanggung derita, dia mengambil jalan membunuh suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.
Langsung wanita ini dijatuhi hukuman bunuh pada 16 November 1999.
Di manakah keadilan dalam sebuah negara Islam?
Banyak negara, keadilan wanita tercantas terutama negara arab yang dipandang sebagai 'negara Islam'. Hak-hak sosial wanita disekat sekalipun perkara-perkara itu memberi impak kepada kehidupan mereka seperti hak mengundi, hak memandu, hak terlibat dalam perundangan dan sebagainya. Apatah lagi hak terlibat sebagai pemikir politik.
Sedangkan keterlibatan wanita dalam menyusun polisi sesebuah negara sangat penting. Hanya wanita yang memahami polisi-polisi yang perlu dilihat dari sudut pandangan kekeluargaan terutama dalam sektor kerjaya dan pendidikan apatah lagi khususnya sektor keluarga.
Kajian yang dilakukan oleh TheDailyBeast menunjukkan bahawa 10 negara paling teruk untuk dididami oleh wanita dipenuhi oleh majoritinya negara Islam (yang bergaris) Kajian ini dinilai dari 5 kriteria: Keadilan, Pendidikan, Kesihatan, Politik dan Ekonomi.
1) Chad.
Wanita langsung tiada hak dan tidak diiktiraf sama sekali. Anak-anak perempuan telah dipaksa kawin (kawin susun) semenjak usia 11-12 tahun.
2) Afghanistan
90% wanita buta huruf. 85% terpaksa melahirkan anak tanpa bantuan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan wanita.
3) Yamen.
Penderaan rumahtangga adalah bukan satu jenayah dan tiada pembelaan jika isteri dizalimi.
4) Congo.
Penderaan rumahtangga yang teruk. Purata 1100 orang wanita dirogol setiap hari.
5) Mali.
Wanita banyak mengalami serangan kesihatan dan tiada usaha untuk menghentikan tradisi (yang merosakkan).
6) Solomon Island.
Tiada langsung wakil wanita dalam pentadbiran.
7) Niger.
Perkahwinan paksa banyak berlaku dan tiada usaha menghentikannya.
8) Pakistan.
Purata setiap tahun, 1000 orang anak perempuan menjadi mangsa 'Honor Killing'.
9) Ethiopia.
Kesihatan wanita yang tidak terjamin terutama mangsa pengguguran.
10) Sudan.
Mungkin kelihatannya akan ada 'bias' kerana penilai adalah dari kalangan non-muslim. Namun jika itu yang dilihat mereka dan mereka membuat kajian beserta bukti, mengapa tidak kita akui?
Dalam hal ini, Qatar wajar diberi pujian kerana dianugerahkan oleh akhbar The Independent (UK) sebagai negara terbaik dalam memberi peluang seluas-luasnya untuk wanita menuntut di universiti.
Untuk sektor pembangunan negara (ekonomi) pula, kajian telah meletakkan 4 faktor kurangnya penglibatan wanita (sekadar bacaan kasar) iaitu:
1)kurang cita-cita.
Hal ini ada kaitan dengan sifat wanita yang memiliki 'nasty sindrom' selepas berkeluarga.
2)kurang motivasi.
Lebih memburukkan jika wanita itu tiada individu yang menyokong kerjayanya dan tiada kefahaman terhadap pembahagian tugasan dalam menguruskan rumahtangga.
3)suasana yang tidak membantu dan menyokong.
Berkaitan dengan kepentingan 'family oriented policy' untuk diaplikasikan oleh setiap majikan. Kadang kala bukan salah wanita untuk terikat sibuk dengan kerjaya, tetapi salah polisi yang tidak melihat sudut kekeluargaan yang lebih penting. Kesannya, berlaku banyak kes penceraian dan rumahtangga porak peranda yang selalunya kesalahan dicampak kepada wanita bekerjaya.
4)faktor mentaliti.
Mentaliti masyarakat yang menyebabkan wanita-wanita takut ke hadapan. Ditakutkan dengan ideologi-ideologi yang mengongkong dan menyempitkan.
Persoalan: Islam Telah Membuka. Mengapa Kalian Menutupnya?
Jujur. Setiap kali membincangkan berkenaan penindasan terhadap kaum wanita, saya akan jadi sedih dan mahu menangis. Lantaran saya tahu, kezaliman yang menindas mereka atas nama Islam, membuatkan jiwa mereka tersempit kerana tidak berani melawan. Bukankah itu sesuatu yang memedihkan?
Tidak dinafikan kemerosotan wanita itu sendiri adalah atas faktor fitrah kewanitaan yang lebih gemar bersama keluarga dan duduk di rumah, namun adakah itu alasan untuk menafikan hak-hak wanita?
Jika dikatakan wanita itu cetek akal, kurang agama dan penuh emosi, mengapa tidak diberikan peluang kepada para wanita untuk menjelajah keluasan ilmu Islam agar mereka tahu bahawa mereka telah dimuliakan oleh sang Pencipta. Bukankah itu lebih baik?
Islam datang sebagai penyelamat bagi wanita ketika mereka dibunuh hidup-hidup dalam zaman jahiliyyah. Ketika perasaan cinta mereka tidak dirai dan diperdagangkan sesuka hati, Islam menawarkan perkahwinan yang mulia dan menghadkan lambakan isteri kepada cuma 4. Malah mereka dihormati dengan pengiktirafan sebagai mereka yang layak mewarisi tinggalan waris.
Cukup lengkap hak-hak wanita diangkat.
Namun persoalannya, mengapa dalam perlaksanaannya kita mengkambus dan menyimpannya rapat-rapat semula?
Penutup: Zaman Nenek-Nenek Memendam Rasa Telah Berlalu.
Kita perlu menerima hakikat bahawa dunia telah berubah. Keterbukaan minda juga telah berubah. Zaman nenek-nenek memandang rasa telah berlalu, bak kata sahabat saya Nafeesa.
Dahulu mungkin wanita terkenal dengan 'diam tanda setuju' dan 'duduk di belakang tabir'. Namun seiring beredarnya waktu, bersamanya penemuan-penemuan baru dalam dunia sains dan teknologi, mengapa kita masih mahu bersikap kuno dalam isu menghormati dan menerima wanita yang semakin kehadapan?
Bukankah lebih baik jika kita rai dan alunkan potensi mereka mengikut syara3? Lantaran jika fitrah itu dibunuh, maka akan tumbuh sifat melawan yang lebih bahaya.
Bukankah lebih baik jika kita rai dan alunkan potensi mereka mengikut syara3? Lantaran jika fitrah itu dibunuh, maka akan tumbuh sifat melawan yang lebih bahaya.
saya punya satu cita-cita.
Jika saya tidak mampu kehadapan bersama berbincang dengannya,
saya akan melatih anak perempuan saya untuk duduk sebaris berhujah dengan orang sepertinya suatu hari nanti, insyaAllah.
Maka mari sama-sama kita koreksi kembali, agar kita tidak menjadi salah satu penyumbang kepada suburnya lagi secular feminisme hasil curahan minyak dan air panas kezaliman dan penindasan terhadap benih Islam. Islam itu fitrah. Fitrah itu adalah hak semua manusia sama ada lelaki mahupun wanita.
Dan saya terfikir satu, jika saya yang jenis 'memberontak' ini hidup di negara-negara yang disenaraikan di atas, adakah mungkin tidak mustahil saya dilabel sebagai 'aktivitis feminisme'? =)
nota kaki:
-jujur, saya sangat prihatin dalam isu ini bukan kerana saya punya pengalaman sendiri. Alhamdulillah, saya membesar dalam keluarga muslim yang adil terhadap gender. Tetapi suasana yang saya lihat dalam masyarakat dan pembacaan saya membuktikan bahawa masih banyak di luar sana yang terus dizalimi.
Maka, mustahil saya mampu hidup bahagia dengan keluarga yang baik, suami yang baik (iAllah) dan suasana yang baik dalam masa yang sama fitnah kezaliman ke atas Islam masih terus merayap ke serata dunia.
Bukankah muslim itu bersaudara?
-jujur, saya sangat prihatin dalam isu ini bukan kerana saya punya pengalaman sendiri. Alhamdulillah, saya membesar dalam keluarga muslim yang adil terhadap gender. Tetapi suasana yang saya lihat dalam masyarakat dan pembacaan saya membuktikan bahawa masih banyak di luar sana yang terus dizalimi.
Maka, mustahil saya mampu hidup bahagia dengan keluarga yang baik, suami yang baik (iAllah) dan suasana yang baik dalam masa yang sama fitnah kezaliman ke atas Islam masih terus merayap ke serata dunia.
Bukankah muslim itu bersaudara?
-sedang sibuk mengemas rumah. Doakan semoga Allah permudahkan ya insyaAllah!
-alfun mabruk untuk senior-senior tahun 6 medic dan tahun 5 dentistry atas kejayaan kalian lulus hari ini. Alhamdulillah..^^.
Saya sangat bersetuju dengan artikel di atas. Saya juga sangat sedih mengenangkan anak2 gadis di Malaysia TERLALU disogok dengan kesedaran untuk menjadi isteri yang mengabdikan diri pada suami, TETAPI mereka kurang dididik tentang hak2 mereka seperti hukum FASAKH. Peratus penindasan terhadap wanita di Malaysia masih tinggi....
ReplyDeletedidikan untuk anak-anak gadis agar menjadi isteri yang mentaati, saya rasa tidak salah.. Yang salah ialah anak-anak lelaki tidak dididik sama untuk menjadi suami yang pengasih dan prihatin seperti mana yang telah diajar oleh baginda s.a.w.
Delete=)