"Sesiapa yang menghafaz (menjaga dan melindungi) alQur'an, dia sedang menghafaz kalam Allah. Bukankah itu suatu kemuliaan?".
Kelas yang cuma 30 lebih pelajar itu menjadi sunyi. Doktor kegemaran saya yang penuh hikmah itu menyambung,
"hafallah alQur'an bukan kerana sijil semata, kerana sijil itu membunuh ilmumu. Tetapi hafallah kerana cinta kepada Allah dan kata-kataNya..
hafallah wahai anak-anakku, ketika usiamu masih muda belia ini. Lantaran aqalmu masih tajam dan hatimu masih lapang..
janganlah menunggu sehingga jadi tua seperti ini. Usia yang semakin tua, membuatkan hafalanmu semakin segera untuk lupa..".
Suara doktor sangat lembut. Namun mata saya telah bergenang air. Hati bagai benar tertusuk. Dan saya benar merasakan bahawa saya telah kehilangan sesuatu yang besar. 20 tahun yang telah berlalu dengan kosong.
Kemudian doktor menyoal setiap pelajar akan jumlah hafalan juzuk yang telah dihafal sambil doktor mencatat di tepi senarai kehadiran. Sangat comel apabila ada seorang pelajar perempuan arab yang telah menghafal 6 juzuk memberitahu,
"aku pernah ghiyab doktor..2 hari..".
"Oh tidak mengapa. Kamu telah dimuliakan dengan hafalan 6 juzukmu wahai anak..". balas doktor sambil tersenyum.
:'). SubhanaAllah.
sangat comel.
alQur'an: Sesuatu Yang Penuh Cinta.
"alQur'an itu adalah menurut apa pandanganmu. Jika kamu merasakan menghafalnya adalah mudah, maka dia akan menjadi mudah..Tetapi jika menurutmu sukar untuk menghafalnya, maka dia akan bertukar payah.." pesan Miss Rozan, pensyarah Tilawah dan Hafazan di awal sem yang lalu.
Benar. Al-Qur'an tidak akan memberi pada sesiapa yang tidak menyerahkan sepenuhnya kecintaan kepadanya. Lantaran cinta itu yang mengerahkan segala fokus dan disiplin untuk terus mengait benang-benang kalam cintaNya untuk menjadi pakaian kehidupan.
Menjaga, bukan sekadar menghafal.
Dan sehingga sekarang, saya masih jenuh menggali cinta itu. T_T.
Penutup: Perancangan Masa Depan.
Semenjak kecil, kami membesar dengan tadabbur ayat-ayat alQur'an oleh bonda yang tidak pernah jemu mendidik. Alhamdulillah, hasilnya adalah seperti apa kami hari ini.
Maka, untuk anak-anak saya nanti, saya akan meneruskan seperti apa yang telah bonda laksanakan dalam usrah-usrah kecil kami sambil ditambah lagi satu modul, iaitu memulakan hafalan alQur'an dari usia kecil meski belum pandai membaca abjad-abjadnya. ^^.
Saya akan berusaha insyaAllah. Dan semoga yang bakal menjadi ayah mereka suatu hari nanti turut menyokong dan membantu insyaAllah.
Sungguh, jujurnya, berada dalam bidang yang majoritinya dipilih oleh mereka yang telah memasuki tahfiz semenjak usia kecil atau yang telah terdidik untuk menghafal berbelas-belas juzuk bersama keluarga membuatkan saya rasa bagai cuma separuh bersama mereka. Serius kagum dengan mereka yang di dalam jasadnya ada tersimpan alQur'an.
Indeed, this is my truly inferiority and affect me deeply.
Semoga mujahid dan mujahidah saya suatu hari nanti akan menjadi seperti mereka insyaAllah.. T.T.
-Alhamdulillah periksa Fiqh Muqorron pagi tadi, Allah telah bantu.
Awal membaca soalan pendapat jumhur tentang zakat perhiasan serta dalil dan syarahnya, saya menulis berkenaan dalil dan syarah bagi pandangan Hanafi.
Setelah siap semua, belek-belek untuk melihat semula jawapan, Allah izin terlintas rasa tidak sedap pada soalan berkenaan. Renung lama-lama, baru perasan silap. Langsung potong panjang dan menulis semula jawapan sebenar. Dalam hati masih berkira-kira sama ada betul atau tidak tindakan tersebut.
Pulang ke rumah, rujuk buku, Allah izin betul jawapan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
:')
-4hb, periksa hafazan. Sebab itu tergerak untuk menulis tentang post ini. Doakan ya.
-Cita-cita saya ialah, mahu melihat anak-anak menjadi hafiz dan hafizah serta pakar dalam bidang masing-masing selain bidang deeniyah.
Boleh ke?
-Menjadi isteri cerdik yang solehah itu sangat susah. Bukan sekadar menjadi pendorong kepada kebaikan suaminya tetapi turut menjadi penghalang untuk suaminya tergelincir ke dalam kemaksiatan kepada Allah.
Dan,
menjadi pendamping yang menguatkan taqwa itu bukan hanya bermula selepas diijab kabulkan. Tetapi bermula sekarang, dengan menjaga dirinya agar tidak menjadi fitnah kepada 'dia' dalam fatrah taaruf itu.
Semoga Allah kuatkan untuk menjadi teman di dunia serta teman di akhirat.
Ada org kata pada saya. jangan dicari cinta itu, takut x jumpa sampai bila-bila. Tapi, pohon unt memiliki cinta itu=)
ReplyDeleteU're still young. masih belum terlambat unt mula.
Selain anak-anak yang bakal menjadi hafiz profesional, kamu x berhajat seorang 'Yusuf Qardhawi' junior?
:')
Deletesayang dik nin.
erm..entah la. personally, tak berminat untuk anak ke arah itu. tapi tak tahu la pula kalau perancangan ayah mereka macam mana pula.
kalau boleh, nak anak-anak semua menjadi duta-duta Islam dalam bidang2 yang diperlukan Islam suatu hari nanti..=)