Friday, April 6, 2012

Hidup

[happy birthday to my sis Nurul Hasna' Hazni for her 21th. may your life as daughter, sister, wife and mother (to be) brings u and all us (family) the right path to jannah.

The Prophet (peace be upon him) said:
"Whoever is put to trial by these daughters and he treats them generously (with benevolence) then these daughters will act as a shield for him from Hell-Fire."


Sorry for the late wish.]

Ucapan dari abang sempena ulang tahun saya baru-baru ini, yang membuatkan saya tiba-tiba jadi sebak.
Betapa pantas 20 tahun membawa lalu tubuh pinjaman ini, sehingga menambah 2 perkataan ‘baru’ dalam ucapan abang.



saya sangat merindui mereka :')

….

20 tahun yang menyimpan pelbagai kisah dan ragam. Dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lainnya. Dari satu catatan kepada catatan yang lainnya. Dari satu fatrah kepeada fatrah yang lainnya. Dari satu perubahan kepada perubahan yang lainnya. Seterusnya dari satu pemilihan kepada pemilihan yang lainnya.

Maha Hebat Allah Pemilik kerajaan langit dan bumi yang menguasai jiwa ini dan kepadaNyalah jiwa ini akan dikembalikan.

Hidup: Proses Tarbiyah Tercantik.

“Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. (14:67)

Perjalanan kita yang panjang semenjak bermulanya pencampuran antara 2 organ manusia sehinggalah sekarang sebenarnya merupakan anak-anak tangga yang telah, sedang dan yang akan kita tapaki selangkah demi selangkah.

Jika diselak kembali catatan-catatan lama yang suatu ketika dahulu kita merasakan sebagai yang terbesar dalam hidup, rupa-rupanya hanyalah cabang-cabang kecil persediaan yang telah Allah beri untuk kita membentuk hari ini dan esok.

:’)

Teringat dahulu membesar melihat ayah sibuk outstation sehingga kadang kala memakan masa berbulan-bulan di Eropah, tidak dikira outstation dalam negara yang memang menjadi fenomena biasa, meninggalkan bonda bersama kami anak-anak. Membesar melihat bonda berdikari menguruskan hal-hal rumah tangga seorang diri, bermula dari hal-hal dapur, urusan-urusan sekolah anak-anak sehinggalah kepada urusan-urusan rumah. Rupa-rupanya Allah mahu melatih untuk biasa ditinggalkan nanti di kemudian hari.

Teringat ketika membesar dengan air mata melihat ‘mereka’. Agak terganggu psikologi kanak-kanak dalam diam memendam.  Rupa-rupanya Allah mahu mendidik untuk matang dalam melihat sebuah rumah tangga ketika orang-orang lain hanya melihat yang ‘indah-indah’ sahaja. Persediaan yang sebaiknya untuk berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka lantaran, bukankah kehidupan rumah tangga itu penuh dengan gelora ombak?

Teringat ketika zaman nakal di awal tumbesaran, yang selalu membuat bonda menangis letih. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah sikap. Bukan sesuatu yang mudah dan segera. Rupa-rupanya Allah mahu menyuburkan rasa syukur dan menghargai sungguh-sungguh kenikmatan menghargai nikmat Iman dan Islam itu. Sehingga ke hari ini, rembesan akan laju mengalir apabila bonda mengucapkan, “mak redha dengan hasna’ sebagai anak yang solehah..”. Apakah ada ayat yang lebih mahal dari itu? T.T

Begitu juga ketika Allah mengambil ayah, yang langsung mengubah 180 darjah kehidupan kami. Awal-awalnya gelap mencari jalan. Belajar untuk menyesuaikan diri lama. Rupa-rupanya Allah mahu mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar dengan berpijak di bumi nyata. Belajar untuk menghargai setiap satu yang ada di sekeliling sebelum dicabut pergi. Belajar untuk melalui susah dan pahit yang sebenarnya memaniskan sebuah catatan hidup.

Tidak dikira kenangan pertama tercampak di bumi Jordan yang membuatkan air mata sangat murah untuk mengalir. Di awal tahun pertama dan kedua, beberapa kali terfikir mahu menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia. Berat membawa pelajaran yang sebelum ini tidak pernah terlintas untuk diceburi. Dengan penuh hikmah bonda tidak henti-henti memujuk untuk sabar dan meneruskannya. Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan yang lebih indah dengan kisah-kisah cinta bersama keluarga besar di sini sambil terlatih untuk kuat dalam kehidupan hasil didikan sebuah negara ‘arab’.

“Maka nikmat Tuhanmu, yang manakah kamu dustakan?” (18:55)

Hidup: Sebuah Pemilihan.

Sungguh. Terbinanya nilai kehidupan kita adalah dengan ujian yang menuntut kita untuk memilih jalan penyelesaian terbaik.

Ujian-ujian yang membuatkan kita semakin matang dari sehari ke sehari jika kita berjaya melepasinya dengan baik. Ujian-ujian yang perlu sentiasa dipandang dari sudut yang positif jika kita memilih untuk tenang dan bahagia. Rungutan dan kekecewaan bukanlah suatu yang bijak kerana kehidupan akan tetap berjalan dan ujian akan semakin bertambah.

Hidup adalah sebuah pemilihan untuk membahagiakan diri atau merosakkannya.
Hidup adalah sebuah pemilihan untuk memilih menjadi yang terbaik atau sebaliknya.

Dan semua itu memberi kesan buat kehidupan yang kekal di sana.

Hidup: Hari Ini Persediaan Untuk Mencorak Hari Esok.

Pesan saya selalu pada diri sendiri, lalui setiap fasa dalam kehidupan dengan terbaik dalam keadaan mempersiapkan diri untuk hari esok yang tidak akan pernah sama dengan cerita kita hari ini serta semalam.

Maksimakan apa yang perlu dimaksimakan sesuai dengan fitrah kita pada sesuatu fasa itu. Sebagai anak, maksimakan ketaatan dan rasa kasih kita kepada ibu ayah. Sebagai pelajar, maksimakan keilmuan dan usaha ke arah itu (ini sangat-sangat selalu perlu diperingatkan). Sebagai sahabat, maksimakan kebaikan dan suburkan rasa sayang dan kemesraan. Sebagai ahli masyarakat berpersatuan, maksimakan penglibatan dalam masa yang sama latih diri untuk meningkatkan potensi-potensi yang ada.

Itu adalah apa yang perlu saya maksimakan dalam fasa ini. Sebelum masuk ke dalam satu fasa yang memerah seluruh kehidupan saya untuk fokus kepada kebajikan suami, keluarga dan anak-anak. Ditambah tuntutan untuk terlibat dalam masyarakat yang pelbagai warna dan corak.

Dan apa yang sedang kita lalui hari ini, melatih dan membentuk siapa kita pada hari esok. Bagaimana cara muamalah kita, bagaimana adab kita ketika marah, bagaimana tindakan kita apabila berhadapan dengan masalah, bagaimana kita menyusun waktu, bagaimana kita menjaga tingkah laku terhadap ahli rumah, bagaimana kita melaksanakan amanah, bagaimana kita memimpin usrah dan sebagainya.

Nampak ringkas bukan? Tetapi proses latihan itu sebenarnya sedang berjalan tanpa kita sedar. Jika kita tidak berusaha memperbaiki dan menyesuaikan diri dengannya, sangat mustahil untuk kita mudah berhadapan dengan hari esok yang semakin membesar.

Penutup: Fasa Demi Fasa Telah Berlalu.

Teringat pernah menulis sebelum ini berkenaan soalan yang lazim ditanya,

“apa ya motivasi hasna’ untuk berubah menjadi yang lebih baik?”.

Jawapan saya, “anak-anak..
kerana tidak mahu anak memiliki sikap yang kita tidak gemarlah, kita yang dahulu perlu meninggalkan sikap-sikap tersebut. Sama juga jika kita mahukan anak memiliki rasa kehambaan dan bersyakhsiyah Islam, kita yang perlu dahulu bersungguh melazimi akhlak tersebut..”.




takut apabila memikirkan, anak-anak kita adalah siapa kita hari ini.


Senyum.

Lantaran dahulu saya tidak memikirkan tentang orang yang bagaimana untuk saya terima, tetapi sangat fokus terhadap corak yang bagaimana untuk saya warnai anak-anak. Fasa gelaran makhluk yang tidak berperasaan (gelaran housemates) telah berlalu. Alhamdulillah, berpeluang untuk menyelak tentang rumah tangga di sudut peranan seorang isteri lebih awal sebagai persediaan dari sudut mental. Allah beri peluang awal untuk bersedia kerana Allah tahu, sangat susah untuk saya hadam. Mungkin ^^#.  Mujur tempoh memakan masa 2 tahun.

Jujur. Segala Puji bagi Allah yang telah mengizinkan saya melalui setiap fasa bersama corak-corak semalam yang membuatkan saya semakin matang untuk mewarnainya dengan corak serta warna saya sendiri.

Paling penting, bersyukurlah dalam keadaan fasa mana yang sedang kita jalani. Positif dan teruskan melangkah. insya-Allah, Allah sentiasa bersama dalam tawakal kita.

=)



Nota kaki:

-banyak orang tanya, apa kayu ukur untuk saya menerima seseorang. Sangat lucu sebenarnya lantaran saya pun masih belum matang, dan bukan berwalimahpun lagi. Tetapi senang untuk berkongsi suatu pesanan,

“tidak perlu mencari yang soleh dan sempurna, asalkan yang paling penting ialah yang sentiasa mahu sama-sama belajar dan perbaiki diri kepada yang lebih baik.

Jika soleh macam mana sekalipun tetapi tidak ada kesedaran tersebut, sangat susah di kemudian hari. Kerana kebahagiaan itu bukan dilihat pada siapa dia sebelum berkahwin, tetapi pada siapa dia selepas kita berkahwin.”.

insya-Allah, semoga terus saling belajar dan saling membentuk.

-membaca semula tulisan-tulisan yang lepas, membuatkan diri kembali muhasabah. Allah sedang menguji sebenarnya.

-Pertama kali mendengar lagu ini, hati jadi sebak. Betapa saya berbangga menjadi Muslimah..:’)



No comments:

Post a Comment

mohon pandangan.