Saturday, February 18, 2012

something about one percent


Teringat pernah berkongsi dengan adik-adik PINTAR,

"Sekarang inilah masa untuk kita mencintai Allah secara total dan sungguh-sungguh.. saat kita belum ada komitmen untuk mencintai yang lain. Kerana jika sekarang dalam keadaan yang kosong pun, kita tidak mampu mencintai Allah sungguh-sungguh, maka sangat mustahil ketika sudah berkahwin, punya suami dan anak-anak, kita mampu mencintai Allah sungguh-sungguh..".

Bukan bermaksud, hanya sekarang kita perlu mencintai Allah sungguh-sungguh, kemudian selepas walimah tidak perlu, tetapi perlu bermula dari sekarang agar kekekuatan cinta kita kepada Allah semakin tertingkat meski saat cinta manusia telah menumpang.

Tidak dinafikan, pasti semua manusia mahu merasakan kemanisan saling mencintai sesama manusia, tetapi ketahuilah bahawa jangan pernah berinjak jauh dari Iman dan rasa Takut kepada Allah.

Iman Bermakna Yakin seMaksima.

Bukan seorang dua yang pernah datang dan mengadu hal demikian. Bukan seorang dua yang pernah menyoal, "agak-agak, ada tak orang yang nak dekat kita?". Bukan seorang dua yang pernah mengeluh, "takut nanti semua kawan-kawan telah kawin, tinggal kita sorang-sorang..".

...

Mengambil waktu untuk mencari ayat terbaik. Dan saya sedar, saya bukanlah tempat yang terbaik untuk diluahkan hal-hal sedemikian dan bukanlah yang terbaik yang mampu menghulurkan inisiatif penyelesaian.

Namun, hanya termampu untuk merungkaikan kekusutan itu adalah dengan kekuatan dari Allah,

"kembalilah kepada Yakin dengan Allah, Pencipta kita dari sesuatu yang tidak ada, Penyusun kehidupan kita yang telah berlalu dan yang belum berlalu, Pemilik jiwa kita serta Tempat Kembalinya kita untuk dihisab..".

Allah swt telah berfirman:
"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu.." (atTsur: 48)

Maka, yang terdaya untuk saya ucapkan ialah, yakinlah dengan Allah kerana Dia sedang berbicara denganmu tentang Iman dan Tawakkal.

Penantian Itu Adalah Suatu Tarbiyah.

Meski kita merasakan bahawa penantian itu adalah sesuatu yang panjang dan penuh ragu-ragu, ketahuilah bahawa tempoh itu adalah tempoh pentarbiyahan diri yang sangat cantik dan baik.

Tarbiyah untuk lebih banyak mengadu dengan Allah. Tarbiyah untuk lebih memperbaiki kelemahan-kelemahan diri. Tarbiyah untuk lebih muhasabah dan prihatin terhadap apa-apa yang negatif dalam diri kita.

Tertarik dengan tulisan dalam satu artikel ini, boleh rujuk di sini. (tetapi saya tidak bermaksudkan tajuknya ya)

Betapa sebenarnya, kelewatan waktu itu adalah anugerah Allah untuk kita benar-benar bersedia apabila tiba masanya yang benar.

Maka teruskanlah usaha agar penantian itu tidak menjadi kosong dan sia-sia. Bezakan antara prinsip yang tidak boleh diubah dengan keperibadian yang boleh diubah.

Prinsip, maruah dan harga diri, jangan pernah sesekali dikurangkan. Tetapi apa-apa yang dalam keperibadian yang mungkin agak negatif seperti beremosi, pemarah, berangin, kasar dan sebagainya perlulah diubah kerana mungkin menjadi salah satu faktor (untuk kes terpencil) bahkan bukankah sifat seorang muslim itu sendiri adalah yang baik dan menyenangkan..? =)

Penutup: Merindui Waktu Dahulu.

Sejak akhir-akhir ini, mungkin, saya agak sedikit sensitif apabila ada yang mengeluh dan seperti mahu segera memiliki cinta manusia itu. Seperti mahu sungguh-sungguh saya tinggalkan pesan, "bersabarlah..dan hargai waktu sendiri ini sekarang...!"

Tetapi tahu bahawa manusia itu sifatnya berbeza dan kecenderungannya juga tidak sama. Mereka yang mudah 'jatuh' pasti tidak sama mereka yang agak 'kaku', bukan?

Serius saya mahu berpesan sungguh-sungguh kerana saya kini sedang merindui waktu dahulu. Waktu di mana hati cuma ada sang Pemilik. Allah izin lebih mudah fokus dalam amal kerana tidak perlu memikirkan sesiapa dan tidak perlu menjaga hati sesiapa. Kehidupan kita hanya tumpu pada apa yang menjadi prioriti kita buat ketika itu.

Namun susunan Allah itu kadang kala memerlukan kita membuat keputusan yang sebenarnya tidak berada dalam jangkaan kita. Dan Allah lebih Maha Tahu. Kadang-kala menolak kemudharatan itu lebih penting, kan?

Justeru sahabat, berbahagialah selagi kalian dikurniakan kesempatan untuk mencintai Allah secara total bersih dan suci dari sebarang titik dunia.

:')


nota kaki:




-'SLIM' Sport League for Irbid Malaysian (yang tidak membuatkan saya slim pun ^^#). telah meninggalkan 1001 kenangan manis dan terindah. 


Serius saya sangat menyayangi kesemua 25 ajk syabab akhawat keluarga PINTAR saya. Teringat ketika awal-awal dahulu, agak takut kerana PINTAR mempunyai ajk teramai dari kesemua entiti PERMAI. Namun Alhamdulillah, setelah berlalunya 1 semester yang penuh suka, duka, ceria dan kritikan, rasa kekeluargaan itu semakin menebal.


:')


Tidak dilupa juga peristiwa terpaksa menjadi bidan terjun pelari pecut 100m dalam keadaan sedang sibuk di booth PINTAR. =). Tanpa warming up yang memang membahayakan, akhirnya kaki sendiri yang sakit. heh ^^#. 


Semasa pecut, baru perasan stamina sangat teruk sebab sudah terlalu lama tidak bersenam. Dan pastilah kelajuan sudah tidak sama seperti dulu. ^^#. Alhamdulillah still tidak di akhir..


-Buat sahabat-sahabat, pesan saya, kurangkanlah mendengar atau menghayati lagu-lagu 'nasyid' atau tidak nasyid yang berkisar tentang cinta jika kalian tidak mahu tewas.


Jujur, hanya ini lagu yang saya faham dan gemar kerana liriknya adalah doa. Lalu senang untuk hasna' berkongsi lagu ini dengan kalian yang tersayang..^^.

                        

InsyaAllah..hasna' sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat hasna'..*big hug*

-tajuk post tiada kaitan dengan post. Tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh kak Adnin tentang sebuah cerita lakonan di layar tv. "something about one percent".

Kisah tentang seorang wanita yang menerima seorang lelaki hanya kerana 1 percent yang ada pada lelaki tersebut. "sama macam cerita hasna'..". erk?

*harapharaptiadasesiapabacanotakakiakhirini.


3 comments:

  1. senyum.

    selalu memang baca nota kaki je, bila malas baca post. hehe.

    slamat2 semua :)

    ReplyDelete
  2. cmna ni? akk dah terbaca~ keh3..

    ReplyDelete
  3. farah hanisah: oh..maknanya penting jga la ya nota kaki ni..=)

    kak izzah: akak terbaca sekali ke nota kaki yang last tu..aiseh..^^#. buat2 la lupa ya..

    ReplyDelete

mohon pandangan.