Buat kamu yang sentiasa merasakan bahawa dunia ini tidak adil dan kamu tiada tempat di dalamnya, juga buat kamu yang memilih untuk membina tembok menyendiri yang mengasingkan kamu dari warna warni kehidupan, turut buat kamu yang suka mengeluh bahawa tiada seorangpun di dunia itu mampu memahami kamu, juga untuk yang merasakan bahawa hanya dia yang telah berkorban perasaan banyak sehingga tertekan dan memilih untuk membenci, serta yang lain-lain yang gemar melalui jalan panjang kehidupan ini dengan kaca mata negatif,
ketahuilah bahawa sempit dada ini dengan rasa kasihan melihat betapa kalian melalui kehidupan yang luas ini dengan penuh terhimpit.
Mukmin Itu Berjiwa Merdeka.
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sungguh unik keadaan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik, bila ia mendapat nikmat, ia bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya, sedang bila mendapatkan musibah ia bersabar dan itu adalah kebaikan pula baginya. Semua itu hanya dimiliki oleh seseorang yang berIMAN.."
(HR Muslim dan Ahmad)
Bukankah kalian mampu memilih?
Sahabat, Ujian Itu Yang Menyulam Kain Kehidupan.
Kehidupan itu sendiri terbina dengan ujian.
Maha Suci Allah yang terlindung dari kelalaian hamba-hambaNya.
Telah jelas bahawa kita diCIPTAkan memang atas tujuan untuk diuji, kerana dari itu dapat dilihat siapakah yang mampu berhadapan dengan ujian-ujian tersebut dan siapa pula yang tidak mampu.
Malah, atas tujuan itu jugalah Allah sengaja menciptakan kita pendengaran dan penglihatan agar kita bisa meRASAkan ERTI KEHIDUPAN itu sendiri.
Memang Allah sengaja membiarkan kita HIDUP dan bukan sekadar dalam mimpi-mimpi khayalan.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan,, 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kmai telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesunggahnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". (al-Ankabut:2-3)
Penutup: Kamu Sendiri Penentu Bahagia Atau Tidak Kehidupan Kamu.
Ujian dalam kehidupan adalah hak Allah. Ada manusia yang diuji dengan kesusahan dan kefakiran. Ada pula manusia yang diuji dengan kesenangan dan kemewahan.
Jelas bahawa setiap ujian itu berbeza bagi setiap manusia. Dan kita tiada hak dalam menentukannya.
Namun, ketahuilah sahabat, bahawa kita punya hak dan di tangan kita yang menentukan pemilihan sama ada mahu bahagia atau tidak.
Kita sendiri yang mampu membina jiwa besar yang sentiasa lapang dan positif serta kita sendiri yang mampu membiarkan jiwa layu yang sentiasa sempit dan negatif.
Teringat bonda selalu berpesan, "di tangan kita penentu sama ada kita nak pilih untuk hidup bahagia atau tidak. Rugilah kita kalau pilih untuk terus hidup dalam rasa kecewa dan putus asa..sedangkan Allah ciptakan kehidupan ini untuk dinikmati dalam rangka ketaatan kepada Allah..Mustahil mampu bahagia menjadi hamba yang taat kalau asyik sedih dan murung.."
=)
Kerana sekalipun seluruh manusia di sekeliling berusaha untuk membahagiakan anda tetapi dari jiwa anda sendiri tidak tercetus rasa untuk bahagia itu, maka semua itu adalah sia-sia..
Justeru, bahagiakanlah jiwamu..
nota kaki:
-serius saya letih dengan manusia-manusia seperti ini. Namun Allah sentiasa hadirkan mereka dalam setiap episod kehidupan.
insyaAllah ada hikmah..=) *positif. positif. positif*
*kadang kala terfikir, kalaulah bahagia itu adalah sebiji pil, mahu sahaja saya beri kepada sesiapa yang suka datang mengadu itu ini dll. Tidak salah untuk mengadu, tetapi bukankah agak tertekan jika seseorang itu sudah awal-awal meletakkan shield bahawa semua itu salah mereka. =_=. Malah membenci orang lain tanpa asbab. Rasa semua orang tidak pernah memahami dia dll.
Nak beri cadangan penyelesaian pun susah kerana hakikatnya kehidupan yang baik itu terbina dengan muhasabah diri sentiasa pertamanya.
-nasyid ini sangat bermakna.
(sejak saya pandai share video via youtube ni, banyak pula ya video yang dishare..^^#).
-imtihan awwal bermula 5 Mac dan berderet-deret. Tapi semangat belajar masih menyorok..
jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa. semoga mendapat manfaatnya~ :)
ReplyDeletehttp://e-storebasyirah.blogspot.com