Hari 5: 25 Januari 2012: Jurang Keilmuan.
Pagi itu kami bergerak ke Muzium Of History Of Sciences dan Technology In Islam . Boleh rujuk di sini berkenaan muzium tersebut.
Menjelajah bangunan 2 tingkat itu bersama junior yang rajin bertanya, Nisa membuatkan perjalanan dipenuhi cerita dan perkongsian. =)
Bermula dari pengiktirafan peradaban intelektual Muslim oleh sejarawan barat sehinggalah kepada segala jenis penemuan kajian sains semesta dan peralatan yang telah digunakan serta teknologi dalam usaha-usaha mereka membanteras pemerintah yang zalim (jihad).
peta bukti kesungguhan mereka menyebarkan risalah.
Serius menakjubkan.
Teringat ketika melewati ruang peralatan yang dicipta untuk ilmu astronomi, muhasabah bersama Nisa,
"hebatkan mereka..mencari ilmu sehingga terfikir untuk mencipta alat-alat ini yang kita tak terfikir untuk menciptanya.. Betapa mereka menghargai ilmu. Susah-susah mereka cari, sampai pada kita, kita buat endah tak endah sahaja bila belajar..".
T_T. Dush. Dush.
Syida rajin membawa bendera Malaysia.
"nak buat salam perantauan.."katanya. =)
Selesai berjalan, bergerak ke Haiga Sophia.
Haiga Sophia.
Rujukan berkenaan sejarah bangunan ini.
Walaupun ejaannya Haiga, namun sebutan tempatan ialah Aiyya Sophia bagi menisbahkan panggilan Sultan Muhammad alFateh saat menukarkannya kepada sebuah masjid. Sekali dengar, seperti nama anak perempuan yang comel. ^^.
Memilih untuk berjalan bersendirian dengan mengimaginasikan 2 keadaan yang berbeza.
Keadaan pertama, bangunan mewah dan cantik itu dipenuhi oleh paderi-paderi hebat. Melewati lorong-lorong dan celahan bangunan. Gah. Dan situasi bertukar ribut dan kencang saat angin khabar datang bahawa Sultan Muhammad II sedang mara mengepung.
Pasti jiwa-jiwa mereka serabut dan tergoncang kerana gereja bersejarah itu telah berkhidmat semenjak tahun 360 Masihi lagi. Apatah lagi Kota Konstatinople merupakan ibu kota bagi kerajaan Byzantine. Bermakna jatuhnya Konstatinople, maka jatuhlah sebuah empayar dan kerajaan.
tempat baptis.
Manakala keadaan kedua ialah keadaan di mana di dalam tubuh tua ini, dipenuhi oleh saff-saff manusia-manusia yang beriman kepada Allah. Tunduk dan patuh mereka hanya kepada Allah. Bagaimana dihiasi oleh majlis-majlis ilmu dan peringatan-peringatan jihad.
Pasti ada beberapa kelompok kaum muslimin yang duduk-duduk berehat atau mengikuti bulatan-bulatan perbincangan selepas selesai jemaah solat.
Antara mosaic yang telah ditutupi dengan selaput simen semasa digunakan menjadi masjid.
Dan dikikis kembali atas arahan Mustafa Kamal atTarturk.
Langsung jadi sebak.
Dolmabahce Palace.
Boleh rujuk maklumat berkenaan sejarah dan seni bina istana ini di sini.
Istana agam ini dibina semasa zaman Sultan Abdul Mejid 1.
di pintu luar Istana.
Tercatat dalam sejarah dunia, ketika pemerintahan Sultan Abdul Mejid 1 ini adalah antara zaman di mana Kerajaan Islam Uthmaniyyah berada dalam limpahan kemewahan yang dahsyat.
Pernah dengar kisah Great Irish Femine yang berlaku di Ireland sekitar tahun 1845 ? Kisah yang pernah dipelajari dalam subjek English Literature form 2 'Potato People' berkenaan zaman kebuluran yang panjang sehingga meragut lebih sejuta kematian nyawa.
Dan sejarah telah mencatatkan kisah yang cantik, bukti Islam itu penuh kasih sayang dan keprihatinan. Sultan Abdul Mejid 1 memberi arahan untuk perbendaharaan Khilafah menghulurkan bantuan sebanyak 10 000 sterling namun Queen Victoria (permaisuri United Kingdom Of Great Britain and Ireland) meminta agar Kerajaan Islam hanya menghantar sebanyak 1 000 sterling memandangkan beliau sendiri hanya membantu sebanyak 2 000 sterling.
Justeru, Sultan menghantar 1 000 wang sterling dalam masa yang sama bersama 3 buah bahtera besar yang dipenuhi dengan makanan secara rahsia. Bantuan makanan itu cuba disekat oleh kerajaan Britain tetapi berjaya dilepasi dan berlabuh dengan selamat di pelabuhan Drogheda.
Bukti masyarakat Irish berterima kasih dengan Kerajaan Islam Uthmaniyyah adalah dengan mengambil lambang rasmi Empayar Uthmaniyyah iaitu bulan sabit dan bintang dan diletakkan dalam mercu Drogheda.
Baik. Berbalik semula kepada Dolmabahce Palace.
Istana ini pernah menjadi rumah persinggahan Kamal atTarturk di Istanbul selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dan juga di dalam istana itulah tempat Kamal terseksa sehingga menemui ajalnya.
Teringat kisah Mustafa Kamal atTarturk yang pertama kali dibaca ketika usia 7 tahun. Kisah kematiannya yang ngeri dan saat kecil itu, saya terbayang-bayang jeritannya yang kuat akibat panas. Sehingga terpaksa istana itu disirami air bomba 24 jam. Malah di akhir usianya, Kamal terpaksa di bawa belayar menerusi Selat Bosphorus (yang mana bersebelahan sahaja dengan istana) bagi meredakan kepanasan suhu badannya serta menyembunyikan jeritannya yang kuat dari sampai kepengetahuan rakyat. Namun semua usaha itu gagal sehinggalah Kamal mati dalam keadaan diazab.
Na3uzubillah minzalik.
singgah di Galatasaray Stadium, antara stadium permainan Liga Eropah.
"apa sejarah stadium ni?", tanya senior Aiman yang memang suka memanggil saya cik Wiki.
"tak tahu..yang tahu sejarah bola sepak negara Turkey pernah dapat nombor 3
dalam Piala Dunia 2002".
Hari 6: 26 Januari 2012: Bursa.
Kami bertolak jam 5 pagi dengan menaiki bus. Merentasi Selat Marmara untuk ke Bursa.
Dan tiada aktiviti lain melainkan bermain salji.
Jujur. ketika masing-masing teruja untuk melihat putihnya salju yang tebal jatuh dari langit, perasaan saya hambar. Mungkin kerana melihat putihnya salji buat saya teringat pada percutian terakhir bersama ayah di Iran.
T_T.
Baik. Saya sudah cukup dewasa untuk melupakan segala kenangan 8 tahun yang lalu.
Kami berlima, Syida, kak Mardheeyah master, kak Adnin, saya dan senior Aiman memilih untuk bermain ..kereta kecil comel (saya lupa namanya). Serius teruja berbanding jika bermain skii bak kata kak Mar, "rasa kembali ke 20 tahun yang lalu.." =).
inilah kenderaan kami berlima.
Syida, kak Adnin, saya dan senior Aiman.
Bersambung..
Nota kaki:
-minta maaf untuk setiap kelemahan dan kekurangan saya. Mohon ditunjuk ajar jika ada kesilapan kerana bagi saya, sesiapa yang menegur itulah yang menyayangi walau pedih mana tegurannya.
-senior Aiman selalu sebut, "seronok jalan dengan hasna'.. nak jalan dengan hasna' lagi..".
haih. saya tak pernah bercita-cita menjadi tourist guide. -__-#.
-Alhamdulillah. Telah boleh dihubungi di talian lama: 0779402436. Namun segala nombor-nombor tiada dalam simpanan saya. Harap maaf.
kalau tidak silap itu Stadium utk pasukan Besiktas sbb tgk logo hitam putih.galatasaray oren merah.
ReplyDeletesetiap tahun 29mei selalunya akan diadakan sambutan memperingati pembukaan istanbul di stadium tersebut.
oh ya? terima kasih kerana betulkan. ^^#.
ReplyDeletemenarik. nak cuba cari berkanaan sambutan tu iAllah. =)