Tuesday, August 4, 2009
fourth August
Saya menulis kali ini dengan hati yang berhajatkan kekuatan. Bukannya hati ini sedang bergoyah, cuma ingin bersandar pada dahan yang kukuh..sebagai tempat berehat mungkin.
Sejujurnya saat saya memutuskan untuk mengambil bidang deeniyah, bukan sedikit tentangan yang diperolehi. Kawan-kawan dan guru-guru memandang berat keputusan saya itu.
Ya, saya yang tidak pernah nampak ciri-ciri budak deeniyah dan lebih menonjol dalam bidang kira-kira dan seni. Mana tidaknya subjek matematik saya dari pendidikan rendah tidak pernah tercicir memperolehi gred A. Sebaliknya bahasa Arab saya, semenjak dari tingkatan satu cuma cukup-cukup makan dan hanya dengan izin Allah, berkat didikan tegas dan suasana yang menakutkan dari Sheikh Ibrahim saya memperoleh gred A dalam PMR.
Begitu juga ketika saya dalam pendidikan menengah atas, tidak banyak yang berubah. Allah izin markah subjek matematik selalu berkisar sekitar 90 ke atas. Yang paling menonjol ialah perbezaan markah addmath (Alhamdulillah, saya dalam kalangan top 3) dan BAT saya. Untuk subjek addmath, paling sedikit yang pernah saya dapat ialah 64 manakala untuk bahasa Arab paling tinggi saya pernah peroleh hanya 60! Huu.. (",)
Sepanjang saya menongkah kehidupan bergelar palajar, tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk saya memilih bidang ini. Namun susunan Allah itu sangat cantik.
Hati saya mula berubah ketika saya mengikuti lawatan kakitangan MATRI ke Kelantan dan Terengganu pada tahun 2007. Kami menziarahi KTD. Cikgu Razali yang menyampaikan taklimat mengkhabarkan bahawa subjek-subjek KTD-KUIS masih tidak punya wakil 'sahabat' sebagai lecturernya.
Apabila pulang, hati saya sudah mula berbolak balik. Terasa benar ingin memilih jalan itu tapi masih tidak punya kekuatan.
Alhamdulillah, ketika keputusan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 keluar, saya telah mendapat B untuk kali kedua bagi subjek addmath kerana kurang memberi tumpuan. Saat itu, dengan alasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan A secara berterusan membuatkan hati saya bulat untuk berpisah dengan subjek yang paling saya gemar itu.
Riuh juga waktu itu. Bukan sedikit sahibah-sahibah tersayang yang marah (marah sayang). Banyak sungguh cubaan yang menggugah keputusan drastik tersebut.
Mujur Allah sentiasa menguatkan. Selepas berpisah dengan addmath, saya semakin sayang kepada bahasa arab. Daripada gred E, meningkat kepada gred C seterusnya dengan izin Allah berjaya memperolehi B ketika peperiksaan percubaan. Hajat sungguh ingin memecah rekod sendiri bagi mendapatkan gred A dalam SPM tapi tidak berjaya. Mungkin Allah tidak mahu terlalu gembira.
Namun Alhamdulillah, setiap apa yang telah Allah susun telah mengubah persepsi saya bahawa Allah itu tidak pernah sesekali mensia-siakan usaha hamba-hambaNya. Saya pegang itu.
Justeru, doakan saya moga dikurniakan Allah kekuatan untuk terus tegar dalam mengharungi jalan yang dipilih atas izin Allah ini. Ya, jika dilihat daripada kaca mata semalam, sangat mustahil untuk saya duduk bersama teman-teman mentela'ah kitab-kitab arab yang tebal-tebal. Tetapi tidak akan sesekali mustahil jika Allah izinkan sesuatu itu berlaku. Bukankah Allah itu pencipta yang hebat?
huhu..mungkin masa yang akan datang, Allah izinkan pula saya mentela'ah kitab-kita Jepun? Tidak mustahil bukan? (",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah..takut ana dengar result addmath anti..sepanjang hayat ana..masa spm betol baru merasa dapat a untuk addmath...
ReplyDeleteapa kata kalau anti gabungkan math dalam deeniah....hermmm..quite interesting thing to do.
anyway...bersandarlah kepada Allah..biar semua orang bencikan kita asalkan Allah menyayangi kita...amiin
salam...
ReplyDeleteSetiap s'suatu yg dikejar b'serta dgn rajin dan usaha diiringi sabar s'bagai senjata insyaallah ia akan b'jaya renungilah firman allah yg b'maksud:"S'sungguhnya org yg b'iman ialah org yg b'iman kpd Allah dan RasulNya, k'mudian mereka tidak ragu2, mereka b'jihad dgn harta dan jiwa mereka dijln Allah."(Al-Hujurat:15).Rasulullah saw juga bersabda yg maksudnya:"Barangsiapa m'nempuh jln utk m'cari ilmu, maka Allah akan m'mudahkan baginya jln m'nuju syurga."Semuga b'jaya di dunia dan akhirat.
Syukran katsira buat saza s dan mak ndak atas titipan ysng InsyaAllah bakal menguatkan diri ini untuk terus menempuh jalan yang telah dipilih atas izin Allah ini. doakan ana selalu ya..
ReplyDelete