Thursday, June 11, 2009

KMK yang telah berlangsung..

Alhamdulillah, KMK ke 13 telah berjalan dengan lancar pada 9-11 June yang lalu.
Sangat penat. Sangat letih. Sangat seronok. Sangat menghiburkan. Dan sangat menggamit kenangan. Hanya itu yang dapat saya gambarkan.

Pendang Lake Resort. Cantik. Luas. Kemudahan yang cukup. Sangat panas. Pokok yang sedikit dan masih rendah. Air Cond dewan yang sejuk. Makanan yang sedap. Dan lain-lain. Saya tidak dapat menulis semuanya dalam post ini.(",)




Perbincangan TOT


sesi bersama abang FMD dan Ustaz AMY


sesi bersama Cikgu M dan Cikgu Z


sesi petang bersama makcik B


catatan saya


MasyaAllah..'sunset' yang cantik


latihan senamrobik


matahari yang muncul malu-malu


langit Pendang yang cantik..


TOT bermula pada 8hb June. Saya dan sahibah-sahibah dari Perlis bertolak sekitar jam 8.30 pagi. Kami diminta berkumpul di MATRI jam 7 pagi tetapi kelewatan sahibah-sahibah lain menyebabkan perjalanan bermula lewat. Namun Alhamdulillah, kami tiba jua ke destinasi dengan selamat..

Program bermula dengan sesi ta'aruf sesama fasilitator dan urusetia. Kemudian diisi dengan perkongsian bersama Ustaz AMY dan abang FMD. Isu yang dibahaskan ialah Qadiyah Islamiyah (permasalahan utama ummat Islam). Sedikit perkongsian dari abang FMD:

"orang soleh selalu diberi Allah peluang untuk beramal dan berbuat kebaikan"

"Projek besar:-> membentuk ummah:->membina tamadun
=tarbiyah adalah jalan (prosesnya)"

"Qadiyah Islamiyah:
=tidak mengenal Allah
(perlukan-iman + akidah:->tempoh yang panjang
:->perlukan kasih sayang)

=daulah khilafah
(syumul - sistem hukum Islam
-sistem politik Islam
-sistem pendidikan Islam
-sistem ekonomi Islam)

Kemudian program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman bersama cikgu M dan cikgu Z.

"3 perkara yang perlu dilihat dalam beramal:
1.kerja ikhlas
2.mindsetting:->nak meruntuhkan jahiliyyah
3.mesti syar'ie"

"Dalam sistem hari ini, kita tidak boleh hanya tunggu dan lihat"

Petang itu, kami mengikuti sesi bersama makcik B. Sangat bermanfaat dan berharga saya simpulkan.

"apakah 24 jam yang kita lalui ini hanya disiapkan sebagai bahan bakar api neraka?"

9 June 2009

Bermulalah KMK ke 13. Pada awalnya, perjalanan sesi taklimat mengalami sedikit masalah teknikal kerana dewan utama tidak dapat digunakan lagi. Namun Alhamdulillah, program seterusnya berjalan lancar.

Malam itu, para peserta tampak terhibur dengan perkongsian abang FMD yang bertemakan 'Remaja Ayuh Maju!'.

"untuk maju:->1.'izzah dengan Islam
-i'm proud to be a muslim
-islam is my way of life
2.kembali kepada islam"

"kenapa remaja?
:pilihan Allah
:bersemangat tinggi
:bertubuh sihat
:berakal cerdas
:berani
:hebat
:dahsyat"

"akhlak adalah bunga keimanan"

"manusia berguna ialah manusia yang paling manusia lain merasa aman ketika bersama"

"mari menjadi jiwa yang bahagia memberi"

10 June 2009

Hari ini adalah hari yang paling menyeronokkan dan memenatkan bagi peserta. Hal ini kerana program pagi ini ialah 'Mujahid Maju'. Program berbentuk treasure hunt dan memerlukan para peserta menjelajah kawasan di dalam dan di luar resort.

Saya perlu menjaga check point ke 5. Di check ini, para peserta diberikan masa 7 minit untuk berkayak di sekitar tasik. Sangat mudah. Lebih kepada main-main. Para peserta tampak lucu apabila mereka berkayak. Lebih-lebih lagi peserta puteri. Kalau tidak mencium tebing atau berlanggar antara satu sama lain, tidak sah. (",)

Malam itu diadakan Malam Gema KMK. Para peserta diminta mengadakan persembahan lakonan. Saya dan fasilitator yang lain tidak dapat menahan ketawa sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai keletah dan ragam peserta dapat dilihat dalam sesi ini. Sungguh melucukan.

11 June 2009.

Hari ini adalah hari terakhir. Selepas solat Subuh, kami berjalan keluar secara berkumpulan. Bersiar-siar di sekitar kawasan luar resort dalam cuaca yang gelap dan sejuk. Sesi 'Kongsi Rasa' berjalan secara santai.

Sejujurnya, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan adik-adik kumpulan yang baik dan santai. Walaupun hanya 2 peserta sahaja dari MATRI dan 1 dari SMIK, adik-adik yang lain tampak sudah faham dan sedar akan masalah-masalah yang melanda ummat hari ini. (majoriti sekolah agama)

Sebelum itu, saya telah menerima satu message dari kakak. Pengkhabaran duka. Pemergian seorang senior, seorang mujahid dan seorang 'amiliin. Meskipun saya tidak kenal benar, pemergiannya benar dirasai. Saya menangis sejujurnya. Bukan sekadar tangis sedih tetapi lebih kepada tangis gambaran cemburu. Saudara Ammar Bin Zulkifli, telah dijemput oleh Allah dalam keadaan yang sangat baik. Sungguh. Penamat yang baik. Ditamatkan nyawa sebagai musafir ilmu dan sedang menguruskan program untuk mengeratkan ukhuwah sesama pelajar doktor. Sungguh. Saya benar-benar cemburu.

KMK tamat sekitar jam 12 tengah hari. Kemudian para fasilitator dan urusetia diminta tunggu untuk sesi post mortem. Pelbagai perkara dibangkitkan dengan kemaslahatan bersama. Saya sebagai junior hanya diam mengikuti.

Alhamdulillah, saya selamat tiba di rumah sekitar jam 7.40 malam. Agak lewat kerana kami singgah di rumah ibu saudara di Kota Sarang Semut. Sungguh. Kenangan ini adalah kenangan yang indah..






4 comments:

  1. salam..bnar ktamu..kengn ini adlh kngn yg sgguh indh..iza akn mrndui smua ini..

    ReplyDelete
  2. salam...teruskn usaha anda dlm sebarkan dakwah...ana sentiasa doakan anti ya ukhti....salam ukhwah salam perjuangan...

    ReplyDelete
  3. salam....alhamdulillah..teruskn perjuangan dlm sebarkan dakwah...ana akn teruskn berdoa di kuatkn iman dan taqwa...insyaallah...

    ReplyDelete
  4. dan banyak cari pasal ngan aku...muahahaha!!!

    ReplyDelete

mohon pandangan.