*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
Klik: Bahagian I.
..........
Beberapa Salah Faham Terhadap Islam.
Islam sama sekali tidak pernah menindas wanita. Apatah lagi
meletakkan hukum yang memberi kebaikan kepada lelaki dalam masa yang sama
menzalimi wanita. Diberikan beberapa contoh:
Isu Pemakaian.
Bukanlah menjadi objektif utama Islam untuk meletakkan
had-had pemakaian wanita dalam Islam, sama ada menyempitkannya atau
meluaskannya, tetapi Islam datang untuk mengubah pandangan wanita terhadap
kehidupan dan matlamat di dalamnya sehingga apabila mereka melihat dunia,
bukanlah lagi dengan kaca mata kegilaan terhadap kenikmatan dan perhiasan yang
murahan. Islam datang untuk mengangkat manusia dari kerendahan haiwani kepada
kemuliaan insani.
Manusia perlu sedar bahawa tubuh badan adalah pemilikan
seperti mana dirinya, dan tubuh badan memiliki hak-hak agar terlindung dari
menjadi hamba syahwah. Jika seorang
wanita itu mengetahui bahawa betapa berharganya dirinya dan betapa berkaitanya
antara pandangan zahir dengan tanggapan ke atasnya, maka pastilah mereka akan
melihat betapa perlunya tubuh badan itu dilindungi.
Dan Islam tidak pernah menetapkan jenis-jenis tertentu dalam pemakaian, cukuplah dengan
aurat terlindung (baju labuh yang menutup seluar dan menutup kepala atau
pakaian labuh dan menutup kepala). Sebenarnya dengan penutupan dirinya itu
lebih menjadi tarikan dan tidak pernah sama sekali menguranginya, bahkan bagi
mereka yang sentiasa terdedah, hanya akan menjadi objek seks yang dieksplotasikan
oleh banyak pihak, dan akhirnya menjemukan.
Benarlah bahawa yang tertutup itulah yang menawan.
Isu Lemahnya Wanita dan Kuatnya Lelaki.
Hakikatnya wanita berasa rendah diri terhadap apa yang
disangka sebagai satu kelemahan berbanding lelaki adalah suatu doktrin yang
selama ini mewarnai kehidupan mereka.
Hal ini kerana, jika dilihat dari konteks yang lebih besar
dan terperinci, tidak berlaku timbangan yang beart sebelah dalam menentukan
siapa yang kuat dan siapa yang lemah, lantaran setiap daripada jenis lelaki dan
setiap daripada jenis wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk saling
melengkapi, bukan untuk dibandingkan.
Pendidikan sebegini perlu diubah. Seharusnya keyakinan diri
tentang struktur biologi dipupuk agar masing-masing melihat perbezaan bukan
untuk saling menandingi dan bersaing, tetapi untuk saling memerlukan dan
menyayangi.
“Dan diantara
tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari
jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadany, dan Dia
menjadikan diantara kamu rasa kasih sayang…” (arRum:21)
Isu Poligami
Dalam Islam, asas kepada sesuatu amal ialah kepastian bahawa
amal tersebut memberi kemaslahatan kepada yang lebih banyak atau lebih ramai.
Juga Islam melihat kepada penetapan-penetapan yang menutup kerosakan dan
kejahatan. Dan pernikahan adalah antara amal yang boleh menutup ruang-ruang
kerosakan masyarakat.
Bagi keadaan masyarakat yang aman, yang masih memiliki
kestabilan ratio lelaki dan wanita hampir sama, maka bagi setiap seorang lelaki
pasangannya adalah seorang wanita.
Namun, dalam keadaan terpencil seperti apabila berlakunya
peperangan yang meragut nyawa lelaki lebih ramai, dan peningkatan wanita yang
tidak berkahwin, maka bagaimana mungkin caranya perlindungan ke atas
wanita-wanita tersebut?
Ketika itulah fungsi asas amal dalam Islam, iaitu untuk
kemaslahatan umum diutamakan, dalam keadaan mengambil kemudharatan yang lebih
ringan.
Jika perkahwinan kedua berlaku, semestinya memberi rahmat
kepada isteri yang baru,namun bagaimana jika isteri pertama tidak dapat
menerima dan terluka?
Kerana itu dalam Islam, dibenarkan aqad pensyaratan sebelum
ijab qabul, yang mana boleh disyaratkan agar bakal suaminya itu tidak berkahwin
lain dan wajib ke atas si suami untuk mematuhinya. Jika tidak, si isteri boleh
menuntut fasakh. Tidak ada paksaan ke atas wanita untuk menerima poligami.
Bukankah itu adalah keadilan untuk wanita sama ada dari
sudut kebajikan diri dan kebajikan perasaan mereka?
Bersambung...
Nota kaki:
-one more paper to go insyaAllah.. =)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.