*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
Klik: Bahagian II
Klik: Bahagian III
Klik: Bahagian Akhir.
Klik: Bahagian II
Klik: Bahagian III
Klik: Bahagian Akhir.
..........
Apabila membincangkan soal lelaki dan wanita, perkara
pertama yang harus kita ketahui ialah, bagaimana kedudukannya wanita ini
tercipta. Islam hakikatnya mengiktiraf wanita sama darjat dan nilai dengan
lelaki, lantaran penurunan alQur’an itu sendiri untuk sekalian manusia tanpa
mengira jantina, kulit dan jenis bangsa. Pengkhususan cuma berlaku pada
sebilangan ayat terutamanya berkaitan hukum tertentu.
Dari Asal yang Satu.
Surah ke 4 dari 114 surah-surah alQur’an, yang menggunakan
perkatan ‘wanita’ sebagai nama surah, memulakan ayat pertamanya dengan sebuah
peringatan.
“Wahai manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam),
dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya..” (anNisa’:1)
Ayat ini sebenarnya telah lama menjawab persoalan-persoalan
dan kekeliruan tanggapan masyarakat tentang bagaimana seharusnya wanita itu
dilihat.
Mengapa tidak Allah
ciptakan sahaja Hawa dari tanah seperti mana Allah berkuasa menciptakan Adam
a.s. dari tanah? Apakah faedahnya Allah menciptakan Hawa dari tubuhnya Adam
a.s.?
Tidak lain dan tidak bukan, terciptanya wanita (isteri) dari
asal dirinya lelaki (suami) yang memberi erti bahawa nilai lelaki sebagai
manusia seerti itu jugalah nilai wanita sebagai manusia.
Begitu juga beberapa ayat alQur’an yang lain:
“Dialah yang
menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia menciptakan
pasangannya, agar dia berasa senang (tenteram) dengannya..” (alA’raf: 189)
“Wahai manusia!
Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,
kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(alHujurat:13)
“Dan diantara
tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari
jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan Dia
menjadikan di antaramu rasa kasih sayang..” (arRum: 21)
“Dan Allah
menjadikan bagimu pasangan (suami isteri) dari jenis kamu sendiri dan
menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu..” (anNahl: 72)
“(Allah) Pencipta
langit dan bum. Dia menjadikan bagi kamu pasang-pasangan dari jenis kamu
sendiri, dan dari jenis haiwan ternak berpasang-pasangan (juga)..” (asSyura:
11)
“Dan segala
sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agra kamu mengingat (kebesaran
Allah)”. (azZariyat: 49)
Manakala hadis-hadis berkenaan terciptanya Hawa dari tulang rusuk
Adam a.s. seperti ,“Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu
untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya”(riwayat Bukhari: al-Adab
al-Mufrad, no: 747) , bukanlah bermakna wanita itu adalah tulang rusuk yang
bengkok, tetapi ulama’ mentafsirkan bahawa hadis itu adalah peringatan kepada
para lelaki untuk berta’amul dengan wanita secara baik dan lemah lembut, bukan
dengan kekasaran dan kekerasan kerana perasaan wanita itu terlalu mudah untuk
bengkok (tersentuh).
Bermakna, tiadalah sama sekali perciptaan antara dua makhluk
ini dengan sengaja dimuliakan sebahagian dan direndahkan sebahagian. Setiap
satunya adalah dari asal yang sama dan kemuliaan yang sama.
Tinggallah Kamu dan Isterimu di dalam Syurga.
Sinonim kita dengan kisah Adam a.s. yang tinggal di dalam
syurga, kemudian dikeluarkan kerana melanggar arahan Allah daripada menghampiri
sebatang pokok. Diceritakan turun termurun bahawa syaitan telah membisik kepada
Hawa sehingga terpengaruh dan Hawa memujuk Adam a.s..
Kitab Injil dan Taurat menceritakan sedemikian. Begitu juga
sebahagian ulama’ yang mengambil periwayatan Israeliyyat. Malah ada tanggapan
yang menuduh bahawa ruh yang ada dalam tubuh wanita adalah ruh syaitan yang
membisikkan kejahatan.
Sedangkan jika kita rujuk kembali kalam Allah, tuduhan
tersebut sama sekali tidak benar:
“… Lalu syaitan
memperdayakan keduanya dari syurga, sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala
kenikmatan) ketika keduanya di sana (syurga)..” (alBaqarah: 36)
“…Kemudian syaitan
membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang
selama ini) tertutup. Dan (syaitan) berkata, “Tuhanmu hanya melarang kamu
berdua mendekati pokok ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak
menjadi orang yang kekal (di dalam syurga)”. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada
keduanya, “sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu”. Dia
(syaitan) memujuk mereka dengan tipu daya…” (al-A’raf: 20-22)
Ayat-ayat ini jelas menidakkan tuduhan tafsiran silap, yang
meletakkan kesalahan Adam a.s. adalah berpunca dari pujuk rayu Hawa. alQurthubi
menidakkan sebarang periwayatan yang mengatakan bahawa Hawa (wanita) punca
kesalahan seorang Adam a.s. (lelaki) kerana periwatan tersebut adalah
periwayatan Israeliyyat.
Manakala ayat 30 dan 34 surah alBaqarah sebelum itu, “…Aku
hendak menciptakan khalifah di bumi…” dan “…Sujudlah kamu kepada
Adam!...”, menunjukan betapa kemuliaan dan ketinggian telah Allah hadiahkan
kepada manusia sebagai makhluk yang beraqal, berpengetahuan dan yang mempunyai
kemahuan dan kebebasan. Dan Allah menciptakan wanita itu sebagai manusia sama
seperti manusianya seorang lelaki.
Juga diteruskan dengan sambungan ayat 23 surah alA’raf:
“Keduanya berkata,
“Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk
orang-orang yang rugi”.
Dan ayat 37 surah alBaqarah:
“Kemudian Adam
menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya.
Sungguh, Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
Hal ini menunjukkan bahawa Allah adalah Penerima taubat,
sama sekali berbeza dengan apa yang diyakini oleh para penganut Kristian,
sehingga memerlukan kelahiran dan pensaliban Isa a.s untuk menghapuskan
dosa-dosa Adam a.s. dan Hawa.
Tidaklah Sama Lelaki dengan Wanita.
“Maka ketika
melahirkannya, dia berkata, “Ya Tuhanku, aku telah mengandungkan anak
perempuan”. Padahal Allah lebih Tahu apa yang dia lahirkan, dan lelaki tidak
sama dengan perempuan…”
(Ali Imran: 36)
Ayat ini sekali imbas, seakan-akan diangkat lelaki melebihi
wanita dan diperakui bahawa tidaklah sama antara lelaki dan wanita.
Sedangkan hakikat sebenarnya jauh dari itu.
Pertama, ayat ini menceritakan tentang pengkhususan.
Penciptaan lelaki dan wanita, sama sekali tidak sama dan saling memerlukan
untuk melengkapi kekurangan jantina antara lelaki dan wanita. Perbezaan untuk
melengkapi sama sekali tidak menunjukkan mana-mana jantina (lelaki) mempunyai
kelebihan dan kebaikan melebihi jantina yang lain (wanita).
Kedua, ayat ini sebenarnya sebagai satu pujukan untuk ibu
Maryam yang mulia, bahawa anak perempuannya itu sama sekali tidak ada mana-mana
lelaki yang mampu setanding dengannya, lantaran pengaduan ibu Maryam selepas
kelahiran Maryam adalah pengaduan kesedihan dan kekecewaan, kerana ketika itu yang
mampu memberi bakti kepada rumah Allah adalah dari jenis lelaki. Allah memujuk
dengan mengkhabarkan bahawa, Allah lebih Maha Tahu dan telah sekian maklum
bahawa kandungannya itu adalah anak perempuan dan memang disengajakan.
Maryam dianugerahkan Allah dengan kemuliaan sebagai “ketua
wanita syurga” juga sebagai ibu kepada Isa a.s. “Sesungguhnya perumpaan
(ciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari
tanah kemudian Dia berkata kepadanya, “Jadilah!”. Maka jadilah sesuatu itu.”
(Ali Imran: 59)
Malah sebilangan ulama’ telah membincangkan berkenaan
kenabian Maryam. Hal ini kerana kemuliaan yang Allah kurniakan kepada Maryam
adalah kemuliaan para anbiya’. AlQurthubi menjelaskan bahawa Maryam diiktiraf
sendiri oleh Allah sebagai wanita yang suci dan terhormat, serta yang
membernarkan ayat-ayat Allah dalam surah Tahrim ayat 12, “dan Maryam, puteri
Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya
sebahagian ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimah-kalimah Tuhannya dan
kitab-kitabNya, dan dia termasuk orang-orang yang taat”. Dan dalam surah
alMa’idah ayat 75, “alMasih putera Maryam hanyalah seorang Rasul. Sebelumnya
telah pun sudah berlalu beberapa rasul. Dan ibunya oseorang yag berpegang teguh
pada kebenaran”.
Juga tentang mukjizat kisah buah-buahan dan kelahiran Yahya
a.s saat Zakaria a.s telah sangat tua serta isterinya yang mandul.
Hal ini kerana, syarat kenabian adalah seorang lelaki semata
menggunakan dalil surah Yusuf ayat 109, “Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu
(Muhammad), melainkan orang laki-laki (arrijal) yang Kami berikan wahyu
kepadanya di antara penduduk negeri..”
Ibnu Taimiyah menidakkan hal tersebut. Namun Sheikh Thahir
bin ‘Asyur, penulis tafsir ‘Tahrir wanTanwir’, mentafsirkan bahawa ‘arrijal’
yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah jenis manusia, bukanlah pengecualian
bagi wanita.
Tafsiran ayat 42 surah Maryam, “Dan (ingatlah) ketika
para malaikat berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu,
menyucikanmu dan melebihkanmu di atas segala perempuan di seluruh alam”, juga
menunjukkan pengkhabaran malaikat dan penyucian sebagai tanda nubuwwah dan
nubuwwah tidaklah sama dengan kerasulan.
Di sini jelaslah bahawa Islam telah lama mengangkat
kemuliaan seorang wanita. Namun perlu diperingatkan bahawa kemuliaan datang
selepas kita kembali kepada Allah dengan ketaatan dan kehambaan.
“Wahai Maryam!
Taatilah Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk”. (Ali
Imran: 43)
Maka, janganlah tertipu dengan tipu muslihat yang jahat,
bersamalah dalam gerombolan iman dan penegak kebenaran. Serta angkatlah
kerendahan diri hanya kepada kebenaran milik Allah.
Sesungguhnya Tipu Daya Kamu Sangat Dahsyat.
Kita sudah ma’ruf tentang kisah penggodaan isteri alAziz
terhadap Yusuf a.s. dan kita juga telah tahu bagaimana Yusuf a.s. merengkut di
dalam penjara hanya semata kerana fitnah tersebut. Maka banyaklah hentaman ke
atas wanita berlaku.
“Dan sungguh,
perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak
kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, Kami
palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba
Kami yang terpilih.” (Yusuf: 24)
“Maka ketika dia
(suami perempuan itu) melihat baju gamisnya (Yusuf) koyak di bahagian belakang,
dia berkata, “sesungguhnya ini adalah tipu dayamu. Sungguh, tipu dayamu
benar-benar hebat ( dahsyat).” (Yusuf: 28)
Pentafsiran dibahagikan kepada 3.
Yang pertama, ayat 24 surah Yusuf, “…Dan Yusuf pun
berkehendak kepadanya…” menunjukkan bahawa kenabian dan kerasulan sama
sekali tidak menghapuskan nilai fitrah seorang manusia. Seorang nabi juga
adalah manusia dan ketika digoda oleh isteri alAziz, Yusuf a.s juga tertarik.
Namun dilindungi oleh Allah dari terjeremus kepada kemaksiatan kerana Yusuf a.s
adalah hamba Allah yang ikhlas dalam ibadah dan yang menjaga dirinya.
Ayat ini memberitahu kepada kita bahawa yang menyelamatkan
seseorang itu daripada melakukan dosa, bukanlah kerana mukjizat tetapi kesan
usaha seorang hamba itu selama ini dalam menjaga ibadah dan ketaqwaannya kepada
Allah. “Sesungguhnya jika cenderung
hambaKu kepada kebaikan, maka tertulislah untuknya kebaikan..” (Hadis Qudsi).
Lantaran itu, menjadi
satu urgensi untuk kita sama-sama memproses diri dalam keimanan dan rasa takut
kepada Allah sentiasa, agar dengan usaha itu Allah melindungi kita dari
kerosakan dan kejahatan.
Yang kedua, ayat “Sungguh, tipu dayamu benar-benar hebat
( dahsyat).” (Yusuf: 28) adalah ayat jelas pengkhususannya untuk perbuatan
isteri alAziz yang dahsyat itu, iaitu penggodaan dan tipu dayanya yang licik.
Bukan bermakna wanita itu sendiri mempunyai kejahatan tipu daya melebihi
kejahatan tipu daya lelaki . Perbuatan yang keji tidak kira lelaki dan wanita,
tetap sama kejahatannya.
Dan fitrah hamba tidak kira lelaki mahupun wanita, diberi
pilihan sama ada untuk melakukan kebaikan dan keburukan. “Sungguh beruntung
orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”.
(asSyams: 9-10) dan surah alBalad ayat 10, “Dan Kami telah menunjukkan
kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan).”
Perkara ini sangat penting untuk dijelaskan, kerana kesan
salah faham ini membuatkan wanita amnya terpalit dengan kejahatan isteri alAziz
tersebut. Bahkan ada ulama’ yang pernah berkata, “aku lebih takutkan wanita
daripada syaitan”. Mereka membandingkan dengan ayat 76 surah anNisa’, “..maka
perangilah kawan-kawan syaitan itu, (kerana) sesungguhnya tipu daya syaitan itu
lemah”.
Sedangkan ayat ancaman tipu daya syaitan dan kesan kejahatan
syaitan kepada manusia adalah diungkapkan dan diperingatkan oleh Allah
sendiri. Manakala ayat “Sungguh, tipu
dayamu benar-benar hebat ( dahsyat)”, hanyalah kata-kata alAziz kepada isterinya
dan diceritakan semula oleh Allah di dalam alQur’an.
Yang ketiga, memandangkan secara fitrahnya wanita tercipta
dengan kelebihan berbanding lelaki dari sudut mempengaruhi dan kesungguhannya
mencapai cita-cita dengan segala cara, bermakna besarlah tanggungjawab
masyarakat dalam memastikan pendidikan para wanita agar kelebihan, kecerdikan, dam kesungguhan yang dimiliki
disalurkan kepada jalan yang
Kecintaan Kepada Wanita.
“Dijadikan terasa
indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diingini, berupa
perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas
dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan
di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. Katakanlah, :Mahukah
aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?”, Bagi
orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai..” (Ali Imran: 14-15)
Ayat ini bukanlah bermakna bahawa wanita dan sebagainya
adalah tarikan yang membuatkan seseorang semakin jauh dari syurga dan jika
berkehendak kepada syurga, maka perlulah menidakkan anasir-anasir tersebut.
Tanggapan ini salah kerana Allah swt memang menciptakan keindahan-keindahan
itu dan tidak berlaku pengharaman terhadap perkara-perkara tersebut,
sepertimana yang disebut dalam surah al-A’raf ayat 32, “Katakanlah
(Muhammad), “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah
disediakan untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik?..”.
Namun perlulah diperingatkan bahawa perhiasan, kecantikan
dan tarikan ini adalah sebagai satu ujian jika kita terlalu berlebih-lebihan
sehingga mengabaikan tujuan kehidupan. “Sesungguhnya Kami telah menjadikan
apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka,
siapakah di antara yang terbaik perbuatannya” (alKahfi: 7).
Ulama’ mengkonklusikan ayat ini dengan pembahagian perhiasan
kepada 2 bahagian.
Yang pertama, menjadikan dan menggunakan perhiasan dunia
sebagai wasilah untuk mencapai redha Allah. Hal sedemikian merupakan perhiasan
yang dihiasi sendiri oleh Allah s.w.t.
sebagai penghibur kehidupan manusia di dunia.
Isteri, anak-anak dan harta benda jika dipandu oleh iman
dalam berta’amul dengannya, maka bukan sahaja tidak termasuk dalam perkara yang
menghalang dari syurga Allah, tetapi juga merupakan sumber pahala kebaikan.
“Wahai Rasulullah, jika kami didatangi syahwah dan kami
mendatangi isteri kami, apakah kami mendapat pahala?”. Jawab baginda s.a.w, “
Jika kamu melihat sesuatu perkara yang jika diletakkan pada perkara yang haram,
akan di beri balasan (dosa), maka begitulah juga jika diletakkan pada perkara
yang halal, akan diganjarilah ia dengan pahala kebaikan”. (hadis)
Tafsiran yang benar ini perlu, agar lelaki tidak memandang
wanita sebagai satu objek yang hina dan mesti dijauhi. Dari kesilapan inilah
akan melahir golongan yang tidak rasa bersalah mengasari isteri dan
memperlakukan isteri dan anak-anak dengan sambil lewa. Sedangkan Allah berulang
menyebut, “Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia” (alKahfi: 46) dan
disebut, “Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” (hadis Tirmizi).
Hakikatnya nilai rumahtangga dan kesungguhan dalam
menghidupkan kasih sayang di dalamnya adalah keperluan yang sama dengan
kesungguhan ibadah-ibadah yang lain.
Dan kecenderungan lelaki kepada wanita adalah fitrah kerana
dari fitrah itulah yang melahirkan zuriat keturunan, kerana wanita adalah
sumber kewujudan zuriat tersebut. Fitrah ini dijelaskan sendiri oleh hadis, “Tidak
aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan
wanita”.
Maka kerana itu datangnya peringatan kepada kaum lelaki agar
sentiasa menjadikan perhiasan dunia ini sebagai perhiasan yang mendekatkan diri
kepada Allah, bukan menjauhkan.
Yang kedua, perhiasan yang membuatkan hati semakin lalai
sehingga jauh dari mengingati Allah, dan inilah yang sebenarnya dihiasi oleh
syaitan-syaitan.
“…Dan syaitan
telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka,
sehingga menghalangi mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak mendapat
petunjuk” (anNaml: 24)
“Dan (ingatlah)
ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka..”
(alAnfal: 48)
“…dan syaitan pun
menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan” (alAn’am: 43)
Perhiasan yang pada asalnya sebagai pewarna kehidupan
manusia di dunia boleh menjadi perosak kehidupan akhirat jika kita membiarkan
syaitan yang mewarnainya.
Kerana itu, bukanlah apabila disebut isteri, anak-anak dan
harta benda sebagai fitnah dan perhiasan dunia, maka perlu menjauhi kesemuanya
tetapi apa yang Allah tekankan ialah meletakkan penjagaan hukum Allah dalam
proses mua’amalah dengan perkara-perkara tersebut.
Juga, perlulah diperingatkan bahawa bukanlah sahaja wanita
menjadi fitnah kepada lelaki semata. Bahkan lelaki juga merupakan fitnah kepada
wanita berdasarkan hadis “ujian bagi lelaki adalah wanita dan ujian bagi
wanita adalah lelaki”.
Justeru, antara suami (lelaki) dan isteri (wanita), perlulah
saling memelihara diri masing-masing agar tidak menjadi fitnah kepada satu sama
lain. Dan salinglah menyumbang untuk melengkapi kebaikan.
“Sesungguhnya
wanita itu saudara bagi lelaki”. (hadis Muslim)
“Rahmat Allah ke
atas lelaki yang bangun malam kemudian solat dan mengejutkan isterinya untuk
solat. Jika isterinya payah untuk sedar, dia merenjiskan air ke wajahnya
(isteri). Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam kemudian solat dan
mengejutkan suaminya untuk solat. Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka
dia merenjiskan air ke wajahnya (suami).” (Riwayat Abu Daud)
Dan itulah ‘ibrah pernikahan yang sempurna dan penuh
ketenangan.
Bersambung...
Nota kaki:
-final masih berbaki 3 papers. Doakan ya. =)
Assalamualaikum wr.wb,
ReplyDeletesaya akan menampilkan pendapat mengenai penciptaan adam dan hawa.
Assalamualaikum wr.wb,
saya uraikan pendapat saya soal penciptaan adam terlebih dahulu.
-Allah telah berfirman :Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” (QS.Al-Baqarah: 30).
Allah telah menjadikan adam di surga dari tanah dari bumi.
seperti kita juga tau segala sesuatu ciptaan melalui proses begitu juga apa yg terjadi dengan tanah permukaan bumi ini sehingga menjadi mani.Adam tidak diciptakan Allah dibumi, apabila terjadi penciptaan dibumi sudah tentu adam mempunyai seorang ibu.jelas bahwa Allah telah menciptakan adam di surga tepat dengan firmanNYA yg berbunyi:“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadianya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduk kamu kepadanya dengan bersujud” (QS. al-Hijr 15:29).
kenapa di surga? arti surga adalah kenikmatan yg kekal tidak ada kesusahan dan sesuatu yg bersifat jerih payah seperti buang air besar/kecil,bekerja, melahirkan dan sebagainya ,saya berikan contoh satu, firman Allah :Dan Kami berfirman: “Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang lalim.(al baqarah ayat 35)jadi jelaslah bahwa adam juga dijadikan oleh Allah dari mani yg bercampur walaupun tidak melalui seorang ayah dan ibu seperti firman Allah yg berbunyi:Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.(al insaan ayat 2).
jika kita tidak percaya adanya surga dan neraka,alangkah baiknya tidak usah beragama saja apalagi jika kita beragama islam.
tujuan kita nanti setelah mati adalah surga atau neraka itu saja.
wassalamualaikum wr.wb,
sayyid
dan yg kedua penciptaan hawa,
ReplyDeletejadi bagaimana pula dengan penciptaan isterinya nabi Adam yaitu siti hawa?
menurut Bible dan hadis,bahwa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam, mengingat firman Allah yg berbunyi pada Alquran surat an nisa ayat 1 :
4:1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
dan beberapa ayat lainnya dari Alquran memberikan pandangan bahwa ada kemungkinan bahwa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam.
Hanya tiga manusia yg pernah Allah ciptakan tanpa bersetubuh yaitu :
Adam,Hawa dan Isa almasih tetapi( dengan mani yg bercampur ) dan seluruh manusia yaitu keturunan adam dan hawa terjadi dari setetes mani yg bercampur ( bersetubuhan antara suami dan isteri) tertera pada surat al insan ayat 2, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
jadi seluruh manusia dari adam sampai sekarang ini Allah S.W.T ciptakan dengan mani yg bercampur (tanpa bersetubuh maupun dengan bersetubuh).
Allah telah jelas berfirman pada surat yassiin ayat 77.
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani) ,maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!
siapakah yg Allah sebutkan sebagai manusia?
apakah keturunan Adam dan Hawa saja?sudah tentu tidak ,karena adam dan hawa juga manusia.
-siapakah penantang yg nyata?
apakah keturunan adam dan hawa saja?sudah tentu tidak ,karena adam dan hawa telah keluar dari surga karena menantang Allah.
jika siti hawa diciptakan dari tulang rusuk adam sudah tentu wanita lebih tinggi kedudukannya dari pada pria karena mani adalah air yg hina dibandingkan dari tulang rusuk tetapi ini di bantah dengan firman Allah yg berbunyi :
“Bagi laki-laki (suami) terhadap mereka (wanita/istri) satu derajat lebih tinggi.”(Q.S. Al-Baqarah : 228).
penciptaan siti hawa menurut bible dan hadis dari tulang rusuk nabi adam adalah tidak benar karena ini adalah ulah bangsa yahudi saja yg membodohkan umat Muhammad s.a.w.
alam semesta dan segala isinya(makhluk ghaib,nyata dll), Allah ciptakan dengan sunnatulahNYA.
wassalamualaikum wr.wb,
sayyid