*Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, saya perlu membentangkan ulasan tentang buku tulisan Sheikh Rashid alGhounnusyi, yang sangat cantik, penuh hikmah dan adil. Dan pihak UTAM meminta untuk ditulis ulasan tersebut. Justeru, saya berminat untuk turut berkongsi dengan pembaca blog ini juga. Semoga bermanfaat! =)
..........
Beberapa Persoalan Sekitar Wanita.
Keluarnya Wanita.
Buku ini mengupas berkenaan ayat 33 dari surah alAhzab yang
banyak disalah faham sebagai ayat larangan wanita keluar rumah.
“Dan hendaklah
kamu tetap di rumahmu”.
Ulama’ khilaf dalam mentafsir ayat ini kerana khilaf berlaku
sama ada ayat ini khusus untuk isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w atau untuk
wanita lain umumnya. Walaupun begitu, ayat ini tetap tidak menghalang wanita
untuk keluar memenuhi hajatnya seperti mnuntut ilmu, bekerja, berjihad dan
berdakwah.
Berkenaan kerisauan
berlakunya ikhtilat dan keluarnya wanita dari rumah akan menyumbang kepada
ekspolitasi wanita untuk menjual tubuh dan sebagainya, perkara tersebut
sebenarnya telah terjawab di bahagian pertama.
Bahawa Islam datang membebaskan wanita dari
tanggapan bahawa wanita hanyalah objek seks dan kedatangan wanita dalam
masyarakat akan merosakkan ketamadunan. Sedangkan Islam telah lama memerdekan
wanita sebagai seorang manusia yang hidup untuk memenuhi cita-cita dan
keinginan, serta yang terlibat dalam menyumbang kepada pengislahan masyarakat.
· Dibenarkan wanita untuk
keluar atas keperluan-keperluan kerana hakikatnya, Islam datang bersamanya
kaedah umum dan menuntut pemikir-pemikir Islam untuk membentuk hukum sesuai
dengan keadaan dan realiti ketika itu mengikut keperluan-keperluan.
Dalam situasi peralihan dari zaman tradisi
kepada zaman moden, dari era cengkaman kepada era manusia memiliki jati diri
sendiri, dan dari masyarakat sempit mengikut bangsa dan jenis kepada masyarakat
yang memperjuangkan kesama-rataan dan demokrasi, seharusnya gerakan-gerakan
Islam tidak menghalang diri dari terlibat dalam memikirkannya, malah perlu
bersama dalam bekerja ke arah memastikan perkembangan-perkembangan ini sejajar
dengan warna Islam.
·
Sesungguhnya kita mewarisi
racun pemikiran bahawa “wanita adalah makhluk perosak”, ditambah lagi kita
hidup dalam masyarakat yang dicacatkan dengan suasana antara lelaki dan wanita
saling menggoda dan merosakkan.
Apakah penyelesaiannya hanya dengan
mengambil jalan ringkas iaitu dengan mengasingkan wanita langsung dari dunia
lelaki? Atau sebaik-baiknya kita mengubah dan membebaskan diri dan masyarakat
pemikiran dan situasi sebegitu kepada acuan Islam yang sebenar?
·
Sesungguhnya sistem jahiliyyah
sentiasa berusaha untuk mencipta resolusi-resolusi palsu. Mereka mengharamkan
poligami tetapi memudahkan penzinaan. Ditambah dengan pengeksploitasian ke atas
wanita untuk menjual tubuh-tubuh mereka bagi pengiklanan, digalakkan teknik
halang mengandung dan perguguran serta penghalangan dari mengamalkan pemakaian
Islam.
Sedangkan itu semua hanyalah bahan politik
bukan ketamadunan. Maka perlu untuk gerakan-gerakan Islam mengambalikan wanita
kepada kemuliaan dan kemanusiaannya.
Allahyarhamha Dr. Lo'Lo' yang saya kagumi.
Wanita Pendakwah.
Tanggungjawab wanita dalam deen Islam (dakwah) adalah sama
dengan lelaki.
“Dan orang-orang
beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada
sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari
yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa
Maha Bijaksana.” (atTaubah: 71)
Peranan wanita sangat besar dalam hidup masyarakat sehingga
ada kata-kata, “Di belakang setiap lelaki yang hebat, adanya wanita”.
Malah seerah sendiri menceritakan tentang Saidatina Khadijah
r.ha yang banyak berkorban untuk dakwah baginda s.a.w sehingga kematiannya
digelar tahun kesedihan, juga wanita-wanita yang terlibat dalam pengislaman
lelaki seperti peristiwa Islamnya Umar alKhattab r.a, peranan Asma’ Binti Abu
Bakr dalam sejarah seerah baginda s.a.w., penghijrahan sohabiyah-sohabiyah ke
Habsyah dan Madinah, penglibatan sohabiyah-sohabiyah di medan peperangan serta
seterusnya.
Justeru sangatlah salah tanggapan bahawa wanita itu lemah
dan tidak layak untuk terlibat dalam dakwah dan istiqamah dengannya kerana
dalam seerah nabawiyah tercatat beberapa orang lelaki muslim yang murtad
seperti suami kepada Ummu Habibah dan Sa’udah, tetapi tidak ada sama sekali
catatan bahawa ada sohabiyah-sohabiyah yang telah murtad sekalipun seorang.
Berikut merupakan beberapa pesanan Sheikh Rasyid Ghannusyi kepada
para wanita yang sedang dalam fatrah
pembinaan dalam medan yang selama ini didominankan oleh lelaki.
Maka wajiblah ke atas gerakan-gerakan Islam
untuk memberi ruang kepada wanita untuk
berpeluang memberikan sumbangan dan kebolehan mereka sekaligus memberikan
mereka semangat. Bermakna perlaksanaan ini mampu dengan adanya ruang dan
peluang insyaAllah.
- Saudara-saudara perlulah
memberi ruang dan peluang untuk saudari-saudari menilai kebolehan dan peranan
mereka. Dan saudari-saudari perlulah berlatih melibatkan diri dalam semua
kerja-kerja Islam yang dilaksanakan oleh lelaki, dan jangan pernah menghadkan
kebolehan yang ada.
- Saudari-saudari perlu
membina keyakinan diri dan jangan berada dalam peringkat menunggu, iaitu
menunggu lelaki memberikan kepadanya peluang-peluang. Hendaklah saudari-saudari
merasakan bahawa tanggungjawab dalam Islam adalah secara terus, tidak
memerlukan perantaraan.
- Berkenaan perbezaan
program-program pembentukan wanita dan program-program pembentukan lelaki,
perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana akan membentuk pengasingan
antara dakwah Islam terhadap golongan wanita dan lelaki. Sedangkan dalam fiqh
yang berkaitan kewanitaan pun lelaki sewajarnya turut belajar bersama kecuali
dalam situasi-situasi yang mengharamkan.
- Sesungguhnya realiti wanita
hari ini adalah realiti yang kritikal. Dan mereka memerlukan pemerhatian yang
khusus. Hal ini adalah kesan pemencilan dalam masyarakat dan juga dalam gerakan
Islam itu sendiri selama ini. Maka benarkanlah dan galakkanlah wanita
terlibat dalam menghadiri seminar-seminar dan penjelasan-penjelasan sekitar
persoalannya dalam kerja-kerja Islam.
- Penting untuk
gerakan-gerakan feminis dalam dunia Islam dan antarabangsa untuk tahu
tanggungjawab dan tujuan mereka dan tahu
cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut.
- Perlu untuk saudari-saudari
meluaskan bidang ilmu pengetahuan kerana dengan luasnya bidang pengetahuan akan
memandu arah perjalanan gerakan feminis.
- Persoalan yang timbul:
Apakah mampu tertonjolnya model wanita muslimah sepertimana tertonjolnya model
lelaki muslim?
- Sebagai peringat bersama, sesungguhnya besar peranan wanita dalam dakwah Islam. Jika seorang lelaki itu adalah saudara bagi wanita, maka tidaklah mampu didirikan dakwah tanpa bersamanya saudara wanitanya itu.
Bahkan, bukankah wanita ada sebahagian dari
masyarakat dan peranannya jugalah untuk mendidik sebahagian yang lain.
“Wanita
yang dengan tangannya menghayun buaian, dan dengan tangan itu jugalah boleh
menggoncangkan dunia”.
Mukhlisah gembira mengenakan tudung labuh ummi
sambil rocking the horse.
=)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.