Love is not an emotion. Love is verb.
Teringat pesanan bonda selalu,
"biar sebelum melangkah ke alam perkahwinan, penuhkan dengan bayang-bayang yang paling dahsyat dan yang penuh kekurangan, agar kita tidak terlalu mengharap dan bersedih jika benar dan bersyukur jika lebih dan membahagiakan..".
Ya, biar saya membayangkan lelaki itu keras hatinya, tidak betah memujuk jika saya menangis, tidak sensitif untuk memahami tika hati bersedih, tidak mahir untuk berkata-kata manis saat saya memerlukan cuma perhatian, tidak pandai duduk mendengar dan cuma menyentuh lembut, pada waktu saya cuma mahu mengadu, dan tidak cermat dalam menyusun kata-kata sehingga melukakan. Apatah lagi mudah dalam menghulurkan tangan tanpa dipinta saat saya membutuhkan bantuan.
Biar itu yang saya bayangkan. Biar susah untuk membayangkan begitu, tetapi saya perlu dan mesti untuk membayangkan.
Agar saya tidak kecewa jika lelaki itu benar lelaki yang itu. Dan bersyukur jika lelaki itu lebih baik daripada apa yang saya bayangkan.
Senyum. =)
Allah menciptakan lelaki dan wanita itu berbeza,
hormon yang berbeza dan kehendak emosi yang berbeza.
Memang benar-benar, "Men are form Mars, Women are from Venus".
Nota kaki:
- Post ini tiada kaitan dengan sesiapa, lantaran bakal suami saya adalah seseorang yang sentiasa belajar menjadi yang terbaik insyaAllah. Post ini sekadar peringatan untuk diri sendiri agar lebih bersedia untuk berada dalam dunia lain dari dunia yang sedang saya lalui hari ini. Tidak perlu membayangkan yang indah-indah dan yang manis-manis.
Allahua'lam.
-Alhamdulillah, selesai semestar 2 bagi sesi 2012/13. Semoga keputusan final baik-baik sahaja insyaAllah. =) Bakal menjengah semestar pendek di musim panas insyaAllah.
-Bahan bacaan pertama yang bakal dipunggah isinya sepanjang cuti ini ialah, Kebangkitan Pos-Islamisme Analisis Strategi dan Kebijakan AKP Turki Memenangkan Pemilu. (panjang betul tajuk bukunya) Semoga bermanfaat insyaAllah. =)
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.