#cuma repekan di malam fatrah final. Sila jangan membazirkan waktu anda.
3 minggu terakhir ini, saya benar-benar diserang rindu yang melampau. Hampir setiap malam suasana, suara, wajah-wajah, gambaran, gelak tawa semuanya diwarnai oleh mereka.
='(
Sungguh. Saya merindui mereka. Jantung hati. Belahan jiwa. Manusia-manusia pertama yang saya kenal.
Dan saya kira, fenomena mimpi-mimpi ngeri yang anehnya sangat bahagia dilalui ini akan selalu muncul apabila fatrah duduk-menghadap-buku-dengan-penuh-fokus-datang menjengah. Ya, fatrah final exams.
Yang pasti, penyakit ganjil ini tidaklah merbahaya, sekadar bermusim dan tidak membawa maut insyaAllah. Cuma akan melarat sedikit jika tidak dikawal dengan baik.
Saya rindukan kakak, Maryam Fatin Hanisah Hazni dan makluk halus yang
buas lagi bum bum dan kuat makan.
Siapa lagi kalau bukan 'Aliyah Mukhlisah! =')
Saya harap, sekali lagi saya berjumpa dengan makhluk ini, harapnya Mumu tidak buat-buat tidak kenal. Kalau Mumu buat juga, saya culik adiknya. haha.
Saya rindukan abang, Muhammad Zubair Hazni yang penyayang.
Sampai sekarang saya masih debar menanti siapakah pilihan hatinya (ehem),
kerana jujur, saya sangat berharap agar saya tidak pernah merasakan kehilangan abang.
=')
proudly declare to the whole world, this is the best abang, the best son and the best uncle long.
iAllah will soon be the best papa. ngee..
May Allah gives you and me the strength to be the best servants iAllah!
Saya rindukan adik, Muhammad Thalhah Hazni yang selalu memenuhi ruang udara rumah kami dengan suaranya sebelum seluruh
ahli rumah melibatkan diri dalam pentas nyanyian tersebut.
Teringat segala kenangan bersama adik. =')
And surely, I miss my sunshines,
here my Queen!
Puan Shariffah Ismail.
Saya selalu membayangkan, jika suatu saat nanti kaki saya mampu
melangkah untuk masuk ke dalam syurga, (iAllah), manusia pertama
yang akan saya cari ialah bonda. Lantaran saya mahu menjadi
saksi kepada Allah, bahawa bondalah yang bertanggungjawab mengenalkan saya kepada Tauhid, Iman dan Taqwa . Dan sama sekali tidak pernah cuai
bersabar dalam membimbit tangan ini agar tidak tergelincir dari
apa yang Allah kehendaki.
T.T May Allah bless you mum. always.
Keluarga Di Dunia, Semoga Kekal Di Syurga iAllah.
Teringat ayat Allah dalam surah atThur ayat 21:
"Dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikitpun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakan."
=')
Apakah ada yang lebih membahagiakan selain berada bersama manusia-manusia yang kita cintai, melalui suka duka, saat-saat gembira dan gelisah bersama nanti secara kekal dan penuh nikmat di dalam syurga?
apakah ada yang lebih baik dari itu?
Lantas, sama-samalah kita membentuk keluarga kita agar bukan sekadar ketawa dan menangis untuk urusan dunia, tetapi bersama melalui sakit pedih, duri ranjau dan susah payah hanya semata untuk selalu tunduk mentaati Allah.
Keluarga yang baik bukan yang selalu memuji dan memujuk tetapi adalah keluarga yang selalu membentuk dan mengetuk.
Sungguh.
=')
Family is Our King.
nota kaki:
-doakan final. Semoga Allah mudahkan iAllah.
-bahagia mengdeactivatekan fb. Namun kelihatannya tidak boleh lama-lama kerana semua urusan kerja menggunakan wadah tersebut.
Minta maaf semua. heh.
-First time tidak hubungi bonda lebih dari seminggu. Semoga tabah. sobs.
-hari ini telah melakukan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan selama ini. Sangat bersalah. Semoga Allah lapangkan dan permudahkan iAllah. =(
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.