jatuh cintah itu tidak salah, yang salah jika pada orang yang salah,
waktu yang salah dan cara yang salah.
Simpanlah hatimu baik-baik, wahai adik,
Perjalananmu masih panjang.
Jalan kehidupanmu masih samar.
Terlalu banyak yang belum kamu lihat dan pandang.
Simpanlah hatimu baik-baik, wahai adik,
Cuma sebentar untuk menunggu.
Bukan manusia sempurna itu,
manusia yang berdarjat malaikat,
namun manusia yang sabar dan sabar
dalam mengubat kelukaan penantiannya.
Simpanlah hatimu baik-baik, wahai adik,
Balutlah keresahanmu itu dengan kesibukan.
Agar kamu tidak berasa lapang,
lantaran kelapangan yang kosong itu
mampu membunuh kamu.
Mungkin kamu kelihatannya sibuk,
program, aktiviti, pembelajaran dan sebagainya,
tetapi bagaimana dengan hati dan jiwamu?
Maka sibukkanlah mereka
dengan kesibukan yang berganda
agar jiwa kamu letih
dengan fikiran-fikiran yang besar
dan perancangan-perancangan yang jelas.
Simpanlah hatimu baik-baik, wahai adik,
Lantaran tidak manis
jika nanti tibanya suatu saat,
yang selayaknya penerima jantung hatimu
sekadar memperoleh saki baki
nilai cinta yang telah basi.
Simpanlah wahai adik,
kerana hati itu mahal nilainya.
Simpanlah wahai adik,
kerana hati itu mahal nilainya.
Kakak yang juga manusia.
07:39.
131212nota kaki:
-teringat setiap kali ditanya tentang bagaimana menjaga hati agar tidak mudah jatuh sebelum tiba masanya, saya secara peribadi meletak 2 perkara.
Pertama, letakkan syarat-syarat sebelum hati berpaut. Syarat itu bukanlah cuma sekadar 'soleh', 'beriman' dan lain-lain yang subjektif tetapi letakkan syarat yang berbentuk teknikal.
Contoh: lebih berusia beberapa tahun, bukan dalam bidang tertentu, bukan dari negeri tertentu, bukan dari keluarga tertentu, bukan mempunyai ciri-ciri tertentu, bersedia hanya apabila usia melepasi tahun tertentu dan lain-lain.
Kesannya, anda akan dipanggil alien kerana tidak mempunyai perasaan kepada sesiapa yang anda berurusan iAllah. =)
Kedua, gariskan beberapa prinsip dalam perhubungan walaupun anda belum punya perasaan pada sesiapa. Dan peganglah prinsip itu ketat-ketat lantaran yang mampu melaksanakan keberhasilan prinsip tersebut hanya kita. Dan cuma kita.
2 perkara ini sangat penting untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam cinta Islamik yang semakin merebak. Dan pastilah perkara paling terpenting ialah berdoa kepada Allah agar memelihara hati kita selagi belum tiba waktunya rasa itu menjadi pahala buat kita.
-Juga teringat setiap kali ditanya pengalaman dalam fatrah pertunangan, bagaimana mengawal perasaan apatah lagi Allah izin peluang terbuka untuk selalu berurusan kerja, jawapannya cuma satu yang diulang,
"Letakkan Allah yang paling atas. Meskipun ada kelonggaran tetapi benteng dalam hati tetap perlu dibina. Kerana berbalik kepada prinsip awal dan pertama iaitu letakkan Allah yang paling atas.
Dan tanamkan dalam-dalam, bahawa fatrah ini cuma untuk membina jambatan hati dan cukuplah usaha dan perhubungan sekadar selayak untuk membina jambatan itu. Kerana kita perlu sedar, mencintai tunang masih belum memberi pahala kepada kita."
Semoga Allah istiqamahkan saya dengan prinsip ini iAllah.
Dan saya terfikir, bagaimana pula bagi mereka yang sudah terbiasa menyerahkan cinta sebelum itu?
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.