Sunday, December 2, 2012

Quoted VII


 "Perkara yang paling sulit adalah menyayangi seseorang dengan sepenuh hati, tanpa menunjukkan perasaan kepadanya. Itu jawapan yang sering menitik dalam kata-kata saya, pada saat ditanyakan berkenaan perkara yang paling sulit. "

Hidup Penuh Cinta. Bahruddin Bekri

.........

Setiap kali selesai imtihan di siang hari, saya akan memperuntukkan sedikit waktu di malamnya untuk berehat dengan bacaan-bacaan ringan atau memenuhi minat saya mengkaji bahan-bahan sejarah dan fakta atau sekali sekala keluar malam menziarahi rakan-rakan atau menonton movies yang sesuai dengan minat saya.

Dan malam ini, saya menelaah buku kecil ini. Dipinjam dari seorang senior lantaran tertarik dengan bentuk penulisannya. Seakan-akan saya menyelak kitab catatan penulisan novel-novel lama HAMKA. Bahasanya yang halus. Gambarannya lembut. Potongan ceritanya nyata.

Serius.

Buku kecil himpunaan coretan-coretan pendek ini mampu membuatkan anda tersenyum, tersentuh dan terharu dengan perjalanan penceritaan dan gambarannya. Sangat menarik.

Benarlah bahawa penulis yang baik adalah penulis yang menulis bahasa jiwa.

=)

nota kaki:

-Perkara yang paling sulit sang penulis adalah perkara yang paling sulit juga untuk saya. Hampir setahun telah berlalu. Moga setahun lebih yang berbaki akan terus kuat untuk ditempuhi dalam mujahadah membalut rasa dari terpamer sebelum tiba masanya.

-Minggu lepas, perpustakaan university ada masalah dari sudut peminjaman buku lantaran komputer tidak dapat diselenggarakan. Membuatkan urusan teasis terbantut. Semoga esok kuat untuk berkampung di dalam perpustakaan sehingga malam bagi menghabiskannya.

Doakan saya ya.

-Final akan bermula di hujung Dec. Lekatkan siap-siap di dalam otak.


2 comments:

  1. Hasna', buku siapa? Nak pinjam, dah lama menanti orang Irbid membelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku k izzah md akhir. =)

      hasna' dah habis baca, nnti rai minta pada k izzah ya.

      Delete

mohon pandangan.