Friday, December 21, 2012

Quoted VIII





A loving spouse accepts who you are, but also helps you to become, who you should.
-quoted-

I found out these both quotes are so cute and awesome, aren't them ?




Nota kaki:


-Selama ini Allah izin, saya tidak pernah faham apa itu 'menjaga hati dan perasaan orang lain', even my mum kept telling me to do so. Yang saya tahu, cuma menjadi diri sendiri dan setiap kali pertanyaan-pertanyaan yang datang, cuma terus menolak tanpa pernah berfikir lebih.


Namun Allah izin, akhir-akhir ini beberapa adik junior akhawat ada berkongsi berkenaan permasalahan mereka berkaitan 'hati dan perasaan'. Dan baru saya tahu bahawa ujian 'hati dan perasaan' itu sangat berat.


Teringat ada adik yang dari luar kelihatannya kuat, namun saat berkongsi kepedihan hati, air matanya mengalir. 


"saya tak dapat lupakan dia akak..".


"dia ada buat apa-apa ke, sampai kamu jadi mcm ni?".


"dulu-dulu dia ada tunjuk minat, ada hantar messages dan tegur kalau selisih tapi saya jawab sekadar yang patut sebab saya tahu, saya perlu menjaga maruah saya sedangkan dalam masa yang sama, saya suka dengan teguran itu. Tapi sekarang langsung berubah macam tak pernah kenal saya dan dah tak ada apa-apa.. Dan sekarang, saya tak dapat lupakan dia dan wajah dia selalu muncul di mana-mana.."


Serius. Rasa terpukul. Seolah-olah Allah mengajar saya untuk menyelami bicara mereka yang pernah dilukai selama ini.


Sedangkan TIDAKlah ada sedikitpun kekuasaan kita dalam mencondongkan hati mereka untuk menyimpan perasaan kepada kita melainkan perasaan itu datangnya dari Allah. Dan TIDAK selayaknya untuk kita bermegah dengan memandang remeh dan enteng perkara tersebut sehingga membuatkan mereka berasa sempit.


Lesson I learnt, "Respect people's feelings. Even if it doesn't mean anything to you, it could mean everything to them."
T.T


Pesanan untuk semua, jika tidak pernah ada secebis rasa untuk memberi, jangan pernah menerima dan melangkah konon-kononnya untuk anda bergerak memberi. Ingat, Allah sedang menguji mereka dengan kita, maka TIDAKLAH perlu berbangga-bangga menjadi pencetus ujian tersebut.


Minta maaf untuk sesiapa yang berkenaan.


-Final exams akan bermula pada 26 Dec dengan tasmi' hafazan dan berakhir pada 10 Januari dengan subjek Fiqh Kehakiman. Semoga Allah memudahkan dan melapangkan iAllah.


-Post santai sempena dengan terjumpanya 2 quotes di atas dan juga bersempena dengan muhasabah dari permasalahan-permasalahan yang diberi amanah kepercayaan untuk menjadi tempat tadahan telinga. ^^#





2 comments:

  1. itu la, bg sy sorg lelaki..

    jgn tergerak pun bg harapan kepada seseorg wanita jika kita x rsa nak mencapainya dgn jalan yg suci

    pernah bace satu artikel, kata2 nya berbunyi.
    "akhowat[bace; muslimah yg menjaga budi pekerti] ni, nmpk je qawie di luar.. tapi hati dan perasaan dia hanya Allah je tahu."

    sama2 kita menjaga demi redha Allah yg dihajati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau awak ada kesedaran begitu.

      mungkin kelihatannya wanita yang berhati lembut. tetapi lelaki juga tidak terkecuali. (sebab dalam kes saya, orang lelaki pula berhati lembut).

      Makanya, jom sama-sama menjaga iAllah.

      ^^.

      Delete

mohon pandangan.