Ayah.
Saya membesar dengan melihat satu kebaikan yang sangat besar dalam diri ayah yang sangat sedikit untuk ada pada orang lain. Dan kebaikan itu sangat terbaik serta sangat mendidik kami, anak-anaknya hari ini.
Kebaikan itu adalah ayah tidak gemar berhutang malah mungkin tidak pernah berhutang.
Meski gaji ayah belasan ribu dan berpangkat besar, layak bagi orang banyak untuk memiliki banglo-banglo mewah atau kereta mercedes mata belalang atau mata harimau (ok. ini saya tambah) dan sebagainya, tetapi tidak pada ayah.
Untuk membeli kediaman dengan bayaran tunai dalam keadaan anak-anak masih kecil sekitar tahun 1998, pastilah kemampuan hanya mengikat sekitar 200-300 k bagi yang bergaji seperti ayah. Dan itulah pilihan yang ayah ambil. Rumah Corner Lot yang simple dan selesa sudah memadai untuk kami berlindung dari hujan panas.
Inilah rumah cinta kami. Padang kami adik beradik bermain rounders, badminton,
askar-askar, camping, BBQ bersama ayah, main masak-masak di pondok, dan sebagainya. =)
Gambar diambil akhir 2011
Dan kata mak setiap kali balik Ipoh, "rumah ni untuk mana-mana anak mak yang akan balik duduk Perak". lol.
Malah jika tidak silap, selepas kematian ayah, Allah izin urusan hartanah sangat mudah untuk selesai kerana ayah hanya meninggalkan hutang sebanyak 10k, menerusi kad kredit yang selalu digunakan ketika di luar negara.
Alhamdulillah.
Teringat pesan ayah pada abang yang ketika di awal remajanya agak suka bergaya (walau sekarangpun sama =D ), "untuk nampak mewah, tidak perlu dengan membeli barang-barang yang mahal.. cukup sekadar berpendidikan dan dapat pangkat tinggi. Dengan pangkat, kita pakai barang Padang Besar (Siam) pun orang ingat nilai ribuan..".
Betul. Sangat bersetuju dengan pesanan ayah itu.
:')
ayah dan adik.
Maaf gambar ini berulang banyak kali dalam blog ini kerana saya hanya ada simpanan 2 keping sahaja gambar
ayah secara softcopy.
Maha suci Allah yang telah menjadikan ayah yang telah meninggalkan kebaikan buat kami dan kami mampu mewarisinya sehingga ke hari ini.
Bonda.
Saya sangat takjub dengan kemampuan bonda menguruskan kewangan kami walaupun bonda bukan sama sekali lulusan accounting atau ekonomi atau bisnes study dan sebagainya tetapi kemampuan bonda menguruskan tinggalan ayah selama 8 tahun pemergiannya, memang sangat terbaik.
Memandangkan ayah dari sektor swasta, maka KWSP yang diwarisi diperoleh selambak. Bayangkan dengan jumlah yang besar, yang boleh membuatkan orang banyak menjadi gila dan boros, bonda memilih untuk sangat teliti dan cermat.
Selama 8 tahun, saya ulang, 8 tahun, sehingga ke hari ini saya mampu hidup di Jordan dengan tanggungan persendirian biasiswa bonda, abang yang masih menuntut di UTM dalam bidang architecture turut ditanggung bonda, adik yang masih bersekolah dalam masa yang sama tanggungan saudara sebelah bonda yang tidak berkemampuan, semuanya dari duit tinggalan ayah.
Bonda sangat bijak membuat pelaburan dan pemilihan pembelanjaan. Tidak dinafikan awalnya saya sedikit tertekan kerana terpaksa menyempitkan kewangan setelah terbiasa dengan mewah. ^^#. Sudah pastilah mustahil sama belanja gaji belasan ribu dengan gaji hanya seribu. Namun Alhamdulillah setelah 8 tahun berlalu, semuanya telah menjadi biasa malah sangat bersyukur kerana Allah izin berpeluang untuk merasai kesusahan orang lain (walaupun sebenarnya tidak susah pun).
Malah bonda turut seperti ayah yang memang sama sekali tidak memilih untuk berhutang. Teringat ketika kami memilih untuk membina kediaman di Perlis, bonda beritahu awal-awal bahawa bajet hanya sebanyak ini, justeru lukisan plan perlu hanya memenuhi bajet tersebut. Begitu juga ketika mahu membeli kenderaan baru, bonda memilih Toyota Avanza kerana tidak mahu melebihi peruntukan tunai yang ada.
SubhanaAllah. :')
Penutup: Kemahiran Pengurusan Kewangan Bermula Dengan Sikap.
Serius kemahiran pengurusan kewangan adalah suatu kemahiran yang sangat penting. Bukan sedikit orang dalam masyarakat kita yang terjerut dengan hutang dan lebihan perbelanjaan. Malah kadang kala kesenangan di luar keperluan itu yang lebih diutamakan berbanding keperluan yang sebenarnya diperlukan.
Teringat Ustaz Sufiyan berkongsi, "sejumlah penceraian yang berlaku di Malaysia adalah berpunca dari kelemahan dari segi pengurusan kewangan..". Dan itulah realitinya.
Hutang yang bertimbun akibat perbelanjaan melebihi sumber kewangan boleh menjerumuskan seseorang kepada muflis. Dan sikap tidak berhemah dan teliti itu bukanlah sifat seorang muslim yang sebenar hakikatnya.
Justeru, jom mula untuk belajar mengubah sikap kita. ^^.
nota kaki:
-kadang kala, kasih sayang itu tidak kelihatan secara nyata zahirnya. Tetapi dapat meresap dengan keselesaan yang disediakan untuk anak-anak selepas pemergiaannya.
T.T. Saya rindu ayah.
-saya paling tak faham kalau balik ke kampung saudara mara atau ziarah rumah orang-orang yang tidak berkemampuan tetapi memiliki television besar. Kadang kala rasa geram juga.
-sangat teruja dengan slot-slot dalam Wacana Perdana, apatah lagi slot bersama Dr. MAZA. Dan tadi, ada satu ayat yang hampir mencabut nafas saya.
"seseorang gadis itu, sebelum memberi DIRInya kepada seseorang lelaki, hendaklah dahulu memastikan lelaki tersebut benar-benar layak".
Gulp.T_T. Sesuatu yang serius menakutkan.
InsyaAllah, setelah keputusan dibuat, keyakinan itu perlu senantiasa ada. Dan layak itu, bukanlah pada nilaian manusia atau diri saya sendiri, tetapi pada nilaian Allah. Hanya kepada Allah diserahkan segala pengharapan dan pastilah Dia Maha Tahu segala sesuatu yang terbaik untuk setiap ciptaanNya.
-Setelah melalui sepanjang kehidupan ini, antara suatu perkara terpenting yang saya mahu anak-anak saya tidak menjadi seperti saya ialah, saya mahu anak-anak mula menghafal semenjak kecil. Biar mereka menjadi hafiz sebelum menerima ilmu-ilmu lain.
Dan paling perkara paling penting ialah, menjaga pemakanan mereka semenjak kecil. Semoga Allah menguatkan untuk membentuk generasi Muslim Mukmin yang mujahid iAllah.
May Allah blesses you
ReplyDeleteand makes you a better mother than your mother.
:)