Monday, March 12, 2012

Chechnya : 1994-1996 + 1999 till now aday.

Teringat bonda pernah memberitahu harapannya untuk adik menjadi wakil anaknya yang akan pergi ke bumi Chechnya melanjutkan pelajaran suatu hari nanti,

Jawab adik yang ketika itu usianya sekitar 2-3 tahun ,"matilah a'ah nanti..". Sangat comel dengan wajah kerut dan pipi bam-bam.
Balas bonda senyum,"insyaAllah..doa la banyak-banyak dari sekarang supaya Allah beri kemenangan kepada mujahidiin chechen dan Chechnya kembali aman...".


Sungguh. Kata-kata itu akan terus hidup dalam hati saya sehingga ke hari ini insyaAllah. :')

Dari usia kecil bonda (semoga Allah merahmatinya) telah menanamkan kepada kami akan urgensinya kepekaan dan keprihatinan kepada saudara-saudara Muslim seluruh dunia.

Antara yang saya teringat, kami membesar dengan vcd-vcd, "Jahim arRuss (neraka untuk Russia)", "bumi jihad Palestin" dan lain-lain sebelum dewasa dan pandai menonton sendiri pengkhabaran-pengkhabaran dari sana melalui Youtube.


*
Ada seseorang meminta saya untuk berkongsi berkenaan sejarah perang Chechnya. Katanya kerana saya membesar dalam sejarah dan dia berminat untuk tahu.

=)

Ayat yang agak lucu. Tetapi serius saya suka dengan tugasan ini. Terima kasih ya.

Chechnya: Ada Apa Dalam Lipatan Bumi Itu?

Bumi yang beribu negerikan Grozy ini sebenarnya telah dicabuli semenjak abad ke 16 lagi, apabila bangsa Cossaks yang datang dari Russia telah masuk dan melakukan banyak kejahatan dan kerosakan. Mereka merampas hak-hak rakyat Kaukakus (nama banjaran) dengan berani kerana mendapat dukungan kerajaan Russia.


Negara-negara yang berada di sekita Banjaran Kaukasus:
 North Caucasus: Russia dan jajahannya:  Chechnya ,  Dagestan ,  Ingushetia ,  Adyghea , Kabardino-BalkariaKarachay–CherkessiaNorth OssetiaKrasnodar Krai, dan Stavropol Krai.
South Caucasus: ArmeniaAzerbaijan,GeorgiaIran,  dan Turkey

Kemudian diteruskan semasa zaman kuku besi Stalin yang menjadi ditaktor zalim di Soviet Union (Russia sebelum terpecah) dalam penyebaran ideologi sosialismenya yang telah meragut hampir 20 juta nyawa rakyatnya sendiri. Pada 23 Februari 1944, Stalin telah mengarahkan agar tentera Merah (Soviet Union) untuk masuk ke Chechnya dan memulakan pembersihan etnik. Negeri itu dikosongkan dan penduduknya dipindahkan ke berbagai penjuru Asia Tengah untuk menjadi buruh kasar dalam pembinaan jalan dan jambatan atas tuduhan mereka telah bekerjasama dengan German dalam Perang Dunia ke II.


 Mengerikan apabila daerah-daerah baru yang mereka tercampak itu suhunya boleh mencapai -400C, Para pelarian itu dibiarkan hidup papa. Sekitar 425 ribu orang dipindahkan dan setiap anggota keluarga hanya diizinkan membawa barang 20 kilogram, sisanya ditinggalkan begitu saja. 

Dalam masa yang sama, mereka membakar perkampungan asal penduduk-penduduk itu. Hampir 30% dari 4 juta rakyat terbunuh.


antara korban semasa perang Chechnya I.

Seterusnya peperangan yang berlaku pada tahun 1994 sehingga 1996 yang berjaya membuka mata dunia akan kehebatan mujahidiin Chechen sebelum berlangsungnya kembali serangan balas Russia pada 1999 bagi menuntut bela atas tercemarnya nama besar negara hebat itu.

Perang pertama berlaku pada Disember 1994 iaitu semasa pemerintahan presiden Boris Yeltsin. Tujuannya untuk mengambil semula Chechnya sebagai jajahan Russia selepas Chechnya berjaya diisytiharkan merdeka dalam pilihan raya yang bersih pada Oktober 1991, dengan Dzhokhar Dodaev sebagai presiden pertama sekaligus menolak kekuasaan Moscow.


(saya nak mengkaji banyak lagi tentang dia kerana ada beberapa perkara  dari sudut latar belakangnya
yang perlu dikaji dengan lebih mendalam)

Boris Yeltsin

Boris Yeltsin.
(saya terfikir, orang-orang jahat ini, selalunya muka mereka pun nampak jahat ya?)

Sehingga musim bunga 1994, Chechnya satu-satunya negara yang tidak mahu bergabung di bawah Russia.

Perang pertama tamat pada Ogos 1996, dengan jumlah kematian lebih dari 100 ribu masyarakat Muslim Chechen.

Perang kedua meletus semula dalam musim luruh 1999 dengan alasan bahawa panglima mujahidiin Syamil Basayev telah mengebom serangkai apartmen di Russia dan tuduhan tersebut tidak pernah terbukti sehingga ke hari ini.


mujahid Syamil Basayev

Kerajaan Russia mengisytiharkan kepada dunia bahawa mereka sedang menentang terroris atau pemberontak. Vladimir Putin, yang ketika itu baru memenangi kerusi Perdana Menteri Rusia mengeluarkan kata janji dalam ucapannya untuk membanteras sehabis daya 'Chechen terrorists'': “We’ll get them anywhere. If we find terrorists in the shithouse, then we’ll waste them in the shithouse. That’s all there is to it.” 

Dan sehingga kini, jumlah kematian sebenarnya rakyat Chechen dalam perang kedua ini masih belum dapat dipastikan akibat kekurangan bahan berita dari bumi sana.


mujahidiin Chechen

Chechnya: Penentangan Ke Atas Yang Bathil Bukan Baru Bermula.


Mungkin banyak yang menyangka, perang di Chechnya baru meletus pada tahun 1994 tersebut dan hairan atas faktor apakah yang berlaku.

Memang tidak dapat dinafikan, sangat sedikit dokumen-dokumen yang boleh dipercayai dalam menganalisa kronologi peperangan di bumi yang pernah berada di bawah jajahan Soviet Union selama 70 tahun itu.

Malah saya sendiri masih perlu meningkatkan bahan pembacaan dalam mengkaji beberapa perkara kerana apa yang berlaku di Chechnya ini ialah terdapat 2 pihak kesan jurang agama antara Islam dan Atheism.

Pihak pertama adalah dari tentera mujahidiin yang dipimpin oleh amir Dokka Umarov (sekarang) . Manakala pihak lain adalah yang terdiri dari boneka-boneka Rusia yang beraliran sekular, yang turut dilihat bersama menentang Rusia.
*serius saya pening baca.

Dan di sini, terdapat 3 tokoh mujahid yang memainkan peranan besar dalam kebangkitan jihad tersebut.

Sheikh Mansur 140-190 for collage.jpg

Sheikh Mansur Ushurma
(1732-1794)

Sheikh Mansur Ushurma merupakan antara tokoh terawal dalam menyebarkan Islam yang benar di bumi Chechnya. Beliau berusaha mengembalikan masyarakat kepada syariat Allah dengan menyebar luaskan kefahaman pengharaman arak, merokok, pertumpahan darah sesama Muslim dan perbuatan mencuri serta menggalakkan bantuan ke atas mereka yang tidak bekermampuan seperti orang tua, fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Tidak mampu menulis dan membaca, tetapi mampu idea dan semangatnya yang membakar jiwa manusia untuk jihad.

Pihak Russia melihat kewujudan Sheikh Mansur sebagai satu ancaman dan mereka telah menghantar sebatalion tentera di bawah Colonel De Pieri pada tahun 1785 ke Aldi (nama perkampungan beliau) untuk membunuh beliau. Maka berlangsunglah pertumpahan darah yang meragut 400 orang nyawa penduduk kampung terbabit dan salah seorangnya ialah abang Sheikh Mansur.

Dan berlaku serangan balas yang berjaya membunuh Colonel terbabit.

Mengetuai beberapa siri serangan balas ke atas pencerobohan tentera Russia di sepanjang sungai Sunzha dan rantau Karabulaki sebelum ditangkap pada tahun 1791 dan dibawa ke St Petersburg. Beliau meninggal dunia di sana pada tahun 1794.

Sejarah lanjut Sheikh Mansur Ushurma di sini dan sni.



Sheikh Shamil
(1797-1871)

Tertulis oleh sejarawan Turkey, Albay Yashar,
 “There was not such a great commander as imam Shamil in the world history”


Walaupun terlibat dalam jihad selama 25 tahun, Sheikh Shamil tidak pernah terkecuali dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Malah beliau menggunakan perbendaharan Baitul Mal untuk mendirikan sekolah-sekolah ilmu. Golongan cerdik pandai dikecualikan dari penglibatan jihad untuk dihantar mendalami pelbagai kesarjanaan.


Menurut General Uslar, sarjana Russia menulis, "jika kita membandingkan penduduk dan bilangan nisbah madrasah di Daghestan (sebelah Chechnya) pada masa itu, kita boleh mengatakan bahawa kadar pengetahuan penduduk umum di Daghestan adalah lebih tinggi daripada di Eropah."


Sheikh Shamil sangat dikagumi oleh musuhnya Russia lantaran kepakarannya dalam perang gerila. Beliau telah digelar, "genius perang".


Malah di dalam Perang Ahulgo, sebanyak 33 ribu tentera Russia terbunuh dan hanya 300 mujahidiin yang terdiri dari kalngan anak murid Sheikh Shamil sahaja yang syahid. SubhanaAllah !


Namun Sheikh telah ditangkap dan di bawa ke St Petersburg sebelum meninggal dunia di Madinah semasa dibenarkan menunaikan umrah pada tahun 1871 dan dikebumikan di tanah perkuburan Jannatul Baqi'.

Sejarah lanjut Sheikh Syamil di sini dan sini.


amir al-Khattab
nama sebenar: Samir Saleh Abdullah al-Suweilem
(1969-2002)

Seorang mujahid yang lahir di Arab Saudi, membesar sebagai seorang pelajar yang genius (pointer 94% dalam peperiksaan Menengah Atas -SPM- ), seorang yang sangat baik dan sopan santun namun berani dan tegas, bahkan telah memilih untuk mengikuti jihad di Afghanistan (1987) ketika berumur baru 17 tahun.

Mahir bertutur dalam 4 bahasa iaitu Arab, Russia, English dan Pashtu banyak membantunya menjelajah bumi Chechnya dari Afghanistan selepas mendapat khabar jihad.

Abangnya, Mansour al-Suweilem memberitahu dalam temuramah, bahawa adiknya telah mencari syahid selama 14 tahun. Bermula di Afghanistan, kemudian ke Tajikistan sebelum berjaya meraih kemuliaan itu di bumi Chechnya akibat terhidu surat beracun di bawah perancangan FSB (Russian Intelligence).

Lanjut berkenaan alKhattab di sini.

Sejarah Chechnya lanjut di sini , sini , sini, sini dan sini

Catatan Dalam Kisah Jihad Mereka.


Teringat dahulu pernah terbaca catatan kisah mujahidiin di bumi Chechnya semasa kecil. (terlupa nama buku) tentang sebuah jet pejuang dan mujahid yang tawakkal.

Dalam sebuah pertempuran, tentera Russia telah melakukan serangan melalui udara. Dan Allah izin, salah sebuah jet pejuang terbakar dan hilang kawalan sebelum menjunam ke bumi. Pemandu jet pejuang tersebut mengalami kecederaan dan tidak mati, maka tentera mujahidiin menjadikannya sebagai tawanan.

Ketika ditemui, soalan pertama yang ditanya oleh pemandu jet pejuang tersebut ialah, "siapa yang lepaskan bom ke jet ini sebentar tadi?".

Setelah dicari beberapa orang dan akhiranya mereka beroleh ketemu seorang mujahid yang telah melepaskan tembakan peluru anti-craft ke udara yang menyebabkan jet pejuang tersebut terbakar.

Lantas pilot Russia itu membuat pengakuan,
"aku sangat aneh. Aku adalah antara pilot paling terhandal dan mampu mengelak semua peluru-peluru yang ditembak kepada jet pejuang ini. Tetapi tadi, peluru yang mengenai jet ini bukan datang dari bawah seperti selalu, tetapi dari atas langit..dan sangat mustahil untuk aku mengelaknya.."

SubhanAllah.

Dan ketika ditanya kepada mujahid tersebut akan peristiwa itu, beliau menjawab,
"ketika aku mahu melepaskan peluru tersebut kepada sasaran (jet Russia), aku tahu bahawa peluru kita tidak banyak dan aku bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.


Tidak berhenti di lidahku mengucapkan kalimah Allah, “Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” [Al-Anfaal: 17]"

T.T

Penutup: Tumbuh Dan Dewasa Dalam Jihad.

Membuka lembaran-lembaran mereka yang hidup dalam jihad membuatkan diri sangat malu. Sangat jauh bahkan terlalu jauh untuk dibadingkan diri ini dengan mereka.

Kita melihat mereka berada dalam kepayahan lantaran perlu merentas hutan, rimbun dan sungai. Sedangkan mereka bahagia dan sebenarnya kitalah yang dalam duka, akibat masih berselimut dalam kemaksiatan dan cinta dunia.

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh..

nota kaki:

*nasyid untuk Chechnya.



*sebenarnya antara cita-cita saya ialah menjadi pakar sejarah sekaligus journalist yang dapat mengkaji secara details sesuatu keadaan di sesuatu kawasan. Kerana saya suka mengkaji dan saya suka membaca dalam masa yang sama saya suka menulis kajian-kajian tersebut. Malah saya suka untuk pergi dan berada di sesuatu keadaan untuk mengulasnya.

Tetapi, satu ayat "bukan karier yang sibuk", membuatkan semua perkara perlu difikirkan semula.

erm. Tidak mengapa, minat tersebut tetap boleh berjalan meski diri tidak mampu terbang, bukan? =)

*Bolehkah jika saya masukkan Chechnya dalam 'my requests?'. Lantaran sangat teruja untuk tahu sejarah dan perjalanan catatannya yang benar. Serius sangat susah mencari bahan tentang Chechnya.


2 comments:

  1. mashaallah pencerahan yg sgt2 mantap! merungkaikan segala kepeningan yg sy pernah baca tentang chechnya.

    jazakillah khairan jaza' ukhti hasna'! :D

    ReplyDelete
  2. bagus do...

    ReplyDelete

mohon pandangan.