Monday, January 23, 2012

Hati Di Bumi Uthmaniyyah 1



“hasna’ nak pergi Turkey?”. Tanya bonda ketika saya sedang membaca buku.
“kenapa mak tanya?”.
“tak adalah..kalau nak pergi, tadi depa cakap, ada iklan untuk ke Turkey..”.
“mak nak belanja ya?”. Tanya saya sambil ketawa.
“tu la, kalau nak pergi..boleh ja..”.
Wah. Serius terkejut. Dalam hati, “alhamdulillah..tak perlu guna duit sendiri. ^^.”.
Rancangan awal semua ahli rumah (4 orang) akan ikut serta, namun rancangan Allah berbeza. Salah seorang dari kami, Nusaibah lebih bertuah kerana akan memijakkan kaki ke tanah haram untuk umrah insya-Allah, kerana memiliki mahram di sini. Manakala lagi seorang, tiba-tiba menarik diri.
Dan sahabat baik, syida sayang pula berhajat untuk turut serta, maka ini merupakan kali ke-4 saya dan syida ber’travel’ bersama. Alhamdulillah. =)
Hari 1: 21 Januari 2012: Terbang Di Awan Biru.

pai pai Jordan

Bertolak dari Irbid sekitar jam 7.30 iaitu lewat 1 jam daripada waktu yang dijanjikan. Mujur sempat tiba di Queen Alia International Airport sebelum waktu check-in. Kemudian menaiki flight Royal Jordanian tepat jam 11 pagi untuk terbang ke bumi Uthmaniyyah.
Duduk bersebelahan dengan seorang wanita muda dari Khartoum, Sudan. Tidak mahir dalam English dan arab. Sedikit aneh kerana setahu saya orang Sudan bertutur dalam arab, bukan? Dan Allah izin, wanita itu mengalami mabuk udara. Kasihan. Hanya mampu membantu sekadar termampu. Langsung teringat beberapa orang kenalan pernah perli,
“susah-susah, suami hasna’ nanti beli airplane ja..sebab itu ja yang dia tak mabuk”. Heh. -__-#
Tiba sekitar jam 1 petang di Ataturk International Airport, Istanbul Turkey dengan suhu serendah 9 darjah, agak normal setanding Irbid.
Kemudian menaiki metro ke Zeytinburnu sebelum bertukar menaiki tram ke Cemberlitas.


peta metro dan tram sekitar Istanbul

Kisah Lucu Di Awal Hirupan Udara Istanbul.


syiling untuk metro (tidak ingat namanya)

Perjalanan dari airport ke Zeytinburnu yang mengambil masa sekitar 50-60 minit, membuatkan kami mengambil keputusan untuk duduk di kerusi, membuang keletihan mengheret bagasi-bagasi berat sepanjang di airport yang agak luas tadi.
Dan ada peristiwa lucu terjadi. =)
Ketika hampir tiba di station Zeytinburnu, syabab yang membawa kami, senior Faisal telah memesan untuk bersiap dan lekas-lekas keluar.
Masing-masing bingkas bangun bersama bagasi-bagasi yang besar dan memakan jalan. Ketika metro berhenti, semua turun sehingga tiba giliran kak Sharaffi, kak Kama, saya dan Syida di hadapan pintu, pintu tertutup dan metro bergerak laju.
Terkebil-kebil. Diam.
Syabab-syabab di luar, melambai-lambai kami pergi dan senior Faisal berubah muka akibat terkejut.
Kami berempat yang tertinggal di dalam metro ketawa sebentar sebelum kelam kabut mencari idea untuk kembali ke kumpulan asal. Sedikit cuak kerana langsung tidak mahir menggunakan bahasa komunikasi dengan warga Turkey yang sememangnya zero dari bahasa luar selain bahasa Turkey.
Mengambil keputusan untuk turun di station berikutnya, Merter dan berpatah balik dengan menumpang metro ke station Zeytinburnu semula.
Dan Alhamdulillah, selamat sampai dan berkumpul semula.
^^#.
Bersambung..
nota kaki:
-tiket flight RJ: 280 jd.
-menginap di Cordial Hotel yang terletak di lorong berhadapan dengan Cemberlitas. Tidak pasti berapa harga semalam.
-really an awesome panorama of Istanbul.

1 comment:

  1. hmm.. mhal gak tikat.
    ari tu akk pi msir dlm 200jd juga.
    pdhal msir lg jauh. pi london lg murah esp naik easyjet. haha.. xpelah. yg pntg pnglmn yg dpt.
    selamat!

    ReplyDelete

mohon pandangan.