Hari 2: 22 Januari 2012: Roh alFateh
Kemudian bersiap ke Masjid Fatih yang dibina oleh Sultan Muhammad, Sang Pembuka. Melalui jalan yang mendaki bersama debar hati yang bersembunyi.
Di hadapan gerbang masuk, kelihatan sebiji van putih yang berwarna warni tulisan dan lukisan. Awalnya tidak endah, tetapi tergerak untuk membaca semula.
suatu makhluk yang mengujakan saya.
"kak Adnin..!!!! come and have a look here..!".
(Ok. Memang kalau saya teruja, saya akan berkelakuan kanak-kanak.)
Serius teruja. Van IHH (Insani Yardim Vakfi) yang pernah saya sebut kepada kak Adnin untuk saya cari pejabatnya di Istanbul sebelum kami bertolak.
"haih..hyper excited.." komen kak Adnin yang sebenarnya 2 kali 5 keterujaannya. -_-.
Masjid Dan Maqam Sultan alFateh.
Masjid Fatih
Wangian yang menyinggah deria bau ketika tapak dimulakan untuk masuk, membuatkan rasa sebak menyerbu. Sungguh. Air mata diseka dari jatuh menitik.
alFateh.
Ini tubuh mulia yang saya berdiri di hadapannya dalam ketidak percayaan seperti mana saat saya berdiri di hadapan tubuh Salahuddin alAyyubi, Sang Pembebas alQuds setahun yang lalu.
Nama yang sentiasa disebut dan dijadikan ikon untuk saya contohi bondanya sungguh-sungguh. Benar, antara yang membuatkan seerah alFateh lebih dekat dengan jiwa ini adalah lantaran kisah didikan bondanya yang unik dan mulia.
Bondanya dari semenjak usia beliau kecil, telah membimbit tangannya sambil mendaki tanah yang tinggi untuk memperlihatkannya bumi Konstatinople yang masih terkurung dari peroleh cahaya Islam.
"wahai anak, di sana terletaknya bumi Konstatinople. Dan Nabimu pernah bersabda bahawa kota itu akan dibuka oleh sebaik-baik raja, dan memiliki sebaik-baik tentera.. Wahai anakku, engkaulah yang bakal menjadi pembuka kota itu".
Bait motivasi terbaik dari sang bonda buat si kecil ditanam setiap hari tanpa jemu. Ya. Tanpa JEMU.
Mata jadi pedih. Dan tahu bahawa takungan itu mahu tumpah. Wangian semerbak tidak hilang dan sentiasa ada. Langsung rumah untuk bakal penghuni, diusap penuh harap.
"wahai anak, ini adalah qudwahmu untuk membesar dan dewasa bersama cita-cita. Semoga lahirnya kamu di dunia menjadi buah yang bermanfaat buat Islam dan ummahnya..
Bonda telah berusaha untuk menjejaki setiap tubuh-tubuh mulia untuk kau tatapi dan teladani bersama rasa dekat dengan roh mereka..Moga cita-cita ini Allah makbulkan.".
T_T.
Dalam perjalanan keluar, terfikir satu perkara berkenaan kisah Sultan Muhammad alFateh selepas peristiwa pembukaan Konstatinople.
"siapakah yang pernah meninggalkan solat tahajud semenjak usia baligh sehingga hari ini, sila duduk..!". Maka, seluruh jentera tenteranya duduk kecuali beliau sendiri. SubhanaAllah.
Betapa proses kekuatan jiwa dan azamnya bermula dari usia kecil dan istiqamah sehingga dewasa. Bermakna, sebelum melahirkan anak-anak yang menjiwai qiyammullail dari seusia awal baligh, maka bondanya dahulu perlu mewajibkan diri menjaga tahajjudnya, insya-Allah.
Serius. Melahirkan anak memang mudah. Tetapi membentuk anak itu yang susah lantaran perlu bermula dari keperibadian ibu bapa anak-anak itu sendiri.
Berjalan keluar untuk ke Suleimaniye Mosque. Sekali lagi keterujaan berlaku.
"kak Adnin…!!!!!!!! Pejabat IHH…!".
Menjerit sambil memanggil kak Adnin dengan bersinar-sinar. Allah izin pejabat tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Menyimpan azam untuk singgah semula sebelum pulang jika berkesempatan insya-Allah. ^^.
Tugu Sultan Muhammad alFateh.
Suleimaniye Mosque.
di Masjid Sultan Suleiman
Berkenaan Sultan Suleiman di sini.
main sorok-sorok.
(saya, syida dan kak Adnin)
Mimar Sinan merupakan seorang arkitek terulung dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyyah. Merupakan pereka seni bina bagi Masjid Suleimaniye dan Masjid Selimiye serta mampu membentuk pewaris iaitu Mehmet Agha yang merupakan arkitek bagi Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru.
kubur Mimar Sinan
Lebih lanjut berkenaan Mimar Sinan di sini.
Dan malam itu, kami beraktiviti bebas. Saya, Syida dan kak Adnin memilih untuk berjalan-jalan menikmati malam Istanbul sehingga ke Masjid Biru dan Haiga Sofia. Bergambar sekeping dua sebelum pulang berehat.
Masjid Biru di waktu malam.
Nota kaki:
-hari tersebut adalah hari yang amat santai. Agar bosan.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.