Hari 3: 23 Januari 2012: Sarungan Baju Besi.
Pagi-pagi itu kami bergerak ke Masjid Biru atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmad.
Sebelum itu, singgah di German Fountain yang merupakan hadiah dari Kerajaan Jerman, Wilhem II kepada Sultan Abdul Hamid II atas rasa hormatnya dan ucapan terima kasih buat layanan kerajaan Uthmaniyyah terhadapnya sepanjang keberadaannya di Turkey untuk lawatan.
German Fountain
Rasanya tidak perlu diceritakan lanjut berkenaan Masjid Biru kerana rasanya bangunan ini sudah cukup terkenal menjadi objek tarikan pelancong seperti mana kuatnya daya tarik Haiga Sofiya yang terletak berhadapan dengannya.
Masjid ini mula dibina pada tahun 1609 dan selesai pada 1619 sekitar zaman pemerintahan Sultan Ahmed 1. Lanjut berkenaan Masjid Biru ini boleh dirujuk di sini.
Tidak mahu mengolah dari sudut seni binanya kerana tahu, sudah jutaan arkitek yang menjunjung tinggi aspek tersebut. Sekadar mahu berkongsi kisah seorang khalifah di balik bangunan yang gah itu.
Ketika binaan sedang dilaksanakan, Sultan Ahmed 1, meminta agar arkitek meletakkan palang yang ketinggiannya menghalang penunggang kuda untuk masuk di hadapan pintu masuk. Dan sultan ditanya atas faktor apakah arahannya itu dikeluarkan.
saya kira mungkin seperti ini palang tersebut.
Jawab Sultan yang menjadi ketua kaum muslim seluruh dunia,
"aku mahu ketika aku memasuki masjid untuk bertemu Allah, aku berjalan seperti manusia biasa dan sedar bahawa AKU CUMA HAMBA..". SubhanaAllah.
Sedahsyat itu rasa kesungguhannya untuk sentiasa menanam rasa takut kepada Allah dan menjiwai jiwa seorang hamba kepada Sang Pemilik kekuasaan pemerintahan yang sedang dia miliki saat itu.
Jika difikir secara realiti, pastilah seorang raja yang menguasai sebahagian besar jajahan dunia, dijulang tinggi kehebatan pemerintahannya dan memiliki kuasa kekayaan isi rakyatnya akan lemas dalam dunia pemerintahannya dan tenggelam dalam lautan kemewahan emas dan permata berlian. Namun tidak bagi seorang raja beriman yang takut kepada Allah serta kemaksiatan kelalaian kepadaNya.
Sungguh. Jika saya sendiri, saya tidak pasti untuk cukup kuat melawan fitnah dunia sehebat Sultan Ahmed 1 itu. Bukan mudah dan bukan ringan untuk kekal menjiwai syu3ur hamba saat dunia di sekeliling menyenangkan.
taman di sekitar masjid.
berlatar belakangkan Haiga Sofia
Kemudian bergerak ke Topkapi Palace.
Fountain yang terlupa namanya.
terletak dihadapan pintu masuk Topkapi.
Topkapi Palace.
Topkapi Palace merupakan istana yang mula dibina semasa zaman Sultan Muhammad alFateh pada tahun 1459 sebelum fungsinya dihentikan selepas Sultan Abdul Mejid 1 memindahkan keluarga di raja ke Dolmabahce Palace pada tahun 1856.
Rujukan lanjut di sini.
model Topkapi Palace.
Banyak yang diperoleh di sini terutamanya di dalam ruang peralatan dan pakaian perang.
Ruang gelap yang dipenuhi senjata-senjata yang pernah digunakan oleh panglima-panglima suatu ketika dahulu bersama iringan bunyi latar yang mencetus perasaan membuatkan diri terdiam seketika di hadapan tubuh patung yang disarung lengkap baju, topi besi serta aksesori kelengkapan perang yang lain. Terfikir dalam.
Bagaimana ya perasaan isteri-isteri mereka ketika menyarungkan baju besi itu ke tubuh suami-suami mereka dengan rasa tahu bahawa perginya suami-suami tersebut, belum ada jaminan untuk pulang semula?
Sungguh. Saat zaman ini, banyak isteri-isteri menjadi faktor lemah jiddiyah suami dalam amal Islami, mereka menjadi pendorong dan pendokong di belakang suami-suami mereka.
Bersebelahan dengan ruang pameran senjata, ada ruang mesyuarat dan tempat rakyat bertemu khalifah. Sungguh. Tampak jelas betapa pemerintah itu berkhidmat untuk rakyat, menjiwai kesusahan mereka dan tidak membina jurang untuk menjadi bapa, yang mendengar permasalahan rakyat jelata.
Baik. Selebihnya tidak larat untuk ditulis. =)
ruangan khas untuk Harem.
(wanita-wanita istana)
Perjalanan pulang, singgah di Masjid Beyazid yang berdekatan dengan University Of Istanbul.
bersambung..
nota kaki:
-mendapat gelaran cik wikipedia dan wikipedia bergerak. haih.-_-#
-ada syabab dalam group volunteer untuk jadi muroqib ke Bosnia. Menarik.
No comments:
Post a Comment
mohon pandangan.